Entri aku yg paling baru ialah mengenai Karenah Birokrasi. Kebetulan, ada seorang teman aku menyampaikan masalah beliau pada aku, mengenai keterlewatan peguam beliau dalam menangani urusan jual beli rumah dan kurangnya respons yg sesuai dari peguam tersebut.
Apa yang berlaku ialah, kawan aku ni membeli rumah di area Damansara Damai, dan oleh kerana beliau membuat pinjaman dari salah sebuah bank tempatan, maka beliau terpaksa menggunakan panel peguam yang disyorkan oleh peguam. Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh memilih peguam sendiri, asalakan peguam pilihan tersebut juga merupakan panel bank. Bukan apa, kadang2 orang lebih selesa berurusan dgn peguam yg mereka kenali.
Dengan ilmu yg sangat2 cetek dalam conveyancing, setahu aku proses transfer dan tukar milik rumah ni dalam tempoh masa lebih kurang 2 ke 3 bulan juga. Bergantung pada kepantasan peguam, respon Lembaga Hasil dan pejabat tanah (terutama sekali kalau proses pindahmilik memerlukan persetujuan kerajaan negeri). Tapi, teman aku ni, dah lebih 5 bulan, belum lagi selesai. Urusan pinjaman sudah teratur, tapi entah di mana silapnya, penjual masih lagi belum mendapat bayaran penuh. Hasilnya, penjual ni asyik menekan kawan aku ni, untuk dapat duit. Bila pihak peguam dihubungi, hanya dapat bercakap dgn kerani.
Bukan tujuan aku nak kritik mana2 pihak, apa lagi nak tunjuk aku ni bijak pandai dlm semua hal, tapi, masih ada ruang yg boleh ditingkatkan oleh mereka2 yg beramal sebagai conveyancing lawyer. Mereka tidak boleh lepas tangan begitu sahaja kepada kerani (walaupun kerani conveyancing selalunya lebih otai dari peguam tu sendiri). Kalau ada apa2 permasalahan rajin2 la update client, kerana nanti client akan cari, marah2 dan timbul lagi masalah. Lagi naya kalau client tu cerita pasal incompetency peguam tu, kan dah tercemar nama baik firma. Lebih naya kalau client complaint kepada bank. Reputasi peguam akan terjejas, dan kalaulah pihak bank ambil tindakan, dan hilang panelship, tak ke rugi.
Jadi aku menyeru kepada semua pihak yg rasa diri mereka berkait rapat dgn bidang perundangan, tak kira la conveyancing atau litigation atau corporate, tolong la rajin2 update client akan status file, jgn buat orang menunggu2, dan elakkan tangguh2 kerja. Client sgt2 berterima kasih kalau peguam tu menunjukkan yg mereka ambil berat pasal file mereka (Walaupun aku tahu kdg2 client atau laymen akan expect peguam tahu segala benda/peguam hanya ada 1 file/peguam mesti standby 24 jam utk client etc... Ini semua part and partial of lawyering, so sabar jela).
Lari dari masalah ataunya kurangnya komunikasi yg berkesan akan menambahkan lagi kecelaruan. dan menimbulkan kemarahan client.
0 comments:
Post a Comment