Di antara perkara-perkara yang unik pada siaran radio adalah drama radio. Ia memberi suasana yang bolehlah dalam bahasa yang senangnya dikatakan klasik dan mempunyai nilai seni yang begitu indah dan bermutu. Drama-drama yang diterbitkan adalah pantulan corak hidup masyarakat semasa itu yang dipindahkan ke dalam bentuk perbualan, dengan sedikit muzik latar. Drama radio memang amat popular satu ketika dulu di kala masyarakat hanya mempunyai RTM sebagai media rasmi. Maka atas dasar itu, saya berasa terpanggil untuk mengarahkan beberapa buah drama radio untuk tatapan pembaca budiman. Drama radio amat sesuai didengar pada waktu tengah hari dari jam 12.30 hingga 4.00 petang.
Untuk drama yang pertama ini, saya namakan dengan "Orang Ketiga", menggambarkan satu watak dalam masyarakat yang sentiasa mahu lebih hebat dan kehadapan berbanding orang lain, walaupun kehebatan yang dimaksudkan pada dasarnya bukanlah miliknya. Saya berharap dengan adanya usaha murni seperti ini akan dapat menyemarakkan lagi penghayatan seni di tanah air kita ini, heh.
*************************************
Watak:
Ali Daud, 40 tahun
Mohd Khairil, 43 tahun
Baderus, 61 tahun
Ali Daud dan Mohd Khairil adalah kenalan.
Latar:
Bank, sambil menunggu giliran. Ali Daud berbual dengan Mohd Khairil, di depan mereka berdua ialah Baderus.
Ali Daud: Anak kau SPM baru ni dapat berapa?
Mohd Khairil: Sikit je tak banyak, ada la 3A. Anak kau pula macam mana?
Ali Daud: Oh, anak aku ok sikit la, dapat juga 5A. Ni taktau la nak minta dekat mana pula. Ingatkan nak hantar UITM.
Mohd Khairil: Aku taktau la nak hantar mana lagi budak tu.
Baderus: (menyampuk) Ah, anak jiran saya dapat 8A, (dan dia terus bangun keluar dari bank).
Ali Daud dan Mohd Khairil terkejut, hanya menelan air liur, sambil memandang sesama sendiri.
****************************
0 comments:
Post a Comment