Pages

ikhlas bukan kena percuma

baru-baru ni aku terbaca sebuah status oleh seorang pendakwah di facebook..pendakwah ni pensyarah yang tinggal di madinah, bekas profesor di uitm..kalau aku bagitau info mengenai dia ni pun, aku rasa ramai dah boleh agak siapa dia

isunya mudah dalam status tu..dia marah-marah sebab ada satu travel agency ni telah 'menggunakan' nama dia untuk tujuan perniagaan..alkisahnya travel agency ni buat pakej umrah bimbingan seorang tokoh yang terkenal dan dalam iklan umrah ni ada diletak gambar pendakwah di atas ni dengan caption "penampilan istimewa: xxx"

yang menyebabkan pendakwah ini melenting ialah apabila iklan tu ada gambar dia, seolah-olahnya dia "dibayar" untuk penampilan dia memberi ceramah di madinah nanti..dan dia melenting dengan bahasa yang bagi aku cukup kasar, tak sepadan dengan status dia.."kurang ajar" antara bahasa yang digunakan

sebagai orang biasa yang tau nama dia gitu-gitu je aku cukup pelik kenapa dia sangat marah dengan iklan tu..rupa-rupanya barulah aku tau apa sebabnya..dia sangat marah sebab selama ni dia potraykan diri dia sebagai penceramah "percuma" yang tak mau dibayar sesen pun - hingga menyebabkan orang yang dah familiar dengan penulisan dia mungkin tertanya-tanya sesudah melihat iklan itu - "eh, sejak bila pulak dia buat bisnes bagi ceramah untuk peserta umrah?"

tapi bagi aku yang tak kenal dia sangat, sekali lalu aku baca iklan tu aku langsung tak heran sebab kalau betul dia dapat komisen pun apa salahnya?

'kesilapan' yang aku rasa berlaku di sini ialah imej penceramah percuma yang telah mendatangkan kesan negatif, bukan kepada dia, tapi kepada penceramah lain..dengan imej penceramah percuma, orang awam yang jahil akan membandingkan dia dengan penceramah agama lain (para ustaz dan ustazah) yang berceramah di masjid, surau, televisyen dan radio "eh, si polan ni berceramah tak bayar satu sen pun, kenapa ustaz / ustazah lain nak mintak bayaran?" lebih tragis lagi pernah sekali aku terbaca komen di blog seorang ustaz yang ada training company, yang dibanding-banding dengan pendakwah di atas tu - apabila ustaz yang ada training company ni menceritakan cabaran menguruskan syarikat latihan yang kebanyakannya berkisar mengenai masalah lambat dapat payment sedangkan kos overhead bulan ke bulan terpaksa ditanggung olehnya..polemik yang dicetuskan seolah-olah ingin melaga-lagakan ustaz ni dengan pendakwah di atas - kerana apa, kerana pendakwah ni berceramah dengan percuma manakala ustaz ni 'berbayar'

salah faham ini timbul kerana ada pihak yang menyangka, asalakan kerja agama je, mesti kena ikhlas dan ikhlas tu maknanya mesti percuma..ini adalah fahaman yang sangat salah kerana ustaz-ustazah yang mengajar kita al-quran, tauhid, aqidah, fiqah, semuanya dibayar gaji - adakah mereka ini tidak ikhlas?

walhal para ulama' mujtahid, bermula dari zaman saidina uthman bin affan telah memfatwakan harus para pegawai yang kerja berkaitan dengan urusan agama kerja makan gaji dengan kerajaan asalkan gaji tu bukan penyebab dia menyembunyikan kebenaran..logik akal pun kalau semuanya percuma, tak bergeraklah dunia ni..

disebabkan kes iklan di atas tu, aku sudah hilang respek dengan pendakwah tu..dalam status dia aku ada memberi teguran, berbaik sangka sudahlah, mungkin berlaku miscommunication (yang terbukti benar - dan kemudian travel agency memohon maaf secara terbuka di facebook) - dan komen aku direply dengan "saya sudah lama memaafkan mereka", tapi bila aku check blog dia, kalimah "kurang ajar" itu masih ada tetapi dipotong (tapi perkataan itu masih boleh dibaca)..aku tertanya-tanya, sungguhkah maaf kalau begitu sebab nampak dendamnya masih ada..dia jugak meluahkan perasaan yang nama dia telah disalahguna kononnya dia jual buku menerusi internet dan walhal alamat emel tu bukan alamat dia pun - sesuatu yang aku rasa takde kaitan dengan isu asal pun

yang aku kesalkan ialah reaksi para juhala' yang demi nak backing pendakwah ni sanggup bagi komen bodoh macam "inilah travel agency, buat agama untuk berniaga" - kalau tak nak bayar kat travel agency untuk pergi umrah, cari tiket sendiri, buat visa sendiri, cari hotel sendiri la deyyyy!!!

ternyata masih ramai yang salah faham, asalkan apa saja berkaitan agama, mesti percuma, baru ikhlas..kalau berbayar tu maknanya menjual agama..mereka terkeliru dengan golongan yang benar-benar menjual agama untuk kepentingan dunia dengan orang yang memperoleh bayaran kerana memberi perkhidmatan (service) untuk tujuan agama (ajar ilmu agama, buat syarikat buku islamik, training school, travel agency umrah / haji)

kerana terlalu idealistik dan konon nak ikut sunnah nabi, ramai yang terlupa bahawa pendakwah sepenuh masa juga perlu makan dan minum..dan bagaimanakah keadaan pendakwah di atas itu kalau jawatan akademiknya dilucutkan atau sumber pendapatannya disekat, adakah dia masih boleh berceramah secara percuma lagi?

sebab itulah tak perlu nak canang "saya da'ie yang tak minta bayaran" - imam ahmad bin hanbal pun lepas ceramah orang bayar beruncang-uncang emas, dia terima..adakah kita lebih hebat daripada imam ahmad? kalau sungguh tak nak, bagitau kat orang yang menjemput tu secara peribadi..sebab tindakan menolak honorarium secara terbuka itu boleh memberi impak yang buruk kepada institusi dakwah secara keseluruhannya..

yang pelik tu, doktor pakar mata caj ribu-riban cakap pasal motivasi ko tak cakap ape lak (dan tindakan ini tak salah pun), tapi kenapa ustaz berceramah, tiba-tiba soal ustaz kejar dunia pulak timbul?

6 comments:

  1. gullible malaysians. what a pity.

    ReplyDelete
  2. mmm..ikhlas sukar nak bentuk kalau jenis yang degil

    ReplyDelete
  3. Wah!! berapi entri kau ni...
    Tapi aku suka..
    Zaman sekarang nak masuk tandas pun kena bayar..

    ReplyDelete
  4. Nice entri...
    akak rasa dia agak sedikit riak di situ. Kalau orang lain ikhlas nak bagi, terima sajalah. Bukan sibuk canang sana sini ckp daie free. Macam eksyen pulak...huhu

    ReplyDelete
  5. pokok pangkalnya jangan sesekali kaitkan bayaran dengan kerja dakwah kita..ada ke, takde ke, mintak ke, tak mintak ke, itu bukan untuk tatapan & pengetahuan khalayak ramai..

    ReplyDelete
  6. kalau macam tu semua orang x payah ar bayar gaji...
    kan iklas...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets