Pages

GTG

Satu tulisan yang agak lambat.

Aku hanya tahu ada lagu Got to Go ni masa AIM baru ni, nyanyian Najwa Mahiaddin. Dia buat persembahan awal dan aku rasa mesti dia menang punya satu dua anugerah. Dan hasilnya, memang pun! Terlalu 'predictable'.

Susunan muziknya adalah muzik orang kaya, muzik urban. Liriknya senang, lelaki tu main kayu tiga dengan kawan baik dia sendiri. Idea yang senang, tak perlu fikir panjang untuk dapatkan lirik macam tu. Pada aku liriknya sungguh tidak matang, dengan gaya bahasa yang sungguh tipikal, yang berulang-ulang dan tiada kreativiti.

Video klipnya pula mewah, berkiblatkan budaya Eropah yang penuh elegan dan gaya. Aku hanya ketawa (baca: mengutuk) setiap kali melihat video klip nya.

Ya, aku menulis ini hanyalah semata-mata kerana aku memang langsung tidak menyukai lagu ini, sepertimana penyanyi nya dan aku aku memang tak boleh menerima mengapa lagu ini dapat anugerah Lagu Inggeris terbaik (malas nak cerita apa signifikan anugerah ini, kerana pada muzik, ia tidak mempunyai bahasa).

1 comment:

  1. Suara due suara orang gemuk..Tak Jazz pun..Tapi orang melayu suke sbb diorang buta dan pekak muzik..Asal lagu omputih hebat..padahal itu SUARA ORANG GEMUK..suruh makcik korang yg gemuk nyanyi pun suara macamtu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets