Pages

Ustaz Azhar Idrus dan saya: Satu pemerhatian retrospektif

Sekarang ni semua orang bercakap mengenai Ustaz Azhar Idrus (UAI). Memang dah jadi fenomena pun. Saya sendiri ada sejarah peribadi saya dengan UAI dan saya dengan sukacitanya ingin mengimbau memori-memori lama tatkala saya baru mengenali beliau sehinggalah kini.


Baik, kali pertama saya dengar nama UAI ialah pada penghujung 2008 sewaktu saya sedang ambik degree Syariah 5th year. Masa tu seorang classmate menyebut nama dia dan kata kuliah UAI ni best. Recommendation dia mati di situ sahaja sebab best ni bagi saya subjektif. Dan saya ada standard tersendiri untuk menilai kualiti seseorang penceramah agama itu. Saya belum berkesempatan mendengar kuliah UAI dek kerana hambatan tugasan dan kalau nak cari pun, cari di mana?


Tak lama selepas itu rakan sebilik saya ada memasang kuliah UAI di dalam bilik. Saya pun ada dengar, tapi berbalam-balamlah sebab dia pasang di compartment dia dan bunyi yang sampai di compartment saya sipi-sipi jelah. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya tertarik mengenai kuliahnya, dari sudut originality suaranya. Dialek Terengganunya memang selamba. Saya mintak MP3 kuliah UAI daripada roommate saya (dia ada berpuluh stok) dan apabila berkesempatan, saya akan bukak satu persatu kuliahnya.


Tapi itulah masalahnya, nak dengar satu persatu secara konsisten tu cukup payah sebab kuliah UAI kesemuanya melebihi durasi sejam. Dan selalulah pula saya hanya sempat dengar 15 minit atau 20 minit sebelum berkejar-kejar ke kelas atau menyiapkan assignment atau tugasan lain, bila nak sambung dengar dah tak ingat berhenti kat mana lalu menyebabkan kuliah UAI yang saya dengar terputus-putus dan tidak ada continuity. Saya terus 'melupakan' UAI sewaktu chambering circa April 2009 - Januari 2010, begitu juga sewaktu bekerja di Putrajaya (Februari 2010 - Julai 2010) kerana terlalu sibuk membina karier (uwek!).


Hanya sesudah saya mula bertugas di UIAM di penghujung 2010, barulah saya mempunyai masa yang agak fleksibel dan sejujurnya pada waktu itulah, saya mula mendekatkan diri semula dengan kuliah-kuliah agama (mode: lagu Iwan Syahman). Secara kebetulan pula, Masjid al-Ridhuan, Hulu Kelang dengan julung-julung kalinya menjemput UAI berceramah dua bulan sekali di situ dengan menggunakan kitab Anak Kunci Syurga. Saya tak ingat sama ada akhir 2010 atau awal 2011, tapi di situlah segalanya benar-benar bermula.


UAI menjadi sebab penggerak kepada saya untuk hadir kuliah agama sampaikan emak saya terpinga-pinga mendengar jawapan saya apabila ditanya saya mahu keluar ke mana menjelang Maghrib. "Nak dengar kuliah Maghrib". "Aik, siapa bagi ceramah?". Masa tu nak bagitau nama UAI pun emak saya tak kenal, last-last saya cuma kata "Adalah, ustaz dari Terengganu tu". Kemudian emak saya pun perasan kehadiran UAI dek kerana banner kuliahnya yang bersepah-sepah digantung di sekitar Hulu Kelang. Beliau sebagai emak memanglah pelik sebab tak pernah-pernahnya lah anak bujangnya (waktu tu lah) pergi masjid dengar kuliah Maghrib melainkan sekali-sekala dengar ceramah politik yang tak perlulah disebut dianjurkan oleh parti mana.


Kehadiran UAI kali pertama ke Hulu Kelang memang menakjubkan, jemaah melimpah sampai ke perkarangan masjid. Sesudah itu barulah dipacakkan khemah tambahan dan dipancarkan skrin di luar masjid kerana jumlah jemaah yang hadir sudah jadi laksana penonton konsert Jom Heboh. Sekali, dua kali saya hadir ke kuliah Anak Kunci Syurga di Masjid al-Ridhuan, saya sekadar 'pemerhati bebas', walaupun kitab Anak Kunci Syurga tu saya beli. Tapi setelah 4, 5 siri kuliah barulah UAI masuk betul-betul pada isi kitab dan siri-siri awal tu beliau menceritakan hal-hal mukaddimah mengenai bismillah dan lain-lain lagi.


Banyak sebab boleh diberi, kenapa orang minat dengar kuliah UAI. Dari segi kesudiannya menjawab soalan, dari segi humornya, dari segi itu, dari segi ini, tetapi saya ada dua sebab yang menyebabkan saya tertarik dengan kuliah UAI. Pertama dari segi mantiq dan hujah logik yang diberikan, cukup simple dan saya kira setaraf dengan Tok Guru Nik Aziz (sehingga kini saya kira TGNA ialah raja 'mantiq'). UAI akan memberi contoh-contoh yang cukup mudah, tapi kita langsung tak pernah terfikir sebelum ni. Contoh bagaimana kita hanya bersyukur kalau dapat makan tapi bila kita kencing atau buang air besar, kita terlalu jarang bersyukur.


Keduanya, penyampaian UAI yang direct dan tidak bertapis-tapis (unsur humornya termasuk di sini jugak). Penyampaian UAI persis Dato' Ismail Kamus (DIK), cumanya zaman kemuncak DIK kita tidak ada Youtube dan Facebook. Di sinilah advantage UAI yang pandai memanfaatkan teknologi, berbeza dengan DIK yang lebih konvensional. Kalau DIK masyhur dengan quote "Ini BANGANG namanya", UAI juga sohor dengan quote "BODO ke cerdik?".


Saya tak kisah kalau orang tua-tua atau orang yang lebih 'berhalus' kurang berkenan dengan gaya penyampaian UAI sebab kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau lebih nak pertikai isu "BODO tak BODO" tu lebih daripada ilmu, maka dapatlah "BODO tak BODO" tu je. Macam UAI sebutlah, kalau setakat datang kuliah nak gelak je, maka dapat jelah gelak tu, ilmu tak dapat, maka jadi rugi.


Dek kerana mengikuti kuliah UAI, saya kembali dekat dengan asas agama iaitu ilmu akidah. Walaupun saya berkelulusan Syariah, namun saya tak ambik pot langsung dengan ilmu akidah sebab bagi saya "Kalau dah Islam tu kira OK dahla". Sebab itulah sebelum mengaji dengan UAI, kalau diminta saya huraikan tauhid salaf tu apa, tauhid khalaf tu apa, kenapa kena pecah tiga tauhid tu, yang Sifat 20 tu apa pulak, saya memang surrender sebab saya pun tak tau. Maka walaupun saya ada berpuluh tok guru dalam bidang Syariah dan Usul Fiqh, tapi dalam bidang akidah dan Fiqh (sedikit sebanyak), UAI banyak memberi pencerahan, apatah lagi pengajiannya menggunakan kitab karangan ulama'-ulama' yang tersohor.

Saya sendiri secara peribadi lebih menumpukan kepada kuliah pengajian kitab UAI. Ceramah umum macam di UIAM tu pun datang jugaklah kalau ada masa, tapi kuliah kitab Anak Kunci Syurga dan Perisai Bagi Sekalian Mukallaf tu seboleh-boleh saya akan follow, kalau tak secara live pun saya akan beli CDnya kemudian dan dengar di dalam kereta. Koman-koman takdelah asyik mengaruk je dalam kereta tu dengar lagu yang entah apa-apa. Barulah wasatiyyah namanya, haha.

UAI juga ikon bagi mereka yang merasakan sudah terlewat untuk kembali ke pangkal jalan. UAI sendiri juga lambat kembali ke pangkal jalan, tapi kalau UAI boleh kenapa kita tak boleh? UAI membawa approach yang inklusif, hatta bersembang 5 minit dengan beliau pun saya sudah rasa seperti dah kenal lama sebab beliau sangat ramah, mesra dan tidak kontrol.

Setelah UAI semakin kerap turun ke Lembah Klang, barulah ada orang yang terasa panas punggung. Sebelum ini ceramah UAI di Terengganu juga ada sekatan sedikit sebanyak, tetapi jumlah kehadiran pula tidaklah seramai di Lembah Klang. Di Lembah Klang, angka belasan ribu hadirin itu perkara biasa dan kemuncaknya ialah Sambutan Tahun Baru 2012 di Dataran Shah Alam itulah. Alangkah celakanya ada segelintir manusia yang mengaku dirinya ulama' menempelak sambutan alternatif tersebut dengan alasan "takde dalam sunnah" tapi sambutan yang confirm kena laknat macam di Dataran Merdeka, KLCC dan sekitarnya langsung tak dijentik. UAI juga terheret di dalam beberapa kontroversi picisan yang sengaja dicipta oleh pihak yang tak senang hati dengan pencapaiannya tapi setakat ni alhamdulillah rasanya belum tergugat lagi.

Di kesempatan ini suka saya untuk melihat UAI kekal dengan platform yang ada. Tak payahlah nak berpolitik walaupun umum mengetahui Pas Terengganu ketandusan pemimpin muda baru yang ingin diketengahkan pada PRU-13 nanti. Dah jadi YB nanti akhirnya kuliah ke mana, kerja ke mana. Tak payah dan saya mohon Pas Terengganu janganlah usik UAI. Biarkan beliau sebegitu sebab misi dakwah beliau masih begitu jauh. Sama-samalah kita doakan beliau terus istiqamah menyampaikan ilmu. Saya sendiri yang menumpang tempias, berasa beliau perlu terus kekal di atas platform ini.

9 comments:

  1. Cetong ialah gayung yg digunakan utk mencedok air

    ReplyDelete
  2. sampai ke hari ni masih belum lagi ada kesempatan nak dengar ceramah dan kuliah dari UAI

    Mungkin di kesempatan lain

    Ustaz ini nampaknya dapat respons positif yang sangat banyak dari golongan2 muda

    nak jugak dapatkan ilmu yang dia ada

    ReplyDelete
  3. Asslm..mintak share bole tuan punya blog...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets