Pages

Q&A: Gejala paranormal & supernatural (siri 2)

Sedikit perkongsian, lanjutan daripada siri 1 tempohari:

Q1: Apakah status ungkapan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia"? Adakah ini bercanggah dengan ayat al-Quran yang mengatakan ada jin dari kalangan yang soleh-soleh?

A1: Ungkapan tersebut TIADA dari nas sama ada Quran atau Hadith serta Ijma' Ulama. Ungkapan itu berkemungkinan datang dari perkataan generasi terdahulu yang bertujuan menakut-nakutkan kita agar jangan berkawan dengan golongan tersebut. Ayat 11 & 14 Surah al-Jin mengesahkan terdapat di kalangan jin ini yang soleh & ada juga yang tidak (jahat). Sejahat-jahat manusia yang kita dengar ialah Firaun laknatullah yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, pernahkan kita mendengar iblis mengaku sebagai Tuhan? Sedangkan iblis yang dilaknat Allah itu hanya kerana dia enggan sujud kepada Nabi Adam, bukan kerana enggan sujud kepada Allah. Manusiakah atau makhluk lainkah yang lebih jahat kalau begitu?

Q2: Bolehkah kita berkawan dengan jin? Ada pihak yang mengatakan berkawan dengan jin dibolehkan kerana tiada dalil yang melarang perbuatan tersebut.

A2: Golongan jin adalah makhluk Allah yang sangat berbeza bentuk (kejadiannya / kesukaannya / kebenciannya dan sebagainya) dengan manusia. Manusia mempunyai maklumat yang terhad mengenai 'dunia' mereka (yang baik atau sebaliknya), justeru bagaimana harus berkawan kerana kita sangat berisiko untuk tertipu. Sedangkan di dunia internet yang 'tak nampak' ini pun lagikan kita diperdaya dengan pelbagai penipuan, inikan pula dunia jin yang langsung tak boleh dilihat oleh mata zahir kita. Bahkan sesama manusia sendiri yang bertentang mata pun masih berlaku kezaliman dan penindasan. Sungguhpun tiada nas yang melarang perbuatan tersebut, tetapi tiada juga nas yang menyuruhnya. Tiada juga diriwayatkan dalam amalan para sahabat Rasulullah s.a.w yang menunjukkan mereka ada berkawan dengan golongan tersebut. Berkawan, kebiasaannya untuk tolong menolong dan saling bantu-membantu dalam urusan dunia dan agama. Sekiranya kita berkawan dengan golongan jin tersebut, maka dibimbangi kita (terutama orang-orang yang jahil) akan bergantung kepada mereka dan bukan lagi kepada Allah & ini sudah menjadi syirik. Perlu diingat jin sangat suka akan 'penghormatan' ini sebagaimana yang disebut di dalam ayat 6 Surah al-Jin "..sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang manusia, menjaga & melindungi dirinya dengan meminta perolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong & jahat". Memang betul di dalam al-Quran tiada larangan untuk berkawan dengan golongan jin - tetapi ada larangan umum berbentuk lain seperti ayat 195 surah al-Baqarah "Janganlah engkau mencampakkan dirimu ke dalam jurang kebinasaan..". Kesimpulannya seperti mana yang pernah diungkapankan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din - "Boleh berkawan dengan jin, jika telah habis semua manusia di atas muka bumi ini kita telah kenal & telah berkawan".


Wallahua'lam.

1 comment:

  1. Aku setuju dengan pendapat Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, lagi pula bagaimana kita bisa melihat jin tanpa izin-Nya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets