Pages

KAWE OGHE KELATE…DEMO?

Salam Sejahtera!! Kami di geng2 suaraserak.blogspot.com dengan bangga dan berbesar hatinya telah menerima satu penulisan dari rakan kami, iaitu Timbalan Presiden Kelab Penyokong Arsenal Melayu Malaysia (ni aku sendiri yang lantik, dan bagi gelaran ni, hahaha...) bernama Belalang Fansuri. Kami menyambut baik mana-mana artikel atau penulisan untuk dikongsikan dalam platform suaraserak.blogspot.com. 

Sila nikmati penulisan berikut: -

                                                                                                                                                


Hola!

Aku teringat waktu dalam kelas evidence masa aku blaja dulu, pensyarah highlight satu kes bunuh. Syarah punya syarah, penutup dia ialah, “Pembunuh ni orang Kelantan ni…”. Classmate aku (seorang polis, dan juga org Kelantan) bisik pada aku, “Kenapa perlu highlight mamat 2 orang Kelantan?”. Dalam hati aku, ye x ye jugak…kenapa perlu highlight? Kalau si pembunuh tu orang negeri lain aku hampir pasti pensyarah tu takkan highlight nama negeri dia. Perlukah kami orang Kelantan sensitif dgn perhatian semacam ini? Sensitif dengan label, bermacam-macam label yang positif dan negatif.

Orang Kelantan suka berhijrah (padahal ramai je yang ske dok melepak kat kampong).

Orang Kelantan baik po mele’kat (malaikat) (padahal ramai je yang jahat macam jin).

Orang Kelantan pegangan agamanya kuat (padahal ramai je yang jahil tukey)

Orang Kelantan gedebe (padahal ramai je y xde telo).

Orang Kelantan semangat kenegerian tinggi (padahal ramai je y xnak ngaku orang Kelantan, n geli geleman bila dengar dialek Kelantan, biasanya perempuan la yang camni, x pon mamat lembut).

Awek Kelantan cun, cute mute come lote putih melepok (padahal ramai je yang hudoh bangar, ite lege po patak (dasar) kuali).

Ramai kenalan aku yang memuji2 sikap orang Kelantan, tapi ramai juga yang mencemuh. Satu persamaan yang aku perhatikan, sikap individu itu, tidak kira positif atau negatif, disandarkan kepada negeri Kelantan.

Patutkah?

Kekadang aku rasa patut, jika yang disandarkan itu positif, dan aku akan rasa x patut bila yang disandarkan itu negatif. Ya betul, aku x patut bersikap begitu.

Come on la…dalam setiap bakul pasti ada telur busuk. Sama gak la dengan negeri-negeri kat Malaysia ni. Dalam menilai seseorang individu, bagi aku, budaya kenegerian hanya menyumbang peratusan yang kecil dalam membentuk sikap dan personaliti.

Korang ingat aku nak ceramah pasal 1Malaysia ke? Sori naik lori la…

Tak kisah lah korang dari negeri mana sekalipun, Allah tak pandang semua tu…ko dari negeri Makkah tapi kalo perangai cam lahanat ke neraka jugak…

By the way, kawe oghe Kelate, demo?

By, Belalang Fansuri

1 comment:

  1. kawe oghe klate jugok ...takpo laa .. nasib jadi oghe klate nihh .. oghe dok pikir hok jahat pasal kito .. saba jahh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets