Pages

ya sidi mustafa

seberat mana bebanan kau mampu tersenyum
wajahmu tenang sentiasa nampak girang
mengambil kira luahan setiap insan
biarpun hidupmu sedang dalam tertekan

dalam terang
dalam gelap
dalam sengsara kau terus juang!
ya sidi ya amir

sedihmu tak kau larutkan menjadi tangisan
tanganmu kau ringankan untuk hulurkan bantuan
kau cuba kabulkan setiap permintaan
biar habis segala kau sanggup meminjam

dalam terang
dalam gelap
dalam sengsara kau terus juang!
pahit kau telan ya sidi!

ya sidi mustafa
sultan segala fakir
di mataku kaulah manusia paling istimewa

ya sidi mustafa
pemilik panji sakinah
di mataku kaulah terkaya antara yang terkaya




***

bait-bait di atas ni bukanlah syair, tapi lirik lagu
lagu dendangan m.nasir, lirik tulisan loloq
lagu ni dikira amat rare la, hanya peminat m.nasir je yg tau
lagu ni memang tak popular satunya sebab tak dimuatkan dalam mana-mana album m.nasir..ianya dimuatkan dalam album soundtrack filem merah (1996), so siapalah nak dengar melainkan si pembeli album..tambah pulak time tu lagu senja nan merah (juga soundtrack filem merah) lebih glemer

pendapat peribadi aku lagu ni taklah ditujukan kepada si hero sangat sebab tak semua sifat-sifat di atas tu kena dengan perwatakan hero..aku ingat lagu ni macam tangkap muat jela disumbatkan dalam soundtrack..aku menilai lagu ni sebagai puji-pujian kepada nabi muhammad dan memang tepatlah descriptionnya

justeru di hari jumaat yang mulia ini marilah kita berselawat ke atas junjungan rasulullah, setakat nyanyi-nyanyi je tak mainlah..moga-moga kita beroleh syafaat nabi muhammad di padang mahsyar nanti

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets