Pages

Liga Super & Liga Perdana, musim baru, harapan baru

Tinggal beberapa minggu lagi untuk Liga Super dan Liga Perdana untuk membuka tirai. Secara peribadi aku tidak mengikuti persada liga tampatan, kerana selama ini dibuai dengan laporan-laporan dan gambaran-gambaran liga-liga Eropah, terutamanya Barclay’s Premier League (“BPL”). Tapi baru-baru ini aku semakin kehairanan kenapa penyokong tempatan sangat meminati liga asing berbanding dengan liga tempatan.

Jadi, aku meluang sedikit masa untuk mendaftaraikan kenapa BPL lebih popular dari liga tempatan. Bukti-bukti kepopularan tersebut, antara lainnya: -

1. Orang yang datang stadium tengok KL lawan PKNS jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan penonton Liverpool lawan Stoke di NZ Curry House (yang teh tariknya tidak berapa sedap).

2. Anak-anak muda tidak ada masalah menyenaraikan pemain utama kelab Manchester City, tapi akan mati kutu bila ditanya siapa pemain tengah Pahang.

3. Pengurus-pengurus pasukan BPL lebih dikenali berbanding ketua jurulatih pasukan liga tempatan. Yang kita selalu dengar ialah Norizan Bakar, Azraai Khor dan P. Maniam. Tidak ketinggalan suatu masa dahulu Shebby Singh (tetapi kini meneruskan karier beliau sebagai pundit).

4. Badan-badan korporat Malaysia masing-masing cuba untuk menyumbang kepada kelab-kelab BPL, hinggakan Malaysia Airlines yang keadaan kewangan tenat pun menjadi penyumbang. Aku tengok jersi kelab liga tempatan bersaiz besar, macam kurang duit untuk membeli jersi-jersi bertaraf Asia. Kalau nak lari laju, ikut hukum fizik kena kurang rintangan. Tapi kalau jersi besar macam kepak Batman, macam mana mahu lari laju?

Jadi, kenapa perkara-perkara di atas terjadi? Mari kita susuri perkara-perkara di bawah: -

1. Masyarakat terlalu dimomokkan dengan sorotan dan laporan harian berita sensasi BPL. Dari perpindahan pemain, ke skandal pemain hatta hal ehwal emak dan anak (bekas) pemain pun disajikan dengan lazat kepada kita.

Cadangan: Media tempatan perlu berusaha lebih kuat dan gigih dengan ikhlas dan semangat jati diri untuk menyediakan slot-slot dan ruang masa untuk liga tempatan. Aku nak tengok macam mana sensasi berita Neelofa nak ngorat Nazmi Faiz, macam tu la sensasi tentang kehebatan pemain-pemain dan usaha mereka di atas padang.

2. Wujudnya rancangan-rancangan berkaitan BPL, seperti Fanzone, Monday Night Verdict, Football Overload, Bola @Mamak yang memperincikan kejadian dan skandal BPL.

Cadangan: Diwujudkan rancangan yang serupa bahkan yang lebih hebat dan mantap, dengan pengisian yang lebih bernas dan tuntas, menunjukkan kematangan persada liga tempatan.

3. BPL sanggup bermatian untuk menghabiskan wang untuk menjadikan aspek bolasepak BPL menarik. Paling ketara ialah dengan adanya pundit yang akan bergaduh sesama sendiri selama sejam sebelum bermulanya sepak mula perlawanan BPL. Juga, wujudnya kamera-kamera untuk merakam pelbagai sudut aksi sepanjang perlawanan.

Cadangan: Kita perlu ikut cara mereka, perlu ada kamera yang lengkap, meliputi pelbagai sudut padang, dan seterusnya baru boleh tunjuk ulang tayang yang menarik, dari pelbagai sudut. Baru menonjol pendekatan taktikal, skil dan kelincahan pemain, cara hantaran bola, keunikan hantaran silang dan keberkesan penyudah. Ditambah dengan pengulas yang bijak bermain kata-kata, lebih bertambah cantik permainan yang ada.

4. BPL sudah menjadi lubuk emas dengan rating penonton dan sokongan padu para Englishmen and Englishwomen and children, maka para pelabur cuba menjadi penyumbang atau pemilik kelab BPL.

Cadangan: Badan korporat perlu memainkan peranan untuk pembangunan bolasepak Negara dari peringkat akar umbi ke peringkat nasional. Dari sumbangn jersi kepada sumbangan pembangunan infrastruktur dan fasiliti latihan memang sangat-sangat diperlukan. Kalau perlu, pegawai-pegawai persatuan perlu dari pintu ke pintu meminta bantuan dan sumbangan selain dari bergantung pada bujet FAM. Insentif cukai ada untuk pembangunan sukan.

Aku bukan pro barat atau pro BPL (walaupun sokong Man Utd, haha), sekadar proaktif untuk merancakkan lagi persada liga tempatan.

Nota kaki: Kepada Fakri Saarani dan Safiq Rahim, aku dah perjuangkan nasib korang, jadi jangan segan nak sumbangkan gaji sebulan korang pada aku. Terima Kasih.

2 comments:

  1. Saya setuju..Cuma saya tak puas hati dengan Astro 801..Saya tak tahu kenapa Pengulas Sukan esp Azlan Johar slalu merepek dan merapu dalam ulasannya. Dia tidak layak mengulas walaupun dia bekas pemain bola. Mohon buat Artikel mengenai kelemahan Astro dalam mempromosikan Liga Super..Tidak serancak BPL

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets