Pages

Mahu jadi Peguam Syarie?

Peguam Syarie merupakan satu profesion yang agak menarik untuk dibincangkan. Satunya kerana profesion ini agak glemer kerana kes-kes artis atau VIP/VVIP yang turun naik mahkamah sebab nak merebut harta pusaka atau hak penjagaan anak & kes-kes yang sama waktu dengannya macam fasakh, nusyuz, mut`ah & lain-lain lagi. Yang glemernya kat situ lah, misalnya kalau harta sepencarian tu RM1 juta, peguam syarie akan 'ketuk' sekitar 1%-4% harta yang berjaya diperoleh. Jadi buta-buta je bolehlah peguam syarie dapat at least 10k untuk satu kes.

Baik, kita abaikan cerita-cerita glemer mengenai peguam syarie. Yang sakit pun banyak juga, tapi saya tak berminat nak cerita di sini. Sebenarnya, nak jadi peguam syarie di Malaysia ni merupakan satu proses yang agak rumit sebab kita ada 14 negeri. Disebabkan undang-undang Islam jatuh di bawah kuasa negeri, maka kita ada 14 jenis undang-undang berlainan yang menaungi para peguam syarie. Oleh itu, boleh dikatakan tidak ada keseragaman di dalam proses menerima seseorang itu sebagai peguam syarie sebab seorang boleh jadi peguam syarie di Selangor tetapi dia masih perlu mendapat tauliah daripada negeri-negeri lain jika dia mahu mengendalikan kes di hadapan hakim Mahkamah Syariah di Terengganu misalnya. Jadi bayangkanlah, seorang peguam syarie perlu mendapatkan 14 tauliah yang berbeza sedangkan seorang peguam sivil lazimnya perlukan 1 tauliah sahaja (kalau di Semenanjung).

Secara asasnya, untuk menjadi peguam syarie, seseorang itu perlu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah. Tapi tak semestinya takde degree Syariah, tak boleh jadi peguam syarie & tak semestinya ada degree Syariah, dah boleh jadi peguam syarie. Sebab apa? Sebab ketidakseragaman undang-undang inilah. Misalnya di Wilayah Persekutuan, kalau anda takde degree Syariah pun takpe, tapi anda perlukan diploma pasca-ijazah Syariah (DSLP atau DSLA atau DAIJ atau yang sama waktu dengannya). Ada sesetengah negeri, ada degree Syariah pun tak cukup, mesti kena ada diploma pasca-ijazah Syariah tu.

Nak mendapatkan diploma tu pun, sekurang-kurangnya di UIAM, bukanlah sesuatu yang 'murah', kos diploma tu dah sama taraf dengan Ijazah Sarjana yang mencecah belasan ribu. Kalau di UiTM atau UKM mungkin murah sikit.

Sebagaimana yang disebut di atas, nak mendapatkan tauliah 14 negeri bukanlah mudah sebab proses untuk setiap negeri tu sendiri dah cukup melecehkan. Dan kalau diperhalusi proses-proses yang terbabit pun, berbeza antara satu negeri ke satu negeri. Ada negeri yang hanya perlu temuduga. Ada negeri yang perlu ambil peperiksaan dan temuduga. Tapi asasnya temuduga tu mesti ada. Tak dapat difahami kenapa mesti kena ada temuduga walhal peguam sivil nak jadi peguam tak perlu temuduga pun? Cukup sekadar 9 bulan chambering & syarat-syarat normal yang dikenakan oleh Majlis Peguam, tapi nak jadi peguam syarie tak perlu chambering pulak?

Kalau anda ada degree Syariah, mestikah anda jadi peguam syarie? Jawapannya, tidak semestinya. Tapi dengan adanya degree Syariah, anda berpeluang untuk menjadi peguam syarie walaupun hakikatnya anda tak tahu 'setarang' mengenai prosedur di Mahkamah Syariah. Dek kerana itulah, ramai pemilik degree Syariah yang merasakan tidak ada faedah memohon sebagai peguam syarie kalau tidak mahu beramal sebagai peguam syarie. Saya sendiri secara peribadi, tidak ada masalah dengan pendapat sebegitu dan saya separuh bersetuju juga dengan pendapat itu. Tapi dek kerana sayangkan degree Syariah yang saya ada, saya rasa rugilah kalau degree Syariah ada tapi tauliah peguam syarie takde, walaupun daripada 1 negeri sekalipun. Yelah macam ada degree LLB tapi tak ditauliahkan sebagai peguambela & peguamcara, ada sedikit kerugianlah kat situ, walaupun mungkin ada yang tak bersetuju.

Pengalaman peribadi saya, saya cuma pernah menghadiri temuduga peguam syarie untuk 2 negeri - Wilayah Persekutuan & Kelantan. Itu pun bagi saya, cukuplah untuk saya yang tidak beramal sebagai peguam syarie buat masa ni.

Kenapa saya pilih Wilayah, kerana itulah wilayah yang paling dekat dengan rumah saya & saya dikhabarkan prosesnya cukup mudah. Sebenarnya prosesnya tidaklah mudah sangat sebab kita perlu menunggu & menunggu. Di Wilayah, calon-calon dikehendaki menghadiri kursus separuh hari mengenai prosedur di Mahkamah Syariah & kemudian ada peperiksaan bertulis di sebelah petangnya. Semua ini menuntut bayaran sejumlah RM150, tidak termasuk yuran pemprosesan permohonan peguam syarie berjumlah RM10. Disebabkan secara logiknya semua yang memohon tu ada asas undang-undang Syariah, maka tak peliklah kalau semua calon yang ambil peperiksaan bertulis tu, lulus kesemuanya. Itulah yang berlaku pada batch saya. Tetapi ianya tidak terhenti setakat itu sahaja. Ada temuduga pulak menyusul sesudah peperiksaan bertulis itu. Di sini saya suka untuk menegur pentadbiran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang kurang responsif memaklumkan mengenai keputusan peperiksaan bertulis itu kerana kami semua tahu kesemua calon lulus melalui e-mel setelah seorang calon bertanya mengenai result melalui e-mel juga.

Temuduga di Wilayah juga, hmmm, saya boleh katakan ikut nasiblah. Anda mungkin berdepan dengan panel yang baik & mungkin juga anda bertemu dengan panel yang provokatif. Di dalam kes saya, saya bertemu dengan panel yang provokatif. Saya takde masalah berdepan dengan panel yang provokatif sebab saya pernah hadir temuduga yang dipengerusikan sendiri oleh Peguam Negara yang begitu provokatif. Tapi saya ada masalah dengan panel yang konon nak provokatif tapi apabila kita balas provokasinya dia pulak yang terprovok! Inilah yang berlaku dalam kes saya.

Saya kira panel temuduga peguam syarie sewajarnya dibataskan keahliannya kepada hakim Mahkamah Syariah atau pun pendaftar Mahkamah Syariah sahaja, tanpa melibatkan pendakwa syarie. Walaupun realitinya pendakwa syarie, hakim & pendaftar berasal dari skim perkhidmatan yang sama & mereka boleh memegang mana-mana 3 jawatan tersebut, tetapi adalah kurang cerdik kalau pendakwa syarie turut menjadi panel temuduga yang menemuduga bakal peguam syarie. Bukankah pelik, seorang yang berkepentingan seperti pendakwa syarie akan menemuduga seorang yang bakal menjadi 'lawan'nya di mahkamah nanti? Aneh, tetapi inilah yang berlaku sewaktu temuduga saya di Wilayah. Saya ditemuduga oleh pendakwa syarie yang kehadirannya bagi saya sama sekali tidak relevan. Ada negeri lain yang melantik peguam syarie senior sebagai panel temuduga, sesuatu yang saya rasakan kurang beretika kerana peguam syarie senior itu pun dari kalangan 'spesis' yang sama dengan orang yang ditemuduga.

Selain itu, saya turut tertanya-tanya mengapa perlu ada wakil Jabatan Peguam Negara di dalam temuduga peguam syarie Wilayah? Saya tak nampak kaitannya secara langsung, adakah perlu wakil kerajaan di dalam temuduga peguam syarie Wilayah? Saya mempunyai masalah dengan wakil Jabatan Peguam Negara yang begitu beremosi & bersungguh-sungguh menjaja 'fikrah'nya kepada kami calon-calon peguam syarie. Apakah kami wajib menganut fikrahnya, justeru kalau kami bercanggah pendapat dengannya maka dia berhak membuat serangan peribadi kepada kami & pensyarah kami? Lucunya dia beriya-iya mahu kami bersetuju dengan pendapatnya untuk isu-isu perlembagaan (oh ya, kaitan langsungnya dengan profesion peguam syarie?). Hei, saudara ni siapa & saudara dah lupa ke saudara menemuduga siapa? Bakal peguam syarie, bukan bakal kerani! Peguam diajar agar bersetuju untuk tidak bersetuju, tapi kalau saudara mahu orang bersetuju dengan pandangan saudara, maka jangan panggil ini temuduga peguam syarie tapi panggil ini temuduga burung kakak tua. Lebih mengecewakan apabila saya sedari akaun Facebook penemuduga ni sarat berbau serangan peribadi (maki hamun juga terselit sesekali) terhadap mereka yang kononnya tidak selari dengan pandangannya. Takpelah, itu dia punya pasal & saya pun tak berharap apa-apa darinya. Saya pun tak berminat nak membincangkan lebih lanjut isu apa yang kami perdebatkan tapi cukup kalau saya beri analogi, si penemuduga ini ibaratnya seperti Hasan Ali!

Saya tak tahu apa hasil temuduga peguam syarie Wilayah sebab sejujurnya saya berasa kecewa dengan komposisi panel temuduga & cara saya & kawan-kawan ditemuduga. Saya pun malas nak call, mungkin lulus, tapi saya cenderung mengatakan gagal. Kalau nak berjidal soal perlembagaan, temuduga peguam syarie bukan tempatnya. Ye tak ye pun RM160 hangus juga.

Kenangan pahit itu membuat saya lebih berhati-hati apabila menghadiri temuduga peguam syarie Kelantan. Walaupun orang kata mudah, tapi yelah, yang Wilayah itu pun katanya mudah, tapi hasilnya tak seperti yang dijangka. Untuk Kelantan, yuran pemprosesan permohonan peguam syarie ialah RM20 & kalau diterima sebagai peguam syarie Kelantan, bayaran RM250 dikenakan (total RM270). Walaupun Kelantan lebih mahal tapi prosesnya setakat ini memang mudah & saya katakan memang yang termudah di Malaysia barangkali. Ini kerana gaya Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan (JKSK) memang mahu mempermudahkan temuduga. Tidak ditanya soal fikrah, soal hukum hakam, soal teknikal mahu pun perlembagaan, sekadar perbualan mesra. Nak kata temuduga senang sebab tu saya puji pun, tak juga. Cuma hasrat JKSK 'meraikan' orang-orang yang ada degree Syariah tu, saya puji. Yelah, kalau dah ada degree Syariah tu, mestilah dia tau something pasal Syariah & kalau diminta untuk selesaikan satu-satu masalah Syariah, taulah dia kat mana nak cari. Bukannya tanya there & then, wali ada berapa jenis, tertib wali macam mana, bukan semua orang ingat benda tu pada masa tu. Mufti pun mana ada orang tanya, masa tu jugak dia jawab. Mesti dia balik muzakarah dulu, bincang dulu, buat research dulu. Panel temuduga di Kelantan juga saya puji kerana ianya melibatkan hakim & pendaftar sahaja. Penasihat undang-undang negeri Kelantan pun ada (wakil Jabatan Peguam Negara barangkali?) & saya secara peribadi merasakan beliau tak perlu ada, tapi saya tengok dia pun tidaklah memandai-mandai walaupun bergelar Dato', taklah macam wakil Jabatan Peguam Negara yang kat Wilayah tu. Maknanya tak payahlah nak lawan tauke. Ketua Hakim Syarie OK, dia pun OK. Di Wilayah tu pun ada set lain yang panel temuduganya diketuai oleh hakim Mahkamah Syariah, lancar je temuduganya, cuma saya & rakan-rakan lain je yang tersangkut di depan panel Jabatan Peguam Negara, nasib badanlah kan.

Akhirnya saya ditauliahkan sebagai peguam syarie Kelantan. Saya tak tahu wajarkah saya berbangga bergelar peguam syarie Kelantan walaupun saya tak pernah jadi peguam syarie, tapi sekurang-kurangnya Kelantan mengiktiraf degree Syariah saya. Dan kita tak tau apa akan jadi pada masa depan, kalau-kalau sungguh saya akan jadi peguam syarie, siapa tahu?

Kemudian apa selepas Wilayah & Kelantan?

Hai, entahlah. Secara jujurnya saya sudah lelah mengejar tauliah peguam syarie. Cuti-cuti saya terpaksa dikorbankan untuk temuduga & wang pun dibelanjakan untuk sesuatu yang belum tentu berguna buat masa ini. Nak mencari tauliah yang mudah pun, saya rasa tidak ada. Di Selangor, anda perlu chambering di firma guaman syarie, dapatkan surat sokongan peguam syarie di tempat anda chambering & perlu hadiri temuduga, itu pun prosesnya lorat & memakan masa bertahun-tahun. Di sesetengah negeri lain siap kena baca kitab Arab & i'rab itu ini. Ada pula negeri yang jenis panggil temuduga 3 tahun sekali. Di Terengganu misalnya, kena bayar RM350, hadiri kursus 2 hari & kena temuduga dengan Ketua Hakim Syarie yang soalannya dengar khabar boleh tahan juga. Di Negeri Sembilan, prosesnya sama seperti Wilayah tapi kena bayar RM500. Duit belaka, kan?

Selagi tidak ada keseragaman, selagi itulah proses pelantikan peguam syarie akan jadi sebegini, yurannya lain & prosedur juga lain. Mungkin ada yang merasakan, perlukah diseragamkan? Kalau anda mewakili negeri, anda akan merasakan keseragaman akan merampas bidang kuasa istana & negeri. Benarkah begitu?


123 comments:

  1. jadi lulus atau tidak?

    ReplyDelete
  2. saya masih lagi seorang pelajar menegah. memang cita2 saya berazam nak mnjadi seorang lawyer. tapi.. ( saya nk mintak pndapat la harap ade jwapan..)

    saya ada dengar2 gitu2 betul klau nak choose dua2 ( sivil & syariah ) boleh dibuat tapi perlu 6 tahun la nak study sume tuw tambah lagi nak kne lulus bahasa arab .. sdangkan saya cume ade subjek P.Islam.
    Dan adakah B.Arab tu hnya extra subjek saja ? ( bole, ada, xda pon xpew?)

    harap ada jawapan.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk program UIA (sbb UIA shj yg offer double degree sivil + syariah), mmg kena ada subjek bahasa arab SPM. masuk matrik UIA tempoh 1 (2 sem) ke 2 tahun (4 sem), bergantung pd keputusan placement test arab dan inggeris, kalau dpt level tinggi 1 tahun je. masuk main camp UIA gombak, sivil 4 tahun, tambah lagi 1 tahun syariah. so, min tempoh mmg 6 tahun.

      di matrik mmg ada subjek bahasa arab, 4 level (student sivil wajib habiskan 2 level shj, student syariah wajib habiskan 4 4 level). di main camp, subjek syariah semua di ajar dlm bahasa arab, sivil dlm bahasa inggeris.

      let say, tak layak amik double degree sivil + syariah, lepas habis degree sivil, boleh sambung post-degree diploma in syariah law & practice (DSLP) (tempoh setahun je).
      hope info membantu yg bertanya.

      Delete
    2. sekadar tambahan..sekarang di uia english & arab ada 6 level, tapi kaedahnya sama macam zaman 4 level dulu jugak

      kalau betul berminat nak ambik degree syariah tanpa bahasa arab spm, anda masih boleh lakukan, tapi dengan sedikit kesabaran

      misalnya kalau kita basic arab tak ada, selalunya kita akan dapat arab level 1 di matrik..walaupun nak ambik llb (sivil) hanya perlu lulus arab level 2 sahaja (tak pasti level 2 zaman kami dulu bersamaan dgn level berapa pada zaman sekarang yg ada 6 level ni), tapi kita masih boleh terus ambik arab di matrik sampai lengkap 6 level (ada exam utk 'lompat' level di antara level2 ni)

      kalau dah lengkap arab 6 level, english 6 level di matrik, anda boleh ambik llb + llb (shariah) di main campus

      ianya perjalanan yg mencabar, tapi penuh manfaat & menyeronokkan

      wallahua'lam

      Delete
    3. ambil degree civil n syariah di UIAM..jgn di USIM..tak diiktiraf..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..wallahua'alam..

      Delete
    4. Tamar Jeles: salam bro, nk tnya btul ke borang apply pguam syarie klantan tu kne isi 2?mohon saudara tolong explain cara nak mohon kt klntan n apa dokumen yg perlu..kiriman wang pos RM20 utk wang proses boleh ke?

      Delete
    5. amik borang dari pusat Islam di Lundang, dalam boang tu ada tulis apa yg kena ada termasuk kos sekali...

      Delete
    6. Ambil di uitm. Asasi 1 tahun. Degree LLB 4 tahun + DLSA 1tahun

      Delete
  3. salam..boleh saya tau x macam mana mengenai pulak dengan peguam koprat...harap dapt dijelaskan..terima kasih

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum... saya pelajar syariah dan undang-undang di kolej islam pahang ...adakah senang sy untuk menjadi seorang peguam ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...klau nak jadi peguam syarie, samalah seperti yg penulis khabarkan di atas..kalau peguam sivil, anda kena pastikan kolej anda diiktiraf oleh MQB ke x?klau tidak diiktiraf maka tidak dapat practice as a civil lawyer..sekadar menjawab based on ape yg sy tahu..wallahu'alam..

      Delete
    2. betullah tu. kalau nak jadi peguam sivil, kena ada law degree dari uni yg di iktiraf...

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. maaf,skdr nk mnyokong sbb kbtln sy pn lpsan klj islam phg jrusan yg sma dan skg sdg smbg syariah di ukm,kbykn ngri mmg nk ade dgre,klu xnk dgre pn stil nk ade amali n ape2 kursus yg berautoriti utk jd p.s..

      Delete
  5. asssalamualaikum.... saya pelajar pmr smka. memang impian ayah saya untuk menjadi peguam. pernah tengok dalam net. belajar apa yang kamu ingin capai. jd soalan saya. apakah subjek yang perlu mhir? bahasa arab, bm, bi, sejarah, pendidikan islam, ad lain kah?
    hrp ad reply syukron...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni impian sendiri ke impian ayah bro? arab, sejarah, bm, bi, PAI, shariah, PQS semua penting. masuk la UM ke UIA ke.. amik shariah, tal pun LLB+LLBS...

      Delete
  6. assalamualaikum .. urm .. saya syafika ..spm candidate 2013 .. erm .. saya nak tanye .. saya berminat sangat nak jadi peguam .. jadi .. subjek apa patut saya ambik ? urm .. harap awk blas .. *Remaja runsing*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops .. lupa nak bagi tau .. saya ambik subjek bm , bi , sej , math , pi , art , perd , sc .. owh .. perlu ke saya ambik subjek tasawwur islam , p.al-quran n al.sunnah & p.syaria'ah islamiah ?? hihi ..

      Delete
    2. tak wajib ambil PQS / PSI, melainkan mahu ambil shariah..

      Delete
  7. salam
    saya nak tanye, adalah menjadi satu kemestian untuk seseorang bergelar peguam syarie di selangor, dia mesti ade DIJAP, DAIJ or DSLP dan sebagainye, dan persoalannya sekarang sama ada kene ade DIJAP dulu, pastu chambering barula boleh di tauliahkan

    atau

    boleh chambering terus dan dlm mase yg same ambik Diploma Amalan Guaman tersebut untuk pentauliahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kalau selangor mmg kena ada DSLP, chambering dulu baru la tauliah. rasanya isi borang tu kena ada DSLP dulu.

      Delete
  8. salam, saya calon tunggu result SPM 2012 nak tnye sikit..
    sya pelajar sma mmg ad ambik BA PQS PSI TAS tapi sya confuse sbb ayh sya kata klau nk msuk UIA mesti BA at least C tapi sya x confident ttg result BA tu..
    tapi sya sgt confident TAS PQS PSI sya akn dpt at least A. Addition dgn BI sb sya minat sgt subjek tu. Tapi x boleh ke klau BI N TAS dpt A n BA x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org yg tak amik BA, PQS, TAS pun masuk UIA. isi upu tu letak 1st choice UIA, kemudian tawakal. dah masuk UIA nnt ada placement test utk BI dan BA pulak.

      Delete
  9. Salam, sye nk tnye. Kenapa semua yang nk jadi lawyer kbnyknnya nk ambk kt dlm negara je.. Sdgkn kalu sye buat research kt intrnt psl kerjaya ni bnyk je uni kt luar ngra yg bleh kita pergi.. Tu soalan pertama. Yg kedua pulak, katakanlah kalu dpt amik law kt luar sana, lpas kita selesai yg sivil 4 thun di ireland or australia mnkala di new zealend n uk 3 thun(brdsarkn yng dlm intrnt lah) pastu nk smbg syariah pulak mcm mane? Adkh perlu ke negara islam yg lain ataupun kena lalui proses yg lain pulak untuk smbung?? Minx sngt jawab.. N minx maaf kalu anggap sye x thu apa2 sbb sye bru f4 tp, sye rse smngt sngt.. Sori.. Syukran ya akhi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Mmg byk uni luar, tapi kalau tak amik barrister, balik malaysia kena amik CLP, selagi tak lulus CLP selagi tu tak bolehstat chambering. nak lulus clp tu bukan main susah. dua, yg tu kena tgk degree shariah tu diiktiraf kerajaan ke tak. kat malaysia ni byk uni yg offer diploma lepasa ijazah utk melayakkan jadi peguam syarie. hujan emas dinegeri org hujan batu dinegeri sendiri.

      Delete
    2. ok, syukran jazilan ya akhi..

      Delete
  10. assallamualaikum,sy anisah umur 14 mmang ambition sy nk jd lawyer,but sy x mahir sngat dlam subjek BI.
    sejarah alhamdulillah sy memang menguasai pembentangan dan lain2 dlm subjek tu..
    Bahasa Arab,well boleh faham n bley berkomunikasi dengan baik.
    BI je sy ade masalah! boleh nasihat sy?
    wasalam.......

    #LAWYERISMYAMBITION:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaam Adik Anisah,

      Azam untuk perbaiki diri adalah langkah pertama. Mungkin saya boleh cadangkan awak baca surat khabar bahasa Inggeris (baca kuat-kuat, bukan dalam hati). Kalau ada duit lebih, insyaAllah boleh ambil kelas bahasa Inggeris dengan guru yang bertauliah.

      Delete
    2. Wslm, betul tu. BAhasa ni kena dipraktikkan, banyakkan baca bahan bacaan dan sekali sekala jgn segan silu berinteraksi menggunakan BI.

      Delete
  11. askm, boleh tahan ssh nya sblm dpt jadi peguam syarie, itu jugak lah yg saya pernah dgr kisah-kisah pengalaman org lain. berminat jugak nak sambung DSLA/DSLP nh.. InsyaAllah kalau ada rezki nanti. sekarang ni tgh confuse sgt nak practise ke tak.. harapnya adalah nanti petunjuk heh..

    ReplyDelete
  12. Kalau kita ambil dip. undang-2 syariah di IPTS, boleh tak nanti nak sambung degree (syariah) di IPTA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada IPTA dan syarat kelayakan. KAdang2 boleh transfer kredit (maknanya tidak perlu ambil semula subjek yg ada dalam dipl) kadang2 tak boleh langsung transfer kredit.

      Delete
    2. Saya ambil dip syariah 3thun di KUIM, dan transfer kredit di KUIN..3TAHUN juga disana.. alhamdulillah.. bakal bergraduate bln8 tahun ini..

      Delete
  13. Assalamualaikum..saya bakal graduate ijazah sarjana muda syariah dengan kepujian di kolej universiti insaniah(KUIN) DI, ALOR SETAR Kedah. Saya amat berminat dengan kerja sebagai peguam syarie. Insyaallah, lepas graduate di KUIN, saya mahu melanjutkan pelajaran di UIA, ambil DAIJ disana.. Saya mahu minta pendapat encik, adakah saya wajar mengambil DAIJ di sana? dan selepas setahun disana, layakkah saya memohon jawatan sebagai peguam syarie???? Bagaimana utk saya lebih berkeyakinan utk menjadi seorang peguam syarie??? Mohon agar encik memberi sedikit pandangan utk saya, Terima kasih :)


    -LIYANA KAMAL-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kalau mahu jadi peguam syarie, lebih sesuai saudari ambil DSLP. kalau ikutkan, mmg sesuai ambil di UIA, sebab tenaga pengajar ada yg terdiri dari peguam syarie.
      kalau sudah ada dslp, mmg layak utk memohon diterima sebagai peguam syare.
      Utk lebih berkeyakinan, pertama ilmu, kemudian skill berhujah, skill penulisan hujahan, skill interaksi akan dtg melalui pengalaman dan pemerhatian.
      Cuma, saudari kena tahu setiap negeri mmg berbeza proses permohonan. Perlu pilih firma yg OK dari segi etika kerja, dari segi gaji dsb.

      Delete
  14. please answer my question. tQ

    ReplyDelete
  15. salam . sy dr convent . sy belaja di convent skul dari tadika .. mmg harapan mak ayah tok sy kuasai english . tp emak ayah tetap anta sekolah petang . dan alhamdulilah UPKK dan SSRA di sekolah petang straight A .. sy ada dapat tawaran untuk masok sekola agama kluster , tp mak ayah larang sebab diorang kate english zaman sekarang lg penting .. tp sy minat juga dalam ilmu agama .. jd bole ke sy amek peguam syariah tanpa ada basic arab ? kena dapat berapa A dlm spm ea gtu ? perlu ke sy amek kelas tambahan bahasa arab di luar sana ? mekasih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah zaman sekarang inggeris tu penting, tapi kalau masuk sekolah agamar apa salahnya. moving forward, boleh je amik diploma amalan guaman syarie tanpa ada bahasa arab, cumanya lebih mudah kalau ada bahasa arab. sebab 1. dalil2 asal Quran & sunnah dlm bahasa arab 2. kitab2 rujukan asal ialah bahasa arab

      zaman dulu kala 4 - 5 A pun dah boleh amik law, tapi zaman sekarang ni, competition tinggi, so score lah setinggi yg mungkin.

      kalau local uni, UIA, UKM, UiTM selain dari law degree, ada offer diploma utk amalam guaman syarie. so pelung tu masih ada.

      kelas tambahan arab tu, kalau ada ruang dan kesempatan, amatlah digalakkan.

      Delete
    2. mekasih banyak2 kongsi ilmu

      Delete
  16. Kalau skrg saya ambil dip syariah di kolej islam as sofa dan sambung setahun degree di kolej yg sama. Adakah sy layak jadi pguam syarie

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.sy ade soalan.sekiranye kite ade dgree Syariah tetapi tidak menjadi peguam syarie.apekah karier lain yg boleh sy ceburi dgn adenye dgree syariah? dan yg kdua,adekah kite wjib mpunyai dgree undg2 cvil utk mmpelajari undg2 syriah pula? n yg terakhir,adakah msih ade demand utk pguam syarie krn sy khuatir dgn msalah pngangguran pd mse kni.btw,sy Anisa dn mrupakn calon yg mnunggu rsult spm '13
    hrp ade jwpn,sekian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Jadi pegawai agama, cikgu, shariah officer dll...
      2. x wajib
      3. masih ada demand... kita yg meletakkan diri pada market

      Delete
  18. Salam, kalau lulusan daripada ijazah lain seperti usuluddin or fiqh fatwa tp ada dijap. Boleh ke diterima chambering di johor dan layak jadi peguam syarie di johor? Minta pandangan saudara.

    ReplyDelete
  19. Assalam..sy lulusan ijazah sarjana muda syariah...kalau amek DAIJ dkt uia apa kelebihan dan pasaran kerja???MOHON...runsing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sahaja cuma nama sahaja berbeza2 disetiap negeri. Hanya jadi peguam syarienatau pengawai agama

      Delete
  20. assalam . . sbenarnya sy confuse. . macm nie tg.1 hingga tg.3 sy budak skolah arab..pastu naik tingktn4 sy ambik teknik ict kat sekolah menengah biasa..tapi ambition sy nak jadi peguam syariah . . ramai yang mengatakan jika ingin jadi peguam syariah kena belajar pqs,psi n ba. . lau xada subjek 2 xbole ambik peguam syariah ,,betul ke??? harap dijawab dgn segera. .

    ReplyDelete
  21. assalam,..
    saya student UM,..saya ingin bertanya tentang prosedur menjadi peguam syarie di Sabah,..termasuk (interview/ujian bertulis/chambering/byrn fee/renew) ..apakah terdapat undang-undang yang saya boleh rujuk selain drpd enakmen mahkamah syariah sabah?

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum,
    -nma sya aimi ( bdk spm thun ni)
    -sy nk jd pguam syariah
    - sy ambil sub : Sej, bm, bi, b.a, pqs, pqsi, sains, mth n add mth
    -stkt nie sy xconfident dgn sub PQS n Sej .. jd ape prlu sy buat klo sy xdpt at least creadit? nk kna repeat blik ke?
    -bleh x bg step by step cm mna nk reach my ambition klo sya plan nk smbung STPM next year?

    ReplyDelete
  23. assalamualamualaikum admin. terima kasih kongsikan pengalaman anda. saya sekarang tgh asasi di uitm.. sye mmg nk jadi peguam syarie. and pointer sem satu sye agak mngecewakan. dlm 3.12 cgpa. rasa2nya mcm mana strategi penting supaya saya dpt pursue degree utk law? trima kasih ^^

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum, saya baru sahaja mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2014. Namun, saya sangat meminati bidang guaman ini. Boleh saya tahu apa yang sepatutnya saya lakukan selepas ini? Di manakah saya boleh mencapai impian itu ye? Saya merupakan pelajar aliran sains.

    ReplyDelete
  25. Jiwatenang,,,,
    sekarang bnyk keperluan dan peluang pekerjaan dlm bidang undang2 nie terutama syariah...tp sy harap na jd peguam syariah jgn sbb professional career shj tp na jd slh seorang y meletakkan sesuatu hak pd tempatnya...

    soalan utk admin,,,mcm skang sy sem akhir dlm degree syariah...ada niat jugak na jd peguam syariah memandangkan bnyk kes2 y bertentangan dgn syariat Islam skang...y terbaru isu transgender..mahkamah syariah mmg kene bersuara n fight betul2 pasal nie...sbb ia bertentangan dgn slh satu maqasid syariah..na ckp pandai bhs arab pown x pandai mane..p alhamdulillah...3 taun setengah belajar hampir keseluruhannyer arab...boleh lar kowt insyaallah..cume sy tau kalo na jd peguam kene smbg DSLP, DAIJ tue sume p sy x phm dr segi perbezaan dia...cth kt UIA ade DSLP n DAIJ,,DAIJ nie org kate boleh jd peguam n Hakim mahkamah,,p DSLP hnyer boleh jd peguam jer,,,betul ke?

    satu lg na tnyer na apply kt UIA cnthnyer dia tengok juga ke pointer...? mksd sy adkh kene 3.5 ke atas baru boleh apply? mcm mane plak kalo student y pointer bwh 3.0 boleh apply jugak ke?

    ReplyDelete
  26. A'smkm . Nak tanya , saya student sekolah agama . Saya amik subjeck BA,PSI,PQS,SJ,Bi n lain2 . Saya bercadang nak amik STAM . So adakah lepas habis STAM saya kena sambung degree syariah?

    ReplyDelete
  27. salam... mohon sedikit penjelasan lah...

    kalau nk mohon sebagai peguam syarie di KL, dengan hnya berkelulusan degree Syariah dah boleh mohon ke???

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum....sye pelajar SABK...kalo kite amik STAm and kite blaja kat overseas adakah dengan sijil itu mudah utk kite jadi peguam syariah sebab mmg sye minat...mohon penjelasan

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum....sye pelajar SABK...kalo kite amik STAm and kite blaja kat overseas adakah dengan sijil itu mudah utk kite jadi peguam syariah sebab mmg sye minat...mohon penjelasan

    ReplyDelete
  30. Syarie boleh amik lesen sivil ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. tapi kena amik LLB.. yg bermksud kena buat double dgree.. xde double dgree xboleh la amik lesen sivil

      Delete
  31. Kuis di iktiraf Tak untuk program ijazah perundangan syariah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. diiktiraf boleh tgk di MQA .. kt situ ada mcm2..nama kolej dan kos yang diiktiraf.

      Delete
  32. Syarie boleh amik lesen sivil ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh.. klu nk amik lesen sivil jugak kena amik double degree LLB + LLBS..

      Delete
  33. assalamu'alaikum, saya nak tanya macam mana nak hantar permohonan peguam syar'ie di Kelantan? saya dah print borang melalui website, kalau nak hantar by post, apa alamat perlu dituju?

    saya ada degree syariah dan saya apply macam2 position berkaitan degree saya seperti shariah officer or kerja di legal firm. tapi semuanya memerlukan pengalaman. sedangkan jika tidak diberi peluang, macam mana saya nak dapatkan pengalaman itu? saya buntu sebab saya nak sangat kerja dalam bidang ini.

    terima kasih jika sudi membantu

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum...saya nak tanya...saya adalah lulusan bidang syariah...adakah sama pgram DIJAP di USIM dan pgram DLSA di UITM....

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum...saya nak tanya...saya adalah lulusan bidang syariah...adakah sama pgram DIJAP di USIM dan pgram DLSA di UITM....

    ReplyDelete
  36. salam..
    kalau ada BLS dan DLSA,, layak tak utk jadi peguam syarie di mana2 negeri?

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum. saya hani, lepasan ijazah syariah dr ukm. bagaimana kita hendak mengetahui terlebih dahulu sesuatu firma y ingin kita melakukan chambering itu adalah sebuah firma y baik, eg baik dari segi hubungannya dengan mahkamah. hal ini kerana, terdapat senior y bekerja di mahkamah menasihatkan supaya pilih firma dgn betul. bagaimana caranya agar kita tidak tersalah memilih firma ya? terima kasih.

    ReplyDelete
  38. Sejak saya mula belajar tentang undang2 waktu tahun 2010, sampailah sekarang dah tahun 2016, masih tiada lagi penyelesaian yang dilihat. Pendapat saya, tiada salahnya pun jika prosedur pengambilan peguam syarie diselaraskan. Kesemua negeri patut mencontohi Kelantan. Apapun, penyelarasan yg dibuat nnt bukanlah dpt menafikan hak bidangkuasa negeri2, tapi mampu menjana transformasi unggul dalam dunia guaman syarie itu sendiri.. =)

    ReplyDelete
  39. Setuju ngn saudari..saya pun tak faham, knp la disukarkan sangat proses nk jadi peguam syarie..pekerjaan ni pon untuk bantu org islam jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ia berkaitan dengan keadilan yang sebenar,tak boleh salah dan silap sedikit pun,dan kena mahir ilmu islam untuk menjatuhkan hukum, kalau hudud dilaksanakan lagi kesian kalau kita salah buat keputusan,satu lagi ia berkaitan dengan menjaga kesucian agama islam,tidak boleh dibuat main2. Saya student DSLP syariah semester akhir

      Delete
  40. Setuju ngn saudari..saya pun tak faham, knp la disukarkan sangat proses nk jadi peguam syarie..pekerjaan ni pon untuk bantu org islam jgk..

    ReplyDelete
  41. Salam..saya bakal grade insyaallah tahun depan..deg syariah law dr KUIS selgor..sy asal kelantan..sy berhajat lepas praktikal saya nak chambering tp sy xtw di mana tempat chambering di kelantan..seterusnya sy plan terus nak pentauliahan pguam syarie dr kelantan juga..sy nak pastikan sama ada betul.atau tidak plan saya ini & di.mana tmpt chambering d kelantan..terima kasih en

    ReplyDelete
  42. Salam..saya bakal grade insyaallah tahun depan..deg syariah law dr KUIS selgor..sy asal kelantan..sy berhajat lepas praktikal saya nak chambering tp sy xtw di mana tempat chambering di kelantan..seterusnya sy plan terus nak pentauliahan pguam syarie dr kelantan juga..sy nak pastikan sama ada betul.atau tidak plan saya ini & di.mana tmpt chambering d kelantan..terima kasih en

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum ,puas saya buat research tentang peguam syariah dalam internet tapi hanya ini Dan bebrapa sahaja saya jumpa . berbalik kepada soalan Misalnya pelajar sains tulen ingin menjadi peguam syariah adakah susah baginya untuk menjadi peguam syariah hal disebabkan dia tidak mempunyai asas bahasa Arab ?? Bagaimana perjalanannya nanti untuk menjadi peguam syariah ?? Adakah soalan dalam exam sewaktu university dalam bahasa arab ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni samala masalah:(

      Delete
    2. Menjadi peguam syariah sudah semestinya memerlukan ilmu yg banyak dalam bidang agama khusus hukum hakam. Pelajar apa pun, kalau mahu jd peguam syariah sudah semestinya mengikuti pembelajaran syariah secara formal. Masakan seorang doktor jantung secara pantas mahu menjadi seorang peguam syariah, sudah semestinya belajar dahulu ilmu syariah, dan bila belajar agama, sudah semestinya mahir bahasa arab itu suatu kewajipan kerana dalil dan sumber syariah diceduk daripada bahasa arab.

      Delete
    3. Hi,jangan risau,subjek dalam degree syariah + law adalah bercampur,
      bahasa melayu,bahasa inggeris dan bahasa arab,ikut kepada subjek. Bahasa arab digunakan dalam subjek2 fiqh
      Bahasa inggeris dalam buku enakmen dan akta umum dunia
      Bahasa melayu digunakan dalam buku enakmen atau akta undang2 islam.

      Delete
  44. Nak jadi peguam dari dulu lg. Saya dah buat byk research. Banyak okey banyak jugak tak. Especially bg saya yg xde basic arab di sekolah menengah ni. Even my teachers, parents and friends tak galakkan. Kalau jd peguam sivil ni payah bg kita org islam. Sedih jugak hati ni hm. Plus, baru ni kena tegur dgn ustazah. Dia ckp "haram jd peguam civil without syariah. Undang2 manusia nak belajar, undang2 tuhan tknk belajar "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,kan ada subjek Tsw,PSİ,PQS,PAİ,BA

      Delete
  45. Tahun ini segera akan berakhir, adakah anda mencapai matlamat anda yang anda tetapkan untuk tahun ini? Kami berada di sini untuk membantu anda merealisasikan impian anda. Memohon untuk pinjaman serta-merta hari ini dan membina semula perniagaan anda dan memulakan usaha yang lebih baik dan menangkap impian anda. Kami memberi seluruh dunia pinjaman dan apa-apa jumlah yang anda mahu. Hubungi kami sekarang (hannahbossloanfirm@gmail.com) Berimanlah i, Puan Hannah Boss. masa depan anda adalah selamat.

    ReplyDelete
  46. Salam.. Ada ke short course utk progrm guaman?? Mohon pencerahan dan pendapat mengenai course seperti ini .. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ceritakan kepada kamu

      Diploma Syariah>>degree syariah>>DSLP/DAİJ>>Master

      Matrik wajib ambil BA>>degree syariah>>DSLP/DAİJ>>Master

      Asasi pengajian islam>>Degree syariah>>DSlP/DAİJ>>master/LLB

      STPM Agama>>degree syariah/syariah+sivil(LLBS)>>
      DSLP/DAİJ>>Master>>>PhD

      Delete
  47. assalamualaikum, saya SPM candidate 2016 saya ambik subjek tassawur dengan pai tp x ambik BA SPM.boleh ke saya lanjutkan pengajian untuk jadi lawyer syarie? saya target nak masuk uia, kalau saya lepas masuk,saya kene belajar BA start dari awal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya kena ambil BA untuk masuk uia sebab nanti kena ambil juga test BI dan BA untuk tentukan level berapa.

      Kalau takde basic arab, saya tak sarankan awak ambil degree LLB+LLBS sebab untuk ambil syariah awak kena lepas arab level 4 (sekarang saya tak pasti mcm mana). Lebih baik awak ambil degree LLB lepas tu further study DSLA/DSLP di UIA/UITM/UKM.

      Delete
  48. Assalamualaikum.....mcm mna nk dptkan sijil2 dlsa dsbgnya klau kita lulusan dr universiti timur tengah?????

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum...nak tanya kalau ad Llb, utk apply peguam syarie kelantan, boleh x guna Dsla dari uitm?...dan satu lg perlu ke chambering civil dulu baru boleh mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam law ,chambering tu penting dan ia selalu diletakkan pada akhir semester.
      untuk menguji kita.
      LLB tidak boleh apply jadi peguam syarie,
      hanya LLBS dan Degree Syariah+DSLP/DAİJ
      sahaja yang boleh apply jadi peguam syarie.

      Delete
  50. Assalamualaikum sir..skrg ni saya student degree syariah & undang2 dlm jurusan perbandingan mazhab dan undang2,,dan Uni tu diiktiraf oleh krajaan malysia..soalan saya,adakah saya layak untuk apply lawyer syarie sedangkn saya bukan bljr dlm negara..sedangkn undang2 Indonesia dan Malaysia bezanya ketara..harap dpt bagi pencerahan.tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kepada kos subjek awak,ada tak persamaan dengan kos subjek2 syariah malaysia,yg yang subjek undang2 tu letak tepi dulu sebab itu kebanyakan sivil. Kemudian awak boleh cuba apply DSLP/DAİJ ukm uia atau tempat yang diiktiraf

      Delete
  51. assalamualaikum..sy nk brtnya blh..sy bakal abis dlm pmbljrn sy..kos syriah dan udng2..mne kh yg sy ptt truskn ye.klu smbung master kos ape yg ssuai sy ambil..dan u dmna yg ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bekerja?? Jadi dapat saya simpulkan disini, awak tetap kena ada DSLP/DAİJ untuk sahkan diri awak sebagai peguam syarie

      Delete
  52. Assalamualaikum..sye ni bakal ijazah sarjana muda syariah..boleh ke jadi peguam syariah..sbb ade org ckp kene amik ijazah undang2 sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your journey
      Degree syariah>>DSLP/DAİJ>>LLB>>master
      Taknak LLB pun takpe sebab ni sivil

      DSLP wajib sebab nak jadi peguuam syarie memang kena ada tu, sebab dalam tu ada chambering ,thesis,moot court dan macam2 belajar semua undang2 islam sepenuhnya.

      Delete
  53. Hai nak tanya. Kalau kerja peguam, ada tak peguam yang kerajaan punya. Ke semua peguam swasta je

    ReplyDelete
  54. Pening...kalau undang undang tak sama antara negeri,kalau suami orang perak,isteri orang johor..mereka bercerai..nak bicara di mahkamah mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap sy, perbicaraannya hendaklah dibuat di negeri mana tempat mereka nikah dulu.

      Delete
    2. Ya,sebab undang2 dia berubah2 seksyen dan keterangan ,undang2 jenayah islam masih sama hanya seksyen berubah,
      undang2 keluarga islam,
      undang2 tatacara mal,
      undang2 keterangan islam,
      undang2 pentadbiran islam
      Kebanyakan negeri lain

      Delete
  55. Assalamualaikum warahmatullah. ingin bertanya tentang double degree syariah dan civil di UIAM. saya pelajar antarabangsa. in shaa Allah tajum depan ingin menyambung di UIA , nak tanya , apakah syarat kemasukan double degree law ( syariah + civil ) ye .. ? 2 tahun yang lalu saya menduduki peperiksaan O level , tapi english saya tak dapat kredit. tetapi bahasa arab saya dpt kredit. adakah masih boleh diterima masuk ke UIA dlm jurusan law syariah + civil ? ( fyi , saye sekarang tahun akhir pra universiti in shaa Allah tahun depan masuk degree university )

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum...saya mendapat tamhidi syariah dan undang undang usim...kalau saya ambil sampai degree..kemudian sambung master..saya boleh apply pensyarah ke? Kompleks betul langkah jadi peguam ni..nanti kalau nak apply kerja kena cari firma juga kan? Dn saya nak tahu...kelayakan muet untuk peguam sekurang kurang nya berapa?
    Dan kalau degree kelulusan usim diiktiraf ke?
    Perlu ke saya pindah uia kalau nak degree yg lebih mahal?

    ReplyDelete

  57. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum, saya saya merupakan lepasan ijazah p.islam di usas. saya saya juga ingi menyambung DSLP di uia. adakah saya masih layak utk jasi peguam syarie?

    ReplyDelete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  60. Salam. Saya nak tanya, macam mana proses untuk dapat lantikan peguam syarie di Kelantan tu ya? Buat permohonan dan interview je ke?

    ReplyDelete
  61. Klu skrg sy umur 32..sy nk amik jadi peguam syariah..adakah sudah teelambat?sy berminat mendalami pengajian syariah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih belum terlambat. Boleh sambung di mana-mana institusi seperti USIM, UIA, UITM dan UKM.

      Delete
  62. Kalau seseorang yang berkelulusan usuluddin falsafah adakah dia berkelayakan untuk memohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh,dan kena ambil İjazah Sarjana Muda Syariah selepas selesai degree usuluddin ,kemudian DSLP /DAİJ kemudian kalau nak LLBS sekali,selesaikan DSLP/DAİJ + degree LLB .

      Delete
  63. Syariah dan undang² di usim diiktiraf tak untuk jadi peguam syarie

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.sinarharian.com.my/article/92807/KOLUMNIS/Rayuan-iktiraf-lulusan-USIM
      Dalam proses ..nanti awak boleh google lagi,ada yang terbaru

      Delete
  64. good sharing ..menarik perkongsian..ilmu yg brguna..tq.btw..jika da adik2 lepasan spm yg berminat dgn bidg pendidikan awal kanak kanak kan..bole brhubung dgn sis dkt emel vivadivasue@yahoo.com/wsp 011-16930576 sis bole explain ckit psl bidg tu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih tak diiktiraf,awak boleh try google dulu ☺️
      https://www.sinarharian.com.my/article/92807/KOLUMNIS/Rayuan-iktiraf-lulusan-USIM

      Delete
  65. Assalammualaikum wbt.klu lepasan uni al azhar mesir bidang syariah islamiah, perlu smbung ke mana ye utk nk jd peguam syarie?sy negeri johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Universiti mana2 pun yang ada kos syariah wal qanun/undang @ syariah sahaja .kemudian transfer kredit, lepas tu dah selesai nanti ambik DSLP syariah pula. Kalau nak Law+Syariah boleh try apply UM UİAM atau tempat yang diiktiraf MQB & MQA dan kalau nak buat LLB+LLBS juga boleh cari universiti yang ada program LLB ,maksudnya kena buat dua kali degree(double degree)

      Delete
  66. kalau saya pelajar SMA, sewaktu tingkatan 4, saya perlu ambil aliran apa untuk menjadai peguam syarie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari aliran yang ada subjek
      PSİ
      PQS
      BA
      TSW
      Sej

      Delete
  67. Artikel ditulis tahun 2012
    Sekarang dah 2020.
    Adakah ada perubahan? atau semua yang dibincangkan masih di takuk yang sama?

    Bertanya kerana curious.

    ReplyDelete
  68. Asslammualaikum tuan, saya nak mintak pendapat ,
    sekiranya dari ijazah pendidikan & major syariah , layak ke untuk amik DSLP ataupun chambering

    ReplyDelete
  69. Assalammualaikum,saya nj still murid sekolah menengah dan saya sangat berminat nak ambil law ni(sivil+syariah).....nk tanya kelulusan dia bahasa arab apa?
    Sbb saya ambil (lam)(usul)(syariah)
    Boleh ke kalau nak jadi lawyer ni boleh ke?

    ReplyDelete
  70. assalam,saya ingin brtnya..kalau tkde ambil bhsa arab smsa spm dan stpm boleh ke apply peguam syariah?dan satu lagi,lepasan stpm boleh apply peguam syariah di universiti mana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets