Pages

Empat (4) sebab kenapa Manchester United juara Barclay's Premier League

1. Man Utd ada lagenda dalam Ryan Giggs dan Paul Scholes.

Kedua-dua pemain in merupakan produk akademi Man Utd, yang dilatih dengan sistem bolasepak cantik dan hantar dan gerak. Status lagenda mereka idak dapt dinadikan walaupun mereka tidak ada patung gangsa dibuat untuk mereka.

2. Man Utd ada pengurus lagenda dalam Sir Alex Ferguson.

Wily old manager. Kepetahan Sir Alex ketika menangani media setanding kepetahan Azlan Johar berucap di Astro. Setanding juga dengan kepandaian taktikal hingga menang pelbagai piala dan kejohanan sepanjang beliau bersam Man Utd.

3. Man Utd sememangnya kelab yang berstatus lagenda.

Dari zaman hitam putih hingga ke zaman TV warna ke zaman TV skrin nipis LED dan LCD dan HD, Man Utd memang kelab yang hebat dan dibarisi pemain-pemain bintang. Tidak seperti jirang mereka yang bising, yang cuma semenjak dua menjak ini mahu mengejar kejayaan.

4. Man Utd ada penyokong tegar yang memang lagenda.

Antara penyumbang utama penyokong tegar Man Utd ialah rakyat Malaysia. Contoh utama ialah Richard.

Sekian.


nota kaki: aku tulis entri sambil gelak dalam hati. Sebabnya aku pelik Goal.com buat artikel tahap sampah pasal sepak bola pun ramai orang baca . 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets