Pages

Tak Sedar

A: Allah menduga kita sebab Dia sayangkan kita
B: Oh saya demam hari ini, semoga dosa-dosa saya terhapus

Sebetulnya saya sudah penat dan bosan bila mendengar ucapan-ucapan sebegini.

Berdasarkan amalan dan kajian saya, orang-orang yang selalu bercakap semacam ini akan lebih cenderung untuk menerima tanpa ada apa-apa tindakan susulan.

Berbeza dengan orang yang cakap, "ni la padahnya hidup asyik buat benda tak betul, dah dapat balasan". Orang seperti ini selepas menerima sesuatu bencana akan cuba untuk memperbaik diri supaya benda yang sama tidak berulang, kerana dia menganggap bahawa dugaan yang datang adalah balasan pada perbuatan yang lalu. Lain pula dengan orang di atas, yang hanya mengharap dosa dihapus.

Sekarang, jika kita bandingkan kedua-dua sikap di atas, saya dapat buat kesimpulan bahawa sikap kedua adalah sikap yang lebih terpuji yang mana lebih memberi makna kepada falsafah ujian dan dugaan itu sendiri.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets