Pages

Surat terbuka buat Hana Wafirah binti Mohamed Hadi

Assalamualaikum Hana,

Ke hadapan anakanda Papa yang tersayang, semoga sihat sejahtera hendaknya di bawah peliharaan Allah. Papa pun tak pasti umur berapa yang Hana boleh baca surat ni, tapi kalau Hana belum boleh baca, orang lain boleh jugak baca, nama pun surat terbuka kan, keh keh.

Anakanda Hana,

Sewaktu Papa menyudahkan entri ni, Papa baru je lepas daftarkan kelahiran Hana kat Jabatan Pendaftaran Negara. Maka secara rasminya nama penuh Hana ialah Hana Wafirah binti Mohamed Hadi. Maksudnya nanti Papa bagitaulah, tapi insyaAllah maksud nama tu baik-baik je, sebagaimana yang Junjungan Besar kita Rasulullah saw suruh namakan anak dengan nama yang elok-elok.

Sebenarnya Papa taip entri ni bukan apa, takut nanti papa sendiri terlupa. Papa nak flashback semula apa yang berlaku sekitar kelahiran Hana supaya Hana tahu nanti, betapa besarnya pengorbanan Mama yang melahirkan Hana. Papa punya pengorbanan takdelah besar sangat, yelah Papa bukan jenis masuk lif tekan sendiri (peribahasa ni cikgu tak ajar kat sekolah), basically Papa bagi semangat dan motivasi kat Mama je. Inilah yang Papa nak ceritakan ni, Papa nak beritahu Hana apa yang Papa tengok dengan mata kepala Papa sendiri, benda yang Mama sendiri tak dapat tengok (obviously dia tak dapat tengok sebab dia tengah terbaring sakit nak meneran untuk keluarkan Hana).

Sebelum Papa bercerita lebih lanjut, Papa nak bagitau, kelahiran Hana ni satu keajaiban. Papa kata keajaiban sebab, Alhamdulillah, SEMUA perkara yang Papa dan Mama mintak, SEMUA Allah makbulkan. Mama nak bersalin normal dengan Dr. Habibah, dapat. Mama dan Hana sihat, dapat. Mama nak duduk bilik single, dapat. Bukan setakat bilik single, tapi dapat bilik paling hujung dan paling luas. In fact, beberapa minggu lepas Papa pernah sebut kat Mama (bukan permintaan pun ni), kalau Hana lahir hari Selasa memang cantik sebab Papa boleh straight away ambik paternity leave tiga hari (Rabu – Jumaat) dan sambung weekend – yang ini pun dapat!

Namun keajaiban yang utama ialah melihat Hana keluar dari perut Mama dengan mata kepala Papa sendiri. Takpe, yang ni Papa cerita kejap lagi.

Puteriku Hana,

Alkisahnya, Papa dan Mama datang ke Pusrawi macam biasa pagi Isnin, 6 Mac 2012 untuk check up dengan Dr. Habibah. Malam sebelumnya, Papa ada berseloroh dengan Mama, “entah-entah esok ni check up, terus admitted masuk wad”.

Dan masinlah mulut Papa ni. Pagi Isnin tu masa Dr. Habibah check rahim, Dr. Habibah kata rahim Mama dah bukak 3 cm. Suprisingly Mama tak rasa apa-apa pun. Ada sesetengah ibu tu baru bukak 1, 2 cm dah meraung, apatah lagi 3 cm. Papa ingat lagi masa tu, tangan Mama sejuk sangat lepas Dr. Habibah suruh masuk wad, cuaklah tu. Nurse pun buatlah CTG, jantung Hanaberdegup kencang, cuma contraction kurang. CTG ni fungsinya nak check denyutan jantung baby dan tahap contraction baby dalam perut ibu. Lebih kurang macam tu lah.

Walaupun takde tanda-tanda yang imminent untuk bersalin macam pecah air ketuban, Dr. Habibah tak berani nak discharge Mama sebab bila rahim dah bukak 3 cm, maknanya memang Hana dah on the way la tu. Mama bermalam di Pusrawi untuk standby. Bagi Papa pun, elok jugak macam ni, standby terus kat hospital. Selama ni Papa imagine tengah-tengah Papa buat kerja kat ofis tu, tiba-tiba Mama call dan suruh datang ke hospital, lepas tu Papa pun kelam-kabut sampai hospital dengan berpeluh-peluh (very the drama swasta la ni). Tapi bila dah standby kat hospital, maknanya kita dah familiar dengan environment hospital, takdelah cuak sangat. Kalau nak bersalin pun, dah memang kat hospital dah, takyah susah-payah nak datang semula hospital.

Waktu ni, Nanny (mak Papa la, sepupu-sepupu Hana panggil mak Papa ni Nanny, western la sangat) dan Mak (mak Mama, sepupu-sepupu Hana panggil Mak jugak, yang ni pelik jugak sebab tak panggil Tok stail orang Ganu) datang tengok kat hospital. Diorang pun cuak tapi sebab Mama tak rasa sakit lagi, so takdelah rasa cuak sangat. Jadi diorang pun balik rumah dulu malam tu, tunggu esok pulak apa nak jadi. Mama dan Papa bermalam di hospital Isnin malam tu, ambik feeling.

Keesokan harinya pagi Selasa, CTG scan sekali lagi dibuat. Contraction berlaku lebih kerap, tapi belum moderate lagi. Mama pun tak rasa sakit. Bab ni memang peliklah, orang lain pun naik hairan kenapa Mama langsung tak rasa sakit. Papa agak-agak jelah, masa mula-mula mengandungkan Hana dulu, Mama pernah kena alahan yang sangat teruk sampai terpaksa masuk hospital time bulan Ramadan. Masa tu nak minum seteguk air pun tak boleh sebab Mama mesti akan muntah semula. Lembik, longlai macam kain buruk. That was the most challenging part during the nine months journey, bak kata orang Jawa. Agaknya Allah ‘bayar’ penderitaan masa mula-mula mengandung tu dengan kemudahan waktu bersalin.

Dr. Habibah datang pukul 10.30 pagi, bagitau Hana dah engaged dan bersedia untuk keluar. Rahim Mama pun bukak 5 cm (again, Mama tak rasa apa-apa pun). So Dr. Habibah decide untuk pecahkan air ketuban – ini akan menyebabkan Hana rasa desperate untuk keluar, hehe.

Lepas air ketuban tu pecah, rahim dah bukak 6 cm, barulah Mama mula rasa contraction yang lebih dahsyat, dalam pukul 12 tengahari. Masa tu Papa dan Nanny memang rasa kesianlah sebab nampak Mama memang sakit sungguh. Punyalah kuat tangan Mama genggam tangan Papa masa contraction tu, rasanya boleh patah sebatang jari I tell you!

Dari pukul 12 sampai pukul 1.30 tengahari, itu waktu kritikal, pintu rahim dah bukak penuh, 10 cm. Papa tengok Mama makin tak keruan dah. Betullah masa tu memang ibu-ibu mengandung dah tak ingat apa melainkan sakit semata-mata. Masa pun rasa berlalu begitu cepat.

Sekonyong-konyong waktu azan Zohor berkumandang di Hospital Pusrawi, masa tu lah Mama dah mula struggle. Suffer, memang suffer Hana. Kalau Hana dah berkeluarga nanti (cewah futuristik pulak Papa), baru Hana faham. So bila dah Mama menderita sangat nak lahirkan Hana ni, bila dah keluar, Hana jadilah anak yang solehah, yang mendengar kata Mama dan Papa, taat dengan perintah agama. OK, khutbah ni biar dulu, akan bersambung semula sebentar lagi.

Sekali, dua kali, tiga kali meneran waktu contraction, Hana tak berapa nak keluar sangat. Tapi rambut Hana dah nampak, Papa pun dah nampak, tu yang teruja tu. So Papa pun bagilah semangat kat Mama, boleh lagi, boleh, dah nampak dah rambut Hana. Berkali-kali Mama teran waktu contraction, tak berapa nak keluar jugak. Papa lak sekejap tengok Mama, sekejap tengok bawah. Sekejap tengok atas, sekejap tengok bawah. Kalut, cemas, risau, bimbang, semua ada. Yang best tu waktu Mama meneran, entah macam mana Papa pun terautomatik ikut meneran. Tapi Papa meneran tak keluar apa-apa la. Terlampau feeling kot tengok Mama sakit meneran.

Nak kata punyalah berdebar masa tu, Papa dah risau kalau Hana tak keluar jugak, takut Dr. Habibah suruh belah perut Mama pulak, janganlah jadi macam tu. Ikhtiar, semua dah ikhtiar, air selusuh, air Yasin, air zam zam, zikir, solat hajat, semua dah buat. Tinggal Allah nak laksanakan atau tidak je apa yang kita pohon.

Sampailah satu ketika, sedetik sebelum Hana keluar tu, Mama teran lagi tapi baru nampak permukaan kepala Hana. Papa pandang semula Mama, bagi kata-kata semangat macam biasa. Papa pandang semula bawah, Mama teran, tapi sikit je. Tiba-tiba - bluaaaakkkkkkk, Hana keluar serta-merta. Selama ni Papa dengar baby ni keluar kepala dulu, lepas tu bahu, lepas tu baru keluar semuanya. Very the slow motion, very the ikut consequence. Tapi Hana tak, Hanakeluar dengan serentak dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Subhanallah, Allah jela yang tahu perasaan Papa bila tengok Hana keluar dengan sempurna anggota dan cukup sifat. Mama pun tak dapat tengok saat Hana keluar tu. Hampir serentak kami sebut Alhamdulillah bila Dr. Habibah sambut Hana dan masa tu lah, sedetik lebih lepas Hana keluar (tanak kalah dengan Anuar Zain), entah macam mana, secara semulajadi – Papa menangis teresak-esak.

Masa ni, Papa sendiri konfius, kenapa Papa menangis tak memasal. Walhal Mama, sampai sekarang , LANGSUNG TAK PERNAH MENANGIS. Kuatnya Mama kalau Hana nak tau. Masa meneran tu takde setitik pun air mata dia yang tumpah. Kalau Papa dah kena sakit macam tu, awal-awal lagi dah pengsan.

Kat sini Papa nak bagitau Hana, betapa besarnya kekuasaan Allah. Papa menangis kerana akur dengan kekuasaan Allah yang menunjukkan depan mata Papa, bagaimana Allah melakukan kerjaNya mengizinkan seorang bayi keluar dari perut ibunya. Manusia boleh ikhtiar macam-macam, tapi untuk mengeluarkan bayi dari perut ibu secara normal, hanya Allah sahaja yang boleh melakukanNya. Sombong apanya manusia, manusia yang tak reti apa, yang sekecik buah betik masak tu, Allah jaga dan Allah izinkan untuk membesar, tapi bila dah besar dan boleh berfikir, dia boleh lawan semula hukum Allah. Hana jangan jadi macam tu, ingatlah kebesaran Allah yang mengizinkan Hana untuk lahir kat muka bumi ni, taatlah perintah Allah.

Sedetik lebih lepas Hana keluar, sambil Papa menangis teresak-esak atas dahi Mama, Dr. Habibah letakkan Hana atas dada Mama. Tujuannya untuk menenangkan baby. Masa tu Hanatak menangis. Dan memang setakat ni Hana bukan jenis menangislah. Kalau lapar je baru menangis. Baguslah, Hana jangan suka nangis-nangis eh, pening kepala Papa dan Mama nak jaga nanti, hehe.

Lepas nurse sedut air ketuban dari perut Hana, nurse bagi Papa dukung Hana untuk Papa azankan. Maknanya Papa yang dapat dukung Hana first, Mama tu kemudian baru dapat dukung, hehe. Papa bagi salam kat Hana, azankan, baca iqamat, baca al-Fatihah, surah-surah dan doa. Alhamdulillah, Hana tak menangis langsung. Lepas tu Hana dibawa oleh nurse untuk dibersihkan. Dr. Habibah pulak menjahit apa yang patut dan kitorang bersembang sambil Papa teman Mama. Mama masa tu diam je, sebab dah penat setengah mati. In fact lepas Hana keluar tu je Mama kata rasa macam nak tidur terus.

Tak lama lepas tu Nanny masuk labour room sama-sama dengan Mak, menangis-nangis, biasalah emo kaum wanita. Tapi Mama tetap tak nangis, kuat betul isteri Papa ni. Hana yang dah dibersihkan tu dibawa masuk semula dan ditimang-timang oleh nenek-nenek Hana, excited sangat-sangat diorang ni.

Masa tu jugak Hana disusukan oleh Mama. Sejam pertama tu memang kena bagi susu ibu kat bayi, supaya bayi dapat khasiat yang mencukupi. Lebih kurang sejam lepas tu, Mama dibawa dari labour room no. 6 wad ar-Rahmah di tingkat 4 ke bilik no. 9 wad an-Nur tingkat 6.

Alhamdulillah, selama empat hari Mama dan Papa ada kat Hospital Pusrawi, semuanya berjalan lancar, selamat belaka. Papa terkesan dengan doa yang dimakbulkan sebab Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan. Allah yang mengaturkan Mama dan Papa datang check up dengan Dr. Habibah hari Isnin, walhal biasanya kitorang pergi hari Sabtu. Kebetulan Sabtu dua hari sebelum tu, Dr. Habibah cuti dan dia suruh datang check up hari Isnin. Siapa yang atur semua ni kalau bukan Allah? Siapa yang atur elok-elok je datang check up hari Isnin, rahim Mama dah bukak 3 cm? Siapa yang mengatur segala rencana?

Papa ceritakan semua ni kepada Hana, antara sebabnya supaya Hana nanti tahu pengorbanan Mama yang susah-payah melahirkan Hana. Papa ni nak ceritakan pengorbanan sendiri tak bestlah, Papa bukan macam parti pemerintah yang sikit-sikit ungkit pemberian kepada rakyat walhal rakyat yang lantik dia jadi pemimpin (nak kata macam mana, kalau dah jenis minat politik, surat kepada anak pun tak dapat tidak mesti tercerita sikit pasal politik).

Di kesempatan ini, setelah menceritakan kesemua pengorbanan, Papa cuma nak mintak Hanasatu benda je. Berusahalah jadi anak yang solehah, yang patuh perintah Allah, yang dengar cakap Mama dan Papa. Pandai akademik je tak guna kalau melawan perintah Allah, Papa dah saksikan sekian banyak orang yang Allah bagi istidraj macam tu. Jenis cantik di mata saja pun tak guna Hana kalau akhlaknya hodoh, yang jenis Allah bagi istidraj macam ni pun bersepah dah Papa jumpa. Walaupun Hana ni Papa tengok ada potensi jadi perempuan yang cantik dan menyejukkan mata yang memandang, hiasilah zahir yang cantik tu dengan akhlak yang cantik jugak.

Harapan Mama dan Papa apabila tengok Hana lahir, tak lain tak bukan, nak melihat Hana menjadi anak yang berguna kepada agama, yang mendoakan ibu bapanya apabila kedua orang tuanya telah meninggal dunia. Sebab anak adalah aset untuk agama, masyarakat dan ibu-bapanya. Ikrar Papa sebagai ayah, selagi mana terdaya, Papa akan usaha untuk cukupkan makan pakai dan pendidikan Hana sebab itu adalah tanggungjawab Papa. Mama dan Papa akan membesarkan Hana dengan penuh kasih sayang, insyaAllah. Mama dan Papa buat semua ni takde consideration, cuma harapan menggunung seperti mana yang nak Papa sebut kat atas tu lah. Kejayaan akademik, kerjaya dan keluarga Hana, itu terserah kepada usaha Hana dan izin Allah, di samping restu Papa dan Mama.

Anakanda Hana,

Papa rasa setakat ini jelah nukilan Papa yang penuh dengan pelanggaran tatabahasa ni. Mungkin lambat lagi Hana akan mengerti besarnya pengharapan Papa melalui surat ni, tapi asalkan maksud Papa sampai, lambat ke cepat, tak kisahlah.

Jadilah permata hati Mama dan Papa, penyejuk mata dan penenang hati kami. Taatkan perintah Allah dan RasulNya, insyaAllah sama-sama kita sekeluarga akan ke syurga akhirnya.

Ayahanda yang sentiasa menyayangi,

Mohamed Hadi Abd Hamid.

8 comments:

  1. Tahniah, semoga Hana menjadi wanita yang solehah.

    ReplyDelete
  2. welcome to the world Hana..tahniah..semoga jadi anak yg solehah..;)

    ReplyDelete
  3. ingatkan hana khairani

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...sayu je baca entri nie..tahniah hadi

    ReplyDelete
  5. didoakan agar anak, papa dan mamanya sihat sejahtera. hana wafirah. cool nama ni.

    ReplyDelete
  6. Surat terbuka yang menatik..mesti anak senyum2...hehehhehe

    ReplyDelete
  7. alhmdulillah,,,mak bermulalah suatu perjalanan,,,semoga mendapat pertunjuk dan tetap di jalan Nya,,,anak2 harus tahu betapa besar nya pengorbanan seorang ibu,,, semoga Hana menjadi anak yang solehah, aamiiiiiin ya robb

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets