Pages

Tips Interview Kerja (Entri Tak Nak Kalah)

Hahaha, tiada niat untuk mencelen daimpressive tapi aku pun tergerak untuk berkongsi pengalaman aku menghadiri temuduga. Cuma aku nak luaskan sikit skop temuduga ni dengan menceritakan pengalaman aku menghadiri temuduga untuk biasiswa dan jugak temuduga kerja.

Biasiswa:

1. Petronas: Baik, ini adalah interview pertama aku selepas trial SPM dan sebelum SPM sebenar. Interview untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas (UTP). Interview ini dihadiri oleh ramai batch aku waktu tu, aku rasa dalam 20 orang lebih kot. Kami menghadiri temuduga di Menara Dayabumi. Kami dipecahkan kepada beberapa grup, dalam 4, 5 orang satu grup dan diminta untuk menyelesaikan satu masalah. Tak silap aku masalah yang diberi pada aku waktu tu ialah mengenai keselamatan kawasan perumahan. Ada beberapa penyelesaian yang diberikan dan kami dikehendaki memilih salah satu penyelesaian tersebut. Dah tentu-tentulah jugak setiap di kalangan perlu memberi justifikasi kenapa kami memilih penyelesaian tersebut. Aku tak ingat secara spesifik apa masalah sebenar dan jawapan sebenar, tapi apa yang aku boleh kongsi di sini ialah semangat teamwork. Maknanya kalau dah 4, 5 orang dalam satu grup, jawab pun jangan syok sendiri tapi sebaliknya beri peluang kepada tiap-tiap orang untuk mengemukakan pandangan masing-masing. Sebab panelis takkan tanya "Ya, awak XYZ, apa pendapat awak?", sebaliknya mereka akan tengok macam mana 'baton' diserahkan dari satu calon ke satu calon. Jangan biar sesiapa pun terpinggir kerana ini akan memberi impak buruk kepada calon yang menonjol kerana ada attitude "macam kau sorang jelah nak dapat scholarship". Kemudian biar penyelesaiannya komprehensif, yakni penyelesaian yang cuba untuk menggunakan tiap-tiap penyelesaian yang diberikan tadi. Maknanya instead of kita pilih satu je penyelesaian, kenapa tak kita gabungkan penyelesaian tu supaya jadi satu penyelesaian yang syumul, wakaka.

Aku dapat tawaran untuk ke UTP beserta biasiswa tapi aku tolak mentah-mentah dek kerana course yang ditawarkan sangat boring (Information Technology & Information System). Tapi pengalaman temuduga tu membantu.

2. JPA: Ini interview kedua tak berapa lama sesudah result SPM keluar. Bertempat di UPM, aku dilonggokkan bersama 4, 5 orang calon lain di hadapan sidang panelis. Formatnya hampir sama dengan temuduga Petronas, so aku tak rasa cuak sangat. Cuma kali ni lebih thrilling sebab interview nak sambung belajar kat luar negara. Sekali lagi aku gunakan formula yang sama di mana tiap-tiap calon diberikan ruang yang secukupnya untuk menjawab persoalan yang diberikan (sumpah aku dah tak ingat soalan pasal apa). Temuduga ini juga dikira sangat berjaya kerana panelis tu siap tanya aku lagi "Awak nak pergi negara mana?" dan boleh pilih lagi nak ambik Law, Accounting atau Economics.

Tawaran ini jugak aku tolak sebab aku bertekad nak ambik undang-undang di UIAM.

Kerja:

1. Temuduga kerja yang pertama ialah di firma guaman antara yang terbesar di Malaysia. Aku pergi sewaktu semester akhir LLB. Ni aku pergi ramai-ramai, wakil UIAM dalam 20 orang kot. Dalam masa yang sama wakil UM ada dalam belasan orang jugak. Aku memang tak minat nak chambering kat situ pun sebab aku naik sambung 5th year dan ambik LLB_S. Cuma aku pergi sekadar nak ambik pengalaman dan nak makan free (haha!). Kalau ikut jadual asalnya slot tu cuma slot suai kenal je, partner firm tu nak perkenalkan firm tu. Kemudian kami dibawak jalan-jalan tengok pejabat firm tu. Kemudian entah macam mana di akhir sesi tu, ada slot temuduga untuk mengambil chambering student. Siap kita ditanya tiap-tiap seorang, nak masuk interview tak? Aku yang memang tak bersedia ni fikir "Ah, what the hell, pergi jelah interview, bukan aku nak kerja pun kat sini". Dan disebabkan tanpa persediaan itulah, interview aku berkecai di hadapan partner firm tu. Aku tak dapat pun tawaran untuk kerja kat firm tu. Kemudian aku menyedari ramai di kalangan calon (kawan-kawan aku la ni) yang nak sangat kerja kat situ tapi interview tak lepas dan ironinya, mereka yang lepas interview tu dan dapat tawaran, tapi seorang pun tak kerja kat situ. Last last takde siapa di kalangan batch kami yang kerja kat situ, hahaha.

2. Jabatan Peguam Negara (AGC). Ini memang aku sebut jelah sebab aku berbangga jugak aku pernah ditemuduga oleh Peguam Negara (AG) dan Peguamcara Negara (masa tu belum ada Peguamcara Negara I dan II). So siapa tak bangga kan? Temuduga ini berlaku sesudah aku grad LLB, kalau tak silaplah. Dan sememangnya aku tak berniat pun nak masuk AGC sebab aku nak sambung LLB_S, so once again, ini cuma interview untuk ambik pengalaman je. Kaedahnya dalam 8 - 10 students akan duduk berbaris di hadapan kira-kira 6 panelis dan kami akan disembelih seorang demi seorang. Interview ini memang thrilling kerana AG sangat provokatif. Disebabkan aku memang tak nak kerja kat sini, so aku melayanlah provokasi dia sebab saja nak tengok, apa akan jadi kalau aku bagi jawapan yang dia tak suka. Dan betullah memang kenyataan-kenyataan dia banyak yang aku sanggah dengan kalimah "I don't think so", walhal sebelum tu dia secara jelas menyatakan kalau dah masuk AG, perintah bos kena ikut. Kiranya kena jadi yes man jugaklah ni. Tapi masa interview tu lagi aku dah tunjuk yang aku tak nak jadi yes man. Dan di kalangan 8 orang yang ditemuduga untuk sesi itu, tak silap aku 6 ditawarkan tempat untuk kerja di AGC dan 2 direject. Salah seorang yang direject tu aku lah, hahaha. Ini satu pengalaman yang berhargalah.

3. Azmi & Associates: Masuk firm ni memang takde interview pun. Big bossnya Dato' Azmi Mohd Ali cuma tengok result je dan kemudian dia kata "esok you start kerja", haha.

4. UIAM: Ini interview paling hazab yang pernah aku lalui. Tapi nasib baik konfiden. Yang tak tau aku cakap tak tau (tak bolehla expect orang yang belajar law tau semua benda pasal law). Aku ditemuduga oleh 10 orang pensyarah undang-undang yang hampir kesemuanya pernah mengajar aku. Tiap-tiap seorang pulak tanya aku soalan macam passing baton. Soalan-soalan yang provokatif tapi aku lebih bersedia kali ni. Sebenarnya kalau ikutkan aku tak berapa nak dapat gak jawatan pensyarah ni sebab Dekan macam tak berkenan kat aku dan dialah yang paling tanya soalan pelik-pelik kat aku. Tapi menurut ceritanya nasib baik ramai lecturer backing aku sebab diorang kenal aku. Ni kalau relate balik dengan cerita kenapa aku tak lagi jadi pensyarah, sebenarnya aura ketegangan aku dan Dekan dah bermula dari peringkat temuduga lagi. Kemudian aku pergi ke stage kedua, ini stage formality je, interview depan Rektor, dua Timbalan Rektor, seorang wakil MSD (kira HR la ni) dan sekali lagi, Dekan tercinta. Rektor sangat cool dan dia sibuk menaip kat laptop, aku rasa dia tak tanya soalan kot, asyik pandang laptop je. Yang banyak tanya soalan ialah Dekan. Dekan grill aku dengan tajuk PhD yang konon aku nak buat sampaikan aku explain technical issues pasal undang-undang yang menyebabkan Rektor dan dua Timbalan Rektor tu langsung tak faham, yelah bukan background law. Last-last Rektor "Ok, ok, that's all, thank you very much". Maka aku dapatlah jadi pensyarah.

5. Etiqa Takaful Berhad: Ini interview terakhir berkenaan kerja yang aku lalui. Interview ni pun ada dua stage, satu stage casual dan satu stage formal. Yang kasual ni memang sembang-sembang dengan bakal bos aku la. Sebenarnya aku memang agak segan nak masuk semula industry sebab dari segi pengalaman industri Takaful, aku memang takde pun. Teori je berkepuk, tu pun habis lupa dah. Aku cuma menceritakan apa yang aku boleh sumbangkan dan apa expectation aku. Di stage formal tu, nama pun formality je, ianya bukan soal dapat atau tidak, tapi lebih kepada soal jumlah gaji sebab yang jadi panel temuduga tu ialah orang HR, selain bos aku sendiri, 2 orang je. Aku berusaha agak keras jugak untuk demand gaji yang aku nak tanpa nak tunjuk aku ni demanding. Kan susah tu? Sebenarnya kalau ikut qualification aku memang aku belum layak lagi dapat gaji macam tu tapi agaknya sebab bos aku desperate nakkan orang dan dia push HR, sebab tu dapat jugak gaji yang aku nak. Alhamdulillah la.

6. Peguam Syarie Wilayah Persekutuan: Ini interview terkini, tapi bukan berkenaan dengan kerja. Ianya lebih kepada memohon kelayakan sebagai peguam syarie. Ujian bertulis aku dah lalui dan aku lulus. Kemudian aku ditemuduga oleh panel yang dilantik. Temuduga tu berlangsung dengan, err, aku tak boleh komen lebih-lebihlah sebab result temuduga tu aku tak dapat lagi. Tak tau sama ada lulus atau gagal. Sebenarnya ada satu isu yang sangat serius yang aku nak bangkitkan mengenai kaedah temuduga ni tapi biarlah aku dapat tau keputusan temuduga tu dulu.


Semua interview yang aku senaraikan di atas ni, hanya 2 je yang betul-betul melibatkan periuk nasik aku, selebihnya cuma pengalaman. Ramai di kalangan kita yang takut nak pergi temuduga tapi bagi aku, if you have the opportunity to go then you should go. Sebab temuduga ni ialah pengalaman berharga, lagi banyak pergi, lagi banyak kita tahu selok-belok. Gasaklah kalau kita gagal pun sebab kita masih boleh baiki apa yang kurang. Malah dalam temuduga aku yang terakhir pun aku menyedari banyak perkara yang aku kena baiki. Tambahan pulak, sepanjang hayat kita nanti, kita akan berdepan dengan banyak temuduga kerja, yelah takkan kita nak duduk kat satu tempat tu sepanjang masa sampai pencen. So, temuduga ni memang pentinglah. Aku nak kahwin dulu pun ayah mentua aku temuduga sejam lebih. Tapi worth it la sebab aku lulus dengan jayanya, wakaka. Jangan takut dengan temuduga sebab temuduga ialah medan anda untuk mengasah keyakinan anda.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Blogger Luqman Mohd Noor said...
    Assalam,boleh ceritakan pengalaman interview etiqa?soalan ape ditanya?
    Harap dapat membantu, ni no sy, 0125277084

    2 January 2017 at 19:52

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets