1. Rafizi adalah pemimpin pilihan Anwar
1.1. Rafizi Ramli merupakan calon yang ditunjuk oleh Anwar Ibrahim sewaktu pemilihan Kongres PKR 2 tahun lepas untuk menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Malangnya, kemunculan semula Rafizi secara mendadak & 'kehilangan'nya satu ketika dulu dalam Exco AMK, tidak dapat diterima oleh kebanyakan ahli. Kebanyakan mereka cenderung memilih aktivis Chegu Bard sebagai ketua, sementelah Shamsul Iskandar (Sam) pula telah memberi isyarat untuk berundur sebagai Ketua Pemuda dan ingin mara ke jawatan Naib Presiden. Beberapa pimpinan utama PKR, antaranya Nik Nazmi cuba ke depan untuk memberi sokongan terbuka kepada Rafizi, tetapi sokongan tidak berpihak sepenuhnya kepada Rafizi. Di saat-saat akhir setelah nyata Rafizi kekurangan sokongan untuk memenangi jawatan Ketua AMK, Sam telah membuat u-turn (walaupun dia kata kat T-junction) dengan mengumumkan untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK. Jadi sokongan ahli-ahli kepada Chegu Bard sebelum ini sebahagian besarnya berpindah semula kepada Sam. Di dalam pertandingan itu Sam menang tipis & berjaya mempertahankan jawatan Ketua AMK.
1.2. Barangkali setelah melihat ahli enggan mengikut 'wahyu' Anwar membabi-buta (dengan memilih Rafizi sebagai Ketua AMK tanpa banyak soal), Rafizi telah diberi jawatan yang agak signifikan di dalam PKR (tapi masih dipersoalkan fungsinya) iaitu jawatan Pengarah Strategi. Pengarah Strategi ini entah apa bidang kuasanya, sama jugalah seperti Ketua Umum (?) dan Pengarah Komunikasi sedangkan Ketua Penerangan PKR tu bukankah tugasnya menyelaraskan komunikasi? Hai entahlah. Sebagai pegawai utama di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor (staf Anwar la ni), peranan Rafizi di peringkat kerajaan negeri tidak memberi kesan signifikan. Dengan jawatan ini pun ahli PKR masih belum yakin untuk memilihnya sebagai Ketua AMK.
1.3. Peranan Rafizi hanya benar-benar menonjol dek kerana skandal NFC. Ini pun aku percaya dek kerana 'wahyu' Anwar. Ada sebab kenapa hanya Rafizi & Zuraida Kamaruddin dipilih untuk bersilat dalam skandal NFC. Peranan Zuraida selaku Ketua Wanita PKR adalah untuk membedal Ketua Wanita UMNO, manakala segala pendedahan diterajui oleh Rafizi. Kenapa mesti Rafizi? Bukan Ketua Pemuda? Bukan Ketua Penerangan? Sebab Anwar mahu tonjolkan Rafizi & dia mahu membuktikan bahawa "yang aku suruh kau orang sokong dulu ni, bukan saja-saja aku suruh sokong". Dengan pengunduran Shahrizat Jalil sebagai menteri dan pendakwaan suaminya di mahkamah, Rafizi mendapat kredit politik yang terbesar.
1.4. Kemuncaknya ialah debat PTPTN antara Rafizi & Khairy. Walaupun masing-masing ada flaws, tapi Rafizi berjaya meletakkan dirinya setaraf dengan Khairy. Lagi sekali, kenapa mesti Rafizi, bukan Sam? Patutnya Ketua Pemuda lawan sesama ketualah. Lagi sekali juga, aku percaya, Anwar mahukan ianya sebegitu. Sam hanyalah pemimpin transisi yang sudah melepasi zamannya, dia hanyalah caretaker jawatan itu sementara menunggu ianya diambil alih oleh Rafizi pada pemilihan Kongres PKR akan datang. Pada waktu itu ahli tidak lagi mempersoalkan, siapakah Rafizi? Sekarang, usai debat PTPTN, Rafizi dijulang sebagai wira.
1.5. Mana pimpinan pemuda lain? Bolehkah anda bayangkan Khairy berdebat dengan Sam, atau Khairy berdebat dengan Nasrudin Hassan? Sam takde masalah dari segi berdebat, tapi maaf cakaplah, aku perlu sebut, he is physically unfit, bukan verbally unfit. Penampilannya yang 'comel', membuatkan Sam nampak 'kecil' bila dipasangkan dengan Khairy. Itu saja concern aku. Rafizi at least nampak segak sikit, tu jelah. Nasrudin Hassan? Maaf cakaplah, bungkus. Konsert artis barat, hari Valentine, Irshad Manji, boleh serah kat dialah. Dasar fiskal, kerangka ekonomi, gamaknya tinggal rangkalah.
2. Anwar tetapi calon Perdana Menteri
2.1. Hakikat yang perlu diterima oleh semua parti di Malaysia, Anwar tetap calon Perdana Menteri (PM). Memang sesetengah ahli-ahli Pas mahukan presiden mereka menjadi PM, tapi bak analogi Khairy - Nasrudin la, anda tergamak bayangkan Najib Razak berdebat dengan Hadi Awang soal dasar ekonomi negara? Tidak sekali-kali aku menafikan kredibiliti Presiden Pas, tapi biasakah kalian melihat Presiden Pas dalam mana-mana wacana ekonomi seperti mana anda melihat Dr. Dzulkefly Ahmad atau Husam Musa? And yet anda marah bila sesetengah ahli-ahli Pas tegar menyokong Anwar sebagai calon PM, kih kih kih.
2.2. Keseluruhan keghairahan debat Anwar-Najib seharusnya membuatkan ahli-ahli Pas berfikir, siapakah pemimpin utamamu yang kau mahu tonjolkan, atau setidak-tidaknya pemimpin pelapismu? Di antara nama-nama Mat Sabu, Husam Musa, Nizar Jamaluddin, di manakah para ustazmu yang bisa berbicara soal ekonomi dan kewangan dengan petahnya di hadapan rakyat jelata?
2.3. Walau apa pun alasan Najib, orang tetapi mahu melihat dia berdebat dengan Anwar. Memang ramai yang membakulsampahkan saranan ini, sampai tergamak ada yang kata debat ni budaya barat bukan budaya kita. Tapi kalau tak debat pun memang kita tau, Najib, seperti mana Pak Lah, seorang yang lemah dari segi oral skillnya. Gedebung gedebang sorang-sorang retilah, cakap bukan main, nanti Anwar demamlah, tapi bila ajak debat dia kata buang masa, walhal Ketua Pemuda dia pun berdebat, so Najib takut ke apa? Ini persepsi orang ramai. Kau boleh kayuh merata basikal, kau boleh walk about berbatu-batu, takkan debat sejam kau tak mampu? Dek kerana itulah debat ini penting, kerana kalau Najib kalah sekalipun dalam debat ni, kalahnya bermaruah.
3. Dasar transformasi yang kaput
3.1. Debat antara Khairy & Rafizi ini, asasnya satu sahaja. Rafizi kata trend pembayaran balik hutang PTPTN yang sangat mendukacitakan (di bawah 10%), kalau diteruskan sehingga tahun 2020, akan menyaksikan Malaysia lingkup dengan beban hutang ratusan bilion. Secara jujur, aku TAK PERCAYA dasar transformasi Najib boleh meningkatkan pendapatan rakyat (para penerima hutang PTPTN khususnya) secara signifikan, sebagaimana yang dikatakan oleh Khairy. Tidak, dalam tempoh 8 tahun ini pun aku tak percaya. Aku lebih percaya kepada rombakan drastik dalam sistem pendidikan percuma. Kalau Khairy kata caj 1% PTPTN tu pun dihapuskan jugak, soalnya hutang ratusan bilion itu tetap kekal. Ianya tidak akan ada penyelesaian, aku berkeyakinan sebegitu. Aku lebih percaya yang berlaku nanti ialah berbondong-bondong rakyat akan disenaraihitam & dihalang ke luar negara berbanding rakyat yang sama akan patuh & taat membayar hutang-hutang PTPTN mereka dengan penuh adil & saksama. Kamon, ini Malaysia lah!
0 comments:
Post a Comment