Pages

Sorotan Seminggu

Di England, Fabio Capello meletakkan jawatan sebagai pengurus England, satu tindakan bijak kerana dia tahu bahawa dia takkan dapat menang Euro dengan team macam tu. Selepas ini England akan menang Euro dengan English manager, dan seterusnya menang world cup dengan english manager juga.

Gelanggang-gelanggang futsal menjadi lengang pada hujung minggu, kerana aktiviti mingguan rakyat malaysia ini telah bertembung dengan satu perlawanan bola sepak inggeris, dibawakan oleh astro.

Dalam perkembangan lain, masyarakat di England dan juga di Malaysia terus bertelagah dalam hal Suarez dan Evra. Bayangkan, si A menghina si B, kemudian semua orang kutuk si B, dan semua salah ialah salah B, apa lagi perkataan selain bodoh?

Sementara itu, harapan Arsenal untuk menjadi kelab pertama menjuarai Piala Afrika berkecai apabila tewas dalam sepakan penalti kepada Zambia. Mungkin akibat keletihan kerana Arsenal ialah satu-satunya kelab yang bertading dalam 5 kejohanan musim ini, iaitu EPL, FA Cup, League Cup, ECL dan juga Piala Afrika.

Kembali ke negara bekas sebahagian empayar british, negeri sembilan tewas kepada singapura, alasan yang digunakan mungkin keadaan padang sintetik yang amat ganjil bagi bolasepak malaysia. Alasan ini dianggap alasan yang selamat, dan semua kelab akan menggunakan alasan ini, hatta Harimau muda yang sebelum ini berlatih di padang sintetik MSN.

(Bila padang bola macam sawah padi dia marah, bila padang bola cantik dia bagi alasan tak biasa pulak, gi main bola dalam longkang la kalau macam tu).

1 comment:

  1. "A hina B, kemudian kutok B"..adakah sebabnya dia black?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets