Pages

Persaingan

masa aku makan-makan dengan kawan-kawan aku, aku ada berkongsi pandangan aku mengenai pendidikan anak-anak zaman sekarang, yakni jurangnya semakin melebar mengikut pendapatan keluarga..sebenarnya ia bukan bermula daripada pendidikan, tapi dari saat bayi itu dilahirkan lagi

kalau kita perhatikan ibu-ibu yang bersalin, seboleh-bolehnya, kalau mampu mereka tak mahu bersalin di hospital kerajaan, tapi memilih hospital swasta..sebabnya tak payah cakaplah, isu keselesaan dan mutu perkhidmatan dah tentunya..sebab tu mana-mana pekerjaan profesional, khususnya swasta, selalunya benefit bersalin di hospital swasta tentu ada sebagai daya penarik..rakyat biasa? bersalinlah di hospital kerajaan yang doktornya boleh saja seorang lelaki, silap-silap bukan beragama islam pulak tu

naik tadika, aku perhatikan mak ayah yang ada kesedaran islam takkan hantar anak-anak pergi tabika kemas atau tadika cokia-cokia, sebaliknya tadika pasti, tadika islam antarabangsa yang yuran bulanannya mencecah ratusan ringgit..yang bukan islam akan hantar anak ke montessori dan kindergarten yang bertaraf antarabangsa jugaklah..rakyat biasa? hantarlah tadika biasa-biasa (kemasla tu), tu pun kalau mampu

jurang ni semakin melebar apabila naik sekolah rendah..mak ayah beragama islam yang kelas pertengahan, jika ada kesedaran islam lebih prefer hantar anak mereka ke sekolah agama swasta (al-amin, adni, iis) atau sekolah yang ada integrasi sekolah kebangsaan + sekolah agama macam sekolah jais kat selangor ni..kalau yang cina, india, sekolah jenis kebangsaan masing-masinglah, atau sekolah international..rakyat biasa? rakyat biasa sekolah kebangsaanlah..

kalau kita perasan, ini bukan saja membabitkan jurang ekonomi, tetapi jugak jurang integrasi bangsa..

kesannya, berlaku jurang perbezaan yang ketara di antara kualiti pendidikan yang diterima oleh orang yang bersekolah kebangsaan dan orang yang bersekolah tidak kebangsaan (swasta lah tu)..yang bersekolah agama swasta lazimnya lebih kompetitif, mendapat perhatian yang lebih daripada guru (yelah dah bayar pun lebih) dan pergaulannya lebih 'elit' sebab masing-masing anak orang yang agak berada atau betul-betul berada..pendedahan agamanya pulak jauh lebih baik daripada sekolah kebangsaan

poin aku kat sini, khusus untuk dikaitkan dengan kesedaran islam, aku boleh kata mak ayah yang concern dengan pendidikan islam untuk anak-anak sudah tak percaya lagi dengan sistem pendidikan di sekolah kebangsaan..aku boleh simpulkan begitu kerana berdasarkan pengalaman aku bersekolah biasa dulu pun, pendedahan agama sangat minima..maknanya kalau mak ayah pun lepas tangan bab agama, memang hancur berderaila budak-budak kat sekolah nanti..manakan cukup pendidikan islam 2-3 jam seminggu walhal subjek lain berbelas-belas jam..cina dan india pun tak berapa nak percaya dengan sekolah kebangsaan, bahkan ada melayu yang hantar anaknya ke sekolah cina..

anak-anak yang terdedah dengan bahasa arab di sekolah rendah, lazimnya akan ke sekolah menengah kebangsaan agama atau setarafnya di liga sekolah swasta..di sini jurang bangsa yang lebih ketara, yang melayu memang takkan bergaul dengan cina dan india, hanya semata-mata dia ambik bahasa arab untuk pmr/spm dan pendidikan quran sunnah dan syariah islamiah untuk spm

aku tak taulah kenapa jadi macam ni tapi cukuplah kalau aku katakan, sistem pendidikan kat negara ni berterabur dan tak terurus..sekolah elit dapat bantuan macam-macam, tapi sekolah biasa, pinggir bandar, luar bandar, terpaksa struggle..ini anak-anak orang yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah

isunya bukan setakat jurang sahaja, tapi guru-guru yang tak terlatih, dasar pendidikan yang flip-flop and the list continues..

inilah zamannya, siapa ada duit, dia akan dapat lebih ilmu, hatta ilmu agama sekalipun..pendidikan anak-anak sudah menjadi investment mak ayah untuk masa depan anak-anak kerana mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka, dengan syarat mereka ada duit..adakah anak orang-orang biasa tak layak untuk mendapatkan yang terbaik?

4 comments:

  1. Well said..well said

    ReplyDelete
  2. some royalties tend to have a lavish life in UK

    ReplyDelete
  3. dasar pendidikan memang flip flop..aku rasa lebih baik jika tuan Hadi share idea untuk perbetulkan dasar tersebut.

    ReplyDelete
  4. makin besar jurang taraf kehidupan masyarakat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets