Pages

Komentar Bolasepak Astro

Sempena dengan entri berkaitan Astro di bawah, aku nak tambah entri mengenai pengulas/wartawan sukan di Astro Arena. Kalau anda perhatikan, ramai bekas atlet yang menyertai Astro Arena, nama-nama seperti Sharon wee (skuasy) dan Natasha Eryna (lawan pedang). Kalau tak silap, Haji Zainal Abidin Rawop pernah main untuk skuad Piala Presiden Selangor suatu ketika dulu. Tapi, entri kali ini aku khaskan untuk isu pengulas/komentar ketika berlangsungnya perlawanan bolasepak siaran langsung di Astro Arena.

Nama-nama seperti Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar, Azlan Johar mungkin terlintas di fikiran anda. Lewat ini, kerap juga beberapa bekas pemain kebangsaan di jemput, seperti Yusri Che Lah dan Nazab Hidzan. Dari satu segi memang bagus, sebab mereka ini ada pengetahuan taktikal dan teknikal dalam sukan bolasepak.

Tapi dari aspek pengulasan, ada beberapa pemerhatian yang aku ingin kongsikan. Aku tidak mahu merujuk kepada mana-mana individu, cukuplah sekadar suatu pandangan umum.

Yela, maksud aku, kalau tugas mereka mengulas perlawanan, patutnya mereka ulas. Sebut siapa yang sedang pass bola, siapa yang hantar  bola dan siapa yang terjah siapa dan seterusnya. Tapi, ada beberapa kekurangan yang menyebabkan ramai menjadi tertekan dek ulasan-ulasan lari tajuk oleh para pengulas.

Pertamanya, pengulas lebih gemar bersembang sesama sendiri berbanding mengulas perlawanan. Maksud aku, di tengah-tengah aksi perlawanan, pengulas akan sibuk memperkatakan mengenai perlawanan lepas, rekod-rekod pasukan dan lain-lain. Jarang disentuh siapa yang sedang kawal permainan etc, tiba-tiba anda mendengar mereka menjerit "Percubaaaannnn", "oh tidak", atau "gooolllll".

Keduanya, pengulas yang kedua selalunya akan mengiyakan sahaja apa kata pengulas utama. Maka anda akan selalu dengar perkataan-perkataan ini "Ya benar", "betul", "Mungkin juga" dan yang seangkatan. Pernah dalam satu perlawanan, perkataan "Ya Benar" diulang-ulang lebih 15 kali dalam separuh masa pertama.

Apa pun, bagi aku , mereka sudah bagi yang terbaik untuk menjalankan tugas ketika siaran langsung. Bukan senang nak cakap masa siaran langsung. Cumanya, bebrapa aspek ulasan perlu diperbaiki.

Setakat ini, Datuk Haji Hasbullah Awang yang terbaik, sebab dia kenal pemain-pemain, betul-betul buat ulasan perlawanan dari segi taktikal dan teknikal (walaupun kadang-kadang gemar cerita latarbelakang pemain).

nota kaki: daimpressive bercita-cita menjadi pundit sebaris dengan Shebby Singh dan Paul PArker setelah beliau bersara dari arena perundangan

2 comments:

  1. Hasbullah Awang pernah tersilap antara Farizal Marlias dan Farizal Harun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets