Ditakdirkan dia jadi PTD di Kementerian Pertahanan dan waktu tu aku pun dah jadi PTD di Majlis Keselamatan Negara. Tidaklah sehingga satu malam sesudah solat tarawih di bulan Ramadan 2 tahun lepas, yakni September 2010 (masa ni aku dah jadi lecturer di UIAM), aku sempat bersembang agak panjang dengan dia mengenai hal kerja. Yelah, kalau dah masing-masing kerja dalam bidang pertahanan dan keselamatan ni, banyaklah persamaannya kan.
Itu sajalah sekali yang aku sempat bersembang agak panjang dengan dia dan kemudian kami membawa haluan masing-masing, cewah.
Sehinggalah kira-kira sebulan yang lepas, pecah berita yang Dorem kritikal di Hospital Langkawi akibat jangkitan kencing tikus (apa kejadah penyakit ni pun aku tak tau) yang disyaki berjangkit ke atasnya sewaktu berkursus di Baling. Apabila dia ke Langkawi untuk menghadiri LIMA (yang ada kapal terbang, kapal selam punya exhibition tu lah), diberitakan dia jatuh sakit, memang kritikal lah bunyinya.
Kawan-kawan menyebar berita hari demi hari mengenai perkembangan kesihatan Dorem tapi pemulihannya agak perlahan. Virus kencing tikus itu sungguh jahat sampai membuatkan paru-parunya jadi "nipis" dan tak dapat berfungsi dengan sempurna, menyebabkan dia terpaksa bernafas dengan alat bantuan pernafasan.
Kemudian hari ni aku dapat tau rupa-rupanya Dorem telah diterbangkan dari Langkawi ke Hospital ATM Tuanku Mizan (sebelah rumah aku ni je) dengan pesawat Charlie kerana keadaannya kembali kritikal dan masuk semula ICU. Masa Jejaka Jawa (bukan nama sebenar) mengajak aku untuk ziarah, aku tak tanya pun keadaan terkini Dorem tapi aku tau aku cuma nak ziarah je.
Dan sewaktu aku ziarah dia, dia dah sedar, tapi belum betul-betul stabil lagi. Nak bercakap pun terlalu berat dan nak bernafas pun kedengaran payah. Terus-terang aku katakan aku berasa sangat-sangat emotional, speechless dan terpaku apabila melihat keadaan dia. Yelah, apa yang kita boleh jangka daripada seseorang yang dah terlantar sakit selama lebih sebulan. Kawan yang kita biasa tengok sihat je, tapi kali ni dah agak uzur dari segi fizikal. Sudahlah badannya ditebuk sana-sini dan entah apa-apa ujian telah dilakukan ke atas dia. Lidah aku kelu untuk berkata apa-apa, aku cuma salam je, nak menatap mata dia pun aku tak sanggup (mungkin aku je yang terlalu emosional). Ya Allah, benda alah penyakit kencing tikus (nama pun dah jahat) ni memang betul-betul jahat. Ia bukan saja meragut kesihatan, keupayaan malah penampilan fizikal. Aku jadi kaku dan melangkah keluar dari wad dengan jiwa yang kacau. Ya Allah, 'bahagian' untuk kawan aku yang seorang ni, memang berat ujiannya, baik untuk dia, keluarganya dan jugak tunangannya. Dan aku percaya ini semua berlaku kerana Allah ingin mengangkat darjat Dorem ke peringkat yang lebih tinggi.
Kawan-kawan yang mengenali Dorem, walau melalui medium apa pun kalian mengenali Dorem, sama-samalah kita mendoakan agar Dorem agar kembali pulih seperti sediakala. Aku sendiri secara peribadi tak pernah ada kawan yang ditimpa kesakitan yang sebegini rupa, mungkin sebab tu aku jadi begitu emosional dan kaku (jiwa kacau kat dalam la ni).
Kepada sesiapa yang nak melawat Dorem bolehlah ke wad ICU di Aras 5 Hospital ATM Tuanku Mizan (setakat hari ni lah, akan datang kalau dipindah ke wad biasa tak taulah). Yang penting kita sama-sama berdoa supaya kawan kita ni sihat seperti mana adanya. Allahumma Anta Shafi, la Shifa' illa Shifauka, Ishfih ya Allah Shifaan la yughadir saqama. Allahumma Amin.
Anekdot: Hospital ATM Tuanku Mizan ialah hospital yang paling lengang di Malaysia, agaknyalah.
di kesempatan ini aku nak mintak slh silap aku pada Dorem sepanjang aku kenal dia (adat org, tunggu sakit, saat genting baru minta maaf.)
ReplyDeleteHospital ATM Tuanku Mizan or rumah hadi ni area mana?
ReplyDeletennti kalu turun KL blh singgah..
Seksyen 2 Wangsa Maju, berdekatan dengan Masjid Usamah Zaid (atas bukit), juga agak hampir dgn Jusco Alpha Angel.
Deleteamin.
ReplyDeletesalam...,dorem dh ubah masuk wad perubatan lelaki,level 4,bilik 4
ReplyDelete