Anda kenal Alex? Peserta rancangan Maharaja Lawak berasal dari Sabah bersaiz agak montel yg tersingkir pada minggu ke 4 Maharaja Lawak yg kini telah tamat siarannya pernah disiarkan di Astro Warna (sekarang ni ada Maharaja Lawak Mega pulak). Maharaja Lawak dihoskan oleh pengacara Dato’ AC Mizal yg gelaran tersebut dikurniakan oleh Sultan ?????. Astro pulak pengusaha dan penyedia TV cable yg bila hari hujan, siarannya tergendala. Tiap2 bulan ktorg bayar RM74 dan beberapa sen pd Astro. Tujuan utama ktorg langgan Astro pun nak tgk English football (suatu topik yg aku azam nak tulis dan analisa). Tp tujuan utama entri ni nk ulang siar blk je lawak Alex pada minggu ke 1 Maharaja Lawak (dah takde modal nk post entri lain).
Ni sebahagian skrip verbatim lawak Alex:
“Saya mahu cerita, mmg betul ramai org jumpa saya “Wah Alex”, tp dorg ckp 1 benda yg sama, “Alex, Alex kah ni?” Wah, kenapa kau makin gemuk? Itu hari di TV nampak kecil, sekarang kau makin besaaar punya.”
Ya, mmg la besar sbb TV kamu tu 12 inchiii saja besarnya. Cuba kamu pakai 42 inci ka, 82 inci ka. Kdg2 ada lg org dtg “Alex, bila lg mahu masuk TV?”. Ini betul, bila mahu masuk TV, bila mahu masuk TV.
Saya mahu tanya, mcm mana saya mahu masuk badan saya yg begini montok, montel, gebu, cantik tertarik menarik kau mmg tembam ke dlm TV?
Untuk apa saya masuk dlm TV? Mengisi masa lapang?? Cuba kamu fikir betul2 la.
Yg bikin saya marah, ini suatu ejekan, sbb apa? Sbb org sekarang pakai TV plasma, yg nipiiis, yg tipiiis. Jadi berapakah peratusan kebarangkalian badan saya boleh masuk dlm TV plasma?? Saya bagitahu, 0.00 infiniiiti peratus…!!!”
Kalau tak puas hati dgn skrip, tengok la sendiri Alex beraksi:
Kah… kah… kah…
Tu je, sbb bagi aku mmg lawak, ikhlas pulak tu. Tahniah Alex.
daimpressive
Nota kaki: Steve Bruce, bekas kapten marvel Man Utd dulunya seorang pemain pertahanan yg cerdas dan mempunyai susuk tubuh sasa, tp kini telah menjadi agak boroi berisi setelah bergelar pengurus pasukan beberapa English clubs.
0 comments:
Post a Comment