Masa aku praktikal dulu aku buat di sebuah firma kecil, hampir 100% conveyancing (yang berkaitan jual beli tanah) dan banking. Banking pun setakat penyempurnaan suratcara pinjaman, bukan sampai juta-juta pun. Tujuan pinjaman rata-ratanya nak beli tanah atau baiki bot. Dah jadi adat, lepas semua urusan guaman selesai, bila keluarkan bil, client atau peminjam ni sangat susah nak bayar, siap mintak diskaun. Tp rata2 masa tu aku tgk semua orang kampung, dari zahirnya, mmg tak berkemampuan.
Pernah aku lihat, pinjaman setakat RM15k. Yg dtg sign pakcik dlm lingkungan 50an. Campur semua legal fees utk S&P, loan dan disbursement termasuk la stamp duty utk S&P dan loan agreements dll, mencecah RM1,000++ jugak, seingat aku la (nak kira skrg ni malas, haha..). Mengeluh pakcik tu tgk bill. Kenapa mahal sangat, dia tanya. Aku dgn gagapnya (yela masa tu 3rd year), cuba la explain fee utk S&P dan loan ni mmg tak bole ubah sbb dikawal oleh Solicitors' Remuneration Order 2006. Yg stamping pulak bukannya yuran guaman, tp bayar kat kerajaan (firm tu tolong bayar awal2 stamping sbb pakcik tu ckp mmg takde duit). Pakcik tu kerut2 dahi, mintak tak boleh diskaun ke. Aku pun terangkan lagi, yuran guaman ni mmg tak boleh diskaun. Yg aku kasihan, yuran guaman akan dipotong dari jumlah pinjaman. Jadinya, aku dgn keizinan bos masa tu, potong2 la disbursement setakat yg boleh, seminima yg boleh, tak banyak pun. Tp pakcik tu rasa sgt2 bersyukur, tak habis2 ucap terima kasih. "Terima kasih tuan". Pdhal aku ni grad pun tak lg.
Fast forward beberapa tahun lepas tu, aku grad dan sempat kerja kat tier 3 law firm, buat korporat. Jual beli tanah ni dah tak sentuh, "bottom of the pyramid" bekas big boss aku cakap. Korporat korporat korporat. Client semua big corporation, kontrak juta2, legal fees puluhan ribu ke ratusan ribu. Tp aku jumpa 1 persamaan masa aku praktikal dulu. Bila keluarkan bil, client semua lari, bila dihubungi "I'll speak to you later, in a meeting right now". Tak pun, "you kontek la boss I, dia yg in charge bab payment". Lepas tu mmg kalau kita tak follow up, mmg wassalam la. Tu aku kategorikan sebagai alasan 1 sen. Ada client yg sampai ratusan ribu ringgit yuran guaman, dan tertunggak 3 tahun. Sampai tahap minta buat bayaran ansuran, itu pun masih tak bayar2 jugak.
Aku tertanya-tanya, apa bezanya pakcik yg buat pinjaman RM15k dan yuran dia lbh kurang RM1k (termasuk disbursement) dgn corporate client yg kontrak juta2, legal fees mmg sgt2 reasonable dgn nature legal service yg diberikan, tp kedekut bila bab pembayaran? Sekurang-kurangnya pakcik tu ada keberanian beritahu dia tidak mampu.
"Kaya itu bukan kerana banyak harta, tetapi kaya itu adalah kaya jiwa"
0 comments:
Post a Comment