PERHATIAN: Entri ini ditulis untuk komen perihal mereka yang suka bersandarkan kepada ayah/bapa/abah/papa/daddy dalam kehidupan seharian. Kalau ada yang rasa-rasa akan berkecil hati atau mual atau terasa atau bakal panas p*ngg*ng, sila baca entri lain.
Situasi 1 : Duit poket
Masa belajar, dah dapat PTPTN tapi enjoy sakan tukar HP, beli pakaian branded. Bila kawan tegur, maka jawapan diberi, "ala, nanti tak cukup duit bapak aku bagi lagi". Maka, anak itu terus berbelanja sakandan bila cukup bulan, akan telefon bapak minta subsidi.
Situasi 2 : Cari Kerja
Dah grad, anak terkial-kial buat resume, kelam kabut tak tentu hala. Prospek kerja pun tak tahu apa. Kemudian dapat talian hayat, dari bapak tercinta. "Jangan risau, ko kerja je dengan kompeni XXXXX ni, bapak ada kawan kat situ". Anak terus tersenyum. Bapak memang best.
:)
Situasi 3 : Kahwin
Dah kerja, gaji tak sampai hujung bulan dah sampai paras merbahaya. Poket makin menipis. Couple dah lama, bakal mak mertua mula bertanya. Hantaran bakal isteri yang ada degree RM10,000. Itu pun selepas diskaun 20%. Maka si anak sekali lagi menghadap ayahanda pohon perkenan bujet tambahan.
Situasi 4 : Beli Rumah
Dah kawin, mula-mula sewa rumah kawasan Seksyen 1 Wangsa Maju, flat 5 tingkat je bro, lif pun takde. Apa kelaaaaassss... Getus hati sendiri "Eksekutif muda takkan nak tinggal kawasan flat". Tapi duit takde bayar deposit rumah. Hasrat hati sampai ke pengetahuan ayahanda tercinta, sekali lagi perbendaharaan keluarga jadi taruhan.
Situasi 5 : Pergi Haji
Bapak dah register nama anak dengan Tabung Haji sejak darjah 5 lagi dan bapak masih lagi top up akaun walaupun anak dah bersusia 25 tahun.
***
Aku tak salahkan kalau golongan ayah/bapa/abah/papa/daddy yang kasihan anak-anak nak menolong anak-anak dari segi kewangan dan sebagainya, asalkan mereka cukup ikhlas dan memang mampu dan dah membuat perancangan untuk hala tuju hidup anak-anak.
Tapi yang aku marah ni golongan anak-anak yang meminta-minta walaupun tahu ayah/bapa/abah/daddy/papa tak berapa berkemampuan. Lagi satu kalau berbekalkan mentaliti 'bapak ada' ni, sampai bila-bila seseorang tu tak akan memajukan diri sendiri dan ambil mudah untuk mencapai sesuatu.
Deyyy, usaha la sendiri....
0 comments:
Post a Comment