Tajuk entri ni bukanlah nama kuih raya atau juadah tradisi Melayu. Tapi sebuah 'kecacatan' fizikal yang di alami oleh kaum Adam. Hernia juga lebih popular dirujuk sebagai angin pasang / uluran / burut dikalangan orang Melayu. Walhal tak ada kaitan dengan angin pun. Yang aku faham, ada unjuran sebahagian dari usus ke bahagian yang tidak sepatutnya. Ada yang tahap teruk terunjur ke bahagian buah z*k*r. Paling minima bila ada benjolan dibahagian ari-ari (kiri atau kanan atau kedua-dua sekali) dan yang teruk boleh ke tahap yang menyakitkan. Nak cerita panjang-panjang aku pun tak reti nak terjemahkan kepada penulisan, jadi cukup sekadar aku kepilkan link dari Wikipedia bertajuk Inguinal Hernia.
Aku nak berkongsikan pengalaman aku sendiri buat pembedahan kecil nak selesaikan masalah hernia ni. Kejadian berlaku beberapa hari sebelum raya, aku pergi medical check up untuk kerja baru. Check punya check, bila doktor tu tekan-tekan perut aku dan bahagian bawah sikit, dia detect ada bonjolan. Aku memang perasan dah ada bonjolan tu selama ni, dan bagi aku tak ada rasa sakit pape pun. Doktor sahkan tu hernia, nasihatkan untuk buat pembedahan. Makanya aku pun merujuk ke Hospital Ampang Puteri. Dalam pukul 3 aku pergi, jumpa dengan Dr. K. Da check dan nasihat suruh buat pembedahan. Siap cakap, "petang ni jugak atau esok boleh buat". So fikir punya fikir aku decide buat petang tu jugak, dalam pukul 5.30 aku masuk wad bedah, pukul 7.30 aku sedar semula. Bius penuh, memang tak sedar apa-apa masa pembedahan, sedar-sedar sakit sikit kat bahagian yang dibedah, tak panjang pun, 1 inci lebih. Esok tengaharinya dah discharge, aku diberi pain killer. Dr. K cakap ambil masa 1 bulan nak recover sepenuhnya.
2 3 hari pertama selepas pembedahan agak seksa jugak, sebab sakit, nak batuk, bak bersin pun tahan je, Jalan pun pelan-pelan je. Orang beraya makan sedap-sedap aku berpantang. memang raya ni aku tak sentuh lagi rendang ke ayam ke. Sabar jelah.
Kemudian mesti ada tertanya, berapa kos pembedahan? Hampir RM8k, tapi sebab aku melanggan ambil takaful, so aku covered, cuma perlu bayar 10% dari keseluruhan kos. OK la, takde banyak sangat nak keluar duit. Rawatan susulan (2 kali) kena bayar dulu, tapi nanti boleh claim dari takaful. Syukur jugak ada perlindungan takaful , dah la jadi masa nak raya, banyak pakai duit.
Pengajaran dari cerita aku ni: -
1. Pandai-pandai la orang laki check sendiri ada tak bonjolan hernia ke tak.
2. Jangan malu-malu kalau ada hernia, sebab bukannya penyakit teruk pun. Ianya takkan menjejaskan kelelakian anda.
3. Melangganlah dengan mana-mana takaful untuk manfaat kesihatan. Kalau nak agen aku boleh rekomen agen aku sendiri atau kawan aku yang juga seorang agen.
Sekian.
brp lama tempoh masa penyembuhan?
ReplyDeleteSebulan utk sembuh sepenuhnya seperti tertulis di atas. Seminggu pertama masih tidak selesa sbb doktor tampal mesh di dalam. X boleh angkat berat even baby.
ReplyDeleteO/b admin :)
Assalamualaikum.. bro, sy nk kena bedah mngu depan. Hernia inguinal ni tahap minima.nmpk timbul kat ari2 kiri.. nk tny, buah zakar ada effect x? Btw, sy bru umor 22.. xkawin lg pn.. sedih ni... dktr nk buat open srgery..
ReplyDeleteX de la haha.. No worries
DeleteAku risau la sebab doc pun cakap aku pun dapat inguinal hernia jugak..solution dia kena operet..adui risau la pulakk
ReplyDeleteMinor surgery. Ok dah?
DeleteSalam bro......mane ok?hospital kerajaan dgn hospital swasta.....
ReplyDeleteHospital kerajaan pun okay cuma appointment nye lambat sikit..bayaran pun x mahal..aku buat kerajaan ajee..bayar 50rm ajee..dduk wad x smpai sehari .yg pnting pantang
ReplyDeleteHospital kerajaan pun okay cuma appointment nye lambat sikit..bayaran pun x mahal..aku buat kerajaan ajee..bayar 50rm ajee..dduk wad x smpai sehari .yg pnting pantang
ReplyDeletemasa operate atau selepas operate, ada dipasangkan katerer untuk kencing di 'anu' kita tak?
ReplyDeleteMemang dapat sebulan MC ke lepas pembedahan?
ReplyDeleteSy bru selesai buat operate hernia kelmarin dkt gov hsptal ..kos dlm rm70 je..jgn risau telur kita ada je..yg dibuang or dipotong usus yg terbenjol tu je..mc dpt 2 minggu..so far hari ni jalan mcm robot..rasa sengal2 time jalan..jgn risau la ..janji kita sihat
ReplyDeleteSalam.. blh x watsapp saya.. nk tny pasal pengalaman operate tu.. saya pun mengalami sakit yg sama.. 0132516051 - Azahari.
DeleteSalam.. blh x watsapp saya.. nk tny pasal pengalaman operate tu.. saya pun mengalami sakit yg sama.. 0132516051 - Azahari.
DeleteKalau kena operate Berapa yerk kos pembedahan nya ada sampai ribu tak?
DeletePernah mengalami Dan benda tu berulang sekali lg.mula² kena kt sebelah kanan,selepas buat operation..benda tu
ReplyDeletedtg balik,kali ni sebelah kiri pulak .. X sanggup rasanya utk dibedah kali kedua. Time operate mmg x sakit,yg sakit bila lepas operate. Sakit nya hnya Allah yg mengetahui..time tu operate kt ghkl...x bole nk stay lama,klau swasta maybe bole stay lama sikit kot...sakit lepas operation tu yg x tahan tu...perit.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum, sy pun mengidap hernia ni...kalau nk pergi jumpa doc hospital kerajaan nak rujuk doc jabatan mana?
ReplyDeleteSelepas oprate hernia bila kah boleh maen sukan lasak seperti futsal dn sepak takraw..sy bru sebulan selepas pembedahan masih rase lg denyutan2 kurang terase bile di sentuh di bahagian ari2 seperti bius xhilang lg..ad x sape2 bole kongsi? Trme kseh
ReplyDeleteSy pun dah buat kat kerajaan. 5 bulan tnggu giliran. Free je pakai GL.. Open surgery. Mc 2 minggu je. Dpt surat utk majikan kita 3 bulan xboleh buat kerja berat. Memang seksa bila nk bangun dan bergerak.. Pedih ngiluuuu
ReplyDeleteBoleh wssap sy nk tanya pasal operate ni 0145345171
DeleteBoleh kongsi pengalaman.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan..masa operate dulu doktor ada pasang mesh jaring tak..
ReplyDeleteSetelah 8 tahun berlalu,ada apa2 rasa abnormal tak dgn mesh yg ada dalam body tu
ReplyDeleteAku dah operate pada 1/8/19..open surgery...setakat hari ni 6/8/19 proses pemulihan berjalan lancar.Alhamdulillah
ReplyDeletekat hospital ipoh bole buat tak operate hernia
DeleteBoleh je
ReplyDeleteAssalammualaikum, saya pun hernia tapi benjolan di perut belah kiri susah nak nafas sampaibaru ni buat bypass jantung, pi hospital kerajaan jawab nya gastric dah 4 tahun lebih sekarang baru doktor bgtau kena penyakit ni bahaya kah
ReplyDeleteBaru ni saya pi hospital kerajaan dia bg tarikh 23.03.20 nak buat scan dulu
ReplyDeleteSaya dah lebih 7-8 tahun menghidapi hernia mmg merimaskan .. setiap mlam atau bila rasa hernia tu membesar saya akan urut masuk kn sendiri hernia tu ketempat asal ..bertahun saya tunggu masa yg sesuai untuk pegi buat rawatan ..tpi saya paling takut kos..
ReplyDeleteKalau kena operate berapa yer kos pembedahan nya....ada sampai ribu tak?
ReplyDeleteMasa nk operate doc ada inject kt tulang belakang ke untuk bius sebanyak 2 kali
ReplyDelete