Pages

Menyokong Earth Hour

Ini adalah tanda sokongan saya terhadap gerakan Earth Hour. Oleh yang demikian, bagi menyahut cabaran ini, saya akan turut sama bergelap selama sejam dari 8.30 mlm sehingga 9.30 malam hari yang sama.

Di bawah ialah keadaan sebelum 8.30 malam.


Manakala di bawah ini pula ialah keadaan semasa Earth Hour.



Akhirnya saya berjaya, haha

"salahguna" title

dalam dunia ni, pangkat begitu penting bagi sesetengah orang..dan sesetengah orang ini merasakan pangkat boleh "dibeli"

pangkat akademik misalnya, ramai yang teringin nak membeli, takde phd, nak di'phd'kan jugak menerusi ijazah doktor kehormat, kemudian dengan muka tak malunya kat depan nama bubuh "dr", padahal honorary je (yang sebetulnya ialah kena bubuh nama macam ni - misalnya - dato' (dr) hadi)

kemudian pangkat dato' pun, tak dapat dato' asli, dato' sulu dan dato' entah dari kesultanan mana pun jadilah asalkan bergelar dato'..dengan penuh muka tak malunya..dato' beli tak termasuk ye, hehe

kita jugak ada profesor yang bukan profesor sekarang ni..sedangkan dr yang bukan berpangkat profesor lagi pun tak dipanggil profesor (biasanya penolong profesor), alih-alih ada manusia yang kemaruk nak dipanggil profesor walaupun dia bukanlah profesor penuh..yang peliknya ada universiti swasta yang menjual profesor dan si polan si polan itu bergelar profesor walaupun dr takde, kertas kajian takde, apa pun takde..ada jugak kecenderungan universiti sekarang yang menganugerahkan jawatan profesor adjung, ni kalau nak pakai takpelah tapi make surela orang tu dipanggil profesor adjung bukannya prof..kekeliruan sebegini memang tak sepatutnya berlakulah

Drama Radio Episod 1 - Orang Ketiga

Di antara perkara-perkara yang unik pada siaran radio adalah drama radio. Ia memberi suasana yang bolehlah dalam bahasa yang senangnya dikatakan klasik dan mempunyai nilai seni yang begitu indah dan bermutu. Drama-drama yang diterbitkan adalah pantulan corak hidup masyarakat semasa itu yang dipindahkan ke dalam bentuk perbualan, dengan sedikit muzik latar. Drama radio memang amat popular satu ketika dulu di kala masyarakat hanya mempunyai RTM sebagai media rasmi. Maka atas dasar itu, saya berasa terpanggil untuk mengarahkan beberapa buah drama radio untuk tatapan pembaca budiman. Drama radio amat sesuai didengar pada waktu tengah hari dari jam 12.30 hingga 4.00 petang.

Untuk drama yang pertama ini, saya namakan dengan "Orang Ketiga", menggambarkan satu watak dalam masyarakat yang sentiasa mahu lebih hebat dan kehadapan berbanding orang lain, walaupun kehebatan yang dimaksudkan pada dasarnya bukanlah miliknya. Saya berharap dengan adanya usaha murni seperti ini akan dapat menyemarakkan lagi penghayatan seni di tanah air kita ini, heh.


*************************************


Watak:

Ali Daud, 40 tahun
Mohd Khairil, 43 tahun
Baderus, 61 tahun

Ali Daud dan Mohd Khairil adalah kenalan.

Latar:

Bank, sambil menunggu giliran. Ali Daud berbual dengan Mohd Khairil, di depan mereka berdua ialah Baderus.


Ali Daud: Anak kau SPM baru ni dapat berapa?

Mohd Khairil: Sikit je tak banyak, ada la 3A. Anak kau pula macam mana?

Ali Daud: Oh, anak aku ok sikit la, dapat juga 5A. Ni taktau la nak minta dekat mana pula. Ingatkan nak hantar UITM.

Mohd Khairil: Aku taktau la nak hantar mana lagi budak tu.

Baderus: (menyampuk) Ah, anak jiran saya dapat 8A, (dan dia terus bangun keluar dari bank).

Ali Daud dan Mohd Khairil terkejut, hanya menelan air liur, sambil memandang sesama sendiri.


****************************

Mentaliti Melayu - Kubah & Menara Masjid

Bidang kerja aku sikit sebanyak ada melibatkan urusan permohonan pihak-pihak tertentu yang memohon sumbangan bagi membina kompleks tahfiz, masjid dan sebagainya. Apa yang kadang-kadang membuatkan aku geram ialah, projek nak buat sekolah tahfiz, tapi application yang sampai kat meja aku ialah permohonan sumbangan duit zakat untuk bina kubah masjid berjumlah sekian-sekian ribu. Kompleks tahfiz tu, pelajar pun takde lagi, alih-alih nak mintak duit zakat untuk bina kubah masjid?

Ini cuma satu contoh daripada puluhan atau mungkin ratusan 'kecacatan' minda orang Melayu apabila berdepan dengan tuntutan Islam. Islam tu mestilah Arab, Islam tu mestilah berjubah, tambah lagi, Islam tu mesti Maulid Nabi, Islam tu masjid mesti ada kubah & menara masjid.

Inilah pemahaman Islam yang cedera.

Kadang-kadang aku perhatikan, kos kubah/menara masjid tu saja dah merangkumi kos 1/3 masjid. Maknanya, 3 bijik kubah tu dah boleh buat sebijik masjid atau surau yang selesa. Masalah orang Melayu kita ialah dek kerana nak mempertahankan kekubahan tu, sampai masjid tertangguh sekian lama. Lainlah kalau masjid tu dana kerajaan, kau nak berlebih sikit takpelah. Ini nama pun masjid atau surau hasil derma infaq orang ramai, jadi nak bermewah pun agak-agaklah.

Aku boleh kata kubah & menara masjid ini bukan lagi keperluan tapi kemewahan. Kalau masjid tu 2 tingkat saja tapi ada kubah & menara, kalau dibatalkan adanya kubah & menara, kita boleh tambah lagi 1 tingkat masjid menjadikan masjid tu menjadi 3 tingkat.

Cuba tiru perkembangan masjid-masjid di Singapura. Memang tahun 70'an & 80'an, masjid-masjid di Singapura mesti kena ada kubah potong bawang. Tapi menjejak era 90'an, kubah & menara tidak lagi signifikan kerana pengisiannya ada lebih penting. Makanya masjid era 90'an dan alaf baru mempunyai identiti ringkas yang menonjolkannya sebagai masjid, cukup sekadar menara kecil (macam tiang) yang ada simbol bulan bintang - rasanya tak sampai RM10,000 pun kos nak buat benda ni. Dan masjid era moden di Singapura lebih padat, lebih banyak penggunaan, buat sampai empat, lima tingkat.

Di Malaysia pun sepatutnya begitu. Memanglah tanah kat Malaysia ni banyak lagi, tapi sampai satu ketika, kawasan akan jadi padat jugak. Sebab tu lah kat Kuala Lumpur, masjid-masjid baru semuanya dibina 3 tingkat (Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Masjid Usamah bin Zaid, Masjid al-Ikhlas Kerinchi, Masjid al-Hidayah Sentul - sekadar contoh). Tapi banyak masjid lain di KL yang tak dapat nak direnovate sebab dibina 1 tingkat & tanah tak cukup, akhirnya terpaksa dibina masjid baru di tempat lain.

Sesungguhnya ketahuilah wahai bani Melayu, sudah banyak pembaziran dilakukan atas nama pembinaan masjid. Di Terengganu misalnya, yang mendapat jolokan negeri paling banyak masjid, kalau kita travel di kampung-kampung pedalaman pun, kita terkejut sebab masjid bukan main gah dengan kubah & menaranya, walhal jemaah masjid aku gerenti tak sampai 30 orang. Masjid besar-besar, pengisian takde, nak buat apa? Akhirnya kontraktor yang sapu, tender karpet, mozek, tar jalan, cat, dapat kat siapa?

Kubah & menara masjid bukanlah keutamaan, sebab Masjid Abu Bakar kat Johor Bahru pun takde kubah. Menara pun bukanlah keutamaan sebab takde jemaah masjid pun yang boleh solat dalam menara tu. Tapi aku perhatikan sudah ada masjid-masjid tertentu, misalnya Masjid Kampung Baru & Masjid Taman Sri Rampai, yang asalnya takde menara tapi dibina jugak menara dengan tujuan apa aku pun tak pasti, mungkin atas tuntutan syiar, sedangkan ada tempat lain di pedalaman yang masjid pun takde.

Insaflah bani Melayu, ketahuilah keutamaanmu.

Minta SEDEKAH/DERMA

Ini suatu tulisan hasil tangan Encik Zarep.

Minta sedekah/derma

Entri ni saudara Tamar Jeles, pernah ulas DI SINI, berdasarkan pengalaman dia sendiri, aku cuma nak menambah pasal kanak-kanak yang minta sedekah di kedai2 makan..

Bila tengok kanak-kanak yang datang minta sedekah,terfikir aku dari mana mereka ni datang? Memang mereka anak terbiar..? atau dipergunakan sindiket macam dalam cerita kat TV.

Bila ditanya, pandai pula mereka diam, macam di ajar sebegitu, teringin juga aku nak selidik siapa dibelakang mereka, dimana mereka tinggal, dari mana asal, duit sedekah tu siapa yang ambil.

Kalau betul kanak-kanak ni dipergunakan, senang cerita, rembat orang yang gunakan mereka, pastu campak ke dalam penjara, minta ar sedekah kat orang-orang dalam tu, tengok berapa ringgit ko boleh dapat.

Rakyat Malaysia sangat perihatin, asal orang datang je terus hulur duit, dan selagi sifat pemurah ini masih ada,selagi tu akan ada orang minta sedekah.

Bukan isu jangan bagi sedekah yang aku nak utarakan, tapi isu adakah duit sedekah tu digunakan mereka dengan betul, atau kanak-kanak ni sekadar dapat upah nasi lauk ayam goreng dan sebotol mineral untuk makan, lepas tu esok minta sedekah lagi, sampai bila mereka nak jadi macam tu..??

KES CULIK

Ini ada lagi satu penulisan sumbangan peguam jenayah terhangat di pasaran, Encik Zarep. Kalau akhbar the Star ada kolum Putik Lada, ruangan lawyer muda suarakan pendapat, tapi kami di suaraserak tak layan la putik-putik wa imma pucuk ni, kita kasik cili burung sama jalapeno skali. So, sila layannnn.... Entri ini berunsur pesanan dari seorang ayah kepada masyarakat umum. 

Untuk lihat entri lain sumbangan penulis tamu, sila ketik label "Penulis Tamu" di panel kanan blog ini.

Kes culik

Kenapa kasi mati anak aku..? ratapan seorang ibu yang kehilangan anak, dan bila dijumpai anak kesayangan dah mati dan lebih sadis DIBAKAR.. itu yang berlaku kepada adik nurul nadhirah, kes2 macam ni bukan yang baru, banyak berlaku..nurin jazlin, lee xin ru, wan hazim mohd khaidir, sharlinie…ni semua antara kanak2 yang hilang dan masih tak dapat dikesan..

Kemana kanak-kanak ni menghilang..? kena culik..? kena bunuh..? kena sorok bunian..? apa sekalipon sesuatu mesti dilakukan, setiap tahun beratus kanak-kanak atau remaja bawah umur hilang, tapi tak semua kes2 ni disiarkan diakhbar, yang menjadi kemusykilan kemana mereka..?kalau diculik tiada sebarang duit tebusan diminta,kalo dibunuh sekalipun,mana mayat mereka..?sekurang-kurangnya ada kubur untuk diziarah..

Aku tak dapat bayangkan nasib anak-anak kecil camni,mereka diculik, dikurung entah dimana, ketakutan,menangis mahukan ibu dan ayah, entah diberi makan atau tidak..? bayangkan kalau mereka dipukul atau didera secara seksual, nauzubillah…

Yang pasti manusia yang menculik mereka,membunuh,mendera atau memisahkan mereka dari keluarga adalah manusia paling celaka dan sepatutnya dibelasah sampai mati. Bagaimana lagi kita sebagai rakyat Malaysia nak membanteras kejadian sebegini…??

Aku dapat rasakan kesedihan ibu dan ayah bila kehilangan anak mereka, aku sendiri pon rindu kt anak aku bila aku bekerja,padehal petang nanti jumpa kat rumah, yang paling aku sedih sekali,aku membayangkan bagaimana keadaan mereka semasa diculik dan dikurung oleh si penculik sampai polis tak dapat kesan mereka bertahun2..

Aku berharap sangat mana-mana penjenayah atau si penculik yang dapat ditangkap, diletakkan di kawasan terbuka supaya aku dan orang ramai dapat merembat dan menerajang orang-orang camni sampai lunyai…

Apa pon aku berpesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, sentiasa memastikan keselamatan keluarga terutama anak2 kecil kita. Kalau mereka menangis bila kita marah2 (padehal marah sayang) bayangkan mereka diculik, diherdik, dipukul oleh orang lain yang memang berniat jahat ke atas mereka..

Tag: kepada semua penculik kt dalam Malaysia ni, korang semua memang celaka..!!!!!!!


adik nurul nadirah, dirang, culik kanak-kanak, bakar, jenayah

I LOVE YOU…… MAK…


Pernah tak korang tengok cerita The Time Travellers’ Wife (“TTTW” – sebuah adaptasi dari novel berjudul sama tulisan Audrey Niffenegger). Kalau pernah, ingat tak ada 1 babak watak utama tersebut kembali merentas masa dan bertemu (secara kebetulan) dengan ibunya yang sudah meninggal dunia. Cerita ni berkisarkan kisah seorang pemuda (lakonan Eric Bana (hero filem Hulk)) yang ada kebolehan merentas masa, tapi masalahnya dia tak boleh kawal bila dan di mana dia akan merentas masa. Thing happens randomly. Cerita bermula dengan babak si ibu dan pemuda ni masa dia kecil naik kereta dan berlaku kemalangan. Kebetulan, ketika impak berlaku, pemuda ni hilang dari tempat kejadian merentas waktu dan kembali semula hanya untuk menyaksikan kereta ibunya dilanggar lori. Si ibu terkorban.

Tujuan penulisan bukan nak buat review Tentang TTTW, tapi lebih fokus pada babak si anak tadi bertemu dengan ibunya. Kesannya sangat2 mendalam pada aku. Siapa yang dah tengok tapi tak ingat atau tak pernah/belum lagi tengok, ini apa yg terjadi dlm babak tu:

Si anak ternampak ibunya dalam tren (ekpresi wajah yg gembira) lalu menyapa ibunya sambil memperkenalkan diri. Sudah tentu si ibu tak kenal anaknya yang sudah dewasa itu.

Anak: Excuse me. Are you Annete DeTamble.

Ibu: Yes.

Anak: I love you.

Ibu: Hmm… ???

Anak: I mean your work. Your singing. You have a great voice.

Ibu: Thank you. I appreciate that. People don’t usually recognize me. Not on the subway, anyway.

Anak: My name’s Henry.

Ibu: How funny. I have a son named Henry. But he’s just 3.

Anak: I’ve met a girl. And since I’ve been with her, I feel safe. I haven’t felt that way for a long time. Not since I was kid. I wish she could hear you sing.

Aku dapat rasa yg skrip ni menunjukkan si anak rasa selamat masa dgn ibunya masa dia kecil dulu.

Ibu: Maybe she will one day.

Anak: I’m really glad I met you.

Ibu: I’m glad I met you too.

Si anak tersenyum.

Ibu: Make sure the girl knows how you feel about her.

Anak: Your son loves you very much.

Ibu: I know.

Bagi aku yang dah kehilangan mak, aku amat terkesan dengan babak ni, dan secara jujurnya, automatik aku jaid sebak bila tgk babak ni, bergenang air mata. Mak meninggal masa aku 2nd year. Aku sangat2 berharap masa ni aku masih lagi boleh berbakti pada Mak dan menyatakan yang aku sangat2 sayang Mak.

Dikesempatan ni, aku nak sarankan hargailah apa yang kita ada, terutamanya keluarga. Selalunya, yang dah tak ada tu la yg kita akan cari, kita rindu. Apa yangg kita blh buat? Dalam kes aku, aku doa arwah Mak dirahmati dan sejahtera disana.

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakan kepadanya” –­ Al Hadith

Tentang CINTA, KASIH dan SAYANG

Semua orang ingin dicintai, dikasihi dan disayangi. Dan pastinya mereka perlu terlebih dahulu mencintai, mengasihi dan menyayangi.

Aku tak lepas dari perasaan itu. Walaupun muka legend, tapi dalam hati ada taman bunga yang dihiasi rerama bebas terbang udara nan segar.

Dan dalam proses mencintai, mengasihi dan menyayangi serta dicintai, dikasihi dan disayangi, ada kala timbul cemburu, marah dan  sedih.  

Jadi aku tujukan bait-bait lagu Lestari untuk dikau yang aku cintai, sayangi dan kasihi;

Ketawa dan airmata 
Itu sebenarnya cinta 
Kalau kau sedih pasti ku rasa 
Begitu sebaliknya

Sekian.

ikhlas bukan kena percuma

baru-baru ni aku terbaca sebuah status oleh seorang pendakwah di facebook..pendakwah ni pensyarah yang tinggal di madinah, bekas profesor di uitm..kalau aku bagitau info mengenai dia ni pun, aku rasa ramai dah boleh agak siapa dia

isunya mudah dalam status tu..dia marah-marah sebab ada satu travel agency ni telah 'menggunakan' nama dia untuk tujuan perniagaan..alkisahnya travel agency ni buat pakej umrah bimbingan seorang tokoh yang terkenal dan dalam iklan umrah ni ada diletak gambar pendakwah di atas ni dengan caption "penampilan istimewa: xxx"

yang menyebabkan pendakwah ini melenting ialah apabila iklan tu ada gambar dia, seolah-olahnya dia "dibayar" untuk penampilan dia memberi ceramah di madinah nanti..dan dia melenting dengan bahasa yang bagi aku cukup kasar, tak sepadan dengan status dia.."kurang ajar" antara bahasa yang digunakan

sebagai orang biasa yang tau nama dia gitu-gitu je aku cukup pelik kenapa dia sangat marah dengan iklan tu..rupa-rupanya barulah aku tau apa sebabnya..dia sangat marah sebab selama ni dia potraykan diri dia sebagai penceramah "percuma" yang tak mau dibayar sesen pun - hingga menyebabkan orang yang dah familiar dengan penulisan dia mungkin tertanya-tanya sesudah melihat iklan itu - "eh, sejak bila pulak dia buat bisnes bagi ceramah untuk peserta umrah?"

tapi bagi aku yang tak kenal dia sangat, sekali lalu aku baca iklan tu aku langsung tak heran sebab kalau betul dia dapat komisen pun apa salahnya?

'kesilapan' yang aku rasa berlaku di sini ialah imej penceramah percuma yang telah mendatangkan kesan negatif, bukan kepada dia, tapi kepada penceramah lain..dengan imej penceramah percuma, orang awam yang jahil akan membandingkan dia dengan penceramah agama lain (para ustaz dan ustazah) yang berceramah di masjid, surau, televisyen dan radio "eh, si polan ni berceramah tak bayar satu sen pun, kenapa ustaz / ustazah lain nak mintak bayaran?" lebih tragis lagi pernah sekali aku terbaca komen di blog seorang ustaz yang ada training company, yang dibanding-banding dengan pendakwah di atas tu - apabila ustaz yang ada training company ni menceritakan cabaran menguruskan syarikat latihan yang kebanyakannya berkisar mengenai masalah lambat dapat payment sedangkan kos overhead bulan ke bulan terpaksa ditanggung olehnya..polemik yang dicetuskan seolah-olah ingin melaga-lagakan ustaz ni dengan pendakwah di atas - kerana apa, kerana pendakwah ni berceramah dengan percuma manakala ustaz ni 'berbayar'

salah faham ini timbul kerana ada pihak yang menyangka, asalakan kerja agama je, mesti kena ikhlas dan ikhlas tu maknanya mesti percuma..ini adalah fahaman yang sangat salah kerana ustaz-ustazah yang mengajar kita al-quran, tauhid, aqidah, fiqah, semuanya dibayar gaji - adakah mereka ini tidak ikhlas?

walhal para ulama' mujtahid, bermula dari zaman saidina uthman bin affan telah memfatwakan harus para pegawai yang kerja berkaitan dengan urusan agama kerja makan gaji dengan kerajaan asalkan gaji tu bukan penyebab dia menyembunyikan kebenaran..logik akal pun kalau semuanya percuma, tak bergeraklah dunia ni..

disebabkan kes iklan di atas tu, aku sudah hilang respek dengan pendakwah tu..dalam status dia aku ada memberi teguran, berbaik sangka sudahlah, mungkin berlaku miscommunication (yang terbukti benar - dan kemudian travel agency memohon maaf secara terbuka di facebook) - dan komen aku direply dengan "saya sudah lama memaafkan mereka", tapi bila aku check blog dia, kalimah "kurang ajar" itu masih ada tetapi dipotong (tapi perkataan itu masih boleh dibaca)..aku tertanya-tanya, sungguhkah maaf kalau begitu sebab nampak dendamnya masih ada..dia jugak meluahkan perasaan yang nama dia telah disalahguna kononnya dia jual buku menerusi internet dan walhal alamat emel tu bukan alamat dia pun - sesuatu yang aku rasa takde kaitan dengan isu asal pun

yang aku kesalkan ialah reaksi para juhala' yang demi nak backing pendakwah ni sanggup bagi komen bodoh macam "inilah travel agency, buat agama untuk berniaga" - kalau tak nak bayar kat travel agency untuk pergi umrah, cari tiket sendiri, buat visa sendiri, cari hotel sendiri la deyyyy!!!

ternyata masih ramai yang salah faham, asalkan apa saja berkaitan agama, mesti percuma, baru ikhlas..kalau berbayar tu maknanya menjual agama..mereka terkeliru dengan golongan yang benar-benar menjual agama untuk kepentingan dunia dengan orang yang memperoleh bayaran kerana memberi perkhidmatan (service) untuk tujuan agama (ajar ilmu agama, buat syarikat buku islamik, training school, travel agency umrah / haji)

kerana terlalu idealistik dan konon nak ikut sunnah nabi, ramai yang terlupa bahawa pendakwah sepenuh masa juga perlu makan dan minum..dan bagaimanakah keadaan pendakwah di atas itu kalau jawatan akademiknya dilucutkan atau sumber pendapatannya disekat, adakah dia masih boleh berceramah secara percuma lagi?

sebab itulah tak perlu nak canang "saya da'ie yang tak minta bayaran" - imam ahmad bin hanbal pun lepas ceramah orang bayar beruncang-uncang emas, dia terima..adakah kita lebih hebat daripada imam ahmad? kalau sungguh tak nak, bagitau kat orang yang menjemput tu secara peribadi..sebab tindakan menolak honorarium secara terbuka itu boleh memberi impak yang buruk kepada institusi dakwah secara keseluruhannya..

yang pelik tu, doktor pakar mata caj ribu-riban cakap pasal motivasi ko tak cakap ape lak (dan tindakan ini tak salah pun), tapi kenapa ustaz berceramah, tiba-tiba soal ustaz kejar dunia pulak timbul?

Destinasi Impian: KL - London - KL

Akhirnya, setelah dua minggu berada di kota London, Jay tiba semula ke Kuala Lumpur. Dia ke sana atas urusan kerja. Impian jadi kenyataan. Belum pernah Jay ke Eropah. Sebelum ini Jay hanya mampu melancong ke Pulau Pangkor, Sungai Lembing, Langkawi dan paling jauh pun Padang Besar. Nama penuh Jay dalam kad pengenalan ialah Jamhari Taat, anak jati Kampung Pisang, Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Beliau bertugas sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat awam berkaitan hartanah. Rambut beliau terpacak, hasil semburan dan gel.

***

"Panasnya KL, tak macam London", getus hati Jay sebaik sahaja tiba di Seksyen 1 Wangsa Maju, tempat Jay bermastautin. Jam pukul 5 .45 petang, masa kanak-kanak bermain. terjerit-jerit, terlompat-lompat. "Apahal dorang mcm ni, cakap tak senonoh, tak macam kanak-kanak di kota London, cakap omputeh", baran hati Jay lagi.

***

Hari ini hari Selasa. Hari pertama kembali ke pejabat setelah lama di kota London. Jay seperti biasa, bersiap sedia dengan memakai kemeja ketat, seluar sendat. Jay lapar, mahu sarapan. Selalunya jay makan nasi lemak, tak pun bihun goreng. Sekali-sekala Jay beli kuih gelang. Tapi hari ini Jay rasa urban. "Pagi ni aku nak makan cheese sandwich dengan cappuchino". Maka Jay terhegeh-hegeh ke Starbucks.   

***

Jay sudah sampai ke pejabat. Hati berkobar-kobar nak cerita pada rakan-rakan pengalaman di London. Dengan riak dan takabbur, Jay bermula "Aku buat kerja 7 hari je, yg lain aku enjoy".

"Wah, untung kau Jay", ujar Leha, wanita berumur 30 tahun rambut perang, kuku berkilat bajunya sendat.

"Habis 1 London aku pusing, naik bas double decker. Fuhhh, aku takkan lupa sampai bila-bila"

"La, takkan naik double decker pun ko dah bangga? KL ada Hop-On Hop-Off kot, ko penah naik tak??", celah Herman, despatch pejabat.

"Tu lain bro, kat KL panas, London sejuk je. Lagi pun London kot, kat KL ada ape je. Kecoh la ko, ko g merempit pusing KL dgn kapcai sudahhhh." Jay senyum sinis. Herman terus blah malas layan mamat poyo.
Gambar Hiasan

***

Waktu makan tengahari, Jay dan rakan-rakan ke food court. Jay makan spaghetti carbonara. Hatinya kurang senang bila lihat Samsul makan nasi berkuah kari, dan ikan keli bakar. "Ko ni makan pakai tangan, comot la, takde kelasss", sindir Jay. Samsul terus melahap. Jay menjuih bibir. "Tengok aku, makan spaghetti, pakai garfu, baru maju. Kat London kalau ko makan kari-kari dengan tangan ni kena gelak je. Orang makan spaghetti". Samsul kurang senang, lalu balas, "Ko ni lahir kat mana? Bawah London Bridge ke?? Ko tahu tak spaghetti tu asalnya dari Itali???". Jay senyap, terus suap. 


***

Jam menunjukkan pukul 5.45 petang. Jay sudah cukup dengan kerjanya pada hari ini, masa untuk pulang. Harap bos suka dengan kerja yang aku buat, kalau performance bagus, untung-untung ada projek boleh ke London lagi. Jay berkobar-kobar simpan duit kalau-kalau terpilih lagi untuk ke kota London. Kalau boleh dan ada bujet lebih boleh beli tiket tengok Liverpool vs. Cheltenham dalam Piala Liga. Jay tersenyum. Hatinya berbunga-bunga.

*** Tamat ***

NFCorp: Persoalan dan Isu Berbangkit (Bahagian III)

Datuk Shahrizat Abdul Jalil akhirnya letak jawatan menteri, tapi itu sekadar akademik, kebetulan tempoh lantikan beliau sebagai senator berakhir April ini. Tapi itu juga merupakan langkah berjaga-jaga dan damage control dari kerajaan. Ada yang memuji, banyak juga yang mengeji. Apa pun, Shahrizat kini bukan lagi menteri kabinet dan tidak lagi menjawab kepada barisan menteri yang lain lebih-lebih lagi Perdana Menteri berkaitan hal perihal skandal NFCorp. Dilihat dari sudut yang lain, Sharizat kekal menerajui Wanita UMNO, dan isu NFC berkemungkinan besar menjadi medan pusara karier politik beliau. Winnable candidate anyone?

Manakala suami beliau, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail didakwa atas 4 pertuduhan, 2 di bawah Kanun Keseksaan atas pecah amanah (criminal breach of trust aka CBT) di bawah Seksyen 409, 2 lagi kerana melanggar Seksyen 132(2) Akta Syarikat. Beliau mengaku tidak bersalah untuk kesemua pertuduhan.

Aku dah ulas sikit-sikitr pasal CBT di SINI. Tapi untuk recap dan kaitkan dengan fakta pertuduhan, Mohamad Salleh ni dituduh mengguna dana NFCorp bagi membiayai separuh dari harga pembelian unit kondominium oleh sebuah syarikat lain (National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd) yang kebetulan dimiliki oleh Mohamad Salleh sendiri dan anak beliau. Aku guna kebetulan sebab bagi la benefit of doubt pada Mohamad Salleh. Innocent until proven guilty. Hukuman yang diperuntukkan ialah penjara minimum 2 tahun dan maksimum 20 tahun beserta sebatan serta denda.   

Bagi pertuduhan di bawah Akta Syarikat, intipatinya menjurus kepada salah laku pengarah, di mana tanpa mengadakan mesyuarat agung, pengarah (iaitu Mohamad Salleh) telah guna harta syarikat dan secara langsung atau secara tidak langsung telah memperoleh perolehan atau hasil atau manfaat kepada diri sendir atau kepada orang lain. Sebenarnya Seksyen 132(2) ada beberapa limb lain, contohnya bukan setakat guna harta, malahan kalau guna maklumat syarikat atau pengarah buka perniagaan yang rival dengan syarikat pun boleh jadi satu kesalahan. Ni kalau sesiapa yang mengaji law mesti ingat, duty of director to avoid conflict of interest. Kesalahan ini jika disabitkan boleh membawa penjara 5 tahun atau denda sebanyak RM30,000.

Bahasa mudahnya, dia kena dakwa sebab guna duit NFCorp untuk biaya syarikat milik sendiri untuk beli kondo. Sepatutnya kalau syarikat tu nak beli kondo, pakai la dana sendiri. Sebenarnya skandal NFCorp ni berselirat juga, sebab melibatkan syarikat lain, sebab tu orang ramai tak puas hati. Macam unfair enrichment pun ada. Tujuan NFCorp lain, tapi dikatakan keluarga Mohamad Salleh buat perniagaan lain ambil tempias dan kemudahan NFCorp (F&B, restoran melalui Real Food Company Sdn Bhd) dan guna dana NFCorp untuk buat pelaburan hartanah. Nanti kalau aku rajin aku buat carta organisasi. 

Dan aku juga tak sabar dengan hasil audit yang diarahkan oleh kerajaan, adakah menyeluruh ke akar umbi sampai ke syarikat lain yang dimiliki atau syarikat yang associated dengan Mohamad Salleh. Untuk audit ni bagi aku, patutnya dah siap. Lama-lama peram buat apa. Kalau legal firm buat audit untuk acquisition tempoh masa selalunya dalam 2 minggu ke sebulan. 

Nak komen lebih-lebih nanti dikatakan aku subjudis dan prejudis, jadi kita lihat apa perkembangan seterusnya.


tags: skandal NFC, Shahrizat Jalil letak jawatan, Mohamad Salleh didakwa
      

Sistem kesihatan Malaysia yang dot dot dot

Ini kisah benar yang direkodkan pagi tadi. Kisah ini sebenarnya telah dinaqalkan oleh mak aku sendiri tak berapa lama dulu. Tapi sebab ianya telah berlaku kepada isteri aku sendiri, maka aku suka nak berkongsi dengan pembaca blog yang makmur ini.

Ceritanya berkisar mengenai keadaan pasca isteri aku bersalin. Biasalah, lepas tiga, empat hari bersalin, dia dibenarkan balik bersama dengan baby. Di kampung-kampung, lazimnya klinik Desa yang diselenggarakan oleh Kementerian Kesihatan menyediakan khidmat jururawat bergerak yakni jururawat akan datang ke rumah orang-orang kampung untuk memantau perkembangan kesihatan ibu yang berpantang & jugak bayinya.

Rumah mentua aku terletak di persekitaran 'kampung' jugak sebab hakikatnya ianya dekat sangat dengan Hospital Orang Asli. Klinik Desa terletak di Batu 8 Jalan Gombak & rumah mentua (apartmen UIA) terletak di Batu 10 1/2. Jadi pagi tadi mak mentua aku telah mendaftarkan nama isteri aku supaya jururawat boleh datang singgah tengok-tengokkan isteri aku. Benda-benda basiclah yang dia check, tekanan darah, itu ini. Kemudian segala suntikan imunisasi untuk bayi boleh didapati secara percuma di klinik desa atau hospital kerajaan.

Makanya petang tadi jururawat seramai 2 orang tu pun datanglah ke rumah mentua aku. "Jajahan takluk" klinik Desa ni tak silap aku merangkumi wilayah Batu 7 sampailah ke Batu beberapa belas (aku pun tak tau sampai batu berapa), termasuk Sungai Pusu, Desa Gemilang & kawasan sekitarnya. Maknanya kepadatan penduduk taklah tinggi pun.

Apabila isteri aku tanya jururawat tu, macam mana dengan suntikan imunisasi untuk anak aku, terus-terang jururawat tu kata, kalau berkemampuan, pergilah ke klinik atau hospital swasta (dia tau isteri aku bersalin kat Hospital Pusrawi). Sebab menurut katanya, purata satu hari, 40 orang, diulangi EMPAT PULUH orang beratur untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk suntikan imunisasi di klinik Desa itu dan ibu serta bayi kena datang SEBELUM pukul 7 pagi untuk dapatkan suntikan tu, kalau tidak, berjam-jamlah kena tunggu dalam klinik tu, membawak sampai ke tengahari - dan hanya 2 jururawat itu sahaja (orang yang sama) yang akan menguruskan hal ehwal 40 orang tu tu. Maknanya sesi pagi ialah urusan suntikan, check ibu mengandung, etc. manakala petang 2 jururawat ni akan tawaf dari Batu 7 sampailah ke Batu beberapa belas tu untuk menziarah rumah ke rumah pulak.

Aku semacam terkedu, ramai sangatkah orang kat area Batu 7 ke atas ni sampaikan 40 orang beratur untuk dapatkan suntikan imunisasi, pemeriksaan kesihatan ibu mengandung, etc di hari bekerja?

Lalu aku teringat apa yang dinaqalkan oleh ibu aku yang jugak merupakan jururawat terlatih kebidanan yang mengatakan di negara kita ni, kemudahan kesihatan rakyat Malaysia sudah habis "disapu" oleh pendatang asing - dengan izin mahu pun tanpa izin. Memang tak dinafikan pun di kawasan rumah mentua aku ni, koloni seberang berdiri dengan gagahnya - orang Aceh, orang Jawa, orang Boyan, dari segenap ceruk, ada. Malah ada yang bukak kedai makan sendiri, kedai gunting rambut sendiri & kedai runcit sendiri. Mereka inilah, yang tak mampu nak ke hospital swasta, bertindak "menyapu" hak rakyat Malaysia sehinggakan kita terpaksa beratur sekali bersesama dengan rakyat asing demi untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Dah kalau kita masuk klinik kerajaan pun, muka-muka yang menunggu dalam tu stok muka "kelapa sawit", kita pun dah rasa macam bukan kat negara sendiri.

Aku pasti mesti ada yang memikirkan, kalau dah nak selesa, pergilah ke hospital swasta, takyah beratur, layanan pun dapat cepat je. Tapi bagi aku, adakah hak yang basic pun terpaksa dicatu & kalau kau nak yang lebih selesa, pergi hospital kerajaan.

Aku teringat tatkala isteri aku pernah pitam masa mula-mula mengandung hari tu. Dia collapse sebelum masuk tidur, so pukul 11.30 malam, nak ke mana lagi kan? Terpaksalah ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Di sana, setelah beberapa jam menunggu, doktor mengesahkan yang isteri aku kekurangan air dan terpaksa ditahan di wad. Mula-mula dia dibawa ke general wad atau senang cerita wad kelas tigalah. Dalam wad ni lah segala jenis pesakit wanita ditempatkan dan keadaannya - maaf cakaplah, menyedihkan. Dengan jururawat yang melayan macam nak telan orang, layanannya seolah-olah isteri aku ni tak dialu-alukan langsung - seolahnya mata jururawat tu berkata "Yang kau sakit ni apahal?". Mak aku yang jururawat pun, yang ada sekali masa tu, rasa malu dengan tindakan jururawat kat situ. Sampai aku mengamuk jugaklah, "Apa kau ingat aku sengkek sangat ke nak masuk wad kelas tiga ni sampai ko kena layan bini aku acuh tak acuh macam tu?" Cepat-cepat aku cakap kat jururawat lain yang bertugas, yang baik sikitlah, dengan cukup tegas "Saya nak pindahkan isteri saya ke wad lain, wad kelas satu ke, kelas dua ke, asalkan bukan kat sini". Doktor yang check isteri aku kat situ pun, nampak sangat doktor HO, lagi muda dari aku pulak tu. Dah tu tanya soalan-soalan yang tak relevan langsung - dah berapa lama kahwin, bila kahwin - eh, ada kaitan ke dengan alahan bini aku?

Nasib baik ada wad kelas satu yang dua orang satu bilik. Dan malam tu jugak isteri aku dipindahkan ke situ. Satu malam tak mahal, dalam RM80 je (kalau private RM150). Bila isteri aku masuk situ, mak datuk layanannya, baiknya alahaiiiiii segala jururawat kat situ. Doktor dia pun ada kelaslah. Membuatkan aku terfikir, jururawat ni pun diletak ikut kelas jugak ke? Yang perangai hazabiah duduk kelas tiga, yang tertib terening duduk kelas satu.

Point aku di sini ialah, kenapa perlu perbezaan sebegitu? Sepatutnya yang membezakan kelas satu dengan kelas tiga ialah privasinya sahaja. Kelas satu tandas lagi dekat, kelas tiga tandas punyalah jauh. Kelas satu orang tak kacau, kelas tiga, siapa-siapa pun boleh kacau. Dari segi makan mungkin upgrade sikit. Tapi takkanlah dari segi layanan kesihatan pun ada kelas jugak?

Ambil satu contoh lagilah, bersalin. Masa tengah fikir-fikir tempat nak isteri aku nak bersalin dulu pun, aku pernah cakap kat mak aku, kot ye payah-payah sangat kan, bersalin kat HKL jelah, kita mintaklah wad kelas satu, mak aku pun dah familiar dengan hospital bersalin kat HKL tu. Tapi mak aku cakap, "kalau dapat pun 1st class, lepas 6 jam bersalin kalau takde complication dia dah suruh balik dah", pulak! Sebabnya, berderet lagi orang nak masuk wad 1st class tu. Aku terfikir macam, yarabbi, seteruk itukah hidup kat KL ni? Maknanya konsep "no money no talk" tu, sampai ke hal ehwal nak beranak pun applicable.

Ni kalau aku sebut benda-benda gini, mestilah ada yang kata kerajaan dah peruntukkan sekian-sekian juta untuk kesihatan rakyat secara percuma, siap subsidi lagi. Kadang-kadang aku rasa sedih, mestikah yang selesa tu kena swasta & kalau cap ayam tu mesti hak milik kerajaan?

Sebenarnya perkhidmatan kesihatan kerajaanlah yang terbaik, sebabnya kalau apa-apa kes pun kalau hospital swasta takleh handle, dia akan pass ke hospital kerajaan semula & banyak occasion aku perhati bila dah sampai ke hospital kerajaan, sakit tu berjaya disembuhkan akhirnya. Aku pun pernah pergi ke kelas Antenetal percuma yang dianjurkan oleh HKL & aku serta isteri sangat-sangat berpuas hati dengan pengisian yang diberikan oleh jururawat, ahli fisioterapi & doktor. Sampaikan aku terfikir, rugi pulak kalau hospital swasta buat kelas Antenetal macam ni, kena bayar RM100, RM200, yang RM300 pun ada, walhal apa yang diajar sama je. Kalau suruh aku bayar RM10 pun aku rasa rugi pergi kat hospital swasta. Ni relate semula dengan suntikan imunisasi kat atas tu lah, kalau nak free, kena beratur berjam-jam, berebut dengan warga asing, tapi kalau nak cepat, kenalah bayar.

Inilah sebahagian daripada kecanggungan sistem kesihatan di Malaysia. Nak baiki macam manalah agaknya, sebab kecanggungan ni pun wujud dalam sistem pelajaran, sistem pembinaan, sistem kewangan & apa sahaja sistemlah yang ada kat muka bumi Malaysia ni.

Surat terbuka buat Hana Wafirah binti Mohamed Hadi

Assalamualaikum Hana,

Ke hadapan anakanda Papa yang tersayang, semoga sihat sejahtera hendaknya di bawah peliharaan Allah. Papa pun tak pasti umur berapa yang Hana boleh baca surat ni, tapi kalau Hana belum boleh baca, orang lain boleh jugak baca, nama pun surat terbuka kan, keh keh.

Anakanda Hana,

Sewaktu Papa menyudahkan entri ni, Papa baru je lepas daftarkan kelahiran Hana kat Jabatan Pendaftaran Negara. Maka secara rasminya nama penuh Hana ialah Hana Wafirah binti Mohamed Hadi. Maksudnya nanti Papa bagitaulah, tapi insyaAllah maksud nama tu baik-baik je, sebagaimana yang Junjungan Besar kita Rasulullah saw suruh namakan anak dengan nama yang elok-elok.

Sebenarnya Papa taip entri ni bukan apa, takut nanti papa sendiri terlupa. Papa nak flashback semula apa yang berlaku sekitar kelahiran Hana supaya Hana tahu nanti, betapa besarnya pengorbanan Mama yang melahirkan Hana. Papa punya pengorbanan takdelah besar sangat, yelah Papa bukan jenis masuk lif tekan sendiri (peribahasa ni cikgu tak ajar kat sekolah), basically Papa bagi semangat dan motivasi kat Mama je. Inilah yang Papa nak ceritakan ni, Papa nak beritahu Hana apa yang Papa tengok dengan mata kepala Papa sendiri, benda yang Mama sendiri tak dapat tengok (obviously dia tak dapat tengok sebab dia tengah terbaring sakit nak meneran untuk keluarkan Hana).

Sebelum Papa bercerita lebih lanjut, Papa nak bagitau, kelahiran Hana ni satu keajaiban. Papa kata keajaiban sebab, Alhamdulillah, SEMUA perkara yang Papa dan Mama mintak, SEMUA Allah makbulkan. Mama nak bersalin normal dengan Dr. Habibah, dapat. Mama dan Hana sihat, dapat. Mama nak duduk bilik single, dapat. Bukan setakat bilik single, tapi dapat bilik paling hujung dan paling luas. In fact, beberapa minggu lepas Papa pernah sebut kat Mama (bukan permintaan pun ni), kalau Hana lahir hari Selasa memang cantik sebab Papa boleh straight away ambik paternity leave tiga hari (Rabu – Jumaat) dan sambung weekend – yang ini pun dapat!

Namun keajaiban yang utama ialah melihat Hana keluar dari perut Mama dengan mata kepala Papa sendiri. Takpe, yang ni Papa cerita kejap lagi.

Puteriku Hana,

Alkisahnya, Papa dan Mama datang ke Pusrawi macam biasa pagi Isnin, 6 Mac 2012 untuk check up dengan Dr. Habibah. Malam sebelumnya, Papa ada berseloroh dengan Mama, “entah-entah esok ni check up, terus admitted masuk wad”.

Dan masinlah mulut Papa ni. Pagi Isnin tu masa Dr. Habibah check rahim, Dr. Habibah kata rahim Mama dah bukak 3 cm. Suprisingly Mama tak rasa apa-apa pun. Ada sesetengah ibu tu baru bukak 1, 2 cm dah meraung, apatah lagi 3 cm. Papa ingat lagi masa tu, tangan Mama sejuk sangat lepas Dr. Habibah suruh masuk wad, cuaklah tu. Nurse pun buatlah CTG, jantung Hanaberdegup kencang, cuma contraction kurang. CTG ni fungsinya nak check denyutan jantung baby dan tahap contraction baby dalam perut ibu. Lebih kurang macam tu lah.

Walaupun takde tanda-tanda yang imminent untuk bersalin macam pecah air ketuban, Dr. Habibah tak berani nak discharge Mama sebab bila rahim dah bukak 3 cm, maknanya memang Hana dah on the way la tu. Mama bermalam di Pusrawi untuk standby. Bagi Papa pun, elok jugak macam ni, standby terus kat hospital. Selama ni Papa imagine tengah-tengah Papa buat kerja kat ofis tu, tiba-tiba Mama call dan suruh datang ke hospital, lepas tu Papa pun kelam-kabut sampai hospital dengan berpeluh-peluh (very the drama swasta la ni). Tapi bila dah standby kat hospital, maknanya kita dah familiar dengan environment hospital, takdelah cuak sangat. Kalau nak bersalin pun, dah memang kat hospital dah, takyah susah-payah nak datang semula hospital.

Waktu ni, Nanny (mak Papa la, sepupu-sepupu Hana panggil mak Papa ni Nanny, western la sangat) dan Mak (mak Mama, sepupu-sepupu Hana panggil Mak jugak, yang ni pelik jugak sebab tak panggil Tok stail orang Ganu) datang tengok kat hospital. Diorang pun cuak tapi sebab Mama tak rasa sakit lagi, so takdelah rasa cuak sangat. Jadi diorang pun balik rumah dulu malam tu, tunggu esok pulak apa nak jadi. Mama dan Papa bermalam di hospital Isnin malam tu, ambik feeling.

Keesokan harinya pagi Selasa, CTG scan sekali lagi dibuat. Contraction berlaku lebih kerap, tapi belum moderate lagi. Mama pun tak rasa sakit. Bab ni memang peliklah, orang lain pun naik hairan kenapa Mama langsung tak rasa sakit. Papa agak-agak jelah, masa mula-mula mengandungkan Hana dulu, Mama pernah kena alahan yang sangat teruk sampai terpaksa masuk hospital time bulan Ramadan. Masa tu nak minum seteguk air pun tak boleh sebab Mama mesti akan muntah semula. Lembik, longlai macam kain buruk. That was the most challenging part during the nine months journey, bak kata orang Jawa. Agaknya Allah ‘bayar’ penderitaan masa mula-mula mengandung tu dengan kemudahan waktu bersalin.

Dr. Habibah datang pukul 10.30 pagi, bagitau Hana dah engaged dan bersedia untuk keluar. Rahim Mama pun bukak 5 cm (again, Mama tak rasa apa-apa pun). So Dr. Habibah decide untuk pecahkan air ketuban – ini akan menyebabkan Hana rasa desperate untuk keluar, hehe.

Lepas air ketuban tu pecah, rahim dah bukak 6 cm, barulah Mama mula rasa contraction yang lebih dahsyat, dalam pukul 12 tengahari. Masa tu Papa dan Nanny memang rasa kesianlah sebab nampak Mama memang sakit sungguh. Punyalah kuat tangan Mama genggam tangan Papa masa contraction tu, rasanya boleh patah sebatang jari I tell you!

Dari pukul 12 sampai pukul 1.30 tengahari, itu waktu kritikal, pintu rahim dah bukak penuh, 10 cm. Papa tengok Mama makin tak keruan dah. Betullah masa tu memang ibu-ibu mengandung dah tak ingat apa melainkan sakit semata-mata. Masa pun rasa berlalu begitu cepat.

Sekonyong-konyong waktu azan Zohor berkumandang di Hospital Pusrawi, masa tu lah Mama dah mula struggle. Suffer, memang suffer Hana. Kalau Hana dah berkeluarga nanti (cewah futuristik pulak Papa), baru Hana faham. So bila dah Mama menderita sangat nak lahirkan Hana ni, bila dah keluar, Hana jadilah anak yang solehah, yang mendengar kata Mama dan Papa, taat dengan perintah agama. OK, khutbah ni biar dulu, akan bersambung semula sebentar lagi.

Sekali, dua kali, tiga kali meneran waktu contraction, Hana tak berapa nak keluar sangat. Tapi rambut Hana dah nampak, Papa pun dah nampak, tu yang teruja tu. So Papa pun bagilah semangat kat Mama, boleh lagi, boleh, dah nampak dah rambut Hana. Berkali-kali Mama teran waktu contraction, tak berapa nak keluar jugak. Papa lak sekejap tengok Mama, sekejap tengok bawah. Sekejap tengok atas, sekejap tengok bawah. Kalut, cemas, risau, bimbang, semua ada. Yang best tu waktu Mama meneran, entah macam mana Papa pun terautomatik ikut meneran. Tapi Papa meneran tak keluar apa-apa la. Terlampau feeling kot tengok Mama sakit meneran.

Nak kata punyalah berdebar masa tu, Papa dah risau kalau Hana tak keluar jugak, takut Dr. Habibah suruh belah perut Mama pulak, janganlah jadi macam tu. Ikhtiar, semua dah ikhtiar, air selusuh, air Yasin, air zam zam, zikir, solat hajat, semua dah buat. Tinggal Allah nak laksanakan atau tidak je apa yang kita pohon.

Sampailah satu ketika, sedetik sebelum Hana keluar tu, Mama teran lagi tapi baru nampak permukaan kepala Hana. Papa pandang semula Mama, bagi kata-kata semangat macam biasa. Papa pandang semula bawah, Mama teran, tapi sikit je. Tiba-tiba - bluaaaakkkkkkk, Hana keluar serta-merta. Selama ni Papa dengar baby ni keluar kepala dulu, lepas tu bahu, lepas tu baru keluar semuanya. Very the slow motion, very the ikut consequence. Tapi Hana tak, Hanakeluar dengan serentak dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Subhanallah, Allah jela yang tahu perasaan Papa bila tengok Hana keluar dengan sempurna anggota dan cukup sifat. Mama pun tak dapat tengok saat Hana keluar tu. Hampir serentak kami sebut Alhamdulillah bila Dr. Habibah sambut Hana dan masa tu lah, sedetik lebih lepas Hana keluar (tanak kalah dengan Anuar Zain), entah macam mana, secara semulajadi – Papa menangis teresak-esak.

Masa ni, Papa sendiri konfius, kenapa Papa menangis tak memasal. Walhal Mama, sampai sekarang , LANGSUNG TAK PERNAH MENANGIS. Kuatnya Mama kalau Hana nak tau. Masa meneran tu takde setitik pun air mata dia yang tumpah. Kalau Papa dah kena sakit macam tu, awal-awal lagi dah pengsan.

Kat sini Papa nak bagitau Hana, betapa besarnya kekuasaan Allah. Papa menangis kerana akur dengan kekuasaan Allah yang menunjukkan depan mata Papa, bagaimana Allah melakukan kerjaNya mengizinkan seorang bayi keluar dari perut ibunya. Manusia boleh ikhtiar macam-macam, tapi untuk mengeluarkan bayi dari perut ibu secara normal, hanya Allah sahaja yang boleh melakukanNya. Sombong apanya manusia, manusia yang tak reti apa, yang sekecik buah betik masak tu, Allah jaga dan Allah izinkan untuk membesar, tapi bila dah besar dan boleh berfikir, dia boleh lawan semula hukum Allah. Hana jangan jadi macam tu, ingatlah kebesaran Allah yang mengizinkan Hana untuk lahir kat muka bumi ni, taatlah perintah Allah.

Sedetik lebih lepas Hana keluar, sambil Papa menangis teresak-esak atas dahi Mama, Dr. Habibah letakkan Hana atas dada Mama. Tujuannya untuk menenangkan baby. Masa tu Hanatak menangis. Dan memang setakat ni Hana bukan jenis menangislah. Kalau lapar je baru menangis. Baguslah, Hana jangan suka nangis-nangis eh, pening kepala Papa dan Mama nak jaga nanti, hehe.

Lepas nurse sedut air ketuban dari perut Hana, nurse bagi Papa dukung Hana untuk Papa azankan. Maknanya Papa yang dapat dukung Hana first, Mama tu kemudian baru dapat dukung, hehe. Papa bagi salam kat Hana, azankan, baca iqamat, baca al-Fatihah, surah-surah dan doa. Alhamdulillah, Hana tak menangis langsung. Lepas tu Hana dibawa oleh nurse untuk dibersihkan. Dr. Habibah pulak menjahit apa yang patut dan kitorang bersembang sambil Papa teman Mama. Mama masa tu diam je, sebab dah penat setengah mati. In fact lepas Hana keluar tu je Mama kata rasa macam nak tidur terus.

Tak lama lepas tu Nanny masuk labour room sama-sama dengan Mak, menangis-nangis, biasalah emo kaum wanita. Tapi Mama tetap tak nangis, kuat betul isteri Papa ni. Hana yang dah dibersihkan tu dibawa masuk semula dan ditimang-timang oleh nenek-nenek Hana, excited sangat-sangat diorang ni.

Masa tu jugak Hana disusukan oleh Mama. Sejam pertama tu memang kena bagi susu ibu kat bayi, supaya bayi dapat khasiat yang mencukupi. Lebih kurang sejam lepas tu, Mama dibawa dari labour room no. 6 wad ar-Rahmah di tingkat 4 ke bilik no. 9 wad an-Nur tingkat 6.

Alhamdulillah, selama empat hari Mama dan Papa ada kat Hospital Pusrawi, semuanya berjalan lancar, selamat belaka. Papa terkesan dengan doa yang dimakbulkan sebab Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan. Allah yang mengaturkan Mama dan Papa datang check up dengan Dr. Habibah hari Isnin, walhal biasanya kitorang pergi hari Sabtu. Kebetulan Sabtu dua hari sebelum tu, Dr. Habibah cuti dan dia suruh datang check up hari Isnin. Siapa yang atur semua ni kalau bukan Allah? Siapa yang atur elok-elok je datang check up hari Isnin, rahim Mama dah bukak 3 cm? Siapa yang mengatur segala rencana?

Papa ceritakan semua ni kepada Hana, antara sebabnya supaya Hana nanti tahu pengorbanan Mama yang susah-payah melahirkan Hana. Papa ni nak ceritakan pengorbanan sendiri tak bestlah, Papa bukan macam parti pemerintah yang sikit-sikit ungkit pemberian kepada rakyat walhal rakyat yang lantik dia jadi pemimpin (nak kata macam mana, kalau dah jenis minat politik, surat kepada anak pun tak dapat tidak mesti tercerita sikit pasal politik).

Di kesempatan ini, setelah menceritakan kesemua pengorbanan, Papa cuma nak mintak Hanasatu benda je. Berusahalah jadi anak yang solehah, yang patuh perintah Allah, yang dengar cakap Mama dan Papa. Pandai akademik je tak guna kalau melawan perintah Allah, Papa dah saksikan sekian banyak orang yang Allah bagi istidraj macam tu. Jenis cantik di mata saja pun tak guna Hana kalau akhlaknya hodoh, yang jenis Allah bagi istidraj macam ni pun bersepah dah Papa jumpa. Walaupun Hana ni Papa tengok ada potensi jadi perempuan yang cantik dan menyejukkan mata yang memandang, hiasilah zahir yang cantik tu dengan akhlak yang cantik jugak.

Harapan Mama dan Papa apabila tengok Hana lahir, tak lain tak bukan, nak melihat Hana menjadi anak yang berguna kepada agama, yang mendoakan ibu bapanya apabila kedua orang tuanya telah meninggal dunia. Sebab anak adalah aset untuk agama, masyarakat dan ibu-bapanya. Ikrar Papa sebagai ayah, selagi mana terdaya, Papa akan usaha untuk cukupkan makan pakai dan pendidikan Hana sebab itu adalah tanggungjawab Papa. Mama dan Papa akan membesarkan Hana dengan penuh kasih sayang, insyaAllah. Mama dan Papa buat semua ni takde consideration, cuma harapan menggunung seperti mana yang nak Papa sebut kat atas tu lah. Kejayaan akademik, kerjaya dan keluarga Hana, itu terserah kepada usaha Hana dan izin Allah, di samping restu Papa dan Mama.

Anakanda Hana,

Papa rasa setakat ini jelah nukilan Papa yang penuh dengan pelanggaran tatabahasa ni. Mungkin lambat lagi Hana akan mengerti besarnya pengharapan Papa melalui surat ni, tapi asalkan maksud Papa sampai, lambat ke cepat, tak kisahlah.

Jadilah permata hati Mama dan Papa, penyejuk mata dan penenang hati kami. Taatkan perintah Allah dan RasulNya, insyaAllah sama-sama kita sekeluarga akan ke syurga akhirnya.

Ayahanda yang sentiasa menyayangi,

Mohamed Hadi Abd Hamid.

Unifi: Free Registration, Installation & Equipment

Ha kali ini suaraserak nak kasi promote satu barang baek punya. Bak kata orang, TERHANGAT DI PASARAN. UNIFI. Kalau tak de Astro setakat streaming tengok Man Utd main kat Europa League tu mmg takde hal lah. Nak cerita lebih tak guna, baca promo kat bawah ni. Nak tahu lebih lanjut, segera hubungi Bro. Khairudin yang senyum sinis manis orangnya.


UNIFI: PERCUMA Pendaftaran, pemasangan dan alat-alatan untuk jangka masa terhad sahaja.
Tidak ada deposit dan bayaran pendahuluan.
Pendaftaran dan pemasangan dengan pantas!
Sila hubungi: 012 940 4490 (Khairuddin)


***********************************************


UNIFI: FREE Registration, installation 
and equipment for limited time only.
No deposit and up-front payment. 
Immediate registration and installation! 
Kindly contact: 012 940 4490 (Khairuddin)



nota kaki: ini iklan UNIFI. Anda mahu insurans, DI SINI. Anda mahu videogapher, DI SINI. Mahu tukang urut? Cari sendiri...

tags: UNIFI, pemasangan percuma, UNIFI laju, free installation, cari agen UNIFI   

The Rainmaker, The Minder, The Grinder: Di manakah anda berada?

Anda pernah baca The Rainmaker karya John Grisham? Secara ringkasnya mengisahkan seorang graduan undang-undang yang tiba-tiba dapat kes saman syarikat insuran bernilai jutaan dolar. Tapi aku bukan nak cerita kisah karya John Grisham, aku nak bicara tentang kedudukan peguam dalam sesuatu firma.

Dalam firma guaman selalunya terdiri dari partner, senior lawyer, junior lawyer, dan pupil (or chambering student a.k.a. chambee cum coolie). Kalau firm yang berskala besar dan more structured, of course akan ada consultant, senior partner, managing partner, partner, junior partner. Kemudian baru la turun ke senior associate I, senior associate II dan seterusnya, al awwal fal awwal mengikut tertib yang aku sebutkan tadi (mengikut riwayat kisah kawan aku yang hensem, chambee ni pun ada senior chambee n junior chambee).

Apa pun, dalam senarai yang aku sebutkan di atas, golongan peguam ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori lagi, iaitu: i. THE RAINMAKER ii. THE MINDER dan iii. THE GRINDER. Kita lihat ulasan di bawah.

THE RAINMAKER


Ini adalah golongan yang kerja mereka mencari client, cari prospek client dengan niat untuk mendapatkan apa-apa legal job dari client tersebut. Selalunya terdiri dari golongan senior partner. Mereka ada skil tertentu yang boleh menjual "produk", iaitu legal servis yang disediakan oleh firma. Sudah tentu mereka mestilah hebat dari segi komunikasi, sosial dan mesti ada gaya yang meyakinkan. Mereka ada ilmu pengetahuan secara makro untuk bagi jalan penyelesaian, mereka berkebolehan bagi strategik direction.

Dan selalunya rainmaker ini mereka yang sudah masak dan arif tentang dunia perundangan dan selok belok deal making. Tapi, dengan perubahan zaman, aku akui ramai rainmaker wannabe yang masih hijau, hanya bersandarkan connection pakcik atau sepupu mereka yang kaya atau pakcik mereka yang merupakan ketua bahagian mana-mana partai politik. Setakat bawa prospek client keluar makan-makan tak layak digelar rainmaking. Suka juga untuk aku tekankan, with much respect, setakat dapat panel bank buat retail, buat saman untuk dapatkan judgment in default (JID) is not in any manner whatosever rainmaking. Itu aku namakan sebagai cari makan in the making. Anything, but not rainmaker.

Jadi, bila rainmaker secure satu job, maka job tersebut akan diserahkan kepada orang nombor 2, iaitu THE MINDER.


THE MINDER

Setelah rainmaker berjaya secure satu job, maka the baton is passed to the minder, untuk buat strategi kerja, macm mana nak selesaikan kerja. Secara umumnya, the minder terdiri dari golongan partner atau senior lawyer. Di bawah mereka akan ada sekumpulan lagi junior. Makanya minder akan buatlah susunatur untuk selesaikan kerja yang diberi dalam jangka waktu yang ditetapkan oleh client.

Mereka ini selalunya ada sharp legal mind, well versed dalam bidang pengkhususan masing-masing. Schemer. Technical expert. Tapi mereka takkan susah payah untuk buat kerja sorang-sorang. Dah nama minder, takkanlah nak susah payah buat kerja-kerja asasi, jadinya, the ball is passed to THE GRINDER.


THE GRINDER


Ini golongan lowest of the low, selalunya terdiri dari para junior yang setahun jagung. Mereka inilah yang akan buat kerja akar umbi, dari menaip, mendraf, memprint dan membinding (bila secretary tiada). Mereka ini jugalah yang akan dimaki dan dicaci bila kerja tidak berjalan dengan lancar atau tidak sempurna. Mereka jugalah yang perlu merelakan hati untuk tidur di ofis kerana kerja lewat malam dan bersengkang mata untuk siapkan apa-apa tugasan. Dan sebagai balasan, mereka akan dibayar gaji ciput (sikit, co'et dn yang sama waktu dengannya) dan pada masa yang sama ruangan hidup mereka terpaksa dikompromi (at least itulah pendapat para grinder). Semuanya atas nama kerja.

Tak cukup dengan itu, kebanyakan grinder juga ditetapkan untuk bill sekurang-kurangnya 1/3 dari gaji bulanan mereka (ada juga yang kena bill sekurang-kurangnya 3.75 kali gaji mereka). Padahal mereka ini cuma buat kerja sahaja, yang cari kerja, yang secure deal ialah rainmaker atau si minder tadi. Memang malang kalau jadi kuli tahap bawahan. Kerja sebagai lawyer, tapi hakikatnya status adalah secretary terhormat.

Having said the above, anda nilailah diri masing-masing, anda berada di tahap mana di kala ini. Jika masih di tahap grinder, jangan rasa rendah diri, tanamkan azam untuk anda berada di tahap rainmaker. Ada juga yang memainkan peranan sebagai ketiga-tiga golongan ini, kalau sole proprietor. Sehingga itu, tak kisahlah tahap apa pun, rezeki itu ada di mana-mana, dan kita sendiri yang tentukan dengan cara apa kita mahu cari makan. Ada yang selesa makan gaji buta, ada yang lebih suka berusaha keras.

Sekian.

nota kaki: aku baru hantar notice of cessation of practice, semoga aku dapat hidayah untuk jumpa firma guaman yang terbaik untuk aku praktikkan legal skill aku yang semakin tumpul ini.

Kesilapan Kekeranian dan Keterlepasan Pemandangan

Aku hendak merepek al-kisah kesilapan yang dikategorikan sebagai clerical error, typographical error dan yang seangkatan.

Biasalah, ini memang akan terjadi kepada golongan pelajar, pekerja hatta bos. Sebagai contoh ketika membuat assignment, kertas kerja atau apa-apa sahaja proses penghasilan dokumen. Kadang kita rasa sudah check and re-check dokumen yang terhasil, macam tidak ada cacat cela. Tapi bila print, ada sahaja salah eja, salah taip. Lebih teruk, kalau dokumen tersebut sudah diserahkan kepada pihak lagi satu, rakan sekerja atau mana-mana pihak. Dan pihak tersebut yang highlight terdapat kesilapan pada dokumen tersebut. Memang malu dan mungkin tercalar reputasi. Aku pernah jadi mangsa kesilapan ini.

Masa kerja dulu, ada juga sekali sekala big boss sendiri yang reply emel yang aku hantar pada client "There's typo error in your email". "The" jadi "teh", haha... Tersedak aku. Untuk melegakan hati sendiri, aku berbisik, "kalau dah memang nak silap, memang akan silap".

Tapi yang aku pelik, ramai yang tidak kisah akan kerja-kerja editing atau proof reading selepas mereka membuat sesuatu dokumen. Aku tak nak sentuha pasal substance atau kandungan dokumen (sebab aku pernah terima dokumen dari merek yang bergelar professional, tapi content as good as sampah). Aku nak komen pasal form dokumen tersebut.

Akan rasa geram bila dapat dokumen yang bukan setakat font berbeza-beza, saiz font pun berbeza. Alahai, susah sangat ke nak seragamkan font tu? Kemudian tarikh patutnya 2012, jadi tahun 2011. Nama penerima dokumen pun salah eja. Aku teringat zaman matrik UIA dulu (sekarang dikenali sebagai CENFOS), masa mula-mula masuk, dapat arahan dari seorang pensyarah bagi garispanduan untuk buat assignment. Font kena Times New Roman, saiz 12, entah apa lagi. Masa tu aku merungut, skema gila pensayarah ni, ikut suka aku la nak buat assignment macam mana. Tapi lama-kelamaan, memang patut dia cakap macam tu, melatih kita untuk menjadi cermat bila menghasilkan sesuatu dokumen.

Jadi, aku menyeru para pembaca untuk menjadi lebih teliti dan berhemah dalam penghasilan sesuatu dokumen, terutamanya dokumen rasmi (untuk update blog tu  lain ceritalah, hehe...)

Subramaniam - Satu Petaka Baru

Ini bukan entri soal perkauman, cauvinis mahupun kebencian terhadap warna kulit. Ini adalah soal negara. Soal maruah negara. Jika dilihat pemilihan Subramaniam dalam Skuad Bola Sepak Negara, ini adalah pemilihan paling buruk dalam sejarah bola sepak negara SEMENJAK pemilihan Shebby Singh sebagai salah seorang pemain negara. Ini dapat dilihat apabila Shebby hanya lebat berbicara di Astro, padahal dia pun takla sehebat mana sebagai pemain mahupun jurulatih.

Berbalik kepada Subramaniam. Meniti usia lebih suku abad, insan kelahiran ibu kota ini memulakan karier dengan menyertai Pasukan Perak sebelum di pinjamkan kepada UPB Perak. Kembali bermain untuk Perak pada 2007 dan telah berjaya bermain sebanyak 6 kali. Satu kejayaan amat besar. Saya percaya dia berada di puncak kariernya pada 2009 apabila dilantik menggantikan Ahmad Shahrul Azhar (Perak Legend = sbb tukar baju dengan Beckham) sebagai kapten perak.

Seorang Subramaniam ini juga telah beberapa kali bermain untuk Skuad Bawah 23 tahun Malaysia dan dalam beberapa perlawanan menjadi Kapten untuk skuad ini. Cuma Persoalannya di sini adakah DIA LAYAK BERMAIN UNTUK PASUKAN UTAMA NEGARA?

Jika dilihat prestasinya bersama Skuad Kelantan. Tidak ada yang perlu dibanggakan. Tanpa adanya Khairul Fahmi di gawang, maka jangan harap Kelantan akan terus berada di persada liga. Kerana apa? Bentengnya goyah segoyah-goyah BN di Kelantan segoyah itulah prestasi pertahanan Kelantan yang diketuai oleh Subramaniam.

Yang menjadi bahan ketawa saya adalah, Subramiam pandai menonjolkan dirinya sebagai RELIABE DEFENDER dan berjaya menipu Penonton bahawa Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kalau anda sedar dan jujur pada diri anda (walaupun anda penyokong Si Kijang) anda mesti sedar bahawa Seorang Subramaniam ini sebenarnya Bukan Seorang Pertahanan Tengah. Malah sejujurnya dia tidak layak bermain di Kelantan. Dia wajar dan hanya layak bermain di Liga-liga bawah. Kesilapan-kesilapan bodoh, tidak mampu membaca pergerakan lawan, Kerap Meninggalkan Posisi dan apatah lagi acapkali membuat terjahan-terjahan budak sekolah. Malah Persembahannya Setiap Minggu bersama Kelantan tidak boleh dibanggakan (Sbb Setiap Minggu Game Kelantan jah..Tak kira Tv1 @ Astro). Saya bukan penyokong Kelantan tetapi lebih kepada pemerhati Kelantan, Saya rasa anak jati Perlis, Azizi Mat Rose lebih mantap berbanding King Subra. Cuma Azizi ini tidak dapat kawal emosi semenjak bermain dengan Perlis lagi. Azizi Mat Rose banyak belajar dengan Khaironnisam Sahabuddin (botak) pada 4 tahun Zaman Kegemilangan Perlis dahulu. Azizi lebih sasa dan lebih agresif berbanding King Subra.

Yang Hairannya kenapa Rajagobal semacam gemar menggunakan khidmat Subramaniam sedangkan terdapat banyak lagi Pertahanan-Pertahanan yang Berpengalaman dan Kental daripada Subramaniam. Kalaupun tidak mahu memilih pemain-pemain yang lebih muda daripada Subramaniam, calon-calon seperti Khaironnisam Sahabuddin misalnya antara calon terbaik..Memang dia tidak mempunyai susuk SEGEMPAL Subramaniam, tetapi dia punya pengalaman dan ketenangan..Tetapi Tidak Zamani Misbah, kerana dia terlalu tenang sehingga merbahayakan pasukan sendiri..Azmizi Azmi yang merupakan anak jati Perlis dan bermain untuk Kedah juga seorang Pertahanan yang agak baik. Saya sendiri melihat dia berkembang menjadi seorang pemain yang berbakat semenjak dari kecil.. Malah Kapten Terengganu, Marzuki Yusoff juga antara calon yang relevan. Dia juga ada pengalaman, susuk tubuh sasa sesuai sebagai Pertahanan Tengah dan juga Seorang Ketua yang Sebenar (True Leader). Saya percaya anda semua ada calon-calon yang tersendiri.


Kesimpulannya Subramaniam ini hanya layak untuk peringkat Kelab dan Negeri sahaja dan bukan peringkat Antarabangsa.. Kalau Kita serius untuk berjaya dalam bola sepak di peringkat Antarabangsa, kita perlu serius dalam pemilihan. Jika anda tidak setuju, sila lihat sendiri permainan Subramaniam. Lebih pada GAYA. Tetapi TIDAK EFEKTIF, Satu BEBAN pada pasukan baik Pasukan Negara mahupun Kelatan

Kita perlu nilai persembahan pemain ini di Kelab dan peringkat Liga lagi. Janganlah dek kerana mereka ini punya nama besar, mereka terpilih. Tidak adil pada pemain lain yang bermain bersungguh-sungguh dengan objektif untuk bersama pasukan negara.Pemain-pemain seperti Aidil adik beradik tidaklah sehebat mana. Sila tonton sendiri persembahan mereka. Saya sendiri turun melihat kehebatan adik beradik yang gah pada nama sahaja. Tolonglah, Kami tidak mahu Kalah pada Indonesia pada Suzuki Cup tahun ini.. Jangan jadi bangsa yang memalukan..

Jangan jadi munafik

Berikut adalah petikan surat-surat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada para bekas Perdana Menteri Israel. Ini adalah terjemahan di dalam bahasa Melayu tetapi maksudnya sama dengan apa yang ditulis di dalam versi asal berbahasa Inggeris.

8 Jun 1999 - Ehud Barak:

Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.

(Maknanya yang Anwar Ibrahim tu cakap dalam Wall Street Journal sama dengan apa yang rakyat Palestin tuntut? Sedia iktiraf Israel dengan syarat-syarat tertentu)

Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

(Ohhhhhhh...teringin jugak nak berhubung secara "biasa-biasa" dengan Israel)

14 Mac 1997 - Benjamin Netanyahu:

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.

(Bawak peserta kriket Israel ke Malaysia untuk menunjukkan betapa sopan-santunnya kami orang Islam melayan bangsa yang dah bunuh para Nabi? Nampaknya berjayalah kot sebab sejak 1997 takde sorang pun rakyat Palestin yang dibunuh oleh Yahudi!)

Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

(Cerita yang sama)

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

(Masih dengan harapan yang sama)

21 Disember 1993 - Yitzhak Rabbin

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

(Ahhh, perhaps..perhaps..)

Kesimpulan:

Jangan jadi munafik.

Apa itu bolasepak Malaysia?

Prolog.

Kebanyakan peminat bolasepak Malaysia dah tahu yang Malaysia ada perlawanan persahabatan dengan Filipina 29.02.2012. Mohd Taufik, 32 tahun, seorang pekerja swasta amat teruja menantikan perlawanan ini. Dari nama-nama yang dipanggil jurulatih ada yang dia kenal dan ada yang tidak, tapi itu semua dia tidak kisah. Kali terakhir dia menonton perlawanan pasukan senior Malaysia ialah ketika dengan Singapura kelayakan piala dunia.

Dia menunggu dengan harapan ada siaran langsung di Astro, paling tidak pun TV1. Tapi beliau hampa, rancangan-rancangan tv di Malaysia waktu itu seolah-olah tiada apa-apa. Dia membuka siaran Astro Arena tapi ada berita tentang skuad england yang nak lawan belanda tanpa pengurus, tanpa kapten dan masalah kecederaan. Buka TV1 ada national geographic. Dia sangat kecewa. Kenapa tiada siaran langsung? Dia tukar siaran lain, ada siaran ulangan, newcastle lawan wolves. Apa kejadahnya semua ini, bisik hati kecil Mohd Taufik.

* * * * * * * * * * *

Hakikatnya, bolasepak Malaysia hanyalah:-


Ya, bolasepak Malaysia hanyalah Manchester United, Arsenal, Liverpool, Chelsea, Manchester City, Tottenham Hotspurs, Swansea, Stoke City, Blackburn Rovers, Sunderland, Aston Villa, QPR, West Brom, Norwich City, Newcastle United, Wigan, Fulham, Everton, Wolves, Bolton, West Ham, Cardiff, Southampton, Leeds, Birmingham, Hull, Hartlepool, Liecester, Nottingham Forest, Burnley, Middlesborough, Watford, Ipswich, Milwall, Crystal Palace, Blackpool, Reading, Brighton.

Dan tidak lupa juga kepada siaran Fanzone, bola@mamak, football today, fourfourtwo, bpl express, bpl news, monday night verdict, premier league highlights, prime time premier league, premier league world, premier league preview, bpl friday, maxis football extra, football crazy, football league goals.

Kemudian jemput bekas pemain liga scotland, bekas pemain liga inggeris, yang pernah main england, yang pernah main liverpool, yang pernah main manchester united, tak kisah la siapa-siapa pun, yang penting ada kaitan dengan liga perdana inggeris khususnya dan england amnya, sehinggakan yang lahir di liverpool pun diambil juga, untuk mengulas perlawanan dan cakap pandai, buat tontonan orang asia. Cuma yang belum dipanggil ialah orang yang mampos di england, apa macam?

Q&A: Gejala paranormal & supernatural (siri 2)

Sedikit perkongsian, lanjutan daripada siri 1 tempohari:

Q1: Apakah status ungkapan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia"? Adakah ini bercanggah dengan ayat al-Quran yang mengatakan ada jin dari kalangan yang soleh-soleh?

A1: Ungkapan tersebut TIADA dari nas sama ada Quran atau Hadith serta Ijma' Ulama. Ungkapan itu berkemungkinan datang dari perkataan generasi terdahulu yang bertujuan menakut-nakutkan kita agar jangan berkawan dengan golongan tersebut. Ayat 11 & 14 Surah al-Jin mengesahkan terdapat di kalangan jin ini yang soleh & ada juga yang tidak (jahat). Sejahat-jahat manusia yang kita dengar ialah Firaun laknatullah yang mengaku dirinya sebagai Tuhan, pernahkan kita mendengar iblis mengaku sebagai Tuhan? Sedangkan iblis yang dilaknat Allah itu hanya kerana dia enggan sujud kepada Nabi Adam, bukan kerana enggan sujud kepada Allah. Manusiakah atau makhluk lainkah yang lebih jahat kalau begitu?

Q2: Bolehkah kita berkawan dengan jin? Ada pihak yang mengatakan berkawan dengan jin dibolehkan kerana tiada dalil yang melarang perbuatan tersebut.

A2: Golongan jin adalah makhluk Allah yang sangat berbeza bentuk (kejadiannya / kesukaannya / kebenciannya dan sebagainya) dengan manusia. Manusia mempunyai maklumat yang terhad mengenai 'dunia' mereka (yang baik atau sebaliknya), justeru bagaimana harus berkawan kerana kita sangat berisiko untuk tertipu. Sedangkan di dunia internet yang 'tak nampak' ini pun lagikan kita diperdaya dengan pelbagai penipuan, inikan pula dunia jin yang langsung tak boleh dilihat oleh mata zahir kita. Bahkan sesama manusia sendiri yang bertentang mata pun masih berlaku kezaliman dan penindasan. Sungguhpun tiada nas yang melarang perbuatan tersebut, tetapi tiada juga nas yang menyuruhnya. Tiada juga diriwayatkan dalam amalan para sahabat Rasulullah s.a.w yang menunjukkan mereka ada berkawan dengan golongan tersebut. Berkawan, kebiasaannya untuk tolong menolong dan saling bantu-membantu dalam urusan dunia dan agama. Sekiranya kita berkawan dengan golongan jin tersebut, maka dibimbangi kita (terutama orang-orang yang jahil) akan bergantung kepada mereka dan bukan lagi kepada Allah & ini sudah menjadi syirik. Perlu diingat jin sangat suka akan 'penghormatan' ini sebagaimana yang disebut di dalam ayat 6 Surah al-Jin "..sesungguhnya adalah amat salah perbuatan beberapa orang manusia, menjaga & melindungi dirinya dengan meminta perolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong & jahat". Memang betul di dalam al-Quran tiada larangan untuk berkawan dengan golongan jin - tetapi ada larangan umum berbentuk lain seperti ayat 195 surah al-Baqarah "Janganlah engkau mencampakkan dirimu ke dalam jurang kebinasaan..". Kesimpulannya seperti mana yang pernah diungkapankan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din - "Boleh berkawan dengan jin, jika telah habis semua manusia di atas muka bumi ini kita telah kenal & telah berkawan".


Wallahua'lam.

NFCorp Persoalan dan Isu Berbangkit (Bahagian II)


Bahagian I di SINI.

Skandal dan kemelut berkaitan NFCorp telah tiba ke satu perkembangan terbaru. Shahrizat Jalil telah kembali bertugas setelah 3 minggu bercuti. Dan terkini Tony Pua, telah membuat pendedahan akan Perjanjian Pinjaman antara kerajaan Malaysia dengan NFCorp. Aku sempat membaca seimbas lalu Perjanjian Pinjaman tersebut, yang telah dimuatnaik di sebuah laman web. Tapi nak buat audit atau due diligence atas Perjanjian Kemudahan Pinjaman (PKP) tu, memang di luar bidangkuasa aku, walaupun hakikatnya dulu aku cari makan dengan due diligence ni.

Apa pun, dilaporkan bahwa NFCorp telah mungkir atau telah langgar terma-terma PKP dengan membuat pelaburan yang tidak berkaitan dengan NFC. Kalau betul PKP yang dimuatnaik tersebut merupakan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan NFCorp, memang jelas dan nyata bahawa kemudahan pinjaman adalah untuk membangunkan NFC. Jadi, hujah dan kenyataan terdahulu dari NFCorp bahawa NFCorp dan NFC adalah entiti berbeza tu betul, tapi tak pegang air (does not hold water) sebab yang akan uruskan NFC ialah NFCorp. Kemungkiran perjanjian membolehkan kerajaan Malaysia meminta NFCorp membayar semula jumlah pinjaman yang telah diberikan.

Kemudian aku juga tertarik dengan satu klausa bahawa jika NFCorp membeli apa-apa hartanah menggunakan jumlah pinjaman yang diberi, NFCorp akan menggadai hartanah tersebut kepada kerajaan Malaysia. Dengan adanya klausa ini, adakah boleh kita imply bahawa NFCorp dibenarkan untuk membeli sebarang hartanah notwithstanding ada klausa yang menyatakan bahawa pinjaman hanyalah boleh digunakan untuk pembangunan NFC? Atau kita boleh perlu selangkah ke depan dengan menafsirkan bahawa apa-apa hartanah yang dibeli mestilah bertujuan untuk pembangunan NFC? Ini suatu isu yang menarik untuk dikupas.

Didedahkan bahawa NFCorp ada membeli unit hartanah mewah. NFCorp sebagai balasan membuat kenyataan bahawa pembelian dilakukan semasa projek NFC terhenti sementara atas sebab penyelenggaraan pada tapak projek. Adakah unit hartanah tersebut digadaikan kepada kerajaan Malaysia? Jika tidak itu satu kemungkiran/pelanggaran perjanjian.

Apa pun, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan telah membuat kenyataan bahawa, hasil siasatan PDRM, PDRM telah membuat saranan untuk pengarah NFCorp didakwa atas tuduhan criminal breach of trust. NFCorp, kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan PDRM ini berunsur prejudis, boleh mempengaruhi keputusan Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak.

Bagi aku, apa yang dilakukan oleh PDRM merupakan suatu strategi PR. Public relation. Yelah, dah berminggu-mingu, orang ramai tertanya-tanya apa perkembangan siasatan. PDRM perlu pada suatu tahap, membuat sedikit, jika tak banyak, update kepada orang ramai, walaupun hakikatnya tidak ada perundangan memaksa PDRM berbuat sedemikian. Dan kenyataan balas NFCorp juga adalah suatu strategi PR, damage mitigation, damage control. Nanti kalau NFCorp senyap membisu, orang akan lebih berprasangka. PR exercise atau tidak, mari kita kaji samada balasan dari NFCorp itu hold any water.

NFCorp kata betul ke ada criminal breach of trust (CBT) sebab tak ada unsur-unsur dishonesty dalam kes mereka. Lagi pun, kalaulah pinjaman digunakan untuk tujuan lain, paling kurang pun ada kemungkiran perjanjian bukannya jadi kes jenayah.

Jadi aku pun terpanggil untuk selidik sedikit elemen CBT. Kalau tak salah CBT ni peruntukannya ada pada Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan hukuman diperuntukkan di bawah Seksyen 409. Katalah seorang pengarah syarikat dituduh atas jenayah CBT kerana seleweng wang pinjaman, ada 3 elemen untuk membuktikan CBT ke atas pengarah syarikat (secara ringkasnya):

1. Tertuduh adalah agen kepada syarikat atas kapasiti pengarah

Walaupun syarikat dianggap suatu entiti, tapi yang menggerakkan syarikat ialah pengarah. Yang pinjam duit ialah syarikat, tapi yang menggerakkan arah tuju dan penggunaan duit syarikat adalah pengarah.

2. Tertuduh ada kuasa/pengaruh ke atas dana yang diseleweng

Pengarah ada akses ke atas wang tersebut. Maksudnya, pengarah yang ada kuasa nak tandatangan cek, pengarah yang ada pengaruh dan kuasa untuk menggunakan wang untuk berbuat apa sahaja.

3. Dishonestly salahguna/seleweng dana

Pengarah guna wang pinjaman untuk tujuan lain, seperti beli aset tiada kaitan dengan pinjaman atau untuk enjoy. Dan untuk membuktikan dishonesty, pembuktian elemen ke-2 di atas, bahawa jika pengarah ada kuasa/pengaruh ke atas wang tersebut sudah ada suatu presumption wujudnya elemen dishonesty.

Yang aku sebutkan elemen di atas adalah rumusan berdasarkan apa yang aku faham dari Kanun Keseksaan dan keputusan kes terdahulu.

Jadi, kenyataan NFCorp itu sebenarnya sekadar smokescreen, yang tidak ada legal weight. Begitu juga dengan kenyataan NFCorp jika wang pinjaman digunakan untuk tujuan lain, paling teruk pun berlaku kemungkiran perjanjian, bukan jadi kes jenayah. Ini tidak benar kerana kesalahan CBT merangkumi dan terpakai juga untuk kemungkiran perjanjian.

Bagi aku, sekali lagi NFCorp telah gagal dalam memberi penjelasan secukupnya untuk isu-isu dan tuduhan yang dilontarkan kepada mereka. Apa pun, sebagai pendokong justice dan keamanan (muntah sebaldi), kita berpeganglah pada notion innocent until proven guilty, dan untuk itu aku bagi NFCorp benefit of doubt. Bukan nak tuduh-menuduh, sekadar nak cari penjelasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets