Jun bakal berlalu, kemungkinan besar tanpa pilihanraya. Pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka berlangsung sama ada 2, 3, 9 atau 10 Jun nampak gayanya tidak akan berlaku.
Kenapa Parlimen masih belum dibubarkan, rasanya mudah je untuk difahami. Kalau Najib konfiden BN boleh menang PRU-13 ni, dah lama dia bubar Parlimen. Tapi malangnya isu-isu semasa tak banyak memihak kepada BN, mana dengan Bersihnya, NFCnya, PTPTNnya, Feldanya. Pengundi Melayu masih berbelah bagi, walaupun separuh lebih sedikit nampaknya condong ke arah BN. Pengundi Cina masih 'bungkus' di pihak BN. Pengundi India pun lebih kurang begitu. Kalau sekadar nak mempertahankan kerajaan dengan majoriti mudah barangkali mudah untuk digapai oleh Najib, tapi masalahnya kalau perkara itu benar-benar berlaku maknanya dia pun ikut 'bungkus' sama macam Pak Lah dulu.
Kalau ada satu sebab yang menyebabkan Najib teragak-agak untuk bubarkan Parlimen, sebab itu adalah kerana Najib khuatir apa yang berlaku kepada Pak Lah dulu akan berlaku kepadanya juga. Teori ini dipelopori oleh Lim Kit Siang (LKS) dan aku sikit sebanyak bersetuju dengan pemerhatiannya.
Teori ini timbul kerana wartawan bertanya kepada LKS, macam mana PR langsung takleh agak akan menang masa PRU 2008 dulu. LKS jawab semula dengan soalan, macam mana yang kita boleh tau PR boleh sapu 5 negeri & BN akan hilang majoriti 2/3? When was it? Adakah sewaktu Parlimen dibubarkan? Sewaktu penamaan calon? Sewaktu tempoh berkempen?
Sebenarnya, BN sudah mula berasa lingkup, specifically, 2-3 hari sebelum pengundian pada 8 Mac. Masa tu momentum ABU sudah memuncak & pada waktu itulah, Pak Lah sudah tidak boleh berpatah balik. Bermula dengan sketsa pembatalan dakwat kekal, muka depan Utusan 2 hari sebelum pengundian sudah memberi isyarat BN akan kehilangan kerusi yang banyak. Kalau sudah Pak Lah kata kerajaan BN tak boleh dibentuk tanpa wakil MCA & MIC, itu apa tandanya? Kenyataan berbau rayuan itu sudah cukup memberi isyarat betapa cemasnya UMNO pada waktu itu.
Dan apa yang berlaku, berlakulah sudah, BN hilang 5 negeri & hilang majoriti 2/3.
Yang dibimbangi oleh Najib sekarang, apakah jaminan nasib beliau tidak akan sama seperti Pak Lah? Yakni, masa bubar Parlimen bukan main konfiden nak menang, tapi masuk 2, 3 hari terakhir, signal kemenangan sudah mula melingkup. Masa tu nak patah balik macam mana?
Pada waktu tempoh berkempen nanti, BN sudah tak terdaya untuk mengepung semua kawasan. Masa pilihanraya kecil bolehlah. Tapi apabila jentera BN di negeri masing-masing nanti bergerak secara sendiri tanpa pemantauan penuh daripada pimpinan pusat, masa tu barulah BN negeri tau langit tu tinggi atau rendah. Barulah padang permainan akan jadi sedikit seimbang.
Apa yang berlaku pada 10 hari tempoh berkempen tu, Allah sahaja yang mengetahui. Aku masih ingat lagi pada PRU 1999, sentimen negara Islam dilagukan bertalu-talu untuk menakutkan pengundi bukan Islam di media massa - dan ianya berjaya. PRU 2004 pula, ini memang salah pembangkang sendiri, padan muka, takde kesatuan, takde persefahaman, masing-masing dengan stail masing-masing, last-last lingkup.
Siapakah yang akan menang pada PRU 13 nanti?
Siapa yang dapat menguasai 10 hari tempoh berkempen nanti, maka dialah yang akan menang. And please, segala video porno yang terbaru, yang kononnya baru terbongkar, orang dah malas nak layan, it's too obvious.
Serak Itu Suatu Abstrak. Nampak Nyata. Boleh Dirasa. Kedengaran Ada. Tapi Fizikalnya Tiada.
Datuk Yusof, Anwar Ibrahim, Liwat, Bersih dan Teksi
Posted by
daimpressive
Mukaddimah
Untuk makluman, peguamcara II merupakan orang ketiga dalam hiraki Pejabat Peguam Negara (AGC), selepas Peguam Negara dan Peguamcara I. Tapi sekarang ini, struktur sudah berubah. Sekarang ada Peguam Negara, seorang Peguamcara dan tiga orang Timbalan Peguamcara. Setiap Timbalan Peguamcara akan menyelia divisyen tertentu dalam AGC.
Teori dan Konspirasi
Cab-Rank-Rule
Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengejutkan negara dengan menyertai pasukan peguambela Anwar Ibrahim dalam perbicaraan menghadapi tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman. Datuk Yusof merupakan ketua pendakwa dalam kes sodomi II melibatkan Anwar. Lawan kini jadi kawan?
Untuk makluman, peguamcara II merupakan orang ketiga dalam hiraki Pejabat Peguam Negara (AGC), selepas Peguam Negara dan Peguamcara I. Tapi sekarang ini, struktur sudah berubah. Sekarang ada Peguam Negara, seorang Peguamcara dan tiga orang Timbalan Peguamcara. Setiap Timbalan Peguamcara akan menyelia divisyen tertentu dalam AGC.
Teori dan Konspirasi
Disebabkan Datuk Yusof mewakili Anwar dalam kes pendakwaan berkaitan Bersih 3.0, timbul pelbagai teori. Ada cakap-cakap mengatakan beliau memang tidak 'ngam' dengan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, iaitu bekas boss beliau. Ada yang cakap beliau akan menyertai PAS.
Lebih teruk, ada yang menuding jari bahawa kes sodomi II Anwar telah dikompromi dari awal lagi dan diprejudis oleh Datuk Yusof. Datuk Yusof 'musuh dalam selimut'!!!! Sodomi II tu patut dibuang dalam tong sampah lama dahulu lagi.
Sebenarnya, memang ramai mereka yang dari AGC keluar dari perkhidmatan awam dan beramal sebagai peguambela dan peguamcara - tidak kira yang senior atau yang junior (apatah lagi sekarang ini, setahun berkhidmat sudah boleh petisyen untuk penerimaan masuk sebagai peguam). Faktor gaji, kenaikan pangkat, skop kerja, pembangunan karier adalah antara faktor-faktor mereka keluar dari perkhidmatan. Sudah tentu bila mereka-mereka ini beramal sebagai peguam, mereka akan menjadi 'lawan' kepada pendakwaraya dan/atau peguam persekutuan dari AGC. Antara nama-nama besar yang meninggalkan AGC ialah Salehuddin Saidin dan Shafee Abdullah juga seorang kenalan bernama Kapal.
Dari sudut yang berlainan, ramai juga peguam yang menyertai AGC dan bidang kehakiman. Mereka ini berkhidmat sebagai pendakwaraya, peguam persekutuan, majistret, pesuruhjaya kehakiman dan sebagainya. Tun Zaki (bekas ketua hakim negara merupakan seorang peguam sebelum dilantik menjadi dan beliau dilabel sebagai 'lawyer UMNO') merupakan contoh paling baik. Juga ada Gopal Sri Ram, Arif Yusof, Mah Weng Kwai, Hamid Sultan.
Samada mereka-mereka ini partisan, tidak adil, pro mana-mana parti politik, kita perlu analisa satu persatu dan setiap individu sudah tentu berbeza prinsipnya.
Cab-Rank-Rule
Datuk Yusof cakap pasukan Anwar call beliau sehari sebelum hari pertuduhan dan sebab beliau ada masa, beliau buat keputusan untuk wakili Anwar. Secara umumnya, seorang peguam mestilah mengambil, menerima dan memberi khidmat guaman kepada mereka yang datang kepada mereka, jika mereka mampu dan layak untuk memberi khidmat nasihat dalam bidang yang diperlukan. Ini dikenali sebagai cab-rank-rule, suatu konsep perundangan berasal dari UK (debat dan hujah soal hukum mewakili penjenayah, soal hukum menyembunyikan fakta, soal relevan atau tidak cab-rank-rule ini dan soal-soal etika yang lain tidak jadi fokus penulisan kali ini). Kenapa diibaratkan cab-rank-rule? Sebabnya mudah, jika ada barisan penumpang, pemandu teksi akan mengambil penumpang yang berada dibarisan paling hadapan, dan tidak memilih penumpang yang kedua atau yang ketiga.
Konsep ini telah diterima pakai di Malaysia melalui Legal Profession (Practice & Etiquette) Rules 1978:-
An advocate and solicitor SHALL give advice on or accept any brief in the Courts in which he professes to practise AT the proper profesional fee dependent on the length and difficulty of the case, BUT special circumstances may justify his refusal, at his discretion, to accept a particular brief.
Ada tiga elemen penting -
i. kena terima kes jika peguam beramal dalam bidang berkaitan kes tersebut;
ii. pada fi yang berpatutan; dan
iii. boleh tolak kes jika ada sebab.
Dalam konteks guaman, orang awam boleh mendapat representasi dan diwakili dari peguam tanpa perlu peguam memilih atau selektif siapa yang bakal menjadi anak guam mereka. Kalau tidak, sukar bagi mereka yang tidak popular atau sebagainya diwakili oleh peguam.
Peguam dan Anak Guam
Hubungan peguam dan anak guam sepatutnya terikat pada hubungan profesionalisma sahaja. Tapi, sentimen ada memainkan peranan juga. Sebab itu tidak hairan jika sekarang ini kita melabel sesetengah firma guaman dilabel sebagai 'lawyer UMNO', 'lawyer PAS' atau 'lawyer PKR'. Memang wujud.
Salahkah firma guaman ini mewakili parti-parti tertentu? TIDAK. Setiap parti politik (bahkan ahli politik) berhak kepada khidmat guaman. Merujuk kepada zaman krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009 dulu, aku tergelak dengan tulisan seorang 'lawyer UMNO' yang pejabatnya dulu di bangunan UMNO dan kini di Putrajaya. Beliau 'marah' dan 'menempelak' dan mempersoal kewajaran golongan peguam yang mewakili 'pakatan pembangkang' secara pro-bono (percuma) tapi pada masa yang sama merupakan panel penasihat kepada GLC, bank dan badan-badan yang 'milik' kerajaan (Barisan).
Mengapa perlu menempelak? Golongan peguam tersebut sekurang-kurang ada inisiatif untuk memberi khidmat guaman percuma. Selagi tidak ada konflik kepentingan dan menyalahi apa-apa etika, para peguam bebas beramal dan bebas memilih siapa yang mereka mahu wakili. Sikap dan perilaku anak guam tidak semestinya refleksi sikap dan perilaku seorang peguam.
Penutup
Faktanya mudah, kronologinya jelas. Suatu masa dahulu Datuk Yusof merupakan Peguamcara II dan terlibat dalam sodomi II. Kes sodomi II itu dari segi undang-undangnya memang patut dibakul sampahkan sejak awal lagi (sebab itu Anwar bebas). Kini Datuk Yusof seorang peguambela yang beramal. Beliau ada kebebasan untuk wakili sesiapa yang beliau mahu, pada bila-bila masa.
Apa yang tersirat di sebalik debat Khairy - Rafizi
Posted by
Tamar Jeles
1. Rafizi adalah pemimpin pilihan Anwar
1.1. Rafizi Ramli merupakan calon yang ditunjuk oleh Anwar Ibrahim sewaktu pemilihan Kongres PKR 2 tahun lepas untuk menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Malangnya, kemunculan semula Rafizi secara mendadak & 'kehilangan'nya satu ketika dulu dalam Exco AMK, tidak dapat diterima oleh kebanyakan ahli. Kebanyakan mereka cenderung memilih aktivis Chegu Bard sebagai ketua, sementelah Shamsul Iskandar (Sam) pula telah memberi isyarat untuk berundur sebagai Ketua Pemuda dan ingin mara ke jawatan Naib Presiden. Beberapa pimpinan utama PKR, antaranya Nik Nazmi cuba ke depan untuk memberi sokongan terbuka kepada Rafizi, tetapi sokongan tidak berpihak sepenuhnya kepada Rafizi. Di saat-saat akhir setelah nyata Rafizi kekurangan sokongan untuk memenangi jawatan Ketua AMK, Sam telah membuat u-turn (walaupun dia kata kat T-junction) dengan mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK. Jadi sokongan ahli-ahli kepada Chegu Bard sebelum ini sebahagian besarnya berpindah semula kepada Sam. Di dalam pertandingan itu Sam menang tipis & berjaya mempertahankan jawatan Ketua AMK.
1.2. Barangkali setelah melihat ahli enggan mengikut 'wahyu' Anwar membabi-buta (dengan memilih Rafizi sebagai Ketua AMK tanpa banyak soal), Rafizi telah diberi jawatan yang agak signifikan di dalam PKR (tapi masih dipersoalkan fungsinya) iaitu jawatan Pengarah Strategi. Pengarah Strategi ini entah apa bidang kuasanya, sama jugalah seperti Ketua Umum (?) dan Pengarah Komunikasi sedangkan Ketua Penerangan PKR tu bukankah tugasnya menyelaraskan komunikasi? Hai entahlah. Sebagai pegawai utama di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor (staf Anwar la ni), peranan Rafizi di peringkat kerajaan negeri tidak memberi kesan signifikan. Dengan jawatan ini pun ahli PKR masih belum yakin untuk memilihnya sebagai Ketua AMK.
1.3. Peranan Rafizi hanya benar-benar menonjol dek kerana skandal NFC. Ini pun aku percaya dek kerana 'wahyu' Anwar. Ada sebab kenapa hanya Rafizi & Zuraida Kamaruddin dipilih untuk bersilat dalam skandal NFC. Peranan Zuraida selaku Ketua Wanita PKR adalah untuk membedal Ketua Wanita UMNO, manakala segala pendedahan diterajui oleh Rafizi. Kenapa mesti Rafizi? Bukan Ketua Pemuda? Bukan Ketua Penerangan? Sebab Anwar mahu tonjolkan Rafizi & dia mahu membuktikan bahawa "yang aku suruh kau orang sokong dulu ni, bukan saja-saja aku suruh sokong". Dengan pengunduran Shahrizat Jalil sebagai menteri dan pendakwaan suaminya di mahkamah, Rafizi mendapat kredit politik yang terbesar.
1.4. Kemuncaknya ialah debat PTPTN antara Rafizi & Khairy. Walaupun masing-masing ada flaws, tapi Rafizi berjaya meletakkan dirinya setaraf dengan Khairy. Lagi sekali, kenapa mesti Rafizi, bukan Sam? Patutnya Ketua Pemuda lawan sesama ketualah. Lagi sekali juga, aku percaya, Anwar mahukan ianya sebegitu. Sam hanyalah pemimpin transisi yang sudah melepasi zamannya, dia hanyalah caretaker jawatan itu sementara menunggu ianya diambil alih oleh Rafizi pada pemilihan Kongres PKR akan datang. Pada waktu itu ahli tidak lagi mempersoalkan, siapakah Rafizi? Sekarang, usai debat PTPTN, Rafizi dijulang sebagai wira.
1.5. Mana pimpinan pemuda lain? Bolehkah anda bayangkan Khairy berdebat dengan Sam, atau Khairy berdebat dengan Nasrudin Hassan? Sam takde masalah dari segi berdebat, tapi maaf cakaplah, aku perlu sebut, he is physically unfit, bukan verbally unfit. Penampilannya yang 'comel', membuatkan Sam nampak 'kecil' bila dipasangkan dengan Khairy. Itu saja concern aku. Rafizi at least nampak segak sikit, tu jelah. Nasrudin Hassan? Maaf cakaplah, bungkus. Konsert artis barat, hari Valentine, Irshad Manji, boleh serah kat dialah. Dasar fiskal, kerangka ekonomi, gamaknya tinggal rangkalah.
2. Anwar tetapi calon Perdana Menteri
2.1. Hakikat yang perlu diterima oleh semua parti di Malaysia, Anwar tetap calon Perdana Menteri (PM). Memang sesetengah ahli-ahli Pas mahukan presiden mereka menjadi PM, tapi bak analogi Khairy - Nasrudin la, anda tergamak bayangkan Najib Razak berdebat dengan Hadi Awang soal dasar ekonomi negara? Tidak sekali-kali aku menafikan kredibiliti Presiden Pas, tapi biasakah kalian melihat Presiden Pas dalam mana-mana wacana ekonomi seperti mana anda melihat Dr. Dzulkefly Ahmad atau Husam Musa? And yet anda marah bila sesetengah ahli-ahli Pas tegar menyokong Anwar sebagai calon PM, kih kih kih.
2.2. Keseluruhan keghairahan debat Anwar-Najib seharusnya membuatkan ahli-ahli Pas berfikir, siapakah pemimpin utamamu yang kau mahu tonjolkan, atau setidak-tidaknya pemimpin pelapismu? Di antara nama-nama Mat Sabu, Husam Musa, Nizar Jamaluddin, di manakah para ustazmu yang bisa berbicara soal ekonomi dan kewangan dengan petahnya di hadapan rakyat jelata?
2.3. Walau apa pun alasan Najib, orang tetapi mahu melihat dia berdebat dengan Anwar. Memang ramai yang membakulsampahkan saranan ini, sampai tergamak ada yang kata debat ni budaya barat bukan budaya kita. Tapi kalau tak debat pun memang kita tau, Najib, seperti mana Pak Lah, seorang yang lemah dari segi oral skillnya. Gedebung gedebang sorang-sorang retilah, cakap bukan main, nanti Anwar demamlah, tapi bila ajak debat dia kata buang masa, walhal Ketua Pemuda dia pun berdebat, so Najib takut ke apa? Ini persepsi orang ramai. Kau boleh kayuh merata basikal, kau boleh walk about berbatu-batu, takkan debat sejam kau tak mampu? Dek kerana itulah debat ini penting, kerana kalau Najib kalah sekalipun dalam debat ni, kalahnya bermaruah.
3. Dasar transformasi yang kaput
3.1. Debat antara Khairy & Rafizi ini, asasnya satu sahaja. Rafizi kata trend pembayaran balik hutang PTPTN yang sangat mendukacitakan (di bawah 10%), kalau diteruskan sehingga tahun 2020, akan menyaksikan Malaysia lingkup dengan beban hutang ratusan bilion. Secara jujur, aku TAK PERCAYA dasar transformasi Najib boleh meningkatkan pendapatan rakyat (para penerima hutang PTPTN khususnya) secara signifikan, sebagaimana yang dikatakan oleh Khairy. Tidak, dalam tempoh 8 tahun ini pun aku tak percaya. Aku lebih percaya kepada rombakan drastik dalam sistem pendidikan percuma. Kalau Khairy kata caj 1% PTPTN tu pun dihapuskan jugak, soalnya hutang ratusan bilion itu tetap kekal. Ianya tidak akan ada penyelesaian, aku berkeyakinan sebegitu. Aku lebih percaya yang berlaku nanti ialah berbondong-bondong rakyat akan disenaraihitam & dihalang ke luar negara berbanding rakyat yang sama akan patuh & taat membayar hutang-hutang PTPTN mereka dengan penuh adil & saksama. Kamon, ini Malaysia lah!

Subscribe to:
Posts (Atom)