Anda pernah baca The Rainmaker karya John Grisham? Secara ringkasnya mengisahkan seorang graduan undang-undang yang tiba-tiba dapat kes saman syarikat insuran bernilai jutaan dolar. Tapi aku bukan nak cerita kisah karya John Grisham, aku nak bicara tentang kedudukan peguam dalam sesuatu firma.
Dalam firma guaman selalunya terdiri dari partner, senior lawyer, junior lawyer, dan pupil (or chambering student a.k.a. chambee cum coolie). Kalau firm yang berskala besar dan more structured, of course akan ada consultant, senior partner, managing partner, partner, junior partner. Kemudian baru la turun ke senior associate I, senior associate II dan seterusnya, al awwal fal awwal mengikut tertib yang aku sebutkan tadi (mengikut riwayat kisah kawan aku yang hensem, chambee ni pun ada senior chambee n junior chambee).
Apa pun, dalam senarai yang aku sebutkan di atas, golongan peguam ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori lagi, iaitu: i. THE RAINMAKER ii. THE MINDER dan iii. THE GRINDER. Kita lihat ulasan di bawah.
THE RAINMAKER
Ini adalah golongan yang kerja mereka mencari client, cari prospek client dengan niat untuk mendapatkan apa-apa legal job dari client tersebut. Selalunya terdiri dari golongan senior partner. Mereka ada skil tertentu yang boleh menjual "produk", iaitu legal servis yang disediakan oleh firma. Sudah tentu mereka mestilah hebat dari segi komunikasi, sosial dan mesti ada gaya yang meyakinkan. Mereka ada ilmu pengetahuan secara makro untuk bagi jalan penyelesaian, mereka berkebolehan bagi strategik direction.
Dan selalunya rainmaker ini mereka yang sudah masak dan arif tentang dunia perundangan dan selok belok deal making. Tapi, dengan perubahan zaman, aku akui ramai rainmaker wannabe yang masih hijau, hanya bersandarkan connection pakcik atau sepupu mereka yang kaya atau pakcik mereka yang merupakan ketua bahagian mana-mana partai politik. Setakat bawa prospek client keluar makan-makan tak layak digelar rainmaking. Suka juga untuk aku tekankan, with much respect, setakat dapat panel bank buat retail, buat saman untuk dapatkan judgment in default (JID) is not in any manner whatosever rainmaking. Itu aku namakan sebagai cari makan in the making. Anything, but not rainmaker.
Jadi, bila rainmaker secure satu job, maka job tersebut akan diserahkan kepada orang nombor 2, iaitu THE MINDER.
THE MINDER
Setelah rainmaker berjaya secure satu job, maka the baton is passed to the minder, untuk buat strategi kerja, macm mana nak selesaikan kerja. Secara umumnya, the minder terdiri dari golongan partner atau senior lawyer. Di bawah mereka akan ada sekumpulan lagi junior. Makanya minder akan buatlah susunatur untuk selesaikan kerja yang diberi dalam jangka waktu yang ditetapkan oleh client.
Mereka ini selalunya ada sharp legal mind, well versed dalam bidang pengkhususan masing-masing. Schemer. Technical expert. Tapi mereka takkan susah payah untuk buat kerja sorang-sorang. Dah nama minder, takkanlah nak susah payah buat kerja-kerja asasi, jadinya, the ball is passed to THE GRINDER.
THE GRINDER
Ini golongan lowest of the low, selalunya terdiri dari para junior yang setahun jagung. Mereka inilah yang akan buat kerja akar umbi, dari menaip, mendraf, memprint dan membinding (bila secretary tiada). Mereka ini jugalah yang akan dimaki dan dicaci bila kerja tidak berjalan dengan lancar atau tidak sempurna. Mereka jugalah yang perlu merelakan hati untuk tidur di ofis kerana kerja lewat malam dan bersengkang mata untuk siapkan apa-apa tugasan. Dan sebagai balasan, mereka akan dibayar gaji ciput (sikit, co'et dn yang sama waktu dengannya) dan pada masa yang sama ruangan hidup mereka terpaksa dikompromi (at least itulah pendapat para grinder). Semuanya atas nama kerja.
Tak cukup dengan itu, kebanyakan grinder juga ditetapkan untuk bill sekurang-kurangnya 1/3 dari gaji bulanan mereka (ada juga yang kena bill sekurang-kurangnya 3.75 kali gaji mereka). Padahal mereka ini cuma buat kerja sahaja, yang cari kerja, yang secure deal ialah rainmaker atau si minder tadi. Memang malang kalau jadi kuli tahap bawahan. Kerja sebagai lawyer, tapi hakikatnya status adalah secretary terhormat.
Having said the above, anda nilailah diri masing-masing, anda berada di tahap mana di kala ini. Jika masih di tahap grinder, jangan rasa rendah diri, tanamkan azam untuk anda berada di tahap rainmaker. Ada juga yang memainkan peranan sebagai ketiga-tiga golongan ini, kalau sole proprietor. Sehingga itu, tak kisahlah tahap apa pun, rezeki itu ada di mana-mana, dan kita sendiri yang tentukan dengan cara apa kita mahu cari makan. Ada yang selesa makan gaji buta, ada yang lebih suka berusaha keras.
Sekian.
nota kaki: aku baru hantar notice of cessation of practice, semoga aku dapat hidayah untuk jumpa firma guaman yang terbaik untuk aku praktikkan legal skill aku yang semakin tumpul ini.
0 comments:
Post a Comment