Pages

Pendedahan Mufti Perak

Aku mengenali Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah di tempat kerja aku (malaslah nak sebut-sebut kan). Mufti Perak merupakan seorang yang mesra tetapi tegas. Sebagai "orang tua", beliau suka bercerita itu ini ketika bermesyuarat. Semalam dia buat apa, jumpa siapa, makan apa. Dan selalunya inner circle dia tu memang powerlah, jumpa Sultanlah, Raja Mudalah, PM lah, MB lah. Kita dengar dan senyumlah.

Sewaktu mesyuarat baru-baru inilah beliau mendedahkan sesuatu kepada kami. Benda ni bukanlah rahsia sebab beliau pernah sebut pun sebelum ni. Mengenai nasihat beliau kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Aku tak rasa benda ni rahsia besar, cuma aku nak mengaitkan perkara ni dengan satu teori yang telah lama aku fikirkan selama ini, cewah.

Beliau menjelaskan secara lebih terperinci apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 1998 yang bersejarah itu. Beliau bersama Almarhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Tan Sri Ainuddin Wahid telah pergi ke pejabat Perdana Menteri (PM) untuk menasihati PM agar jangan memecat Anwar. (Di sini aku tak pasti adakah nasihat tu berlaku sebelum atau sesudah PM memecat Anwar, tapi nadanya seperti peristiwa ini berlaku sebelum Anwar dipecat - sebab mereka bertiga seolah-olah nak menghalang pemecatan itu daripada berlaku - tapi macam mana mereka tahu terlebih dulu? Wallahua'lam, tapi desas-desus pemecatan Anwar sudah tersebar sejak 1997 lagi). Mereka bertiga cuba untuk bertemu PM tetapi dihalang seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sangat berpengaruh dan bergelar "Tun" sekarang. "Tun" ni kata, apa yang korang nak nasihat, sampaikan kat dia dan dia akan sampaikan kepada PM.

Maka Mufti Perak nasihat 3 perkara, antaranya jangan pecat Anwar tapi buat cabinet reshuffle dan satu lagi jangan sesekali dakwa Anwar atas kes liwat.

"Tun" ni pun masuk bertemu PM dan setelah beberapa ketika keluar semua dan menyampaikan pesanan PM, PM tak mau jumpa korang semua, maknanya nasihat ditolaklah tu.

Maka terjawablah persoalan di benak aku kenapa apabila Mufti Perak mendedahkan nasihat ini Mahathir dengan reaksi spontannya menjawab dia tak pernah pun berjumpa Mufti Perak dan tak tahu menahu pasal nasihat ini. Alkisahnya apabila Mufti Perak tau yang Mahathir tak pernah tau pun mengenai nasihat ini, beliau terus menghubungi "Tun" yang jadi posmen tadi dan bertanya, apa sebenarnya yang telah berlaku.

Rupa-rupanya terdedahlah tembelang yang "Tun" ni tak pernah pun bagitau Mahathir mengenai nasihat tiga orang tadi. Sebenarnya "Tun" ni memandang rendah kemampuan Anwar dan menasihat Mahathir agar terus memecat Anwar. Dan yang lebih mengharukan, "Tun" ini akhirnya mengaku kepada Mufti Perak, dia menyesal kerana kalau dia tau perpecahan Melayu akan jadi seteruk ini, dia akan nasihat Mahathir agar jangan pecat Anwar. Tapi dalam nafas yang sama "Tun" ni kata takkanlah dia nak mengaku, nanti dia yang kena maki.

Apabila Mufti Perak mendedahkan perkara ini, aku semacam terasa jawatan PM ni sangat berbahaya kalau dia menerima nasihat yang salah daripada para penasihat 25% nya. Baik Mahathir, Pak Lah mahu pun Najib. Aku tak taulah sama ada diorang sendiri yang bodoh atau apa, tapi aku rasa PM ni mempunyai penasihat-penasihat yang bodoh. Nak nak Najib sekarang, penasihat media macam takde otak, berpemikiran primitif dan lawan rakyat yang membangkang macam lawan musuh negara.

Aku merasakan Mahathir sebenarnya mendapat nasihat yang salah daripada orang-orang sekelilingnya. Walau teori majoriti mendakwa yang Mahathir ni memang zalim dan jahat, tapi aku berpendapat sebaliknya (walaupun yang zalim tu, zalimlah jugak). Aku merasakan atas kejahilan Mahathir dalam bidang agama dia telah menerima nasihat yang salah, baik dari pihak polis, intelligence, rakan politik, bahawasanya Anwar ini memang ada masalah moral. Korupsi dan bail out tu betullah jugak, tapi semua itu boleh diadjust. Seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang tak nak tengok Anwar jadi PM dan dia mesti dihalang dengan apa cara sekalipun. Mahathir cuma melaksanakannya saja. Walaupun Mahathir kata dia tak pernah menyesal pecat Anwar dan dia yakin Anwar memang ada masalah moral, tapi sebagai seorang Islam, aku berkeyakinan selagi kau tak tengok perbuatan terkutuk tu berlaku depan mata sendiri, jangan sesekali kau tuduh si polan si polan ni kaki liwat atau zina walaupun 'mangsa-mangsa' ni mengaku depan mata kau. Maknanya kalau Mahathir tau hukum-hakam, tanya alim ulama' macam mana nak handle soal salahlaku moral ni, krisis 1998 tak akan berlaku.

"Tun" tu aku kira merupakan salah satu contoh penasihat yang "jahat". Dan berdasarkan pengalaman aku dalam kerajaan dulu, aku rasa memang ramai penasihat-penasihat "jahat" yang memberi nasihat yang salah kepada pembesar-pembesar negara. Nasihat salah yang diberi, tapi PM yang terpaksa menanggung akibatnya.

Bagi aku krisis pemecatan Anwar dan segala pertuduhan jahat ke atasnya merupakan satu tragedi. Seperti tragedi Ali-Muawiyah-Aisyah-Talhah-Zubair, Saidina Husin dan Karbala, begitulah. Mereka terperangkap dengan keadaan sekeliling, dengan watak-watak kabur yang memainkan peranan yang jahat.

Ada lagi perkara-perkara yang didedahkan oleh Mufti Perak tapi tak perlulah aku sebutkan di sini. Sesekali aku merasakan, hasrat Mufti Perak untuk melihat penyatuan Melayu itu ada asas murninya. Tapi malangnya struktur politik Melayu sudah rosak dengan fitnah dan budaya kotor yang meliputi amalan politik sejak merdeka dahulu. Ianya terlalu susah untuk dikikis.


7 comments:

  1. setiap tindakan pasti ada baik atau buruk..so kena bijak. Kalau mendapat nasihat buruk..padah..skrg melayu dah pecah

    ReplyDelete
  2. para pemerintah memang tak dapat lari dari dikelilingi pembesar yg kurang bijak atau sengaja tidak mahu jadi bijak. jadi sebagai PM wannabe, dari sekarang aku dah scout siapa boleh jadi pak menteri (ceh, nanti orang ckp kroni la pulak)

    ReplyDelete
  3. penasihat media mana? hehehe

    ReplyDelete
  4. khabarnya PM ada 11 orang penasihat media..
    aku boleh kata kesemuanya SAMPAH
    syazwan rahimy alone is sufficient to rebut these clowns

    ReplyDelete
    Replies
    1. i have to disagree out of humbleness..

      Delete
    2. i wish to dissent out of humbleness also

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets