Pages

Kerjaya di Institusi Kewangan Islam

Lebih setahun aku makan angin setelah meninggalkan dunia keparat korporat yang berpusat di Bukit Bintang. Tamar Jeles memberi peluang kepada aku mencuba di tempat dia bertugas, syarikat Takaful terbesar Malaya yang aku tak nak sebut namanya (dalam post ni aku rujuk kepada ETB jela, haha). Sesiapa yang tak tahu tu, buat-buat tahu jela. Jawatan dalam Jabatan Shariah, khas untuk Shariah review.

Untuk makluman, Shariah review ni bukan benda baru, tapi dijelaskan posisi dan kedudukannya dalam Shariah Governance Framework oleh Bank Negara Malaysia. Konon-konon aku biasa buat due diligence dulu, sesuai la buat review (Tak sia-sia ambil LLB_S dulu). Ada beberapa benda aku nak kongsikan sepanjang 7 bulan kerjaya baru aku ni.

Pertama aku nak kongsi, mengenai soal tawaran dari ETB, mula-mula memang insulting sebab exec HR yang buat surat tawaran tu sediakan LO yang lain dari apa yang dijanjikan kepada aku oleh bakal bos & recruiter.   Hampeh... Tiga kali re-nego kemudian baru lah aku terima, itu pun dengan sedikit tidak puas hati, bahkan tiba masa nanti akan aku tuntut hutang-hutang tertunggak dan janji-janji manis dari HR ETB ni. Point aku: kalau dapat tawaran kerja, tak semestinya kita wajib ambil apa yang dihidangkan depan mata, masih ada ruang dan peluang untuk perbincangan, soal gaji, jawatan, pangkat dan lain-lain. Betullah, ad-donya itu mataun wa laibun... Berpinar mata bila sentuh bab harta, wang dan wang dan RM... Semoga hati ini dekat dengan akhirat hendaknya...

Kedua, bila dah masuk Jabatan Shariah, maka dengan segera dilabel sebagai "Ustaz". Mudahnya manusia menilai. Gelaran bukan diberi kepada nilai dan isi seseorang itu, tapi semata-mata merujuk kepada jawatan.

Ketiga, pengalalaman kerja sebagai lawyer dulu memang sangat-sangat berguna. Contohnya, bila orang tanya dari mana dulu, aku dengan segera jawab "dulu kat legal firm". Berkerut dahi orang yg dengar mcm mana lawyer boleh masuk Jabatan Shariah. Aku jawab lagi "Saya ada double degree, law & Shariah". Untung lah mereka-mereka yg ambil LLB & LLBS sebab ruang lingkup dan horizon pilihan kerja lebih meluas dari mereka yang punya LLB sahaja. Sebabnya, orang akan beri lebih perhatian. Bukan hendak membezakan dengan mereka yang ada kerjaya selain peguam, tapi ini memberi kelebihan dari segi bahasa, menderaf dokumen, kertas kerja lebih mudah. Bahkan dari segi komunikasi pun lebih mudah.

Keempat, baru aku tahu kenapa in house legal counsel kadang-kadang lambat bagi respons kepada lawyer. Kalau dah namanya syarikat tu, dengan governance kena menyusuri satu satu peringkat dari ketua jabatan ke segala jenis chief kepada senior management kepada board. Aduhai... Bila kenang-kenang semula, tak payah susah-susah macam ni masa jadi lawyer, ada apa-apa hal direct terus kat big boss. Apa pun, aku fahamlah, governance atau urustadbir dalam sesebuah organisasi itu penting, suatu mekanisma kawalan risiko. Satu benda yang aku perhatikan, sepatutnya urusan jadi lancar dengan ada governance ni, tapi sebaliknya yang terjadi. Individu, hatta ketua dan kepala yang berpangkat besar ada kalanya takut untuk membuat keputusan lalu menjejaskan kelancaran kerja orang lain. Nak sign dokumen ringkas pun banyak bertanya, seolah-olah dia kena sign surat pancung kepala sendiri. Lesson learnt, dengan kuasa yg bersar, maka semakin besarlah tanggungjawab, kena berani buat keputusan. 

Jadi bersedialah kepada ma'syarus syabab sekalian yang berchita-chita kerja di bank/institusi kewangan, jangn impi bonus dan gaji besar, tapi impikan kerjaya yang memudahkan kita mencari redha Ilahi.


Cukup lah sekadar ini. Cuuukup... cukup... cukup sudaahhh....

PRK UIAM: Last kopek!

1. Sejak zaman-berzaman, para pelajar UIAM mengundi BUKAN berdasarkan label.

2. Secara kebetulan, calon-calon pro-Aspirasi (atau Sahabat atau Revo atau apa saja nama gemulah wakil parti pemerintah), sangat ketandusan calon-calon yang berkualiti. Teramat tandus! Sampaikan kerapkali berlaku situasi calon-calon pro-A dikutip entah dari mana tau-tau saja bertanding.

3. Secara kebetulan juga, calon-calon yang tidak cenderung kepada parti pemerintah (kini dilabel sebagai pro-Mahasiswa atau WUFI (nama lama)), rata-rata terdiri di kalangan mereka yang berwibawa, dikenali ramai, mesra alam & aktif berpersatuan. Untuk mengatakan pro-M sapu belaka pun tidak tepat kerana ada juga calon pro-M yang kalah dengan calon bebas (nasib baik bukan calon pro-A). Cumanya calon bebas tu masih lagi senonohlah berbanding calon pro-A. Calon pro-M itu kalah pun kerana main tangkap muat je bubuh calon. Satu ketika dulu, ya betul, para pelajar masih undi berdasarkan jantina tanpa mengenali siapa pun calon, tapi sekarang, takde track record, takde undi.

4. Walaupun tiada label calon di kertas undi (atau di skrin komputer sewaktu e-voting), tapi hakikatnya kempen calon dilakukan secara "pukal" dan "berparti". Mustahil dan tak masuk akal calon-calon yang bertanding itu semuanya neutral & pakat-pakat bertanding atas keupayaan diri sendiri. Siapa yang nak tolong kempen kalau begitu?

5. Kalau ditanyakan kepada aku kenapa sampai sudah pro-A masih gagal memenangi PRK di UIAM (kecuali satu tahun yang pro-M boikot PRK tu), jawapannya mudah sahaja - kerana kualiti calon. Itu sahaja. Kalau pro-A boleh cari seseorang calon yang berpengaruh, yang boleh mengaku bebas tapi lepas menang mengaku pro-A, itu sudah cukup bagus.

6. Tapi malangnya setakat ini hampir tidak ada.

mizan hitam & uiam


sekadar berkongsi pendapat sebagai alumni uiam & bekas pensyarah UIAM..pemerhatian & persepsi aku mungkin salah, for me it's a fair comment but I stand corrected:

1. UIAM yang ditubuhkan sejak 1983 ada hala tuju & falsafah tersendiri yang tidak sama dengan ipta lain..prioriti & pertimbangan uiam dalam satu2 isu juga tidak sama

2. hampir 30 tahun UIAM wujud, pimpinan tertinggi UIAM adalah terdiri daripada oleh 'orang-orang asal' UIAM yg faham roh & budaya UIAM..macam di ipta lain jugak, kalau unisza prioritinya kepada anak negeri terengganu, uitm kepada bumiputera, etc

3. secara umumnya, boleh dikatakan 90% staf akademik UIAM bukan jenis yang gila jawatan..lagi rela tinggal jawatan dari tinggal kelas..cuma segelintir je yang jenis nak tongkat langit

4. jawatan deputy rector student affair (= tnc hep) kat mana2 universiti pun adalah jawatan paling menggerunkan..orang UIAM pun takde yang gila nak pegang jawatan tu..dr sidek baba sampai masuk isa kerana jawatan ni, dr daud bakar sampai keluar UIAM..punyalah orang tak nak pegang jawatan ni sampai dato' hamidon yang kerjanya jaga masjid pun dilantik jadi deputy rector..walau sampai ke tahap itu sekali pun, UIAM tetap pilih orang dalam yang faham dengan budaya UIAM

5. aku nampak kejanggalan yg amat nyata apabila tak semena-mena seorang ahli akademik terpaksa diimport untuk menjadi deputy rector, macamlah staf akademik UIAM ada 5, 6 orang je..lantik orang luar, makna katanya semua staf akademik UIAM ni tak layaklah nak jadi deputy rector..pusinglah kot mana pun, memang itulah persepsinya..

6. yang lebih janggal, bekas deputy rector prof nik ditransfer ke legal unit (macam turun pangkatlah) tapi sebab tak nak nampak turun pangkat, legal unit tu dinaiktaraf jadi office of legal adviser..masalahnya takde orang lain ke yang layak jadi legal adviser yg sebelum ni memang diisi oleh pensyarah aikol? bekas head legal unit tu tak kompeten ke? atau prof nik yg tak kompeten jadi deputy rector? atau lecturer aikol yg lain memang tak layak duduk kat legal unit tu?

7. ini je isu mulanya..ingatkan selesai kat sini je

8. masuk bab prk ni, tak pasal2 wujud pulak "majlis syura" UIAM yg penuh gigihnya buat repot polis pasal surat palsu yg melibatkan datuk mizan..kepala bana apa majlis syura ni aku tak pernah dengar pun? siapa mursyidul am? endorse kat mana penubuhan majlis syura ni? pensyarah2 kanan UIAM pun tak pernah dengar nama majlis syura ni..

9. re-election..salah ke, tak salah ke, memang patutlah datuk mizan kena marah sebab dia deputy rector student affairs...siapa2 yg pegang jawatan tu pun memang kena maki, walaupun dia tak tau apa2..budak sekolah buat hal, pengetua sekolah yg kena jawab, anak2 buat perangai, orang tuding jari kat mak bapak..dr daud bakar dulu pun student jerkah gitu je, takde panggil dr dr dah, terus panggil MDB je

9. penjelasan pembatalan prk uiam, takde satu pun yg meyakinkan, sekejap itu sekejap ini..mula2 salahkan sistem, tapi esok lusanya kata salah staf ITDlah, adminlah, masing2 pakat tuding jari sesama sendiri..

10. kalau aku jadi datuk mizan, aku letak jawatan, walau aku tak salah sekalipun...sebab aku pengerusi spr..kalau dah aku dipilih sebab kononnya aku lebih layak berbanding ribuan staf akademik UIAM yg lain, bila sekali blunder macam ni terjadi, maknanya aku dah tak layaklah jadi deputy rector..dahlah kau salahkan sistem, tapi esoknya pak menteri cakap bukan salah sistem pun, tapi salah manusia

11. malu reputasi, nama UIAM jadi buruk, boleh tahan kira lagi...rugi duit siapa nak ganti? berapa belas ribu kertas melayang & toner habis sebab nak buat re-election balik...siapa nak bayar tu? tukang kira undi nak stay up sampai 2, 3 pagi, ingat staf admin UIAM tak menyumpah? jaga2, silap2 luar & dalam kena maki..kalau dalam private service ni dah lama kena pecat, kalau dalam gomen dah lama kena sumbat dalam cold storage

12. kita marah kat datuk mizan ni bukan sebab batang tubuh dia...ex students dia nak kelek junjung dia takpelah, itu hak diorang..tapi isunya bukan sebab batang tubuh dia, tapi sebab blunder yg dia buat ke atas UIAM

13. kalau student marah, kita kata student tak matang..lecturer nak marah, nanti dituduh nak berpolitik..dah tu biar aku orang luar yg pernah bergelar student & lecturer UIAM ni yg marah

14. aku tak peduli, ustaz ke, kiyai ke, wali ke, tolonglah, keluar dari UIAM..cukuplah UIAM dengan masalah tersendiri yg tak selesai-selesai..biar orang UIAM yang uruskan UIAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets