PENGUMUMAN PENTING: Setelah puas aku melobi empunya diri, akhirnya yang ditunggu kunjung tiba. Blog suaraserak.blogspot.com dengan hormatnya memperkenalkan kepada anda semua >>> PENYAIR PURBA. Beliau memilih tajuk KAHWIN BOLEH PREGNANT JANGAN sebagai grand entri dalam suaraserak.blogspot.com.
Penyair Purba
Kahwin Boleh Pregnant Jangan...
Nampaknya blog ini semakin maju dan laris. Bak pisang goreng panas. Dengan ramai barisan penulis, sudah pasti ianya laku. Hehe.
Izinkan saya membuat penampilan sulung, menyumbang karya tak seberapa.
Sebelum itu, satu kaveat. Tulisan ini adalah satu pendapat. Pendapat Penting. Sama ada anda bersetuju atau tidak, terserah. We agree to disagree. Juga terdapat unsur-unsur 18SX dan untuk yang sudah baligh sahaja. Hehe.
Aku bukannya tahu sangat pasal polisi dan peraturan beberapa institusi pelajaran di Negara ini. Namun, dek kerana punya beberapa kenalan yang berada di sana, maka aku jadi maklum. Institusi dimaksudkan ialah untuk guru JQAF dan maktab perguruan.
Tujuan institusi ini adalah untuk melahirkan guru-guru. Tempoh pengajian biasanya 5 tahun untuk guru sekolah manakala JQAf pula lebih kurang 2 tahun.
Lalu aku dimaklumkan polisi institusi. Pelajar dibenarkan berkahwin. Namun, mengandung sama sekali tidak boleh.
Mungkin mereka mahu memastikan tempoh pengajian tidak terganggu. Maklumlah apabila bersalin, kena berpantang. Buatnya di tengah sem, kan dah kena repeat balik sem yang sama. Juga penyokong polisi ini memberi pandangan bahawa ia jalan sederhana. Iaitu tidak terlalu ekstrem dengan menghalang perkahwinan dan tidak terlalu lenient dengan boleh beranak sesuka hati lalu pengajian terganggu.
Aku sangat tidak bersetuju.
Teringat sewaktu di universiti dahulu. Seorang kawan aku mengeluh kerana bapanya tidak benarkan dia berkahwin. Alasan kerana tak suka boyfrennya. Yang membuatkan dia bengang ialah sepanjang dia bercinta dan bercouple, si bapa tak pernah marah malah menggalakkan. Sindrom couple boleh kahwin jangan. Kalo dah tak suka jangan bagi couple langsung la. Anak tu dah besar, ada nafsu. Dah duk couple lama2, selalu keluar dating, tak ke bahaya tu. Nasib baik nak kahwin. Kenanya diorang hanyut dalam asmara camtu je, tak ke si bapa juga yang malu nanti.
Perempuan dan lelaki bagai magnet. Ada daya tarikan. Sebab tu agama menggalakkan perkahwinan dan mengharamkan perzinaan. Hampiri zina pun dah haram, apatah lagi membuatnya.
Sama macam polisi ini. Apa ingat bini tu Barbie doll? Tengok boleh, sentuh jangan. Terdapat serangan ke atas pandangan aku kerana katanya seolah aku ni pentingkan nafsu seks semata-mata. Kahwin bukan untuk buat baby je.
Ya aku akui kahwin bukan untuk seks je. Tapi seks adalah part of the marriage. Tambah lagi orang baru berkahwin. Tak risau ke kalo baru kahwin selera dah kurang??? Ataupun tongkat dah patah?
Oh ya. Orang kata aku ni bodoh. Tak boleh pregnant tak bermakna tak boleh bersama dengan isteri. Kan ada teknik untuk mengelakkan pregnant. Pakai kondom, makan pil perancang, tengok kitaran haid dan sebagainya.
Memangla betul ada teknik. Tapi mendapat anak atau zuriat ni adalah rezeki. Bukan kita yang boleh tentukan. Kalo lupa makan pil? Kalo kondom bocor? Kalo tersilap kira kitaran? Takkan nak gugurkan je anak tu?
Komen je tanpa bagi saranan umpama mengetuk tin kosong. Umpama dua anak Ali yang berkokok siang malam kononnya membela Islam. Bunyi bising tapi diri sendiri terpalit tahi. Aku bukan anak Ali.
Aku rasa bab pregnant ini boleh diatur. Eh kontradiksi pula. Tadi kata takleh plan tu semua kuasa Tuhan??? Takleh plan dapat ke tak anak tu. Tapi bila nak dapat, tarikhnya boleh usahakan la.
Maksud aku, merancang berpadanan dengan tempoh semester. Mungkin institusi terbabit serta IPTA lain boleh membuat cuti yang panjang bagi setiap akhir semester. Dari tiga minggu, jadikan tujuh. Biar sempat orang perempuan habis pantang 40 hari tu. Jadi, sesiapa yang nak pregnant, sila pastikan timing anda tepat dan anda dapat elak dari ulang sem.
Bagi aku, bila kahwin itu dibenarkan, maka pregnant juga hendaklah diizinkan. Kalo tak, baik takyah kahwin terus. Ingat senang nak bajet tengok kitaran la bagai. Nafsu ni bukan ada masa Tan Sri Pengarah Pelajaran oii. Lagi pun dah memang halal.
PS: Aku tak pasti sama ada polisi ini sudah dipinda dan aku juga tak tahu apa tindakan jika terpregnant juga.
seks bagus untuk ketenangan dan kestabilan emosi...
ReplyDeleteikhlas,
suami orang
sebab aku tak kawen lagi, aku reserve any comment. TQ
ReplyDeleteini tamar jeles mmg bikin aku jeles
ReplyDeletehi..interesting post..hehe..setahu sy syarat2 ni masih lg terpakai cz sy adelah org2 itu yg tertakluk pd syarat2 tersebut..huhu..tp sbnrnye ade sikit kelonggaran..
ReplyDeleteterima kasih atas pencerahan :)
Delete