Pages

Siri Bercakap dengan Pak Somad

Pak Somad merupakan seorang pakcik yang tinggal sama dengan blok aku, Siti Payung dan Richard. Untuk rekod, kami tinggal di sebuah kawasan elit, yang terletak di Wangsa Maju. Pelbagai fasiliti dan kemudahan dekat dengan kawasan kami tinggal, maklumlah, kawasan elit. Elitnya kawasan kami tinggal ni, ramai yang tidak mahu mampu untuk tinggal di sini.

Berbalik kepada Pak Somad. Beliau memang selalu ada di bawah blok kami, sebab dia ada buka kedai gunting rambut. Nama kedai gunting rambut Pak Somad ialah Gunting Rambut Manja. Aku tengok, memang tak putus-putus orang datang untuk gunting rambut dengan Pak Somad. Dari golongan kanak-kanak, remaja, pemuda dan warga emas, juga berbilang kaum dan bangsa.

Secara jujurnya, aku tak pernah pun cakap dengan Pak Somad, setakat tegur "pakcik" jela, kalau aku lalu depan dia. Tapi, berdasarkan pengamatan aku, Pak Somad ni tak lokek nak berkongsi pendapat penting beliau kepada mereka yang lepak di kedai gunting rambut beliau.

Malam semalam, kami sempat berborak panjang dengan Pak Somad. Al maklumlah, kalau mereka yang golongan warga emas ni, kalau bercakap memang berdasarkan pengalaman. Antara pesanan Pak Somad ialah (bukan dalam aturan penting [not in priority order]): -

1. Jgn joli selalu. Sekali setahun takpe, habiskan sampai seribu kalau nak joli;
2. Kerja kerajaan bagus, sebab ada pencen. kalau kerja swasta, sendiri kena beringat;
3. Beli rumah, untuk tinggal;
4. Beli motor, jgn beli kereta;
5. Hisap rokok boleh, tapi jangan sedut dalam-dalam. Bahaya pada kesihatan. Yang lagi menarik, Pak Somad cakap, kalaulah hisap rokok ni membazir, orang tak hisap rokok pun sengkek jugak;
6. Orang-orang KL ni ramai penipu besar utk survival, termasuk la yang pakai tie;
7. Budak-budak muda sekarang ni rosak akhlaq, asyik nak menj*b*r je (ini perkataan dari Pak Somad sendiri);
8. Orang KL ni suka membazir, sikit-sikit nak tukar perabot.

Itulah sedikit sebanyak yang aku ingat berdasarkan perbualan kami malam semalam.

Bagi aku, memang bagus dan berguna la juga pendapat Pak Somad, even aku tak setuju dengan beberapa pendapat lain. Tapi, orang bagi nasihat, kita dengar je, nak pakai atau tidak, itu terpulang pada diri sendiri.

2 comments:

  1. bernanah telinga aku setiap kali nak naik tangga ke rumah ko..lif dahlah selalu rosak, walhal kata kawasan elit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko naik lif rumah flat buat apa. ktorang lif akses hanya utk penduduk je, buka je pintu lif terus sampai depan pintu rumah. pelawat exercise naik tangga.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets