Pages

Cerita pasal kasut

Cerita pasal kasut


Minggu lepas aku dan wife pergi ke Pavilion, jalan-jalan bawak anak..niat asal nak jalan-jalan je, kemudian kami masuk Tangs, ade jualan murah..

Tetiba wife aku mencadangkan untuk beli kasut kerja untuk aku, memandangkan kasut aku sgt teruk rupanya, sebab dia nak belanja aku on je.. dok belek ar bermacam jenis, dan ada satu kasut aku belek (tak ingat brand apa) harga RM1500..gila mahal…!!!!!!

Kasut tu import dari Italy dan handmade, kononnya kualiti kaw2, n sangat2 special.. aku hanya mampu pegang dengan hujung jari sambil terfikir, ada ke orang yang nak membeli kasut semahal ni..? ape beza kasut ni dengan kasut murah yang lain? kasut ni jaga kaki? kasut ni takkan menyebabkan kaki berbau? Kasut ni membuatkan kita berjalan dengan pantas? atau sekadar propa je…

Dari dulu sampai sekarang, bila nak beli kasut, aku cukup memilih, terutama bab harga, dan harga semahal RM1500 tu aku rasa gila..

Dan aku rasa pelik sebab ada orang sanggup beli kasut beribu2 harga hanya untuk digunakan memijak debu, pasir, lumpur atau kadang2 terpijak tahi, tapi bila nak beli kopiah untuk sembahyang dan mengadap tuhan, harga kopiah RM5 pon nak tawar menawar lagi….

nota kaki: ini juga hasil nukilan En. Zarep, criminal lawyer yang sebahagian kerjanya ialah mengira wang ringgit hasil kerjaya perundangan beliau.. buktinya beliau shopping di Pavilion, tempat urban tuh... kah kah kah.. jangan marah ya bang...

3 comments:

  1. Pavilion tu kat mana?aku tak pernah dengar pun, maklumlah aku orang sub urban je, duduk kat pinggir KL

    ReplyDelete
  2. cerita ni tak habis..

    "...harga kopiah RM5 pun nak tawar menawar lagi. Lalu tanpa berfikir panjang, aku bawa kasut ke kaunter dan bayar secara tunai RM1500 itu. Haa baru selesa boleh jalan atas angin..."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets