Pages

Kerana WANG dan DUIT: Menipu dan Tertipu

Entah macam mana semenjak dua menjak ini aku sering terbaca tentang isu yang berkait rapat dengan kes-kes fraud, penipuan dan scam. Sebagai contoh aku senaraikan beberapa kes yang berlaku (tanpa mendedahkan siapa atau mana-mana pihak):

Kes 1

Pembukaan kedai berkonsepkan francais yang bersandarkan barangan dan produk Muslim yang bukan sahaja Halal, malahan Toyyiban. Ini biasa kita dengar. Iklan memang merata-rata, dalam akhbar siap satu muka penuh bewarna dan juga radio yang berunsur Islamik. Modal permulaan sekitar RM50,000 ke RM100,000, dan ada pakej-pakej tertentu. Banyak tu, kalau buat kahwin, boleh kahwin dua sekaligus.

Jadi memang ramai yang terpesona dan tertarik. Memang ramai yang nak join. Ada yang betul-betul beroperasi, memang berjalan lancar. Tapi malangnya, ramai yang digantung tak bertali. Kedai entah ke mana, duit entah ke mana. Promoter/pemilik francais pun entah ke mana, tak dapat dihubungi. Berbulan-bulan menunggu, bukat setakat modal lesap, malah terpaksa tanggung kos-kos lain seperti kos sewa kedai, kos daftar perniagaan dan lain-lain. Akhirnya, impian membuka perniagaan berkecai.

Kes 2

Perniagaan yang berkonsepkan sewa kereta. Dimiliki oleh orang kenamaan, ada gelaran. Konsep yang sama, promoter/pemilik akan kutip duit, atas alasan sebagai modal pelaburan, dan pelabur dijanjikan pulangan bulanan yang tetap untuk tempoh tertentu. kalau ikut perkiraan keuntungan mencapai 21% dari modal yang dikeluarkan. Wow... ASB pun bagi dalam 8%, unit trust yang sedikit aggresif mungkin mencapai 15%. Lebih mudah dan menarik pelabur hanya perlu goyang kaki selepas bayar duit, tunggu cek tiap-tiap bulan. Ini rezeki jatuh ke riba.

Tapi, indah khabar dari rupa. Promoter/pemilik skim ini didakwa dan disabitkan kesalahan kerana mengambil deposit secara haram. Tindakan mengutip duit dari pelabur tersebut melanggar suatu akta perundangan negara. Akhirnya, para pelabur terpaksa menunggu proses mahkamah yang memakann masa untuk menuntut jumlah yang mereka beri.

Untung entah ke mana, hasilnya penat dan lelah buat tuntutan, turun naik mahkamah.


Kes 3 

Ini bertopengkan pelaburan dalam bentuk hartanah, bukan di Puchong bukan di Ampang. Tapi di UK. United Kingdom. Apa?? UK??? Siapa tak nak memiliki tanah di UK. Tempat lahir Prince William. Kah kah kah... Rupa-rupanya tanah itu memang ada nilai, tapi takkan terjual atas sebab lot tanah tersebut merupakan tanah yang menjadi batasan untuk kawasan-kawasan kampung dan kawasan-kawasan bandar yang tak ada prospek untuk dijual (ini mungkin sebab perundangan UK yang aku sendiri tyak arif).

Pelabur pun takkan dapat geran tanah, maksudnya duit yang mereka laburkan tu bukan untuk pembelian tanah, tapi dijanjikan pulangan yang tertentu. Akhirnya, pulangan entah ke mana, promoter/pemilik lari menghilang dan akhirnya promoter/pemilik disiasat atas kesalahan jenayah white collar. Ingat, watak antagonis dalam kes ini bukan mereka dari Nigeria atau Uganda, tapi mereka dari UK, tanah tumpah darah orang Melayu yang bujet urban berseluar sendat dan ketat. Kah kah kah... Aku gelak guling-guling.

Apa yang kita pelajari dari kes-kes di atas?


Dari pemerhatian aku, kebanyakan kes-kes penipuan ni agak sama modus operandinya. Kononnya, promoter/pemilik ada satu skim pelaburan atau perniagaan, pelabur dikehendaki melabur sejumlah wang, dan dijanjikan pulangan tetap yang lumayan. Ini sama dengan skim ponzi, skim piramid, Korek lubang, gali lubang.  Pelabur yang permulaan mungkin untung dan dapat rasa pulangan, tapi akan sampai satu tahap promoter/pemilik sudah kehabisan modal untuk dijadikan pusingan modal. Ada juga kes promoter/pemilik yang mulanya ikhlas dengan sesuatu perniagaan, tapi silap strategi jadi kelabu mata tengok duit berkepuk-kepuk, terus jadi tamak haloba.

Yang aku kasihan, para pelabur yang tertipu ini bukan golongan makcik-makcik kampung, tapi terdiri dari golongan professional, berpendidikan. Ada yang terlibat semata-mata dikaburi oleh duit, keuntungan. Yang kasihannya, ada yang terlibat kerana betul-betul mahu berniaga. Tapi jangan salah anggap kenyataan aku dan jangan pukul rata bahawa mana-mana promoter/pemilik yang mahukan duit pendahuluan itu merupakan penipu. Adat berniaga, perlu ada modal, kena sedia tanggung risiko, kerugian.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan dari terjebak?

1. Pertamanya, kaji selidik dulu latar belakang promoter/pemilik. Kalau sebuah syarikat, atau enterprise, luang sedikit masa dan tenaga untuk buat carian di Suruhanjaya Syarikat. Kalau kita tengok syarikat hanya ada saham bernilai RM2, tapi projek yang dicanangkan bernilai puluhan ringgit, sudah tentu ada yang tak kena.

2. Keduanya, jangan terliur dengan janji pulangan tetap, pulangan besar, untung atau kaya. Usaha untuk senang. Tajuddin Ramli jadi kaya dulu-dulu pun susah tau, kena masuk circle Mahathir, kena masuk circle Daim Zainuddin. Eh, ke situ pulak aku.

3. Pastikan ada hitam putih perjanjian yang betul-betul sah bukan setakat kertas untuk ditandatangani. Aku dah banyak tengok, projek ribu-ribu, tapi perjanjian loose, teruk caca merba.

4. Berkait rapat dengan point nombor 3, sila jangan segan silu atau kedekut untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam atau mereka yang pakar. Sekecil mana pun pelaburan yang dibuat, pastikan anda mendapat khidmat nasihat yang sewajarnya.

Sekian seadanya. Harap dapat menjadi panduan.

Temptasi Kewangan Islam

Aku perhatikan sejak akhir-akhir ni, mungkin sedekad kebelakangan ni, makin ramai orang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang kewangan Islam (Islamic finance) atas kapasiti yang mereka rasa sesuai. Yelah, kalau pensyarah, dia akan berjinak-jinak dengan jadi Shariah Committee untuk institusi kewangan Islam yang berkenaan, kalau graduan universiti - pun akan berjinak-jinak untuk menjadi eksekutif yang ada kaitan dengan institusi kewangan Islam. Kalau pelajar pulak, seboleh-boleh nak merapatkan diri dengan bidang kewangan Islam walaupun masa degreenya dulu takde kaitan secara langsung atau kadang-kadang tu memang takde kaitan langsung dengan Islamic finance.

Contohnya yang aku perhatikan, ramai lulusan agama yang bukan Shariah (Usuluddin, Dakwah, Bahasa Arab) pun mendekatkan diri dengan Shariah courses. Takde master Shariah, dia akan ambik master Shariah, walaupun degreenya Usuluddin. Sekarang ni MBA pun ada dalam Islamic finance. Ada yang jenis konar baring terus, degree dia Accounting, alih-alih tuning PhD pergi ke Islamic banking yang ada tempias-tempias sikit walaupun tak banyak.

Para pensyarah Syariah pun, kalau sebelum ni selesa dengan course yang mereka ajar (fiqh jenayah, fiqh perlembagaan), dek kerana temptation jugak, tiba-tiba dia jadi Shariah Committee untuk bank sekian-sekian. Kadang-kadang tu kita sebagai student rasa "Eh, dia ni langsung tak pernah ajar pasal muamalat, usul fiqh alih-alih jadi Shariah Committee jugak?"

Begitulah trend yang menunjukkan betapa marketablenya orang yang ada paper qualification on Shariah vis-a-vis fiqh muamalat. Aku sendiri pun sebenarnya tidaklah terlalu minat dengan fiqh muamalat ni tapi disebabkan aku ambik jugak degree Shariah maka aku terdedah dengan fiqh muamalat & yang lebih penting aku "ter"punya degree Shariah yang boleh digunakan untuk cari makan, beserta dengan degree LLB.

Syukurlah pilihan aku nak buat LLB + LLB (Shariah) dulu, ternyata bukan pilihan yang silap. Yelah aku sebut pilihan sebab dulu aku ada pilihan untuk ambik accounting, economics, hatta ke Timur Tengah pun ada kalau nak tapi aku tolak sebab aku rasa course yang UIAM tawarkan ni memang unik sebab ianya dinamik. Kita tak belajar satu benda je.

Aku selalu cakap kat students aku dulu, kita sebagai law students memang dicemburui atas banyak sebab tapi antara sebabnya ialah kita belajar banyak benda berbanding budak-budak course lain (di UIAM lah). Misalnya, kita belajar fiqh muamalat, budak Economics & IRK pun belajar fiqh muamalat. Kita belajar faraid, IRK pun belajar tapi budak Economics tak belajar. Kita belajar contract, budak Architecture pun belajar. Kita belajar international law, constitutional law, budak political science pun belajar, tapi budak IRK & Economics tak belajar. So maknanya bits & pieces apa yang budak-budak lain belajar, semua budak law belajar & yang menariknya, still, budak law ada belajar benda yang takde satu course lain pun ada offer. Begitulah betapa diversify jurusan undang-undang ni.

Merujuk kepada isu kewangan Islam jugaklah, jurusan undang-undang banyak bersangkut-paut dengan kemajuan kewangan Islam malah banyak "players" kewangan Islam mempunyai background undang-undang.

Dan aku hanya menyebut satu cabang daripada puluhan cabang kerja yang ada kalau kita bergelar graduan undang-undang.

Q&A: Gejala paranormal & supernatural (siri 1)

Soal jawab di bawah ini merupakan hasil nukilan Ustaz Apandi Hussin, pengamal perubatan Islam Darussyifa' cawangan Rawang. Beliau telah memberi keizinan agar hasil penulisannya dikongsi bersama. Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jawapan-jawapan di bawah ini hanyalah garis panduan umum yang tidak bermaksud untuk "pukul rata" bagi kesemua situasi paranormal. Setiap kes hendaklah dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang diyakini.


1) Ayat-ayat mudah yang boleh diamalkan/dizikirkan untuk mengelakan diri dari terkena tempias orang yg dirasuk.

1.1 Al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Kursy (baca dengan niat dan menyedut nafas serta telan nafas)
1.2 Ayat 97 & 98 Surah Al-Mukminuun

2) Cara yang paling mudah dan terbaik untuk menolong orang yang dirasuk, sementara menunggu orang yang lebih arif datang membantu.

2.1 Azan bergilir di telinga kiri dan kanan (Lelaki sahaja)
2.2 Asingkan daripada orang lain dan antara pesakit dengan pesakit.
2.3 Elakkan membaca apa-apa atau meletakkan mushaf quran dan sebagainya.
2.4 Panggil nama pesakit, minta supaya melembutkan badan dan membuka mata.
2.5 Memberi minum air sejuk / membasuh muka (cawan plastik)
2.6 Jika perlu, dimandikan atau syorkan supaya mengambil wuduk.
2.7 Jangan biarkan ia bersendirian dan termenung serta bersedih.
2.8 Jika perlu, bawa ke pusat rawatan yang berdekatan.
2.9 Kenal pasti punca masalah (sama ada gangguan asal atau perasaan dsb)

3) Apakah ciri-ciri atau tanda org yang sedang berkawan @ berdamping dgn jin.

3.1 Mudah marah / mata merah / sukar bertentang mata.
3.2 Memakai tangkal
3.3 Tahu perkara-perkara ghaib
3.4 Sombong dan mengugut akan membinasakan dan sebagainya.
3.5 Mengamalkan jampi serapah yang tidak difahami untuk tujuan tertentu
3.6 Mengamalkan bacaan atau ayat secara salah atau songsang.
3.7 Mengamalkan ilmu daripada mimpi.
3.8 Susah beribadat / benci orang baik / panas ketika bacaan Quran / azan dsb
3.9 Kalau berniaga – kedai kotor (lalat) tetapi pembeli ramai

4) Apakah tanda-tanda seseorang telah terkena sihir?

4.1 Perubahan sikap atau watak/tahap kesihatan secara mendadak
4.2 Adakalanya perubahan secara perlahan
4.3 Sakit yang berpanjangan dan berulang
4.4 Rawatan hospital tidak dapat mengesan sakit.

5) Bagaimana cara untuk mengelakkan diri dari terkena sihir / gangguan.

5.1 3 Qul / ayat kursi (bodyguard)
5.2 Berbuat baik kepada semua orang
5.3 Mengamalkan pertahanan diri yang bersistematik.
5.4 Mengamalkan doa harian (doa adalah senjata)
5.5 Menjaga keselamatan barang peribadi (pakaian dalam)
5.6 Mengelakkan berada ditempat yang berisiko

6) Apakah ciri-ciri pada manusia yang disukai jin untuk dipilih menjadi sahabatnya?

6.1 Jin sangat suka orang jahil (beribadat) – kisah jin takut dengan orang yang tidur
6.2 Orang yang memendam masalah
6.3 Terlampau takut (penakut)
6.4 Terlampau berani (sombong sehingga mencabar)
6.5 Banyak membaca buku berkaitan mistik
6.6 Orang suka melakukan maksiat

7) Adakan jin mendengar dan mengetahui segala apa yang manusia perkatakan dan adakah dia tahu apa isi hati manusia?

7.1 Mereka boleh mendengar (mereka tidak kelihatan justeru senang mencuri dengar)
7.2 Mereka mengetahui daripada maklumat Qarin.
7.3 Tidak mengetahui perkara dalam hati (cuma meneka).

8) Bilakah waktu jin suka berkeliaran dan apakah tandanya jika dia hampir dengan kita?

8.1 Waktu senja
8.2 Matahari atas kepala
8.3 Meremang bulu roma / bau wangi / busuk / pergerakan dsb
8.4 Terbatuk ketika awal tidur
8.5 Kaki tersentak semasa tidur

9) Apakah jenis-jenis jin,makanannya dan di manakah tempat tinggalnya?

9.1 3 kumpulan yang besar (Terbang / Merayap / Berjalan)

9.2 Jenis-jenis Jin (Ifrit, Qarin, Ummu Mildam dsb)

9.2.1 Mereka seperti masyarakat manusia
9.2.2 Pandai / bodoh / glamour / jahat / baik / elit dsb.
9.2.3 Berbagai agama / bangsa
9.2.4 Berkelompok / bersendiri dsb
9.2.5 Mereka mudah dimanipulasi / ditipu / dipergunakan

9.3 Makanan

9.3.1 Yang baik – makanan yang bersih, tulang daripada haiwan yang disembelih dsb.
9.3.2 Yang jahat – makanan yang kotor (najis haiwan, bangkai, darah, asap, wap najis dsb)

9.4 Kediaman mereka

9.4.1 Dalam hutan, dalam laut, awan, rumah tinggal, pokok, kubur, dalam tandas celah-celah lubang merekah dsb.

10) Apakah perkara yang boleh menyebabkan jin datang mengganggu manusia?

10.1 Kesalahan kita (Kita mengganggu ketenteraman/rumah/keluarga mereka)
10.2 Kesalahan dia (cinta / suka berkawan / menolong)
10.3 Dihantar untuk mengganggu (dinamakan sihir)

11) Kenapa hanya sesetengah orang sahaja yang dapat melihat wajah jin dan orang lain tidak dapat melihat?

11.1 Asasnya semua tak dapat lihat.
11.2 Apabila dia menjelma.
11.3 Melihat jin bermakna seseorang telah diganggu bukan tanda kelebihan
11.4 Orang dapat melihat mereka berisiko besar untuk diganggu kerana dianggap pengintip (spy)

12) Adakah benar seseorang yang mempunyai masalah jiwa (jiwa kacau) lebih mudah diganggu oleh mahkluk halus?

12.1 Betul dan tepat – untuk merosakkan kita, memperbesarkan perkara kecil, bergaduh, bermusuhan dsb.
12.2 Dalam kebanyakkan kes memang lebih mudah.

13) Apakah cara yang terbaik untuk menggelakkan diri dari gangguan makhluk halus?

13.1 Mendekatkan diri dengan agama.
13.2 Mengamalkan ayat-ayat perlindungan.
13.3 Mengelakkan diri dari berada di tempat-tempat yang berisiko.

14) Adakah gangguan mahkluk halus ini boleh menganggu keharmonian pejabat dan adakah orang lain boleh terkena @ berjangkit kepada orang lain?

14.1 Boleh kerana pelbagai punca:

14.1.1 Diganggu semasa pembinaan awal.
14.1.2 Dibawa masuk oleh seseorang (untuk mengawal bangunan)
14.1.3 Diamalkan oleh warga kerja (untuk pengasih / naik pangkat dsb)
14.1.4 Masalah asal yang dihidapi oleh seseorang

SOALAN PALING BEST

15) Kenapa orang Melayu kerap diganggu?

15.1 Sejarah orang melayu (Islam) banyak bergantung dengan jin (mistik).
15.2 Membela untuk berubat, jadi kuat (bersilat), cantik, bekerja dan mempertahankan diri serta keluarga.


16) Kesimpulan

16.1 Manusia dicipta dari unsur roh dan jasad.
16.2 Jika kita perlu makanan untuk hidup dan sihat maka, begitu jugalah dengan roh
16.3 Senjata roh perlu untuk melawan musuh berbentuk roh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets