Pages

NFCorp: Persoalan dan Isu Berbangkit (Bahagian III)

Datuk Shahrizat Abdul Jalil akhirnya letak jawatan menteri, tapi itu sekadar akademik, kebetulan tempoh lantikan beliau sebagai senator berakhir April ini. Tapi itu juga merupakan langkah berjaga-jaga dan damage control dari kerajaan. Ada yang memuji, banyak juga yang mengeji. Apa pun, Shahrizat kini bukan lagi menteri kabinet dan tidak lagi menjawab kepada barisan menteri yang lain lebih-lebih lagi Perdana Menteri berkaitan hal perihal skandal NFCorp. Dilihat dari sudut yang lain, Sharizat kekal menerajui Wanita UMNO, dan isu NFC berkemungkinan besar menjadi medan pusara karier politik beliau. Winnable candidate anyone?

Manakala suami beliau, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail didakwa atas 4 pertuduhan, 2 di bawah Kanun Keseksaan atas pecah amanah (criminal breach of trust aka CBT) di bawah Seksyen 409, 2 lagi kerana melanggar Seksyen 132(2) Akta Syarikat. Beliau mengaku tidak bersalah untuk kesemua pertuduhan.

Aku dah ulas sikit-sikitr pasal CBT di SINI. Tapi untuk recap dan kaitkan dengan fakta pertuduhan, Mohamad Salleh ni dituduh mengguna dana NFCorp bagi membiayai separuh dari harga pembelian unit kondominium oleh sebuah syarikat lain (National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd) yang kebetulan dimiliki oleh Mohamad Salleh sendiri dan anak beliau. Aku guna kebetulan sebab bagi la benefit of doubt pada Mohamad Salleh. Innocent until proven guilty. Hukuman yang diperuntukkan ialah penjara minimum 2 tahun dan maksimum 20 tahun beserta sebatan serta denda.   

Bagi pertuduhan di bawah Akta Syarikat, intipatinya menjurus kepada salah laku pengarah, di mana tanpa mengadakan mesyuarat agung, pengarah (iaitu Mohamad Salleh) telah guna harta syarikat dan secara langsung atau secara tidak langsung telah memperoleh perolehan atau hasil atau manfaat kepada diri sendir atau kepada orang lain. Sebenarnya Seksyen 132(2) ada beberapa limb lain, contohnya bukan setakat guna harta, malahan kalau guna maklumat syarikat atau pengarah buka perniagaan yang rival dengan syarikat pun boleh jadi satu kesalahan. Ni kalau sesiapa yang mengaji law mesti ingat, duty of director to avoid conflict of interest. Kesalahan ini jika disabitkan boleh membawa penjara 5 tahun atau denda sebanyak RM30,000.

Bahasa mudahnya, dia kena dakwa sebab guna duit NFCorp untuk biaya syarikat milik sendiri untuk beli kondo. Sepatutnya kalau syarikat tu nak beli kondo, pakai la dana sendiri. Sebenarnya skandal NFCorp ni berselirat juga, sebab melibatkan syarikat lain, sebab tu orang ramai tak puas hati. Macam unfair enrichment pun ada. Tujuan NFCorp lain, tapi dikatakan keluarga Mohamad Salleh buat perniagaan lain ambil tempias dan kemudahan NFCorp (F&B, restoran melalui Real Food Company Sdn Bhd) dan guna dana NFCorp untuk buat pelaburan hartanah. Nanti kalau aku rajin aku buat carta organisasi. 

Dan aku juga tak sabar dengan hasil audit yang diarahkan oleh kerajaan, adakah menyeluruh ke akar umbi sampai ke syarikat lain yang dimiliki atau syarikat yang associated dengan Mohamad Salleh. Untuk audit ni bagi aku, patutnya dah siap. Lama-lama peram buat apa. Kalau legal firm buat audit untuk acquisition tempoh masa selalunya dalam 2 minggu ke sebulan. 

Nak komen lebih-lebih nanti dikatakan aku subjudis dan prejudis, jadi kita lihat apa perkembangan seterusnya.


tags: skandal NFC, Shahrizat Jalil letak jawatan, Mohamad Salleh didakwa
      

1 comment:

  1. Audit jangan tak audit..bukan sikit yang duit tu RM250juta....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets