Pages

Dengan Izin: Pandangan Untuk Encik Rizal Hashim

(Kesinambungan mengenai entri-entri berkaitan Astro)

Anda pernah menonton Dengan Izin? Rancangan ini dihoskan oleh Encik Rizal Hashim. Untuk makluman, Encik Rizal Hashim merupakan pengamal media bidang sukan. Kira memang otai la dalam bidang sukan, penulisan-penulisan beliau memang tajam dan menusuk minda dan sanubari pada mereka yang berkenaan. Banyak lagi berita dan al kisah beliau, anda boleh buat carian internet. Link blog beliau di SINI.

Entri ini khas aku nak komen mengenai rancangan Dengan Izin (aku tidaklah menonton rancangan ini setiap minggu, kalau tengok pun yang ulangan). Ini link Dengan Izin dari Astro. Ramai yang maklum akan ketajaman dan kritisnya pena dan kalam Rizal Hashim. Makanya, Dengan Izin pun tak lepas dan tak lari dengan tempias tersebut. Biasanya, Dengan Izin akan menjempur personnel dari badan-badan sukan untuk mengupas dan membuat pencerahan mengenai isu, perkembangan dan kemelut badan tersebut.

Rancangan akan dimulakan dengan pendahuluan dari Rizal Hashim, kemudian memperkenalkan tetamu jemputan.

Sepanjang pengamatan aku, Dengan Izin kendalian Rizal Hashim lebih menjurus kepada mengajukan soalan berbentuk provokasi. Memang panas pungg**ng para tetamu jemputan. Ada yang menjurus kepada kapasiti peribadi. Kalau tujuan asal Dengan Izin adalah rancangan berbentuk provokasi, maka tujuan tersebut telah dicapai. Begitu juga kalau tujuan asal Dengan Izin membuatkan penonton rasa jengkel dengan provokasi berlebihan, maka tujuan tersebut juga tercapai.

Seringkali juga Rizal Hashim akan bertanya suatu soalan, kemudian sedang para tetamu menjawab, dipotong lalu diajukan soalan lain berdasarkan jawapan separuh tetamu tersebut. Mana etika bual bicara, mana gaya bertanya? Akhirnya, bual bicara tersebut tidak bawa ke mana, persoalan bertubi-tubi, jawapan hanya secebis.

Kemudian, ketika tetamu sedang rancak menjawab, hos akan mencelah untuk mengumumkan rehat sebentar untuk iklan.

Dan yang lebih menjengkelkan, konklusi rancangan akan dibuat oleh Rizal Hashim sendiri. Maka, apa tujuan asal memanggil para tetamu? Apa hasil perbincangan di studio? Adakah itu skrip dan rencana penerbit Dengan Izin? Banyak persoalan berlegar di sini.

Dengan Izin, aku undur diri. Encik Rizal, over to you.

nota kaki: ini entri blogger hingusan yang tak pandai main sukan

5 comments:

  1. teknik pengacaraan yang berat sebelah...heheheh

    ReplyDelete
  2. aah...sy n hb pn sllu gak layan dgn izin nih...dgn memek muka yg ala2 terasa 'hebat' tu..hebat ker???

    follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu mana hala tuju bual bicara.

      Delete
  3. rizal hashim bajet dia sorg je pandai..fuck him to hell!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets