Pages

Dokumen ini disahkan benar!!!

Pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang menyatakan bahawa keperluan untuk sesuatu salinan dokumen disahkan benar (certified true copy atau CTC) akan dimansuhkan disambut baik oleh rata-rata penduduk Malaysia, terutamanya penduduk desa.

Sebelum ini, garispanduan agensi-agensi kerajaan menetapkan bahawa segalan salinan dokumen sokongan mestilah disahkan benar oleh beberapa golongan sahaja, seperti pegawai kelas A, ketua jabatan, majistret, pesuruhjaya sumpah, jaksa pendamai, pengetua sekolah, penghulu, ketua kampung atau pun pengerusi jawatankuasa kemajuan & keselamatan kampung (JKKK). Sebenarnya tidak ada undang-undang khusus yang mewajibkan salinan dokumen disahkan benar oleh golongan tertentu. Dasar ini ada kalanya menyebabkan kesusahan kepada orang awam. Ada permohonan yang ditolak disebabkan dokumen sokongan mereka disahkan oleh golongan selain yang telah ditetapkan.

Menurut tinjauan dan carian kami, borang permohonan pengecualian menyertai program latihan khidmat negara turut menyenaraikan komandan kem PLKN sebagai salah seorang yang boleh mengesahkan salinan dokumen sokongan. Apa relevannya kem komandan kepada dokumen sokongan tidaklah kami ketahui.

Mat Jan Kasimin, bapa 3 orang anak yang menetap di Parit 3, Sungai Besar menyatakan kegembiraan beliau atas polisi baru ini. Beliau mengucapkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan beban dan keperluan masyarakat. "Saya memang mengalu-alukan langkah ang diambil ni, tak perlu susah-susah lagi nak ke pekan minta cop pegawai, nak mintak cop penghulu. Sebelum ni anak saya nak masuk tadika KEMAS pun susah, jumpa penghulu kat kedai kopi mintak cop, dia cakap tak bawa cop" ujar beliau dengan pelat jawa.


**************


Kat atas tu bukan berita betul, berita tipu, tapi pasal langkan nak mansuhkan salinan disahkan benar tu betul. Baca di SINI. Sebut pasal salinan sah ni, aku dulu minta cop penghulu nak sahkan segala sijil bagai masa nak masuk UIA. Aku tak ingat penghulu mukim mana, haha. Sebagai berlaku adil dan menghormati sumbangan penghulu kepada mukim, aku bagi link pejabat tanah dan daerah Teluk Intan, tempat aku menetap, yang menyenaraikan penghulu-penghulu Teluk Intan.Tapi aku mintak cop tu cerita 10 tahun lepas, mungkin pakcik tu dah pencen.

Dan suka juga aku nak kongsi bahawa ada permohonan aku dikatakan tak lengkap sebab yang sahkan dokumen aku ialah seorang peguambela & peguamcara (bukannya pegawai kanan bahagian tertentu (takde kaitan dengan kerajaan). Aku boleh terima lagi sebab bahagian tu yang keluarkan dokumen tersebut. Tapi, bila aku bagi dokumen yang disahkan oleh pegawai dari bahagian yang dimahukan, ada pulak hamba Allah ni cakap, boleh ke orang jawatan ni sahkan dokumen, bukan kena jawatan lagi tinggi ke? lain organisasi lain jawatan la bang, mungkin jawatan dia timbalan pengarah, tapi hakikatnya dia lagi berjawatan lebih besar dari abang.. haha... aku gelak dalam hati je...  

6 comments:

  1. Ada org tolak dokumen yang aku ctc tak?? haha

    Syed Aljufri

    ReplyDelete
  2. memang dokumen yg ko ctc tu la syed...ptptn tolak, keh2

    ReplyDelete
  3. tu la syed, dorang tak terima dokumen yg hang ctc, geram aku, padahal aku dah ckp ko ni loyer masa ctc, buat project, competent legal mind, produktif, hardworking bla bla... cis ptptn...

    ReplyDelete
  4. dasar ni sebenarnya menyusahkan la..kalau tak kenal sapa penghulu, kan da susah..

    ReplyDelete
  5. haha, kena bertandang ke pejabat penghulu la...

    ReplyDelete
  6. kadang tak pernah pi pun pejabat penghulu tapi kat banyak kali mai dah tak pernah jumpa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets