Pages

Apa itu bolasepak Malaysia?

Prolog.

Kebanyakan peminat bolasepak Malaysia dah tahu yang Malaysia ada perlawanan persahabatan dengan Filipina 29.02.2012. Mohd Taufik, 32 tahun, seorang pekerja swasta amat teruja menantikan perlawanan ini. Dari nama-nama yang dipanggil jurulatih ada yang dia kenal dan ada yang tidak, tapi itu semua dia tidak kisah. Kali terakhir dia menonton perlawanan pasukan senior Malaysia ialah ketika dengan Singapura kelayakan piala dunia.

Dia menunggu dengan harapan ada siaran langsung di Astro, paling tidak pun TV1. Tapi beliau hampa, rancangan-rancangan tv di Malaysia waktu itu seolah-olah tiada apa-apa. Dia membuka siaran Astro Arena tapi ada berita tentang skuad england yang nak lawan belanda tanpa pengurus, tanpa kapten dan masalah kecederaan. Buka TV1 ada national geographic. Dia sangat kecewa. Kenapa tiada siaran langsung? Dia tukar siaran lain, ada siaran ulangan, newcastle lawan wolves. Apa kejadahnya semua ini, bisik hati kecil Mohd Taufik.

* * * * * * * * * * *

Hakikatnya, bolasepak Malaysia hanyalah:-


Ya, bolasepak Malaysia hanyalah Manchester United, Arsenal, Liverpool, Chelsea, Manchester City, Tottenham Hotspurs, Swansea, Stoke City, Blackburn Rovers, Sunderland, Aston Villa, QPR, West Brom, Norwich City, Newcastle United, Wigan, Fulham, Everton, Wolves, Bolton, West Ham, Cardiff, Southampton, Leeds, Birmingham, Hull, Hartlepool, Liecester, Nottingham Forest, Burnley, Middlesborough, Watford, Ipswich, Milwall, Crystal Palace, Blackpool, Reading, Brighton.

Dan tidak lupa juga kepada siaran Fanzone, bola@mamak, football today, fourfourtwo, bpl express, bpl news, monday night verdict, premier league highlights, prime time premier league, premier league world, premier league preview, bpl friday, maxis football extra, football crazy, football league goals.

Kemudian jemput bekas pemain liga scotland, bekas pemain liga inggeris, yang pernah main england, yang pernah main liverpool, yang pernah main manchester united, tak kisah la siapa-siapa pun, yang penting ada kaitan dengan liga perdana inggeris khususnya dan england amnya, sehinggakan yang lahir di liverpool pun diambil juga, untuk mengulas perlawanan dan cakap pandai, buat tontonan orang asia. Cuma yang belum dipanggil ialah orang yang mampos di england, apa macam?

Q&A: Gejala paranormal & supernatural (siri 2)

Sedikit perkongsian, lanjutan daripada siri 1 tempohari:

Q1: Apakah status ungkapan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia"? Adakah ini bercanggah dengan ayat al-Quran yang mengatakan ada jin dari kalangan yang soleh-soleh?

A1: Ungkapan tersebut TIADA dari nas sama ada Quran atau Hadith serta Ijma' Ulama. Ungkapan itu berkemungkinan datang dari perkataan generasi terdahulu yang bertujuan menakut-nakutkan kita agar jangan berkawan dengan golongan tersebut. Ayat 11 & 14 Surah al-Jin mengesahkan terdapat di kalangan jin ini yang soleh & ada juga yang tidak (jahat). Sejahat-jahat manusia yang kita dengar ialah Firaun laknatullah yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, pernahkan kita mendengar iblis mengaku sebagai Tuhan? Sedangkan iblis yang dilaknat Allah itu hanya kerana dia enggan sujud kepada Nabi Adam, bukan kerana enggan sujud kepada Allah. Manusiakah atau makhluk lainkah yang lebih jahat kalau begitu?

Q2: Bolehkah kita berkawan dengan jin? Ada pihak yang mengatakan berkawan dengan jin dibolehkan kerana tiada dalil yang melarang perbuatan tersebut.

A2: Golongan jin adalah makhluk Allah yang sangat berbeza bentuk (kejadiannya / kesukaannya / kebenciannya dan sebagainya) dengan manusia. Manusia mempunyai maklumat yang terhad mengenai 'dunia' mereka (yang baik atau sebaliknya), justeru bagaimana harus berkawan kerana kita sangat berisiko untuk tertipu. Sedangkan di dunia internet yang 'tak nampak' ini pun lagikan kita diperdaya dengan pelbagai penipuan, inikan pula dunia jin yang langsung tak boleh dilihat oleh mata zahir kita. Bahkan sesama manusia sendiri yang bertentang mata pun masih berlaku kezaliman dan penindasan. Sungguhpun tiada nas yang melarang perbuatan tersebut, tetapi tiada juga nas yang menyuruhnya. Tiada juga diriwayatkan dalam amalan para sahabat Rasulullah s.a.w yang menunjukkan mereka ada berkawan dengan golongan tersebut. Berkawan, kebiasaannya untuk tolong menolong dan saling bantu-membantu dalam urusan dunia dan agama. Sekiranya kita berkawan dengan golongan jin tersebut, maka dibimbangi kita (terutama orang-orang yang jahil) akan bergantung kepada mereka dan bukan lagi kepada Allah & ini sudah menjadi syirik. Perlu diingat jin sangat suka akan 'penghormatan' ini sebagaimana yang disebut di dalam ayat 6 Surah al-Jin "..sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang manusia, menjaga & melindungi dirinya dengan meminta perolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong & jahat". Memang betul di dalam al-Quran tiada larangan untuk berkawan dengan golongan jin - tetapi ada larangan umum berbentuk lain seperti ayat 195 surah al-Baqarah "Janganlah engkau mencampakkan dirimu ke dalam jurang kebinasaan..". Kesimpulannya seperti mana yang pernah diungkapankan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din - "Boleh berkawan dengan jin, jika telah habis semua manusia di atas muka bumi ini kita telah kenal & telah berkawan".


Wallahua'lam.

NFCorp Persoalan dan Isu Berbangkit (Bahagian II)


Bahagian I di SINI.

Skandal dan kemelut berkaitan NFCorp telah tiba ke satu perkembangan terbaru. Shahrizat Jalil telah kembali bertugas setelah 3 minggu bercuti. Dan terkini Tony Pua, telah membuat pendedahan akan Perjanjian Pinjaman antara kerajaan Malaysia dengan NFCorp. Aku sempat membaca seimbas lalu Perjanjian Pinjaman tersebut, yang telah dimuatnaik di sebuah laman web. Tapi nak buat audit atau due diligence atas Perjanjian Kemudahan Pinjaman (PKP) tu, memang di luar bidangkuasa aku, walaupun hakikatnya dulu aku cari makan dengan due diligence ni.

Apa pun, dilaporkan bahwa NFCorp telah mungkir atau telah langgar terma-terma PKP dengan membuat pelaburan yang tidak berkaitan dengan NFC. Kalau betul PKP yang dimuatnaik tersebut merupakan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan NFCorp, memang jelas dan nyata bahawa kemudahan pinjaman adalah untuk membangunkan NFC. Jadi, hujah dan kenyataan terdahulu dari NFCorp bahawa NFCorp dan NFC adalah entiti berbeza tu betul, tapi tak pegang air (does not hold water) sebab yang akan uruskan NFC ialah NFCorp. Kemungkiran perjanjian membolehkan kerajaan Malaysia meminta NFCorp membayar semula jumlah pinjaman yang telah diberikan.

Kemudian aku juga tertarik dengan satu klausa bahawa jika NFCorp membeli apa-apa hartanah menggunakan jumlah pinjaman yang diberi, NFCorp akan menggadai hartanah tersebut kepada kerajaan Malaysia. Dengan adanya klausa ini, adakah boleh kita imply bahawa NFCorp dibenarkan untuk membeli sebarang hartanah notwithstanding ada klausa yang menyatakan bahawa pinjaman hanyalah boleh digunakan untuk pembangunan NFC? Atau kita boleh perlu selangkah ke depan dengan menafsirkan bahawa apa-apa hartanah yang dibeli mestilah bertujuan untuk pembangunan NFC? Ini suatu isu yang menarik untuk dikupas.

Didedahkan bahawa NFCorp ada membeli unit hartanah mewah. NFCorp sebagai balasan membuat kenyataan bahawa pembelian dilakukan semasa projek NFC terhenti sementara atas sebab penyelenggaraan pada tapak projek. Adakah unit hartanah tersebut digadaikan kepada kerajaan Malaysia? Jika tidak itu satu kemungkiran/pelanggaran perjanjian.

Apa pun, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan telah membuat kenyataan bahawa, hasil siasatan PDRM, PDRM telah membuat saranan untuk pengarah NFCorp didakwa atas tuduhan criminal breach of trust. NFCorp, kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan PDRM ini berunsur prejudis, boleh mempengaruhi keputusan Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak.

Bagi aku, apa yang dilakukan oleh PDRM merupakan suatu strategi PR. Public relation. Yelah, dah berminggu-mingu, orang ramai tertanya-tanya apa perkembangan siasatan. PDRM perlu pada suatu tahap, membuat sedikit, jika tak banyak, update kepada orang ramai, walaupun hakikatnya tidak ada perundangan memaksa PDRM berbuat sedemikian. Dan kenyataan balas NFCorp juga adalah suatu strategi PR, damage mitigation, damage control. Nanti kalau NFCorp senyap membisu, orang akan lebih berprasangka. PR exercise atau tidak, mari kita kaji samada balasan dari NFCorp itu hold any water.

NFCorp kata betul ke ada criminal breach of trust (CBT) sebab tak ada unsur-unsur dishonesty dalam kes mereka. Lagi pun, kalaulah pinjaman digunakan untuk tujuan lain, paling kurang pun ada kemungkiran perjanjian bukannya jadi kes jenayah.

Jadi aku pun terpanggil untuk selidik sedikit elemen CBT. Kalau tak salah CBT ni peruntukannya ada pada Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan hukuman diperuntukkan di bawah Seksyen 409. Katalah seorang pengarah syarikat dituduh atas jenayah CBT kerana seleweng wang pinjaman, ada 3 elemen untuk membuktikan CBT ke atas pengarah syarikat (secara ringkasnya):

1. Tertuduh adalah agen kepada syarikat atas kapasiti pengarah

Walaupun syarikat dianggap suatu entiti, tapi yang menggerakkan syarikat ialah pengarah. Yang pinjam duit ialah syarikat, tapi yang menggerakkan arah tuju dan penggunaan duit syarikat adalah pengarah.

2. Tertuduh ada kuasa/pengaruh ke atas dana yang diseleweng

Pengarah ada akses ke atas wang tersebut. Maksudnya, pengarah yang ada kuasa nak tandatangan cek, pengarah yang ada pengaruh dan kuasa untuk menggunakan wang untuk berbuat apa sahaja.

3. Dishonestly salahguna/seleweng dana

Pengarah guna wang pinjaman untuk tujuan lain, seperti beli aset tiada kaitan dengan pinjaman atau untuk enjoy. Dan untuk membuktikan dishonesty, pembuktian elemen ke-2 di atas, bahawa jika pengarah ada kuasa/pengaruh ke atas wang tersebut sudah ada suatu presumption wujudnya elemen dishonesty.

Yang aku sebutkan elemen di atas adalah rumusan berdasarkan apa yang aku faham dari Kanun Keseksaan dan keputusan kes terdahulu.

Jadi, kenyataan NFCorp itu sebenarnya sekadar smokescreen, yang tidak ada legal weight. Begitu juga dengan kenyataan NFCorp jika wang pinjaman digunakan untuk tujuan lain, paling teruk pun berlaku kemungkiran perjanjian, bukan jadi kes jenayah. Ini tidak benar kerana kesalahan CBT merangkumi dan terpakai juga untuk kemungkiran perjanjian.

Bagi aku, sekali lagi NFCorp telah gagal dalam memberi penjelasan secukupnya untuk isu-isu dan tuduhan yang dilontarkan kepada mereka. Apa pun, sebagai pendokong justice dan keamanan (muntah sebaldi), kita berpeganglah pada notion innocent until proven guilty, dan untuk itu aku bagi NFCorp benefit of doubt. Bukan nak tuduh-menuduh, sekadar nak cari penjelasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets