Maka sudah diumumkan 1 Ramadhan 1433H jatuh pada hari Sabtu ini (21 Julai 2012).
RAMADHAN KAREEM...
Moga dipanjangkan umur menempuh bulan berkah, rahmah dan maghfirah ini dengan jayanya. Allahumma ameen.
Serak Itu Suatu Abstrak. Nampak Nyata. Boleh Dirasa. Kedengaran Ada. Tapi Fizikalnya Tiada.
KAGUM DAN HORMAT KEPADA ORANG LAIN
Posted by
daimpressive
Kali ini aku ingin bicara tentang perasaan kagum dan hormat kita terhadap sesetengah individu dan golongan, dari sudut pandang kerjaya dan profesionalisma. Aku percaya, setiap kita, sepanjang menempuh alam pekerjaan, pasti akan berjumpa dengan mereka yang akan menimbulkan rasa kekaguman serta hormat kita pada mereka.
Kekaguman dan rasa hormat itu timbul barangkali dek sifat mereka yang profesional, bijaksa, ketrampilan diri dan dari segi kelayakan.
Bagi aku sendiri, bos besar lama aku yang aku tidak mahu namakan di sini adalah salah seorang yang berjaya mengkagumkan aku. Bukan sahaja dia bercakap, malahan dia menjalankan apa yang dia cakapkan. Bukan sahaja penuh dengan idea dan inspirasi, bahkan dia memberi inspirasi dengan orang lain. Dia boleh jadi orang yang pertama sampai pejabat pukul 7 pagi, dan dia juga boleh menjadi orang yang terakhir meninggalkan pejabat lewat malam nanti.
Aku juga punya rasa hormat kepada golongan peguam yang betul-betul tahu apa yang mereka ucapkan (bukan mereka yang pandai cakap tapi kandungannya tahap sampah dan longkang). Selalunya golongan yang senior dan veteran. Yelah, dah kehidupan bergelumang dengan law siang malam pagi petang, mana tak jadi bijak pandai. Pemikiran pun kritis dan kreatif.. Ini terpakai juga kepada sesetengah hakim dalam penghakiman bertulis mereka. Kita boleh bezakan hakim mana yang buat kerja atau sekadar copy paste hujahan peguam. Memetik kata profesor aku dulu, "they breathe the law". Setiap bait patah perkataan mereka itu 'menghembuskan' undang-undang.
Aku juga pernah jumpa orang yang betul-betul ikhlas untuk membantu organisasi beliau maju. Ni semasa aku terlibat dalam suatu matter berkaitan M&A. Cerita ni agak complicated, tapi aku ringkaskan, asalkan maksud yang aku nak sampaikan tu terluah. Selalunya kalau urusan M&A akan ada legal advisers, auditors, investment bankers, tax advisers dan sudah tentu internal parties dari organisasi itu sendiri terlibat, dari CEO, CFO, pegawai undang-undang, akauntan, orang-orang dari business development dan finance.Tapi malangnya dalam kes ni, hanya CEO dan beberapa orang pegawai beliau je yang bersungguh-sungguh nak close deal, yang lain tu suam-suam kuku je bila buat kerja. Aku sendiri boleh nampak 'kesuaman' tersebut. Halfway dalam negotiation deal tu, muncul seorang pegawai, yang jawatannya aku tak berapa ketahui, sebabnya dalam formal meeting yang melibatkan golongan yang aku sebutkan tadi, memang dia tak pernah masuk, tapi tiap kali CEO dan beberapa trusted officers beliau berjumpa kami (legal advisers), akan ada mamat ni. Nak dijadikan cerita, terkeluar dari mulut CEO tu sendiri yang mamat ni tak ada kaitang langsung dengan deal ni, tapi ditarik oleh CEO tu sendiri untuk membantu. Mamat ni ada latarbelakang law dan perakaunan. Punya la CEO tu annoyed dengan pegawai yang suam-suam kuku tadi, dia cakap kat aku dan bos aku, merujuk kepada mamat ni, bunyinya lebih kurang - "you are wasted here (merujuk kepada organisasi beliau sendiri), you know with all these people (merujuk kepada pegawai yang suam-suam kuku), you won't develop much, might as well you join them (merujuk kepada kami - lawyer)". Point aku, mamat ni sanggup buat kerja belakang tabir, yang bukan pun bidangtugas dia untuk terlibat dalam deal ni, takde pun dalam KPI dia untuk terlibat dalam M&A, tapi buat kerja tanpa sedikit pun keluhan apa lagi nak membangga diri. Kalau akulah, memang tak sanggup buat kerja sukarela. Bukan sebab apa, yang di tangan pun tak terpikul. Jadi, dari situ timbul rasa hormat terhadap mamat ni.
Sama juga rasa hormat itu timbul terhadap seorang akauntan dari sebuah firma perakaunan yang besar. Dia dah senior, tapi dia treat junior dia memang bagus, even treatment dia pada aku yang junior ni pun bagus. Sebabnya sesetengah orang ni tak layan junior lawyer, nak senyum pun susah. Tak nampak langsung bossy (seperti sesetengah bos). Bila dia bagi penerangan nampak kebijaksanaan beliau, mudah. Aku yang langsung tak tahu pasal akaun ni tiba-tiba faham akaun bila dia terangkan, haha... Tapi, client ada tak setuju dengan beberapa isu dan cara mereka dalam menangani isu tersebut bordering kepada sempadan biadap dan kurang ajar. Bayangkan, bila anda dihamburkan dengan kata-kata "you are paid to speak" atau "if you cannot do this, we can give this job to other firm". Aku sendiri tak puas hati. Come on la, dia ni akauntan, bijak pandai kot, bukannya pelac*r yang client boleh hambur tak tentu pasal. Tapi reaksi akauntan ni cool je, tak pulak nak tinggi suara, takde nak melawan tak tentu pasal. Dia terangkan dan terus bagi penerangan beserta sebab dan musabab. Bertambah hormat aku pada dia.
Itu jela sebahagian cerita yang aku ingat dan yang aku nak kongsikan. Macam aku cakap, cerita tentang kekaguman dan perasaan kehormatan itu hanyalah pada etika kerja, profesionalisma dan karisma mereka. Aku bukan cerita bab sahsiah atau peribadi. Sebabnya, tak guna kalau hebat dalam kerjaya tapi akhlaq, moral, karakter 'zero. Sebagai contoh, akauntan yang aku cerita tadi yang tenang dan bijaksana dalam menangani karenah pelanggan, tapi bila masuk tandas, kencing berdiri. Alahai, dalam hati aku cakap "sia-sia aku 'respect' ko selama ni, tapi kencing berdiri jugak".
So kalau kerjaya tip top, akhlaq jugak mesti chantekkkkk... Baru la menimbulkan perasaan kagum dan hormat malahan gerun baik di kalangan kawan atau lawan.

ULAT & KULAT - XPDC
Posted by
daimpressive
Sebagai seorang peminat (tak berapa nak) tegar rock kapak
sekitar usia 15 tahun ketika meniti PMR, aku dan rakan-rakan seringkali melayan
lagu-lagu dendangan XPDC. Lagu-lagu ‘Semangat Yang Hilang’, ‘Titian
Perjalanan’, ‘C.I.N.T.A.’, ‘Apa Nak
Dikata’ antara yang menjadi pilihan. Samada Mael atau Ali, tetap layan.
Dalam banyak-banyak lagu XPDC, ada 1 lagu yang susunatur
lirik dan komposisi muziknya boleh tahan, tapi mungkin ramai yang tidak tahu
dan/atau tidak pernah dengar. Lagu
bertajuk ‘Ulat & Kulat’, liriknya seperti berikut: -
Berulat berkulat
Oh mata kaum kerabat
Kau ikat kau sekat
Kau suka semangat daulat
Bagaikan kami
Tak tahu
Bagaikan kami
Tak mampu
Bezakan intan
Dan kaca
Bezakan batu
Dan tanah
Kekal... singgah
Pulanglah puaka
Ke dalam perut
Pawaka
Pulanglah
Puaka
Kau diam
Lestari sana
Dah putih nak putih lagi
Dah hitam nak hitam lagi
Dah punah nak lagi
Punahkan apa lagi
Siapa kau siapa kami
Nak minta tumpang lalu
Nak kena tabik dulu
Berulat berkulat
Siapa kau aku nak tongkat
Nak angkat
Oh mata kaum kerabat
Kau ikat kau sekat
Kau suka semangat daulat
Bagaikan kami
Tak tahu
Bagaikan kami
Tak mampu
Bezakan intan
Dan kaca
Bezakan batu
Dan tanah
Kekal... singgah
Pulanglah puaka
Ke dalam perut
Pawaka
Pulanglah
Puaka
Kau diam
Lestari sana
Dah putih nak putih lagi
Dah hitam nak hitam lagi
Dah punah nak lagi
Punahkan apa lagi
Siapa kau siapa kami
Nak minta tumpang lalu
Nak kena tabik dulu
Berulat berkulat
Siapa kau aku nak tongkat
Nak angkat
Kalau dihayati memang mendalam maksud lagu ni, penulis lirik
meluahkan perasaan tidak puas hati kepada golongan yang tertentu. Penggunaan
bahasa yang agak mudah, penuh dengan maksud yang tersirat. Tapi aku tanak la cerita panjang,
pandai-pandai korang tafsirkan. Sekian.
Nota kaki: menuju usia lewat 20an, aku kini lebih
cenderung mendengar lagu-lagu dendangan Anuar Zain.. Auuwww… Kah kah kah…
Subscribe to:
Posts (Atom)