Ceritanya berkisar mengenai keadaan pasca isteri aku bersalin. Biasalah, lepas tiga, empat hari bersalin, dia dibenarkan balik bersama dengan baby. Di kampung-kampung, lazimnya klinik Desa yang diselenggarakan oleh Kementerian Kesihatan menyediakan khidmat jururawat bergerak yakni jururawat akan datang ke rumah orang-orang kampung untuk memantau perkembangan kesihatan ibu yang berpantang & jugak bayinya.
Rumah mentua aku terletak di persekitaran 'kampung' jugak sebab hakikatnya ianya dekat sangat dengan Hospital Orang Asli. Klinik Desa terletak di Batu 8 Jalan Gombak & rumah mentua (apartmen UIA) terletak di Batu 10 1/2. Jadi pagi tadi mak mentua aku telah mendaftarkan nama isteri aku supaya jururawat boleh datang singgah tengok-tengokkan isteri aku. Benda-benda basiclah yang dia check, tekanan darah, itu ini. Kemudian segala suntikan imunisasi untuk bayi boleh didapati secara percuma di klinik desa atau hospital kerajaan.
Makanya petang tadi jururawat seramai 2 orang tu pun datanglah ke rumah mentua aku. "Jajahan takluk" klinik Desa ni tak silap aku merangkumi wilayah Batu 7 sampailah ke Batu beberapa belas (aku pun tak tau sampai batu berapa), termasuk Sungai Pusu, Desa Gemilang & kawasan sekitarnya. Maknanya kepadatan penduduk taklah tinggi pun.
Apabila isteri aku tanya jururawat tu, macam mana dengan suntikan imunisasi untuk anak aku, terus-terang jururawat tu kata, kalau berkemampuan, pergilah ke klinik atau hospital swasta (dia tau isteri aku bersalin kat Hospital Pusrawi). Sebab menurut katanya, purata satu hari, 40 orang, diulangi EMPAT PULUH orang beratur untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk suntikan imunisasi di klinik Desa itu dan ibu serta bayi kena datang SEBELUM pukul 7 pagi untuk dapatkan suntikan tu, kalau tidak, berjam-jamlah kena tunggu dalam klinik tu, membawak sampai ke tengahari - dan hanya 2 jururawat itu sahaja (orang yang sama) yang akan menguruskan hal ehwal 40 orang tu tu. Maknanya sesi pagi ialah urusan suntikan, check ibu mengandung, etc. manakala petang 2 jururawat ni akan tawaf dari Batu 7 sampailah ke Batu beberapa belas tu untuk menziarah rumah ke rumah pulak.
Aku semacam terkedu, ramai sangatkah orang kat area Batu 7 ke atas ni sampaikan 40 orang beratur untuk dapatkan suntikan imunisasi, pemeriksaan kesihatan ibu mengandung, etc di hari bekerja?
Lalu aku teringat apa yang dinaqalkan oleh ibu aku yang jugak merupakan jururawat terlatih kebidanan yang mengatakan di negara kita ni, kemudahan kesihatan rakyat Malaysia sudah habis "disapu" oleh pendatang asing - dengan izin mahu pun tanpa izin. Memang tak dinafikan pun di kawasan rumah mentua aku ni, koloni seberang berdiri dengan gagahnya - orang Aceh, orang Jawa, orang Boyan, dari segenap ceruk, ada. Malah ada yang bukak kedai makan sendiri, kedai gunting rambut sendiri & kedai runcit sendiri. Mereka inilah, yang tak mampu nak ke hospital swasta, bertindak "menyapu" hak rakyat Malaysia sehinggakan kita terpaksa beratur sekali bersesama dengan rakyat asing demi untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Dah kalau kita masuk klinik kerajaan pun, muka-muka yang menunggu dalam tu stok muka "kelapa sawit", kita pun dah rasa macam bukan kat negara sendiri.
Aku pasti mesti ada yang memikirkan, kalau dah nak selesa, pergilah ke hospital swasta, takyah beratur, layanan pun dapat cepat je. Tapi bagi aku, adakah hak yang basic pun terpaksa dicatu & kalau kau nak yang lebih selesa, pergi hospital kerajaan.
Aku teringat tatkala isteri aku pernah pitam masa mula-mula mengandung hari tu. Dia collapse sebelum masuk tidur, so pukul 11.30 malam, nak ke mana lagi kan? Terpaksalah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Di sana, setelah beberapa jam menunggu, doktor mengesahkan yang isteri aku kekurangan air dan terpaksa ditahan di wad. Mula-mula dia dibawa ke general wad atau senang cerita wad kelas tigalah. Dalam wad ni lah segala jenis pesakit wanita ditempatkan dan keadaannya - maaf cakaplah, menyedihkan. Dengan jururawat yang melayan macam nak telan orang, layanannya seolah-olah isteri aku ni tak dialu-alukan langsung - seolahnya mata jururawat tu berkata "Yang kau sakit ni apahal?". Mak aku yang jururawat pun, yang ada sekali masa tu, rasa malu dengan tindakan jururawat kat situ. Sampai aku mengamuk jugaklah, "Apa kau ingat aku sengkek sangat ke nak masuk wad kelas tiga ni sampai ko kena layan bini aku acuh tak acuh macam tu?" Cepat-cepat aku cakap kat jururawat lain yang bertugas, yang baik sikitlah, dengan cukup tegas "Saya nak pindahkan isteri saya ke wad lain, wad kelas satu ke, kelas dua ke, asalkan bukan kat sini". Doktor yang check isteri aku kat situ pun, nampak sangat doktor HO, lagi muda dari aku pulak tu. Dah tu tanya soalan-soalan yang tak relevan langsung - dah berapa lama kahwin, bila kahwin - eh, ada kaitan ke dengan alahan bini aku?
Nasib baik ada wad kelas satu yang dua orang satu bilik. Dan malam tu jugak isteri aku dipindahkan ke situ. Satu malam tak mahal, dalam RM80 je (kalau private RM150). Bila isteri aku masuk situ, mak datuk layanannya, baiknya alahaiiiiii segala jururawat kat situ. Doktor dia pun ada kelaslah. Membuatkan aku terfikir, jururawat ni pun diletak ikut kelas jugak ke? Yang perangai hazabiah duduk kelas tiga, yang tertib terening duduk kelas satu.
Point aku di sini ialah, kenapa perlu perbezaan sebegitu? Sepatutnya yang membezakan kelas satu dengan kelas tiga ialah privasinya sahaja. Kelas satu tandas lagi dekat, kelas tiga tandas punyalah jauh. Kelas satu orang tak kacau, kelas tiga, siapa-siapa pun boleh kacau. Dari segi makan mungkin upgrade sikit. Tapi takkanlah dari segi layanan kesihatan pun ada kelas jugak?
Ambil satu contoh lagilah, bersalin. Masa tengah fikir-fikir tempat nak isteri aku nak bersalin dulu pun, aku pernah cakap kat mak aku, kot ye payah-payah sangat kan, bersalin kat HKL jelah, kita mintaklah wad kelas satu, mak aku pun dah familiar dengan hospital bersalin kat HKL tu. Tapi mak aku cakap, "kalau dapat pun 1st class, lepas 6 jam bersalin kalau takde complication dia dah suruh balik dah", pulak! Sebabnya, berderet lagi orang nak masuk wad 1st class tu. Aku terfikir macam, yarabbi, seteruk itukah hidup kat KL ni? Maknanya konsep "no money no talk" tu, sampai ke hal ehwal nak beranak pun applicable.
Ni kalau aku sebut benda-benda gini, mestilah ada yang kata kerajaan dah peruntukkan sekian-sekian juta untuk kesihatan rakyat secara percuma, siap subsidi lagi. Kadang-kadang aku rasa sedih, mestikah yang selesa tu kena swasta & kalau cap ayam tu mesti hak milik kerajaan?
Sebenarnya perkhidmatan kesihatan kerajaanlah yang terbaik, sebabnya kalau apa-apa kes pun kalau hospital swasta takleh handle, dia akan pass ke hospital kerajaan semula & banyak occasion aku perhati bila dah sampai ke hospital kerajaan, sakit tu berjaya disembuhkan akhirnya. Aku pun pernah pergi ke kelas Antenetal percuma yang dianjurkan oleh HKL & aku serta isteri sangat-sangat berpuas hati dengan pengisian yang diberikan oleh jururawat, ahli fisioterapi & doktor. Sampaikan aku terfikir, rugi pulak kalau hospital swasta buat kelas Antenetal macam ni, kena bayar RM100, RM200, yang RM300 pun ada, walhal apa yang diajar sama je. Kalau suruh aku bayar RM10 pun aku rasa rugi pergi kat hospital swasta. Ni relate semula dengan suntikan imunisasi kat atas tu lah, kalau nak free, kena beratur berjam-jam, berebut dengan warga asing, tapi kalau nak cepat, kenalah bayar.
Inilah sebahagian daripada kecanggungan sistem kesihatan di Malaysia. Nak baiki macam manalah agaknya, sebab kecanggungan ni pun wujud dalam sistem pelajaran, sistem pembinaan, sistem kewangan & apa sahaja sistemlah yang ada kat muka bumi Malaysia ni.
1st
ReplyDeleteMalah jururawat di hospital2 Kerajaan pun diambil dari Indonesia dan Filippina..Untuk kurangkan kos
ReplyDeleteagak2 la burung nak jadi daimpressive, hihi...
ReplyDelete