Pages

Mentaliti Melayu - Kubah & Menara Masjid

Bidang kerja aku sikit sebanyak ada melibatkan urusan permohonan pihak-pihak tertentu yang memohon sumbangan bagi membina kompleks tahfiz, masjid dan sebagainya. Apa yang kadang-kadang membuatkan aku geram ialah, projek nak buat sekolah tahfiz, tapi application yang sampai kat meja aku ialah permohonan sumbangan duit zakat untuk bina kubah masjid berjumlah sekian-sekian ribu. Kompleks tahfiz tu, pelajar pun takde lagi, alih-alih nak mintak duit zakat untuk bina kubah masjid?

Ini cuma satu contoh daripada puluhan atau mungkin ratusan 'kecacatan' minda orang Melayu apabila berdepan dengan tuntutan Islam. Islam tu mestilah Arab, Islam tu mestilah berjubah, tambah lagi, Islam tu mesti Maulid Nabi, Islam tu masjid mesti ada kubah & menara masjid.

Inilah pemahaman Islam yang cedera.

Kadang-kadang aku perhatikan, kos kubah/menara masjid tu saja dah merangkumi kos 1/3 masjid. Maknanya, 3 bijik kubah tu dah boleh buat sebijik masjid atau surau yang selesa. Masalah orang Melayu kita ialah dek kerana nak mempertahankan kekubahan tu, sampai masjid tertangguh sekian lama. Lainlah kalau masjid tu dana kerajaan, kau nak berlebih sikit takpelah. Ini nama pun masjid atau surau hasil derma infaq orang ramai, jadi nak bermewah pun agak-agaklah.

Aku boleh kata kubah & menara masjid ini bukan lagi keperluan tapi kemewahan. Kalau masjid tu 2 tingkat saja tapi ada kubah & menara, kalau dibatalkan adanya kubah & menara, kita boleh tambah lagi 1 tingkat masjid menjadikan masjid tu menjadi 3 tingkat.

Cuba tiru perkembangan masjid-masjid di Singapura. Memang tahun 70'an & 80'an, masjid-masjid di Singapura mesti kena ada kubah potong bawang. Tapi menjejak era 90'an, kubah & menara tidak lagi signifikan kerana pengisiannya ada lebih penting. Makanya masjid era 90'an dan alaf baru mempunyai identiti ringkas yang menonjolkannya sebagai masjid, cukup sekadar menara kecil (macam tiang) yang ada simbol bulan bintang - rasanya tak sampai RM10,000 pun kos nak buat benda ni. Dan masjid era moden di Singapura lebih padat, lebih banyak penggunaan, buat sampai empat, lima tingkat.

Di Malaysia pun sepatutnya begitu. Memanglah tanah kat Malaysia ni banyak lagi, tapi sampai satu ketika, kawasan akan jadi padat jugak. Sebab tu lah kat Kuala Lumpur, masjid-masjid baru semuanya dibina 3 tingkat (Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Masjid Usamah bin Zaid, Masjid al-Ikhlas Kerinchi, Masjid al-Hidayah Sentul - sekadar contoh). Tapi banyak masjid lain di KL yang tak dapat nak direnovate sebab dibina 1 tingkat & tanah tak cukup, akhirnya terpaksa dibina masjid baru di tempat lain.

Sesungguhnya ketahuilah wahai bani Melayu, sudah banyak pembaziran dilakukan atas nama pembinaan masjid. Di Terengganu misalnya, yang mendapat jolokan negeri paling banyak masjid, kalau kita travel di kampung-kampung pedalaman pun, kita terkejut sebab masjid bukan main gah dengan kubah & menaranya, walhal jemaah masjid aku gerenti tak sampai 30 orang. Masjid besar-besar, pengisian takde, nak buat apa? Akhirnya kontraktor yang sapu, tender karpet, mozek, tar jalan, cat, dapat kat siapa?

Kubah & menara masjid bukanlah keutamaan, sebab Masjid Abu Bakar kat Johor Bahru pun takde kubah. Menara pun bukanlah keutamaan sebab takde jemaah masjid pun yang boleh solat dalam menara tu. Tapi aku perhatikan sudah ada masjid-masjid tertentu, misalnya Masjid Kampung Baru & Masjid Taman Sri Rampai, yang asalnya takde menara tapi dibina jugak menara dengan tujuan apa aku pun tak pasti, mungkin atas tuntutan syiar, sedangkan ada tempat lain di pedalaman yang masjid pun takde.

Insaflah bani Melayu, ketahuilah keutamaanmu.

3 comments:

  1. Keutamaan adalah ibadat bukan berlumba-lumba mencantikkan masjid..

    ReplyDelete
  2. bila sesuatu perkara da jadi adat maka ini lah jadinya


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets