Pages

Destinasi Impian: KL - London - KL

Akhirnya, setelah dua minggu berada di kota London, Jay tiba semula ke Kuala Lumpur. Dia ke sana atas urusan kerja. Impian jadi kenyataan. Belum pernah Jay ke Eropah. Sebelum ini Jay hanya mampu melancong ke Pulau Pangkor, Sungai Lembing, Langkawi dan paling jauh pun Padang Besar. Nama penuh Jay dalam kad pengenalan ialah Jamhari Taat, anak jati Kampung Pisang, Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Beliau bertugas sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat awam berkaitan hartanah. Rambut beliau terpacak, hasil semburan dan gel.

***

"Panasnya KL, tak macam London", getus hati Jay sebaik sahaja tiba di Seksyen 1 Wangsa Maju, tempat Jay bermastautin. Jam pukul 5 .45 petang, masa kanak-kanak bermain. terjerit-jerit, terlompat-lompat. "Apahal dorang mcm ni, cakap tak senonoh, tak macam kanak-kanak di kota London, cakap omputeh", baran hati Jay lagi.

***

Hari ini hari Selasa. Hari pertama kembali ke pejabat setelah lama di kota London. Jay seperti biasa, bersiap sedia dengan memakai kemeja ketat, seluar sendat. Jay lapar, mahu sarapan. Selalunya jay makan nasi lemak, tak pun bihun goreng. Sekali-sekala Jay beli kuih gelang. Tapi hari ini Jay rasa urban. "Pagi ni aku nak makan cheese sandwich dengan cappuchino". Maka Jay terhegeh-hegeh ke Starbucks.   

***

Jay sudah sampai ke pejabat. Hati berkobar-kobar nak cerita pada rakan-rakan pengalaman di London. Dengan riak dan takabbur, Jay bermula "Aku buat kerja 7 hari je, yg lain aku enjoy".

"Wah, untung kau Jay", ujar Leha, wanita berumur 30 tahun rambut perang, kuku berkilat bajunya sendat.

"Habis 1 London aku pusing, naik bas double decker. Fuhhh, aku takkan lupa sampai bila-bila"

"La, takkan naik double decker pun ko dah bangga? KL ada Hop-On Hop-Off kot, ko penah naik tak??", celah Herman, despatch pejabat.

"Tu lain bro, kat KL panas, London sejuk je. Lagi pun London kot, kat KL ada ape je. Kecoh la ko, ko g merempit pusing KL dgn kapcai sudahhhh." Jay senyum sinis. Herman terus blah malas layan mamat poyo.
Gambar Hiasan

***

Waktu makan tengahari, Jay dan rakan-rakan ke food court. Jay makan spaghetti carbonara. Hatinya kurang senang bila lihat Samsul makan nasi berkuah kari, dan ikan keli bakar. "Ko ni makan pakai tangan, comot la, takde kelasss", sindir Jay. Samsul terus melahap. Jay menjuih bibir. "Tengok aku, makan spaghetti, pakai garfu, baru maju. Kat London kalau ko makan kari-kari dengan tangan ni kena gelak je. Orang makan spaghetti". Samsul kurang senang, lalu balas, "Ko ni lahir kat mana? Bawah London Bridge ke?? Ko tahu tak spaghetti tu asalnya dari Itali???". Jay senyap, terus suap. 


***

Jam menunjukkan pukul 5.45 petang. Jay sudah cukup dengan kerjanya pada hari ini, masa untuk pulang. Harap bos suka dengan kerja yang aku buat, kalau performance bagus, untung-untung ada projek boleh ke London lagi. Jay berkobar-kobar simpan duit kalau-kalau terpilih lagi untuk ke kota London. Kalau boleh dan ada bujet lebih boleh beli tiket tengok Liverpool vs. Cheltenham dalam Piala Liga. Jay tersenyum. Hatinya berbunga-bunga.

*** Tamat ***

2 comments:

  1. bestnya kalo dapat jejak kan kaki ke kota london..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebenarnya fiksyen, sindiran kepada 'kaki' london... hihi
      malaysia pun tak habes pusing lagi...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets