Pages

Kerana WANG dan DUIT: Menipu dan Tertipu

Entah macam mana semenjak dua menjak ini aku sering terbaca tentang isu yang berkait rapat dengan kes-kes fraud, penipuan dan scam. Sebagai contoh aku senaraikan beberapa kes yang berlaku (tanpa mendedahkan siapa atau mana-mana pihak):

Kes 1

Pembukaan kedai berkonsepkan francais yang bersandarkan barangan dan produk Muslim yang bukan sahaja Halal, malahan Toyyiban. Ini biasa kita dengar. Iklan memang merata-rata, dalam akhbar siap satu muka penuh bewarna dan juga radio yang berunsur Islamik. Modal permulaan sekitar RM50,000 ke RM100,000, dan ada pakej-pakej tertentu. Banyak tu, kalau buat kahwin, boleh kahwin dua sekaligus.

Jadi memang ramai yang terpesona dan tertarik. Memang ramai yang nak join. Ada yang betul-betul beroperasi, memang berjalan lancar. Tapi malangnya, ramai yang digantung tak bertali. Kedai entah ke mana, duit entah ke mana. Promoter/pemilik francais pun entah ke mana, tak dapat dihubungi. Berbulan-bulan menunggu, bukat setakat modal lesap, malah terpaksa tanggung kos-kos lain seperti kos sewa kedai, kos daftar perniagaan dan lain-lain. Akhirnya, impian membuka perniagaan berkecai.

Kes 2

Perniagaan yang berkonsepkan sewa kereta. Dimiliki oleh orang kenamaan, ada gelaran. Konsep yang sama, promoter/pemilik akan kutip duit, atas alasan sebagai modal pelaburan, dan pelabur dijanjikan pulangan bulanan yang tetap untuk tempoh tertentu. kalau ikut perkiraan keuntungan mencapai 21% dari modal yang dikeluarkan. Wow... ASB pun bagi dalam 8%, unit trust yang sedikit aggresif mungkin mencapai 15%. Lebih mudah dan menarik pelabur hanya perlu goyang kaki selepas bayar duit, tunggu cek tiap-tiap bulan. Ini rezeki jatuh ke riba.

Tapi, indah khabar dari rupa. Promoter/pemilik skim ini didakwa dan disabitkan kesalahan kerana mengambil deposit secara haram. Tindakan mengutip duit dari pelabur tersebut melanggar suatu akta perundangan negara. Akhirnya, para pelabur terpaksa menunggu proses mahkamah yang memakann masa untuk menuntut jumlah yang mereka beri.

Untung entah ke mana, hasilnya penat dan lelah buat tuntutan, turun naik mahkamah.


Kes 3 

Ini bertopengkan pelaburan dalam bentuk hartanah, bukan di Puchong bukan di Ampang. Tapi di UK. United Kingdom. Apa?? UK??? Siapa tak nak memiliki tanah di UK. Tempat lahir Prince William. Kah kah kah... Rupa-rupanya tanah itu memang ada nilai, tapi takkan terjual atas sebab lot tanah tersebut merupakan tanah yang menjadi batasan untuk kawasan-kawasan kampung dan kawasan-kawasan bandar yang tak ada prospek untuk dijual (ini mungkin sebab perundangan UK yang aku sendiri tyak arif).

Pelabur pun takkan dapat geran tanah, maksudnya duit yang mereka laburkan tu bukan untuk pembelian tanah, tapi dijanjikan pulangan yang tertentu. Akhirnya, pulangan entah ke mana, promoter/pemilik lari menghilang dan akhirnya promoter/pemilik disiasat atas kesalahan jenayah white collar. Ingat, watak antagonis dalam kes ini bukan mereka dari Nigeria atau Uganda, tapi mereka dari UK, tanah tumpah darah orang Melayu yang bujet urban berseluar sendat dan ketat. Kah kah kah... Aku gelak guling-guling.

Apa yang kita pelajari dari kes-kes di atas?


Dari pemerhatian aku, kebanyakan kes-kes penipuan ni agak sama modus operandinya. Kononnya, promoter/pemilik ada satu skim pelaburan atau perniagaan, pelabur dikehendaki melabur sejumlah wang, dan dijanjikan pulangan tetap yang lumayan. Ini sama dengan skim ponzi, skim piramid, Korek lubang, gali lubang.  Pelabur yang permulaan mungkin untung dan dapat rasa pulangan, tapi akan sampai satu tahap promoter/pemilik sudah kehabisan modal untuk dijadikan pusingan modal. Ada juga kes promoter/pemilik yang mulanya ikhlas dengan sesuatu perniagaan, tapi silap strategi jadi kelabu mata tengok duit berkepuk-kepuk, terus jadi tamak haloba.

Yang aku kasihan, para pelabur yang tertipu ini bukan golongan makcik-makcik kampung, tapi terdiri dari golongan professional, berpendidikan. Ada yang terlibat semata-mata dikaburi oleh duit, keuntungan. Yang kasihannya, ada yang terlibat kerana betul-betul mahu berniaga. Tapi jangan salah anggap kenyataan aku dan jangan pukul rata bahawa mana-mana promoter/pemilik yang mahukan duit pendahuluan itu merupakan penipu. Adat berniaga, perlu ada modal, kena sedia tanggung risiko, kerugian.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan dari terjebak?

1. Pertamanya, kaji selidik dulu latar belakang promoter/pemilik. Kalau sebuah syarikat, atau enterprise, luang sedikit masa dan tenaga untuk buat carian di Suruhanjaya Syarikat. Kalau kita tengok syarikat hanya ada saham bernilai RM2, tapi projek yang dicanangkan bernilai puluhan ringgit, sudah tentu ada yang tak kena.

2. Keduanya, jangan terliur dengan janji pulangan tetap, pulangan besar, untung atau kaya. Usaha untuk senang. Tajuddin Ramli jadi kaya dulu-dulu pun susah tau, kena masuk circle Mahathir, kena masuk circle Daim Zainuddin. Eh, ke situ pulak aku.

3. Pastikan ada hitam putih perjanjian yang betul-betul sah bukan setakat kertas untuk ditandatangani. Aku dah banyak tengok, projek ribu-ribu, tapi perjanjian loose, teruk caca merba.

4. Berkait rapat dengan point nombor 3, sila jangan segan silu atau kedekut untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam atau mereka yang pakar. Sekecil mana pun pelaburan yang dibuat, pastikan anda mendapat khidmat nasihat yang sewajarnya.

Sekian seadanya. Harap dapat menjadi panduan.

6 comments:

  1. namun, sehingga sekarang tiada tindakan susulan, orangnya bebas memberi verdict kpd org lain, orangnya dengan suka hati mengajak kita untuk speak up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org Malaysia sembah taksub pada omputeh yg menipu pandai cakap main redah je. huh...Dem u omputeh yg con.

      Delete
  2. Aku memang malas kalau niag amacam tu..sama macam kes niaga kelompok melabur dalm projek lintah, cendawan tapi hangus!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, senang je buat ceramah sana sini, last2 tokan besar yg untung juta2...

      Delete
  3. AC konsortium? orang ipoh ni (yg dia mengakulaaaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak sebut takut kena saman, kuang3x...
      Aku nak buat model camtu la, beli gelang ca ayam, letak label watever konsortium, kemudian jual untuk kesihatan... huh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets