Pages

NFCorp Persoalan dan Isu Berbangkit (Bahagian II)


Bahagian I di SINI.

Skandal dan kemelut berkaitan NFCorp telah tiba ke satu perkembangan terbaru. Shahrizat Jalil telah kembali bertugas setelah 3 minggu bercuti. Dan terkini Tony Pua, telah membuat pendedahan akan Perjanjian Pinjaman antara kerajaan Malaysia dengan NFCorp. Aku sempat membaca seimbas lalu Perjanjian Pinjaman tersebut, yang telah dimuatnaik di sebuah laman web. Tapi nak buat audit atau due diligence atas Perjanjian Kemudahan Pinjaman (PKP) tu, memang di luar bidangkuasa aku, walaupun hakikatnya dulu aku cari makan dengan due diligence ni.

Apa pun, dilaporkan bahwa NFCorp telah mungkir atau telah langgar terma-terma PKP dengan membuat pelaburan yang tidak berkaitan dengan NFC. Kalau betul PKP yang dimuatnaik tersebut merupakan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan NFCorp, memang jelas dan nyata bahawa kemudahan pinjaman adalah untuk membangunkan NFC. Jadi, hujah dan kenyataan terdahulu dari NFCorp bahawa NFCorp dan NFC adalah entiti berbeza tu betul, tapi tak pegang air (does not hold water) sebab yang akan uruskan NFC ialah NFCorp. Kemungkiran perjanjian membolehkan kerajaan Malaysia meminta NFCorp membayar semula jumlah pinjaman yang telah diberikan.

Kemudian aku juga tertarik dengan satu klausa bahawa jika NFCorp membeli apa-apa hartanah menggunakan jumlah pinjaman yang diberi, NFCorp akan menggadai hartanah tersebut kepada kerajaan Malaysia. Dengan adanya klausa ini, adakah boleh kita imply bahawa NFCorp dibenarkan untuk membeli sebarang hartanah notwithstanding ada klausa yang menyatakan bahawa pinjaman hanyalah boleh digunakan untuk pembangunan NFC? Atau kita boleh perlu selangkah ke depan dengan menafsirkan bahawa apa-apa hartanah yang dibeli mestilah bertujuan untuk pembangunan NFC? Ini suatu isu yang menarik untuk dikupas.

Didedahkan bahawa NFCorp ada membeli unit hartanah mewah. NFCorp sebagai balasan membuat kenyataan bahawa pembelian dilakukan semasa projek NFC terhenti sementara atas sebab penyelenggaraan pada tapak projek. Adakah unit hartanah tersebut digadaikan kepada kerajaan Malaysia? Jika tidak itu satu kemungkiran/pelanggaran perjanjian.

Apa pun, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan telah membuat kenyataan bahawa, hasil siasatan PDRM, PDRM telah membuat saranan untuk pengarah NFCorp didakwa atas tuduhan criminal breach of trust. NFCorp, kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan PDRM ini berunsur prejudis, boleh mempengaruhi keputusan Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak.

Bagi aku, apa yang dilakukan oleh PDRM merupakan suatu strategi PR. Public relation. Yelah, dah berminggu-mingu, orang ramai tertanya-tanya apa perkembangan siasatan. PDRM perlu pada suatu tahap, membuat sedikit, jika tak banyak, update kepada orang ramai, walaupun hakikatnya tidak ada perundangan memaksa PDRM berbuat sedemikian. Dan kenyataan balas NFCorp juga adalah suatu strategi PR, damage mitigation, damage control. Nanti kalau NFCorp senyap membisu, orang akan lebih berprasangka. PR exercise atau tidak, mari kita kaji samada balasan dari NFCorp itu hold any water.

NFCorp kata betul ke ada criminal breach of trust (CBT) sebab tak ada unsur-unsur dishonesty dalam kes mereka. Lagi pun, kalaulah pinjaman digunakan untuk tujuan lain, paling kurang pun ada kemungkiran perjanjian bukannya jadi kes jenayah.

Jadi aku pun terpanggil untuk selidik sedikit elemen CBT. Kalau tak salah CBT ni peruntukannya ada pada Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan hukuman diperuntukkan di bawah Seksyen 409. Katalah seorang pengarah syarikat dituduh atas jenayah CBT kerana seleweng wang pinjaman, ada 3 elemen untuk membuktikan CBT ke atas pengarah syarikat (secara ringkasnya):

1. Tertuduh adalah agen kepada syarikat atas kapasiti pengarah

Walaupun syarikat dianggap suatu entiti, tapi yang menggerakkan syarikat ialah pengarah. Yang pinjam duit ialah syarikat, tapi yang menggerakkan arah tuju dan penggunaan duit syarikat adalah pengarah.

2. Tertuduh ada kuasa/pengaruh ke atas dana yang diseleweng

Pengarah ada akses ke atas wang tersebut. Maksudnya, pengarah yang ada kuasa nak tandatangan cek, pengarah yang ada pengaruh dan kuasa untuk menggunakan wang untuk berbuat apa sahaja.

3. Dishonestly salahguna/seleweng dana

Pengarah guna wang pinjaman untuk tujuan lain, seperti beli aset tiada kaitan dengan pinjaman atau untuk enjoy. Dan untuk membuktikan dishonesty, pembuktian elemen ke-2 di atas, bahawa jika pengarah ada kuasa/pengaruh ke atas wang tersebut sudah ada suatu presumption wujudnya elemen dishonesty.

Yang aku sebutkan elemen di atas adalah rumusan berdasarkan apa yang aku faham dari Kanun Keseksaan dan keputusan kes terdahulu.

Jadi, kenyataan NFCorp itu sebenarnya sekadar smokescreen, yang tidak ada legal weight. Begitu juga dengan kenyataan NFCorp jika wang pinjaman digunakan untuk tujuan lain, paling teruk pun berlaku kemungkiran perjanjian, bukan jadi kes jenayah. Ini tidak benar kerana kesalahan CBT merangkumi dan terpakai juga untuk kemungkiran perjanjian.

Bagi aku, sekali lagi NFCorp telah gagal dalam memberi penjelasan secukupnya untuk isu-isu dan tuduhan yang dilontarkan kepada mereka. Apa pun, sebagai pendokong justice dan keamanan (muntah sebaldi), kita berpeganglah pada notion innocent until proven guilty, dan untuk itu aku bagi NFCorp benefit of doubt. Bukan nak tuduh-menuduh, sekadar nak cari penjelasan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets