Merisik ini memanglah adat Melayu yang cukup menarik sebab nak kat anak orang pun ada tertibnya. Bukan main terkam je walaupun kesemua pihak telah bersetuju. Dan sungguh best aku tengok ayah aku merisik, macam Rafi merisik bini ketiga Jamil dalam filem Madu Tiga, straight to the point. Dan persetujuan pun termeterailah...
Februari: Tidak ada apa-apa yang menarik melainkan meneruskan kegiatan mengajar di AIKOL. Kalau orang tau bakal isteri pun belajar kat AIKOL mesti orang pandang serong, hahahaha. Tapi tak ramai yang tau apa yang berlaku dan tak perlu pun untuk ramai orang tau. Tapi kami tetap berkomunikasi seperti mana adatnya pasangan nak menyemai kasih sayang dengan batasan syarak sebagai pendinding (gila In Team ah).
Mac: Aku bertunang 4 Mac, hanya sahabat handai yang terdekat je tau, boleh dibilang dengan jari pun. Dan memang lepas-lepas tu pun orang tak tau aku dah jadi tunangan orang, haha. Tau tau je aku announce aku nak kahwin. Entah-entah orang ingat aku dah terlanjur ke hapa tiba-tiba je nak kahwin. Peperiksaan akhir untuk semester 2 (2010/2011) juga berlangsung pada Mac. Dalam masa yang sama aku bertolak ke Makkah untuk menunaikan umrah. Pengalaman berharga kerana sempat berziarah 2 hari ke al-Quds, masuk ke Palestin dan bersolat di Masjid al-Aqsa. Allahurabbi, tak ternilai harganya. Di Baitullah aku berdoa ya Allah permudahkanlah urusan perkahwinan aku semudah-mudahnya kerana aku mendengar banyak dugaan yang diterima oleh pasangan yang ingin berkahwin dan dalam tempoh kurang 2 bulan lagi untuk diijabkabulkan, aku nampak semuanya berjalan lancar dan aku berdoa janganlah kelancaran tu tersekat dengan perkara yang pelik-pelik dan janganlah aku diuji dengan perkara-perkara tersebut. Sahabat baik aku, Ustaz Wan Adam al-Baqir melangsungkan pernikahannya pada 13 Mac. Seorang lagi kawan, Shukor DPP turut melangsungkan pernikahannya pada hari yang sama.
April: Proses menanda kertas peperiksaan akhir (Civil Procedure II dan Contract II). Haram tak best tapi amanah mesti dilaksanakan, huhu. Persiapan akhir akad nikah dan majlis resepsi juga berlangsung dengan pesatnya. Fitting baju, kad kahwin dan segala mak nenek persiapan. Tetapi aku juga menghadapi dilema mengenai karier aku di AIKOL yang macam gelap terang gelap terang ni. Ada beberapa komplikasi timbul tetapi tak sangka Allah beri rezeki yang tak terduga. Aku consider ni rezeki isteri la, dapat offer untuk join the industry, secara spesifiknya industri Takaful.
Mei: 1 Mei, hari pekerja, dan aku sebagai pengantin lelaki pun bekerja jugak. Sebetulnya aku langsung tak merasa debaran apa-apa sampailah ke detik akad nikah tu. Dan aku hanya sedar aku dah bergelar suami (beratnya tanggungjawab) sesudah tok kadi isytihar sah dan doa dibacakan. Alhamdulillah, majlis berlangsung sangat-sangat lancar, boleh aku katakan hampir tiada halangan. Kalau orang kata kahwin ni mudah je, memang aku percayalah, sebab memang mudah pun! Pihak perempuanlah yang banyak mempermudahkan, terima kasih banyaklah. Ini menunjukkan susah ke senang tu atas diri kita sendiri, kalau kita susah-susahkan kahwin, maka jadi susahlah. Kalau kita mudah-mudahkan, maka mudahlah. Majlis resepsi di pihak lelaki pada 15 Mei juga berlangsung lancar walau ada kesilapan remeh-temeh yang tak disengajakan.
Jun: Boleh kata ini bulan madu punya bulan la, walaupun sebenarnya official honeymoon tu takde. Cuma aku dan isteri banyak menghabiskan masa bersama-sama ke mana-mana saja, sementelah UIAM tengah cuti dan isteri aku walaupun ambik short semester tapi taklah sibuk. Aku pergi ke Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya dan beberapa tempat di Selangor untuk LAP visit sementara nak habiskan sisa-sisa terakhir di AIKOL.
Julai: Isteri aku disahkan pregnant enam minggu. Rasa macam tak percaya je tapi alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Berapa ramai pasangan yang aku perhati punyalah bersusah-payah nak dapatkan zuriat tapi Allah tak izinkan, alih-alih Allah bagi rezeki tu kat kami suami isteri. Alhamdulillah, alhamdulillah.
Ogos: Aku sudah mula bekerja di Etiqa Takaful Berhad di divisyen Shariahnya. Pengalaman baru dan aku seronok kerana terdedah semula dengan industri kewangan Islam, sesuatu yang kalau aku duduk di UIA atau masih kekal sebagai peguam pun belum tentu aku dapat rapat dengan Islamic finance. Maknanya memang Allah nak aku duduk kat sinilah jaga perbankan Islam. Dalam masa yang sama, detik-detik awal pregnancy isteri aku sangat menduga. Alahan yang dialaminya benar-benar membingungkan aku, dengan segala muntah dan tak larat, sampai terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kekurangan air. Tapi itu semua pengalaman.
September: Sambutan Aidilfitri yang sangat sederhana, isteri aku belum betul-betul pulih dari alahan. Sekadar menyambut di Gombak, solat sunat Aidilfitri di Masjid as-Syarif, Simpang Tiga, Gombak.
Oktober: Bos aku pergi haji. Aduh, serasa-rasa berat memangku tugas Ketua Divisyen Shariah sampai pernah terlintas di batu jemala aku untuk letak jawatan. Tapi biasalah, at the heat of moment, tak dilaksanakan pun hasrat tu.
November: Tidak ada apa-apa yang menarik melainkan kerja, kerja dan kerja. Menyambut Aidiladha di Kuala Terengganu (kampung isteri) merupakan pengalaman yang sangat menarik (menarik sebab BANYAK MAKAN). Solat sunat Aidiladha di Masjid al-Muktafi Billah Shah, Ladang.
Disember: Bos balik dari haji. Kami satu divisyen pergi ke Sabah untuk mesyuarat Jawatankuasa Shariah Etiqa Takaful Berhad dan program-program berkaitan. Ini jelah yang paling diingati.
0 comments:
Post a Comment