Pages

Pemain Muda Yang Hebat

Memperkenalkan kepada dunia, Encik Adam Henley. Berikut biodata ringkas beliau: -

Adam Henley
Hai, nama saya Hanley, Adam Hanley!!!

Nama penuh: Adam Henley
Tarikh Lahir: 14 June 1994 (pemain ini masih muda)
Warganegara: Wales
Kelab: Blackburn Rovers
Posisi: Pertahanan (Kiri/Kanan)
Caps Antarabangsa: Wales bawah 19, pemain simpanan Wales Bawah 21

Encik Henley membuat penampilan pertama untuk Blackburn sebagai pemain gantian menentang Wigan Athletic pada November 2011. Sebulan kemudian, pada hari bertinju (boxing day), Encik Henley membuat penampilan kesebelasan utama menentang Liverpool, yang berkesudahan seri 1 sama. Dalam perlawanan tersebut, beliau membuat satu blok yang menarik di atas garisan gol pada saat-saat terakhir perlawanan, dan dianggap sebagai wira.

Pada malam ini, iaitu pada hari lahir ke-70 Encik Sir Alex Ferguson, Encik Henley membuat penampilan sekali lagi menentang pasukan Inggeris terkuat, Manchester United. Beliau menunjukkan kehebatan dengan menangani Luis Nani dengan cekalnya. Hasilnya, Blackburn menang 3 - 2. Anda jangan terkeliru dengan Encik Grant Hanley, seorang lagi pertahanan muda Blackburn (20  tahun, berasal dari Scotland, dan ada 3 caps penuh Scotland), yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Manchester United. Apa pun, kerana beliau masih muda, mungkin kelab-kelab besar yang sukakan pemain muda akan membeli Encik Henley, seperti mana Manchester United membeli Phil Jones. Phil Jones merupakan pemain pertahanan yang elegan, dan selesa membuat larian deras ke dalam kotak penalti lawan, dan berkemahiran tinggi dalam menggelecek bola. Phil Jones juga dikatakan akan menjadi kapten marvel England dan Manchester United pada masa akan datang.

Berbalik kepada Encik Adam Henley, oleh kerana beliau orang Wales, dan bermain di posisi pertahanan kiri, mungkin dalam 2 3 bulan lagi nama beliau akan disanjung tinggi oleh media Inggeris seperti seorang lagi pemain ternama Wales, iaitu Gareth Bale yang kini bermain bersama pasukan Tottenham Hotspurs. Apa pun, pemain terbaik Wales tetap Ryan Giggs, iaitu pemain tua Manchester United, atau pun George Best, seorang lagi pemain Manchester United yang sudah meninggal dunia.

Sekian.

nota kaki: edisi kecewa kerana Manchester United kalah. Kah kah kah kah kah kah...

Buletin (tak berapa) Utama

Mungkin TV3 patut menukar nama rancangan berita yang disiarkan setiap jam 8 ini kepada tajuk yang lain. Buletin tidak berapa utama mungkin sesuai. Ini kerana segmen-segmen berita yang disiarkan adalah yang tidak utama. 

Antara trademark pengisian TV3 adalah mendapat ulasan ahli parlimen bebas untuk kutuk pembangkang, seolah-olah mereka ini punya autoriti untuk bersuara dan segala pandangan mereka itu benar belaka. Ada juga segmen mempromosikan sebuah kolej swasta, yang pada suatu ketika, hampir setiap hari disiarkan. Saya masih tertanya-tanya, apakah keutamaan berita yang disiarkan? Ini sudah menjadi ruangan iklan untuk mana-mana pihak yang punya wang banyak untuk promosi produk masing-masing di waktu siaran puncak. Begitu juga dengan segmen automatif, bagi saya lebih baik dibuat suatu rancangan khas yang lain. 

Berikut merupakan sinopsis Buletin Utama di laman sesawang TV3:

Buletin Utama merupakan sebuah rancangan berita yang disiarkan selama sejam setiap hari bermula jam 8 malam sehingga 9 malam. Rancangan ini mempunyai peningkatan penonton di antara yang tertinggi di TV3, pernah mencecah 3 juta penonton. Di antara segmen yang terdapat dalam Buletin Utama ialah berita dalam negeri, Detik Niaga tajaan Bank Rakyat, luar negara dan Buletin Sukan.

Antara Yuna, Hana Tajima dan wanita Afrika

Aku tak pasti samada mereka-mereka yang bertudung kini, yang gayanya berlipat-lipat dan bergulung-gulung, serta berlapis-lapis itu mengikut trend atau ikhlas menutup aurat. Kerana ada yang bertudung tetapi telinganya kelihatan, ada yang nampak lehernya, hingga ke paras dada. Itu aku serahkan pada empunya diri untuk menilai. Islam ada garispanduan untuk pemakaian tudung yang sempurna, antara lainnya tidak menampakkan bonggol rambut, mesti menutup dada. Mungkin Ustaz Don boleh terangkan lebih lanjut, sebab dia cool dan stylo dalam menyampaikan dakwah, aku sekadar blogger yang karut-marut.

Apa yang aku tahu, fesyen-fesyen ini dipelopori / dipopularkan oleh Yuna dan/atau Hana Tajima. Ada juga tudung Mawi, tudung bawal, tudung Wardina, hatta tudung Indon pun ada. Hijabist, itu istilah mereka-mereka yang bertudung dengan trend dan gaya terkini. Kemudian aku terlintas pada fesyen wanita-wanita di benua Afrika, fesyen tutup kepala mereka lebih funky dan lebih asli, dan coraknya memang bewarna-warni. Jadi kepada Yuna, Hana Tajima dan para Hijabist, adakah anda semua mengikuti gaya-gaya mereka ini?

Sebagai pembuka wadah argumentasi, sebenarnya, siapa yang ikut siapa??? Anda perhatikan gambar-gambar di bawah ini: -























Aku hanya mampu tersenyum. Mungkin Yuna dan Hana Tajima mendapat inspirasi ingin mengikut jejak langkah wanita-wanita Afrika ini untuk mengangkat pisang, nanas, koko, paku pakis dan lain-lain sayuran dengan memakai tudung sedemikian.

Kepada kaum lelaki, dari ikut gaya hip hop berseluar londeh atau gaya K Pop berseluar sendat, anda berani mencuba sesuatu seperti ini?



Atau ini?



Atau pun yang ini...




Cool bukan....

Aziz Bari dan Pilihanraya

Saya ingin merujuk kepada perkembangan terbaru mengenai lamaran Pemuda Pas menjemput Prof. Dr. Abdul Aziz Bari supaya menyertai Pas. Lamaran ini berpaksi kepada ruang politik yang ditawarkan Pas kepada beliau agar beliau dapat mengembangkan ilmu dan berkongsi kepakaran beliau mengenai hal ehwal perlembagaan negara. Sebagai bekas anak murid Aziz Bari dan juga pemerhati politik amatur, saya tergerak untuk memberi komen, tetapi komen saya ini tidaklah berniat untuk menyuluh jalan kerana saya tahu yang Aziz Bari lebih maklum mengenai setiap keputusan yang beliau lakukan. Oleh kerana itu tindakan beliau untuk meletak jawatan sebagai pensyarah saya hormati walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

Pas melalui sayap pemudanya menjadi pihak pertama yang secara rasminya melamar Aziz Bari untuk menyertai partinya. Ini bukanlah lamaran pertama kerana kita dimaklumkan terdapat pinangan-pinangan terdahulu daripada pelbagai pihak yang telah ditolak oleh beliau. Namun begitu, lamaran Pemuda Pas merupakan satu tindakan yang agak 'mengelirukan' kerana Prof ada sejarah 'istimewa' dengan Pemuda Pas tak berapa lama dahulu. Kita tidak lupa Aziz Bari pernah secara terbuka mengkritik kepimpinan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang malah beliau pernah menyamakan Haji Hadi sebagai "Pak Lah versi Pas". Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Kritikan-kritikan tersebut walaupun pahit tetapi sedikit sebanyak ada kebenarannya dan saya secara peribadi bersetuju dengan kebanyakan kritikan beliau. Saya masih ingat lagi, sungguhpun Haji Hadi tidak membalas komen tersebut, kita dapat saksikan tokoh-tokoh Pemuda Pas bertali-arus 'membedal' Aziz Bari dengan hujah-hujah yang lebih kepada 'melompat dan meloncat' daripada 'mendengar dan memahami' (Pemua Pas boleh menafikan perkara ini tetapi begitulah pengamatan saya sebagai orang awam). Dan para 'pembedal' tersebut juga masih lagi memegang tampuk kepimpinan Pemuda Pas. Saya tahu Pemuda Pas juga bersikap objektif kerana sewaktu Aziz Bari digantung perkhidmatannya baru-baru ini, Pemuda Pas juga tampil membela beliau. Tetapi sejujurnya saya tidak nampak benarkah wujud ruang untuk Aziz Bari bersuara di dalam Pas seandainya beliau diterima masuk sebagai ahli? Bagaimana kalau Aziz Bari sekali lagi mengkritik kepimpinan Pas? Barangkali apabila sudah berada di dalam parti, sewajarnya menurut 'adab berjemaah' Aziz Bari akan diminta menggunakan saluran dalaman untuk menyalurkan pandangan beliau. Dan keberkesanan saluran dalaman ini pula tidak dapat dipastikan berbanding kritikan terbuka yang lebih efektif impaknya atas kapasiti seorang cendekiawan yang independen. Kalau masuk parti politik, sudah tentulah terikat dengan norma dan aturan parti politik, lalu dapatkah Aziz Bari menyumbangkan idea dan pandangannya secara bebas? Ini tidak hanya terpakai untuk Pas sahaja, tetapi kalau masuk PKR, DAP, hatta UMNO sekalipun, pantang-larang dan keterbatasannya tetap sama.

Ahli akademik tetap seorang ahli akademik. Ramai ahli akademik yang terbukti gagal sebagai ahli politik, malah turun pangkat menjadi kangkung dan sawi sesudah menyertai politik (saya boleh senaraikan nama-nama tetapi tiada keperluannya di sini). Saya tidak mengatakan Aziz Bari tidak layak menjadi ahli politik, tetapi melihat kecenderungannya pun kita boleh tahu, kalau beliau menjadi ahli politik, beliau akan menjadi a very very very reluctant politician. Bidang akademik ialah passion beliau, maka saya rayu janganlah dijemput beliau masuk bidang politik pula. Setahu saya, beliau sangat menentang idea wakil rakyat sebagai "pegawai kebajikan masyarakat" yang cakna soal kutip sampah, anak masuk sekolah dan rumah terbakar. Tetapi realiti di dalam negara kita, wakil rakyat yang enggan menjadi "pegawai kebajikan masyarakat" lazimnya akan dibakulsampahkan oleh rakyat sesudah satu penggal. Jadi kita boleh bayangkan kalau beliau bertanding pilihanraya dan menjadi wakil rakyat (khabarnya bertanding di Sabak Bernam?), beliau akan jadi wakil rakyat yang 'hipokrit' kerana terpaksa juga menjadi "pegawai kebajikan masyarakat". Saya percaya mentaliti rakyat Malaysia masih belum berubah dan kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat selaku "pegawai kebajikan masyarakat" masih lagi tinggi. Ini baru satu isu. Belum lagi isu-isu sensitif seperti Islam dan Raja-Raja Melayu yang menuntut seorang ahli politik lebih menjaga hati "pihak-pihak tertentu" daripada menyatakan kebenaran atas kapasiti ahli akademik.

Respon terbaru Aziz Bari mengenai tawarannya untuk bertanding pilihanraya mengesahkan kecenderungan beliau untuk menjadi wakil rakyat yang 'bagaimana'. Secara jujurnya, cara beliau yang ingin menjadi wakil rakyat yang 'bagaimana' itulah yang merisaukan saya, adakah rakyat boleh menerimanya? Menurut beliau, beliau masuk parti politik bukan mesti menjadi ahli politik, tetapi parti politik hanya sebagai platform sahaja. Ini bermakna, kalau dia masuk PKR misalnya, dia bukannya mahu jadi ahli politik (terikat dengan hukum-hakam parti, etc), tapi dia hanya mahu menjadikan PKR sebagai platform sahaja untuk dia menyumbangkan pemikirannya mengenai isu-isu perlembagaan. Dan sudah tentu-tentulah jaga longkang dan parit bukan sesuatu yang beliau ingin lakukan jika bergelar wakil rakyat nanti (itu pun kalau menang lah).

Perhatikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau merupakan satu contoh politician yang reluctant. Beliau bukanlah nak sangat berpolitik, malah percubaannya untuk menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan 1996 juga gagal, walhal pada waktu itu beliaulah tokoh korporat yang paling menyinar sekali. Bukan itu saja, beliau turut gagal memenangi jawatan Ketua Bahagian UMNO Kuala Selangor pada waktu itu. Dan beliau mengakui, beliau tidak pandai berpolitik, cuma ingin menyumbangkan tenaga dan pemikirannya sahaja pada waktu itu. Masa masuk PKR pun, beliau seorang ahli politik yang teruk, tetapi pentadbir yang berjaya. Beliau tak ada masa nak fikir bahagian PKR ni sewa pejabatnya berbayar atau tidak, para pengikutnya cukup makan pakai atau tidak, kerana mentadbir negeri jauh lebih penting daripada parti.

Tapi bolehkah Aziz Bari jadi seperti Khalid Ibrahim? Walhal Khalid Ibrahim pentadbir, pengurus, sedangkan Aziz Bari ahli akademik. Mungkin Aziz Bari boleh menyumbang sebagai menteri yang jaga undang-undang atau menteri pengajian tinggi misalnya, itu pun kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah. Kalau tidak, beliau hanya akan jadi seorang ahli parlimen biasa sahaja (sekali lagi, itu pun kalau menang lah).

Pandangan peribadi saya, seekor harimau itu ditakuti orang kerana hebatnya di hutan rimba, tetapi kalau harimau itu duduk di dalam sangkar zoo, segagah mana pun harimau itu orang sudah tidak takut lagi dengannya. Maka hebatnya ahli akademik itu di gedung ilmu, bukan di lapangan politik. Kalau ahli akademik sudah masuk politik, jadilah seumpama harimau yang masuk zoo. Begitulah analogi saya mengenai kedudukan Aziz Bari. Kalau sudah masuk politik, agaknya orang sudah 'malas' nak dengar pendapatnya lagi.

Segalanya berkemungkinan.

stadium astro

hanya fokus kepada e.p.l, setiap perlawanan dibawakan secara langsung, dan juga siaran-siaran ulangan, termasuk perlawanan-perlawanan klasik dalam tahun 1990an dan juga dalam tahun-tahun 2000.

Ia dipenuhi dengan rancangan-rancangan berkaitan e.p.l, di antaranya fanzone, bola@mamak, football today, fourfourtwo, bpl express, bpl news, monday night verdict, premier league highlight, prime time premier league, premier league world, premier league preview, bpl friday, maxis football extra, football crazy, dan juga football league goals (npower championship, league 1, league 2). kalau anda buka saluran sukan astro, anda akan dapat melihat sekurang2nya 3 rancangan di atas ditayangkan sekali pada satu masa, alahai...

dalam beberapa rancangan di atas, dapat dilihat orang2 di benua sebelah sini terlebih inggeris dari orang inggeris sendiri. mereka bercakap, mengeluarkan pendapat seperti darah inggeris itu mengalir di dalam diri mereka, sampai mereka lupa bahawa adakah mereka dipedulikan di sana? adakah pendapat-pendapat mereka diambil kira oleh persatuan bolasepak inggeris? lebih2 lagi dengan rancangan yang mengajak penonton untuk "speak your mind" itu. Apa gunanya bercakap tentang perlawanan yang dah habis, yang keputusannya tak akan berubah? bolasepak adalah permainan 90minit, dan hanya itulah yang diambil kira, tak sebelum tak selepas, nak membebel apa lagi?

sama juga mcm buka surat khabar tempatan, depan berita umno. belakang berita e.p.l, terutamanya akhbar inggeris, tapi dengan utusan pun tiada beza.

orang-orang yang baru mengenal bolasepak akan menyokong di antara 20 pasukan yang bertanding dalam e.p.l, nak harapkan sokong inter milan ke, dortmund ke, jgn harap la.

kita akan mengenali hampir keseluruhan pemain kelab wolverhampton wanderers misalnya. pemain-pemain yang bermain di liga lain pula hanya akan dikenali dalam dua keadaan, pertama apabila kelab mereka lawan dengan kelab dari e.p.l (atau england) dan kedua, jika kelab e.p.l berminat untuk membeli sesuatu pemain itu.

liga lain? hanya setakat bawa siaran langsung 90minit, dan highlight game dalam seminggu, tu je la, nasib baik juga ada. kamera pun ntah ape-ape, bola tak nampak la, mcm2.

jadi, jika anda menyokong stoke city, berbaloi la melanggan astro, tp jika anda penyokong ajax amsterdam, hmmmmm.....

the fall of man

di dalam doktrin agama kristian ia merujuk kepada peristiwa yang membawa kepada penurunan adam dan hawa ke bumi, walaupun tidak disebut secara spesifik di dalam injil.

apa yang penting di sini ialah, keimanan dan kepercayaan bahawa adam ialah manusia pertama yang dicipta oleh allah, yang diajarkan oleh allah dengan nama-nama benda, yang tidak diberikan kepada malaikat.

bergerak dari kepercayaan ini, manusia pertama adalah manusia yang bijak, pandai, dan tahu apa yang patut dia buat, dan semestinya sudah boleh bercakap, berfikir dan sebagainya. dan, kita tak perlu terkejut dalam membayangkan betapa majunya orang dulu-dulu.

dalam masa yang sama, wujud konflik dalam pemikiran kita tentang macam mana org zaman dulu hidup, dengan pakai cawat, tak boleh bercakap, mesti cakap pakai bahasa isyarat, dan sebagainya. kita tertanya-tanya kenapa pen dinamakan pen, dan bukan lembu, atau sebagainya. kita memikirkan benda-benda ini berdasarkan cerita-cerita yang kita tengok di tv.

ya, apa yang kita tonton membuatkan kita terfikir bahawa org zaman dahulu primitif, mundur, dan lain-lain, sedangkan kita lupa untuk merujuk kepada quran yang dengan jelas menerangkan penciptaan adam dan apa yang diajarkan oleh allah kepadanya.

pada saya, orang pertama dan zaman-zaman awal manusia hidup dengan sistem, dan bukannya hidup melarat tak tentu hala seperti orang yang bingung.

oleh yang demikian, semoga kita dapat membuang kecelaruan ini yang sememangnya tidak patut ada dalam jiwa setiap orang yang beriman.

Liga Arab

Ini adalah jawapan yang biasa kita dengar tentang pandangan penonton bola sepak tempatan terhadap sesuatu liga:

Liga Inggeris: Main laju, cantik, tengok pun seronok (walaupun game tu antara dua kelab bangang main long-ball)

Liga Itali: Main slow, terlalu taktikal, bosan (tak tengok pun, tp dengar commentator liga e.p.l cakap)

Liga Sepanyol: Ok sikit la dari Liga Itali (yang kenal pun real madrid dengan barcelona je)

Liga Brazil: Skil banyak (tengok ronaldinho buat skil dalam iklan, terus kata liga brazil main banyak skil)

Liga Jerman: Ha? Tak tahu (tak berminat nak tgk, baik tgk e.p.l)

Liga Belanda: Tiada idea (tak berminat nak tgk, baik tgk e.p.l)

Liga Potugal: Tak tahu (tak berminat nak tgk, baik tgk e.p.l)

Liga Perancis: Tak kenal (tak berminat nak tgk, baik tgk e.p.l)

Liga Malaysia: Main entah ape-ape, takde standard langsung, baik tengok e.p.l

Aku pernah sekali pergi ke stadium darulmakmur tgk bola. dan pada waktu yang sama di astro ada tayang manchester united lawan arsenal piala f.a tak silap. semasa half time, ada tulis di score board keputusan terkini manchester lawan arsenal, 1-1, dan org2 di stadium pun tepuk2 tangan.

yang aku boleh buat hanyalah mengeluh dan membebel di dalam hati sendiri.

Malangnya Oley!

Kita semua sudah melihatnya, memujinya. Video Oley yang masyhur di Youtube itu dihasilkan sebagai satu tindak balas atau respon terhadap video Sembang Rakyat yang secara terbuka membantai hukum hudud yakni hukum Allah.

Intipati video Oley ringkas, atau aku boleh katakan sangat-sangat ringkas. Basically isinya - kalau tak tahu jangan bercakap.

Terdetik di dalam hati aku, alangkah bagusnya kalau video penerangan seperti ini dibuat jauh lebih awal berbanding video Sembang Rakyat tu. Maknanya tak payah tunggu orang mencemuh dan mengutuk hukum hudud baru nak buat video untuk membalas cemuhan dan kutukan tersebut. Lalu aku tertanya-tanya, kalau sungguh mahu menegakkan hukum hudud, takkanlah jadi dengan hanya sebuah video sedangkan laungan untuk melaksanakan hukum hudud ini sudah berkumandang sejak tahun 1990 lagi?

Di sinilah pincangnya jentera penerangan Pas, tak kira Kelantan atau pun Terengganu (sebab dua negeri je yang ada Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir). Jangan salahkan UMNO, balik balik UMNO. Duit takde salah UMNO, jambatan tak siap salah UMNO, rakyat miskin pun salah UMNO.

Aku semacam bersetuju dengan komen Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Aria Diraja Hj. Daud Muhammad yang mengatakan sebenarnya kerajaan negeri tidak betul-betul bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum hudud. Sambutan hari hudud dibuat, tapi sekadar itu sajalah. Tidak ada tindakan proaktif dibuat. Sampaikan baru-baru ini sajalah Menteri Besar Kelantan tubuhkan jawatankuasa teknikal untuk melaksanakan hudud. Setelah 18 tahun baru nak buat jawatankuasa teknikal?

Aku turut terusik dengan soalan yang dikemukakan oleh Presiden Pas sewaktu Persidangan Dun Terengganu baru-baru ni. Soalannya bila Terengganu nak laksana hukum hudud sedangkan undang-undang dah ada. Jawapan di pihak UMNO aku kira berlapik, tetapi rasional soalan itu pun aku kira mengelirukan. Kalau Pas yang memerintah Terengganu sekali pun, adakah Pas akan laksanakan hukum hudud? Soalan itu kita boleh jawab sendiri dan kita pun boleh agak apa jawapan yang Pas akan bagi, Pusat tak bagilah, takde kerjasamalah, itulah, inilah. Jadi kenapa nak dibebankan kepada UMNO pulak untuk laksanakan hudud?

Tidak keterlaluan kalau aku katakan hudud menjadi senjata Pas dan UMNO untuk membantai lawan masing-masing semasa pilihanraya. Cerita 5 tahun sekali. Pas akan kata bukan kami tak nak laksana hudud, tapi UMNO yang tak bagi. UMNO pulak kata, ini bukan hudud Allah, ni hudud Pas (habis mananya hudud Allah dan kenapa tak nak laksana?)

Pendapat peribadi aku, hudud hanya akan terlaksana kalau titahnya datang daripada Raja-Raja Melayu sendiri. Kalau nak harap parti politik, semuanya akan dipalit dengan lumpur politik. Raja-Raja Melayu, nak harapkan kesedaran mereka berdasarkan ilmu agama yang mereka ada, secara jujur aku katakan, memang takde harapanlah. Jadi tanggungjawab menyedarkan Raja-Raja Melayu terletak pada pundak para penasihat di sekeliling Raja-Raja Melayu, baik Mufti, Menteri Besar, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri dan ramai lagilah. Aku tak berniat nak persoalkan apa yang para penasihat ni buat selama ni sebab aku tau ramai di kalangan penasihat tu telah pun menasihat. Tapi yelah, dah nama pun penasihat, tinggal Raja-Raja Melayu nak dengar atau pun tidaklah. Cumanya dengan kuasa sebagai ketua agama Islam negeri, Raja-Raja Melayu boleh mendesak. Misal katanya Sultan Kelantan mahukan hukum hudud dilaksanakan di negeri baginda. Baginda boleh bawak isu ini ke mesyuarat Majlis Raja-Raja. Kenapa tak boleh laksana? Bila boleh laksana? Apa penghalangnya? Kena bertegas, macam yang Sultan Brunei buat baru-baru ni. Jadi bila Raja-Raja Melayu sendiri menjadi pendesak, takdelah timbul isu "ini hudud politik" atau "ini hudud Raja-Raja Melayu".

Nak laksana hukum hudud pun, mulut janganlah cabul sangat nak kata pelan pelaksanaan hukum hudud. Nama boleh tukar, pelan transformasi mahkamah Syariah ke, pelan peneguhan perundangan Islam ke, tapi intinya tetap sama. Letak Raja-Raja Melayu kat tengah, bincang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja, takde kaitan dengan orang bukan Islam pun. Hanya orang yang pakar saja yang boleh berbincang dan berdebat. Jadi undang-undang Islam tak terdedah kepada peluru prejudis orang Islam dan bukan Islam kat luar sana.

Inilah sebenarnya kunci perpaduan orang Melayu (nak menaip perpaduan Melayu pun serasa-rasa nak geli). Sebab aku perhatikan antara Pas dan UMNO, tidak ada perbezaan yang ketara melainkan soal dasar. Tapi soal dasar pun bergantung kepada pelaksanaan dan ianya fleksibel. Yang aku perhatikan sekarang, Pas dan UMNO bergaduh sebab Pas nak hukum Islam tapi UMNO katanya tak nak. UMNO pulak kata Pas peralatkan hukum Islam. Tapi sebenarnya masing-masing nak hukum Islam. Misalnya kalau Najib tiba-tiba kata marilah kita kembali kepada hukum Allah, aku rasa kesemua 3 juta ahli UMNO akan angguk dan setuju hudud dilaksanakan. Sekular atau tidak tu bergantung kepada pemimpin. Kalau pemimpin UMNO nak hudud walaupun perlembagaan UMNO tak secara jelas nak melaksanakan undang-undang Islam, itu tak jadi masalah. We look at the substance rather than the form. Malang sekali hukum Islam yang sepatutnya menjadi kunci perpaduan dah jadi kunci perpecahan pulak antara Melayu Pas dan Melayu UMNO.

UMNO nak ajak Pas berpadu-padu, inilah senjatanya, hukum Islam. Tunjukkan minat nak memartabatkan hukum Islam tu. Ini tidak, UMNO pun nak martabatkan Islam, tapi buat sendiri sendiri. Yang Pas pun sendiri sendiri. Rugilah.

Hanya dengan cara ini saja Pas dan UMNO boleh disatukan. Raja-Raja Melayu pun boleh menyatukan Melayu hanya melalui cara memartabatkan undang-undang Islam. Kalau tidak, sampai ke sudahlah tak habis-habis Pas dan UMNO bergaduh pasal benda yang sepatutnya tak perlu gaduh pun.

Main Cantik, Result Cantik

ARSENAL 1 - 1 WOLVERHAMPTON WANDERERS

"I don't know how many shots they had on goal or how many we had, but it's the kind of game you play 20 times, and you win 19 times and draw one. That was today, on the day where we couldn't afford it"

Membetulkan salah faham (Edisi backing Khir Toyo)

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh mahkamah kerana kesalahan membeli rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran dengan menggunakan kedudukan beliau. Ada ayat Kanun Keseksaan tu (mendapatkan bagi dia dan isterinya, bla bla bla) tapi aku pakai ayat laymen untuk menjelaskan kesalahan sebenar beliau.

Aku bangkitkan isu ini sebab banyak orang komen di Facebook mengenai ketidakadilan hukuman tu dan dibandingkan pulak dengan si polan yang mencuri susu kena dua tahun penjara dan sebagainya.

Pertama sekali, Dr. Khir Toyo tidak melakukan apa-apa rasuah dari segi duit atau mencuri apa-apa daripada sesiapa. Cuma gist seksyen 165 Kanun Keseksaan meletakkan kesalahan bagi seseorang penjawat awam (Menteri Besar dalam kes ni), menerima sesuatu barang (rumah dalam kes ni) dengan tidak ada atau tidak cukup balasan (maksud balasan di sini - Khir Toyo beli rumah tu dengan harga RM3.5 juta (2007) sedangkan penjual rumah tu membeli rumah tersebut pada 2004 dengan harga RM6.5 juta - jadi koman-koman pun sepatutnya Khir Toyo kena bayar RM7 - 8 juta untuk rumah tu). Penjual tu pulak mempunyai hubungan dengan Khir Toyo atas kapasiti Khir Toyo sebagai Menteri Besar (dalam seksyen 165 pun tak sebut penjual mesti ada hubungan perniagaan, nampak macam ada - likely - pun boleh dikira termasuk bawah kesalahan ni).

Jadi adakah hukuman 12 bulan penjara itu ringan?

Kalau nak diikutkan, berat sebenarnya. Sebab seksyen 165 memperuntukkan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 2 tahun (24 bulan). Jadi dia dapat separuh, kira beratla tu, tambahan pulak dia first offender.

Apakah sebenarnya falsafah di sebalik seksyen 165 ni?

Falsafahnya ialah, sekiranya mana-mana penjawat awam, berurusan dengan orang awam (pemaju, kontraktor, etc.) atas kapasiti dia sebagai penjawat awam, dia TIDAK BOLEH ada urusan jual beli dengan orang awam tersebut, melainkan dalam urusan jual beli tersebut, dia (penjawat awam) membeli barang tersebut dengan harga pasaran. Sebab ada kemungkinan kalau dia beli harga barang tu dengan harga yang murah (macam dalam kes Khir Toyo ni), kelebihan yang dia dapat tu akan menjejaskan integriti dia dan menyebabkan dia cenderung untuk menyebelahi orang awam tu dalam apa-apa urusan rasmi antara dia dan orang awam tu. Misal katalah, sebagai pemaju, dia mintak kelulusan Menteri Besar untuk buat projek perumahan kat Bangi. At the same time, pemaju tu jual rumah yang projek perumahan dia kat Puchong kepada Menteri Besar dengan harga yang murah. Menteri Besar bila dapat harga murah, mesti rasa macam terhutang budi, eh aku dapat murah ni, aku luluskanlah projek dia kat Bangi tu.

Makanya kesalahan bawah seksyen 165 ni tidak ada kaitan dengan mencuri, merasuah, menipu atau apa pun. Ianya kesalahan integriti yang perlu dihalang agar penjawat awam tidak mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan atas kapasiti dia sebagai penjawat awam. Maka tidak adillah nak dibandingkan kesalahan ini dengan kesalahan curi susu, curi nestum, curi getah sekerap, walaupun kesalahan yang dibandingkan tu, mungkin hukumannya terlalu berat berbanding kesalahan yang dilakukan.

Jadi, bersalahkah Khir Toyo? Bukan aku untuk menilai, tapi kes dia lekat dengan gam gajah sebab penjual tu (Shamsuddin Hayroni) dah jadi saksi utama pendakwaan dan menyebabkan Khir Toyo terkelepet di situ, tiada ruang untuk mengelak.

Berilah sedikit simpati kepada Khir Toyo. Paling tidak pun, sejarah merakamkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor selama 8 tahun. Ko mampu???

Tribute to Dr. Abdallahi ben Mohamed

Mungkin tak ramai yang mengenali Ustaz Abdallahi tapi di kalangan budak-budak Syariah AIKOL, mesti kenal punya. Aku merupakan antara batch pertama yang diajarnya pada waktu tu (2008) dan dia ajar aku Usul Fiqh IV. Tahun berikutnya sekali lagi dia ajar aku dan kawan-kawan subjek Islamic Banking dalam Arabic masa 5th year. Sampai dua subjekla aku ambik dengan dia.

Ustaz Abdallahi ialah pensyarah undang-undang Syariah yang berasal dari Mauritania. Masa dia sebut Mauritania tu, aku ingatkan nama lain bagi Mauritius. So bila aku tanya Mauritius? Dia kata tak, Mauritania. Bila aku check dengan lebai google, rupa-rupanya Mauritania tu, nuuuuun negeri kat hujung Afrika nun, lagi jauh dari Mesir, Algeria dan Sudan.

Ustaz Abdallahi ialah seorang yang cool dalam memberi kuliah. Rilek je, tak pernah marah. Dia pun muda lagi, kalau tak silap aku awal 30'an. Dia berkahwin pun time dah jadi lecturer kat AIKOL dan dapat anak pun masa kat AIKOL.

Baru-baru ni aku dapat tau Ustaz Abdallahi akan meninggalkan AIKOL. Dengar ceritanya, maknya di kampung tak sihat dan dia terpaksa berulang-alik ke Mauritania. Semester baru ni pun dia takde sebab balik kampung. Kalau balik kampung ni faham-faham jelah tambang kapal terbangnya berbelas ribu. Nak pergi Mesir pun dah berapa ribu, ni pulak nak rentas benua Afrika tu, lebih kurang macam nak pergi London jugakla tambang tiket flight tu. Jadi untuk lebih dekat dengan kampung sendiri, dengar ceritanya jugak Ustaz Abdallahi dah dapat kerja di Dubai, so jauh lebih dekatla berbanding Malaysia. (Cerita ni pun aku dengar melalui wife aku yang disampaikan melalui Ustaz Dr. Muhammad Laeba yang merupakan kawan baik Ustaz Abdallahi di AIKOL. Ustaz Laeba pun pernah ajar aku masa 5th year).

Ustaz Abdallahi merupakan seorang yang sangat baik. Sewaktu jadi lecturer di AIKOL pun aku beberapa kali sempat bersembang dengan dia. Nombor handphone dia pun aku masih simpan.

Kepada Ustaz Abdallahi, selamat maju jaya. Terima kasih di atas segala ilmu yang telah diberikan. Jazakallahu khair =)

Memahami riwayat hidup orang

Sesungguhnya sejak akhir-akhir ni begitu ramai orang menulis autobiografinya sendiri. Perkembangan ini tidaklah pelik di barat, sampaikan artis yang biasa-biasa pun ada autobiografinya sendiri. Tetapi di Malaysia, perkembangan ini agak baru dan menyihatkan.

Autobiografi atau memoir atau apa sajalah namanya akan disediakan sama ada oleh empunya diri sendiri atau pun ditulis oleh orang lain. Dan tentulah kalau orang lain yang menulis sejarah hidup orang lain, ianya tidak sama dengan empunya diri sendiri. Sesiapa pun yang menulis sejarah hidup seseorang itu, ada bahayanya. Kalau empunya diri, sedar tak sedar dia akan bias kepada diri sendiri (kita panggil ini sebagai syok sendiri). Kalau orang lain yang menulis riwayat hidup orang lain, berkemungkinan dia akan memandai-mandai dan boleh jadi bias jugak terhadap tokoh yang diriwayatkan sejarahnya itu. Aku telah bertemu dengan kedua-dua situasi ini dan sebagai pembaca, pandai-pandailah kita untuk menilainya sendiri.

Perlu disebut di sini, hobi aku ialah membaca riwayat hidup orang lain. Justeru, punyalah banyak sejarah hidup orang yang telah aku baca, tapi sebenarnya tak banyak pun lagi. Antara yang boleh aku perturunkan di sini (tajuk autobiografi boleh cari pakai lebai google):

Penulis ialah empunya diri -
1. Dato' Dusuki Ahmad (bekas Setiausaha Parlimen dan ahli parlimen Tumpat)
2. Dato' Dr. Ismail Ibrahim (bekas Ketua Pengarah IKIM dan Duta Malaysia ke Arab Saudi)
3. Senator Dr. Syed Husin Ali (bekas Timbalan Presiden PKR)
4. Subky Latif (wartawan veteran dan bekas AJK Pas Pusat)
5. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri)
6. Dato' Zaid Ibrahim (bekas Menteri)
7. Dato' Seri Yuen Yuet Leng (bekas Ketua Polis Perak)
8. Tan Sri Lim Goh Tong (taikun Genting)
9. A.Samad Said (Sasterawan Negara)
10. Tan Sri Zainuddin Maidin (bekas Menteri Penerangan)

Penulis ialah orang lain:
1. Tun Azizan Zainul Abidin (bekas Pengerusi Petronas, MAS dan Putrajaya Holdings)
2. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bekas Timbalan Perdana Menteri)
3. Ustaz Hassan Shukri (bekas Timbalan Presiden Pas)
4. Karpal Singh (DAP)
5. Lim Kit Siang (DAP)
6. Tun Mohamed Suffian Hashim (bekas Ketua Hakim Negara)
7. Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim (bapa undang-undang moden Malaysia)
8. Tan Sri Harun Hashim (bekas Hakim Mahkamah Agung)
9. Dato' Shafee Yahya (bekas Ketua Pengarah BPR)
10. Tan Sri Jins Shamsudin (bekas Senator dan pengarah filem)

...dan banyak lagi.

Apa yang boleh dipelajari daripada riwayat hidup para tokoh ini?

Banyak sebenarnya. Membaca riwayat hidup mereka memberi aku motivasi. Dalam banyak situasi, aku perhatikan mereka ini pada asalnya bukanlah orang yang hebat. Memang ada yang bijak pandai macam Prof. Ahmad Ibrahim, tapi lebih ramai yang 'biasa-biasa'. Dan bagaimana yang biasa-biasa ini akhirnya jadi orang yang ternama dan dikenali. Maknanya orang biasa-biasa macam aku pun boleh mencipta nama jugak (tapi ini taklah bermakna aku nak nama, cuma kalau dah ramai orang kenal disebabkan sumbangan/jawatan kita tu, automatik ada nama la). Kalau kita komited, ikhlas dengan kerja kita, insyaAllah ganjaran dunia akan datang dengan sendirinya.

Kita mungkin tak sedar sebenarnya sejak kecil lagi kita didedahkan dengan riwayat hidup orang lain iaitu manusia agung, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Ini juga satu motivasi. Bagaimana sirah Nabi walau berapa kali dibaca dan dihadam dari pelbagai aspek, pengajarannya tetap segar dan baru.

Ambillah pengajaran daripada riwayat hidup insan-insan hebat yang pernah melata di atas dunia. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat juga sebagai khalifah untuk memakmurkan muka bumi Allah ini.

Tanggungjawab dan profesionalisma

Entri aku yg paling baru ialah mengenai Karenah Birokrasi. Kebetulan, ada seorang teman aku menyampaikan masalah beliau pada aku, mengenai keterlewatan peguam beliau dalam menangani urusan jual beli rumah dan kurangnya respons yg sesuai dari peguam tersebut.

Apa yang berlaku ialah, kawan aku ni membeli rumah di area Damansara Damai, dan oleh kerana beliau membuat pinjaman dari salah sebuah bank tempatan, maka beliau terpaksa menggunakan panel peguam yang disyorkan oleh peguam. Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh memilih peguam sendiri, asalakan peguam pilihan tersebut juga merupakan panel bank. Bukan apa, kadang2 orang lebih selesa berurusan dgn peguam yg mereka kenali.

Dengan ilmu yg sangat2 cetek dalam conveyancing, setahu aku proses transfer dan tukar milik rumah ni dalam tempoh masa lebih kurang 2 ke 3 bulan juga. Bergantung pada kepantasan peguam, respon Lembaga Hasil dan pejabat tanah (terutama sekali kalau proses pindahmilik memerlukan persetujuan kerajaan negeri). Tapi, teman aku ni, dah lebih 5 bulan, belum lagi selesai. Urusan pinjaman sudah teratur, tapi entah di mana silapnya, penjual masih lagi belum mendapat bayaran penuh. Hasilnya, penjual ni asyik menekan kawan aku ni, untuk dapat duit. Bila pihak peguam dihubungi, hanya dapat bercakap dgn kerani. 

Bukan tujuan aku nak kritik mana2 pihak, apa lagi nak tunjuk aku ni bijak pandai dlm semua hal, tapi, masih ada ruang yg boleh ditingkatkan oleh mereka2 yg beramal sebagai conveyancing lawyer. Mereka tidak boleh lepas tangan begitu sahaja kepada kerani (walaupun kerani conveyancing selalunya lebih otai dari peguam tu sendiri). Kalau ada apa2 permasalahan rajin2 la update client, kerana nanti client akan cari, marah2 dan timbul lagi masalah. Lagi naya kalau client tu cerita pasal incompetency peguam tu, kan dah tercemar nama baik firma. Lebih naya kalau client complaint kepada bank. Reputasi peguam akan terjejas, dan kalaulah pihak bank ambil tindakan, dan hilang panelship, tak ke rugi.

Jadi aku menyeru kepada semua pihak yg rasa diri mereka berkait rapat dgn bidang perundangan, tak kira la conveyancing atau litigation atau corporate, tolong la rajin2 update client akan status file, jgn buat orang menunggu2, dan elakkan tangguh2 kerja. Client sgt2 berterima kasih kalau peguam tu menunjukkan yg mereka ambil berat pasal file mereka (Walaupun aku tahu kdg2 client atau laymen akan expect peguam tahu segala benda/peguam hanya ada 1 file/peguam mesti standby 24 jam utk client etc... Ini semua part and partial of lawyering, so sabar jela). 

Lari dari masalah ataunya kurangnya komunikasi yg berkesan akan menambahkan lagi kecelaruan. dan menimbulkan kemarahan client.

Bermuka-muka seperti Mark versi AC

Mungkin ramai dah tahu pasal berita seorang Dato' yg baru mendapat anugerah tersebut, yg juga merupakan host yg laris di Astro merangkap ahli perniagaan yg menjual gelang akan membuka laman sosial yg baru iaitu MFace. Secara tidak langsung dgn terpaparnya entri ni kat blog suaraserak yg hot tu tak la hot sgt (setakat 1000++ view kurang sebulan blog ni lahir), aku telah promote produk MFace ni. Aduii...

Katanya nanti syarikat yg develop ni akan disenaraikan dalam Bursa Malaysia. So sape2  lawyer yg baca entri ni boleh la buat proposal nak bid utk job penyenaraian tersebut, begitu juga dgn mana2 auditor, accountant dan jugak business advisor. Dari segi marketing, aku tgk betul dah la strategi Dato' AC sebab dia gua artis2 lain untuk promote laman sosial baru ni, jadinya, fan2 artis2 tersebut akan follow juga buka akaun mface. Buat masa ni, aku tak terfikir nak buat lagi akaun laman sosial, sbb aku ni introvert sikit, dan cukup la aku tumpukan perhatian pd muka buku. Menyentuh pasal muka buku ni, aku tertunggu2 bila Najwa Latif nak gubah lagu utk laman sosial AC Mizal ni. Aku harap lagu tu akan lebih catchy dan matang.

Aku bukan apa, byk cerita tidak sedap yg tersedia pasal AC ni, dari kontroversi gelang mahal dia, anugerah dato', hingga ke isu nafkah anak, aku terfikir, golongan artis ni mmg banyak pengaruhnya pada masyarakat. Aku rasa lagi ramai kenal AC Mizal berbanding Prof Aziz Bari. hatta Faisal Tehrani pun ada lagi yg tak kenal. Pdhal sumbangan mereka kepada masyarakat dan bidang2 masing2 bagi aku lebih mulia dari golongan artis ni. Malang sungguh... 

Gelang idaman??!!!

Menyentuh isu artis ni, aku gelak terbahak2 bila terbaca cadangan dari seorang artis agar kerajaan mewujudkan akta supaya artis ni dibayar gaji minima RM1,000 sebagai menghargai usaha artis. Kah Kah Kah.. Pak nelayan tak pulak mintak sampai tahap tu, pdhal dorang la yg tangkap ikan kerapu susah payah, jual murah2 kat peraih, pastu senang2 je restoran jual RM30 sekor. Aku dah melalut ni... Tak puas hati, golongan artis yg jadi pujaan, mana la tak rosak akhlaq budak2 zaman sekarang... 

Apa pun AC, selamat maju jaya. Jangan abaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Sekian.

Karenah Birokrasi






Dalam kehidupan seharian, kerjaya atau perniagaan, seseorang tidak akan lepas dari berdepan dengan karenah birokrasi. Terdapat proses dan prosedur yang senarainya tidak akan habis-habis, dan selalunya dikaitkan dengan badan-badan kerajaan/berkanun. Sebenarnya, mereka yang berada di sektor swasta pun tidak lepas atau terikat dengan birokrasi.

Proses dan prosedur bertujuan sebagai pemudah cara, agar sesuatu kerja dapat dijalankan dengan teratur, ada tempoh masa, agar dokumen-dokumen yang diperlukan tersedia. Jadi, seseorang perlu tahu sedikit sebanyak mengenai proses dan prosedur untuk sesuatu perkara, barulah kerja yang hendak dibuat itu akan lebih kemas dan tidak timbul salah faham atau kekeliruan.

Tapi, seperti yang acap kali berlaku, pemudah cara tersebut rupanya menjadi mimpi ngeri bagi seseorang. Proses permohonan yang sepatutnya mengambil masa sebulan tidak selesai dalam masa bertahun-tahun. Lebih malang, setelah beberapa ketika, hasil usaha keras untuk mengetahui akan status permohonan, kita diberitahu bahawa permohonan tidap pernah diterima atau permohonan tidak lengkap dan dinasihatkan untuk menghantar semula permohonan. Atau pun golongan-golongan bakal pendidik yang ijazah mereka memang dari dibiaya oleh kerajaan untuk menjadi cikgu. Berbulan-bulan menunggu, masih tidak dapat lantikan.

Sudah tentu kita boleh gubal dasar dan garis panduan yang pelbagai, tapi jika tidak ada semangat untuk mengikuti apa yang digubal, akhirnya akan menjadi sia-sia. Malahan akan menjadi punca kemarahan kepada orang awam kerana dasar atau garis panduan yang ada tidak dipatuhi. Pucuk pangkalnya berbalik kepada individu yang menjalankan dasar atau garispanduan tersebut.


Kepada mereka-mereka yang berkaitan, penulis berharap agar perkara-perkara di bawah diberi perhatian: -

1. Dasar digubal untuk dipatuhi, bukan sekadar pelengkap formaliti. Jadi sila hayati semangat dasar dan juga sebab-sebab kenapa dasar tersebut digubal.

2. Sila patuhi tempoh masa yang ditetapkan. Jika tertulis “permohonan akan diluluskan dalam tempoh sebulan”, maka pemohon perlu dimaklumkan pada hari ke-30 pemohon dimaklumkan status permohonan.

3. Jika tempoh masa yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi, sila maklumkan kepada pihak-pihak yang terbabit. Komunikasi yang berkesan akan mengelakkan kekeliruan.

4. Tanamkan sifat untuk menjadi proaktif dan menumpukan perhatian kepada bidang tugas masing-masing. Jangan jadi seperti pahat, ditukul baru bergerak.

Sudah tentu perkara-perkara di atas tidak dapat menyelesaikan kesemua permasalahan yang ada. Tapi, jika ada kesedaran dari penjawat awam atau swasta mengenai etika kerja dan ada perasaan simpati kepada mangsa-mangsa karenah birokrasi, maka masalah-masalah kelewatan dan lain-lain boleh dikurangkan.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Memartabatkan Bahasa Arab

Hal entum ta'lamu lughatal 'arabiyah?

Cewah, dah lama tak kecek bahasa arab ni. Pdhal dulu masa kat uni arab level 3 je, seminggu kelas 16 jam, kdg2 sampai pkl 6.30 baru habis kelas. Tak boleh riadhah (bersukan).

Kalau anda pernah tgk dulu, ada sorg mamat arab dari mesir ni kecek klate, tapi kali ni aku buat pendedahan ekslusif mengenai org2 Melayu yg kecek arab, arab fushoh, skema. Video ni hasil ihsan seorang kenalan yg hanya ingin dikenali sebagai NUR. NUR ni power cakap arab, dulu sekolah agama kat Segamat. Aku mmg tabik spring la kat NUR, rajin, gigih, amanah. Mmg menantu pilihan la. Hensem orangnya (^^,)

So, saksikanlah, tp aku tak sempat buat subtitle (kalau ada kesempatan aku buat, tp tak janji). Secara ringkasnya, mereka2 ni tgh promote ubat gigi. 


Aku berharap usaha2 untuk memartabatkan bahasa arab ni lebih ditekankan oleh pihak2 yg berwajib. Macam ni la nak belajar bahasa arab, bukan setakat baca buku je, kena jugak latihan secara shafawi (lisan). 

** Amaran, ini  bukan video syok sendiri.

SNSG - Pinter Ngaji

Hari ini merupakan hari yg bosan untuk aku. Jadi aku nak buat perkongsian mengenai sebuah video klip dari Indonesia. Liriknya mmg bagus, suruh org mengaji dan lain2 ibadah, serta menyuruh org meninggalkan judi. Aku rasa ni dalam bahasa jawa. Mungkin kita memerlukan Andik pemain gelandangan timnas Indonesia yg menyekor ketika menentang tim Kelantan baru2 ini untuk tolong terjemah. 

Jadi, di dengarin ya lagunya. Jangan pusing2.


"Zakatlah kalau pengen rizki ngalir non stop."

Michael Carrick - the unsung hero

Ramai orang cakap bahawa blog suaraserak ni adalah pro Arsenal, sokong Arsenal, dan artikel semua pasal Arsenal. Ktorang ada sebab sokong Arsenal, sebab Arsenal main beautiful football. Kalau tak percaya, sila baca ini dan ini dan juga ini.

Untuk menunjukkan bahawa yg blog ini adalah blog yg neutral dan non partisan, aku tulis khas entri ini: MICHAEL CARRICK - pemain tengah Men Yu yang memang handal dan tangkas (walaupun dia tak lari laju).


Michael Carrick
Hensem tak aku??


Ni biodata mamat ni:

Nama sebenar: Michael Carrick
Tarikh Lahir: 28 Julai 1981
Kewarganegaraan: England (22 caps)
Kelab2: West Ham (1997 - 2004), Totenham Hotspurs (2004 - 2006), Men Yu (2006 - sekarang)
Posisi: Midfield
Makanan kegemaran: Tidak diketahui
Musik: Hip Hop, R&B

Baru2 ni, beliau telah dianugerahkan anugerah "Best Lionel Messi Impression" oleh Goal.com kerana berjaya menjaringkan gol secara solo, setelah menggelecek 4 ke 5 pemain QPR sebelum meledak suatu rembatan padu tepat ke arah gol. Power tak? Mmg power kan (´・ω・`)...

Malahan, young Men Yu player, Phil Jones mengatakan bahawa Carrick ada deria ke-6, kerana Carrick boleh rasa di mana bola akan berada di padang.

Tapi bagi aku, Hardi Jaafar main lagi best  dari Carrick ni. Dan aku menunggu-nunggu bila la Men Yu nak jual Carrick.

Kah Kah Kah...


nota kaki: ini adalah entri ringan2 sempena hujung minggu.

Sudut Sastera: Sajak Pejuang Agama

Pejuang Agama
Tiada pangkat
Tetap setia
Tiada upah
Tidak berkira
Tetap berjuang
Tak menang tak mengapa
Bukan itu yang Allah nak tanya
Niatnya berpahala saham ke syurga

Pejuang Nak Nama
Ada pangkat
Adalah setia
Apa yang dilabur
Mesti berlaba
Memang berjuang
Selagi ada nama
Ikhlas atau tidak jangan ditanya
Yang penting jasanya disebut sentiasa

Pejuang Agama
Berwang atau tidak berwang
Bukan itu yang dipandang
Asalkan ikhlas berjuang
Bukannya jadi beruang

Jadilah Pejuang Agama
Jangan jadi Pejuang Nak Nama
Nampak macam sama
Tapi yang kedua masuk neraka

Mohamed Hadi al-Majwi
Apartmen Universiti
Batu 1o 1/2 Gombak



Siri Bercakap Dengan Ahmad Ibrahim (bahagian 2)

(sambungan dari bahagian 1)

S: Bagaimana perkara ini dapat dilakukan, sedangkan baru-baru ini mereka telah didedahkan bagaimana Pakistan yang melaksanakan undang-undang Islam di bawah Presiden Zia-ul-Haq telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas bekas Presiden Ali Bhutto? Tentu mereka beranggapan bahawa undang-undang Islam itu zalim, lebih keras dari undang-undang Inggeris sendiri?

J: Mestilah ditegaskan di sini bahawa prinsip perundangan Islam itu ialah atas dasar persamaan dan keadilan. Dalam Islam setiap manusia itu adalah sama dari kaca mata undang-undang tidak kira bangsa, agama atau taraf darjatnya.

Kaum Muslimin tidak berpegang atau mengikut teori bahawa raja, permaisuri atau seorang presiden itu tidak boleh melakukan kesalahan dan tidak boleh didakwa. Mereka seolah-olah sunyi dari melakukan kesalahan.

Kaum Muslimin berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang. Yang benar adalah benar dan yang salah tetap salah, tidak kira siapa yang melakukan kesalahan itu mereka mesti dihukum mengikut undang-undang yang ada.

Kita patut merenung kembali kepada sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: "Orang-orang yang sebelum kamu menjadi hancur disebabkan apabila seseorang yang terhormat mencuri, maka mereka membiarkannya. Tetapi jika orang lemah yang mencuri, maka mereka menjalankan hukuman ke atasnya. Demi Tuhan, kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, tentu saja dipotong tangannya".

Undang-undang Islam juga tidak zalim atau menganiayai orang-orang yangg lemah dan miskin atau kaya sekalipun. Sebagai contoh dalam Islam hukuman bunuh hanya dikenakan atas empat perkara: Zina, membunuh orang, pengkhianat atau penderhaka dan murtad. Bagaimanapun ini tidak bermakna jika seseorang itu melakukan perkara-perkara tadi mereka dengan begitu mudah boleh dijatuhkan hukuman bunuh.

Bagi orang yang berzina, hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan sekiranya terdapat empat saksi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri atau penzina mengaku sebanyak empat kali. Ini jelas sahaja perkara yang mustahil atau susah didapati kerana biasanya orang yang hendak melakukan hubungan jenis tidak akan melakukannya di hadapan orang ramai tetapi sebaliknya di tempat-tempat yang tersembunyi.

Begitu jugalah halnya dengan perbuatan membunuh orang, tidak semestinya dijatuhkan hukuman bunuh kerana di bawah hukum Qisas pesalah boleh membayar gantirugi kepada saudara-mara si mati atas perbuatannya yang telah terlanjur itu.

Juga bagi treason tidak mesti dan boleh dihukum bunuh sehinggalah orang itu telah menimbulkan keadaan huru-hara dalam negeri dan dengan adanya dia akan terus menjadi beban kerana mengganggu ketenteraman awam dan mengacau kedamaian negara.

Bagi yang murtad, mereka itu hanya dibunuh sekiranya setelah kembali ke agama asalnya menjadi musuh kepada Islam. Tetapi sekiranya ia kembali ke agama asalnya tanpa menjadi musuh Islam maka mereka tidak boleh dihukum bunuh, hanya setakat hukuman lain yang lebih ringan.

Di Malaysia sekarang orang yang menyimpan senjata api tanpa lesen atau dadah merbahaya boleh dijatuhkan hukuman bunuh, sedangkan dalam Islam kesalahan seumpama itu tidak boleh dibunuh, hanya setakat hukuman lain sahaja.

Di England undang-undang mereka di kurun ke-13 mengenakan hukuman bunuh dan dirampas harta untuk raja bagi kesalahan mencuri dan merompak. Hanya dalam kurun ke-19 ini sahajalah hukuman itu telah ditukarkan kepada penjara.



bersambung jua, jika ada masa

Siri Bercakap Dengan Ahmad Ibrahim (bahagian 1)

Temubual ini pernah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 Mei 1979 sewaktu Almarhum Tan Sri Profesor Datuk (Dr.) Ahmad Mohamed Ibrahim memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya. Ya, 1979, sewaktu pemerintahan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri. Hayatilah pemikiran Almarhum, bapa undang-undang moden Malaysia mengenai persoalan kesesuaian aplikasi undang-undang Islam di Malaysia.

Soalan (S): Profesor, adakah apa-apa syarat yang dikenakan terhadap sesebuah negara untuk menjalankan undang-undang Islam?

Jawapan (J): Kalau orang-orang beriman sedar dan tahu tanggungjawab mereka pada agama dan percaya dengan sebenar-benarnya kepada apa yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad, maka dia patut dan mesti patuh kepada syariah (undang-undang) Islam.

Sebenarnya tidak ada syarat khas bagi sesebuah negara untuk menjalankan atau melaksanakan undang-undang Islam seperti juga sekarang tidak ada syarat dikenakan kepada Malaysia untuk melaksanakan undang-undang Inggeris.

Itu terpulang kepada kehendak mereka dan sejauh mana kepercayaan mereka kepada sesuatu undang-undang dan di sini kepada hukum Allah sendiri. Jadi secara tidak langsung bolehlah kita katakan syaratnya ialah ada manusia, masyarakat dan percaya undang-undang Islam itu sebagai sebaik-baik dan seadil-adil hukum di muka bumi ini.


S: Adakah masyarakat berbilang kaum dan agama itu merupakan satu halangan untuk melaksanakan undang-undang Islam di sesebuah negara?

J: Islam ialah mesej diturunkan untuk semua manusia dan bersifat universal tidak kira kaum, bangsa atau di mana sahaja mereka berada. Oleh itu undang-undang Islam juga bersifat universal dan tidak hanya bersifat nasional yang terhad dan terbatas kepada puak-puak tertentu.

Apa yang perlu ditegaskan ialah bahawa Islam itu adalah cara hidup yang sempurna dan tidak sekali-kali Islam itu merupakan agama, dalam istilah barat, kerana Islam memberikan segala petunjuk tentang kemanusiaan dalam segala bidang hidup mereka sedangkan agama bagi barat hanyalah yang bersangkut-paut dengan ibadah dan tidak ada kaitan dengan duniawi.

Lebih dari itu Islam juga adalah sesuai untuk setiap zaman dan itu sahajalah agama yang diredai oleh Allah sehingga akhir zaman bagi hamba-hambaNya yang beriman.

Lagipun telah terbukti bahawa di zaman Nabi Muhammad serta Khulafa' ar-Rasyidin dan zaman khalifah-khalifah Islam yang lainnya, undang-undang Islam telah dilaksanakan di mana-mana juga jajahan takluk Islam ketika itu walaupun terdapat pelbagai bangsa dan manusia yang menganut pelbagai agama.


S: Adakah Profesor mengatakan negara kita yang mempunyai penduduk dari berbilang bangsa dan agama tidak menjadi halangan kepada undang-undang Islam?

J: Tentu sahaja. Lagipun dari satu segi, orang-orang bukan Islam di Malaysia sekarang bukan mengikut undang-undang mereka, orang Cina dengan undang-undang Cina, orang India dengan undang-undang India. Ini tidak berlaku. Mereka semua sekarang disogokkan oleh undang-undang Inggeris.

Tidak menjadi masalah kalau mereka sekarang diperkenalkan kepada undang-undang Islam yang mana jika mereka kaji dan mengetahui dengan lengkap adalah lebih baik, adil dan saksama berbanding undang-undang Inggeris yang dikenakan kepada mereka.

Apa yang perlu dilakukan ialah kita mesti tunjukkan dan buktikan bahawa antara kedua-dua undang-undang Inggeris dan Islam, mana yang lebih sesuai bagi negara kita.

Tentu sahaja jika dahulu setiap mereka sedia menerima undang-undang Inggeris tidak ada sebarang sebab pula untuk mereka menolak dan enggan menerima undang-undang Islam sekarang, apatah lagi telah terbukti ianya lebih sesuai.




bersambung lagi, jika mahu...

Orang Muda




org muda penuh gelora jiwanya..
dicabar mudah terbakar..
diacah mudah melatah..
pemberontakan jiwa seringkali mengatasi kerasionalan minda..

ihsan Enchik Chekgu

Pembahagian / Perkongsian Kekayaan

Aku sangat2 tidak bersetuju bila tengok golongan artis2, org2 kenamaan membelanjakan sejumlah wang yg kadang2 mencecah jutaan ringgit dlm majlis perkahwinan. Baju pengantin mencecah ratusan ribu ringgit. Kek bertingkat-tingkat yang harganya lebih tinggi dari deposit kereta tempatan. Itu suatu bentuk pembaziran. Kalaulah duit itu dibelanjakan utk sponsor rumah anak2 yatim atau golongan miskin dan gelandangan, pasti lebih banyak faedahnya.

Aku tidak dengki pada mereka2 yg punya wang ni, tp tidak ada faedahnya kita berbangga dgn kemewahan, kekayaan, sedangkan pada masa yg sama ada rakyat negara kita yg berpendapatan RM50 sehari. Bukan aku bermaksud supaya org miskin ni disuap atau dimanjakan dgn derma dan sumbangan, tp mesti ada jalan utk membantu mereka2 yg serba kekurangan dari belenggu kemiskinan. Jgn bagi mereka ikan, tp bagi mereka pancing.

Hakikatnya mmg ramai dermawan di luar sana, yg kebajikan mereka tidak digembar-gemburkan. Tahniah kpd golongan2 ini. Tp bagaimana pendirian sesetengah golongan yg menunjuk-nunjuk dgn hati yg bangga perihal kekayaan mereka dan kemampuan duniawi mereka, sedangkan ada anak2 yg tidak ke sekolah atas sbb ibu bapa tidak mampu? Apa kita tidak malu ada orang yg makannya pisang rebus 2 kali sehari sedang kita enak makan KFC?

Bagaimana pula dgn kisah bapa terpaksa menjual tanah sawah utk anak dihantar ke universiti tempatan? Pak menteri atau VVIP tiada masalah, ramai anak2 mereka kini belajar sambil menikmati musim sejuk di Eropah atau Australasia.

Jadi kawan2 yg bergelar peguam, majistret, penasihat undang2, doktor, guru, accountant, pensyarah dan selainnya, jgn lupa kita ada peranan. Betul kita ada hak utk enjoy setiap sen hasil titik peluh kerjaya, tp pada masa yg sama kita ada tanggungjawab utk memberi atau berkongsi secebis nikmat yg kita ada.

Bendera dan Ludah

Baru-baru ini tersebar di internet video segerombolan pemuda, yang mendakwa diri mereka Pemuda UMNO cawangan PJ Utara, membuat ancaman untuk meludah muka mahasiswa yang menurunkan bendera yang ada wajah PM Malaysia, DS Najib Razak.

Insiden penurunan bendera tersebut berlaku di PWTC, ketika sekumpulan mahasiswa membuat perarakan dan menuntut supaya AUKU dimansuhkan.

Jadi, puak-puak penyokong Pemuda Umno cawangan PJ Utara rasa terhina dan dipermainkan lalu rasa terpanggil untuk membuat video tersebut. Mungkin ada benarnya mereka merasakan mahasiswa tersebut bersikap kurang ajar dan tidak hormat kepada pemimpin dengan menurunkan bendera tersebut.

Komen: Penghasilan video tersebut serta skripnya merupakan suatu sikap dan respons yang kurang matang. Ancaman untuk meludah dan menampar mahasiswa tersebut adalah budaya samseng. Bukan budaya penglima perang. Sudahnya, video tersebut menjadi bahan lawak dan melucukan bagi sesetengah pihak. Bahkan ada ada video parody mengajuk rakaman tersebut, dan memang kelakar. Kah… kah.. kah…

Cukup-cukuplah, tidak perlu tulisan yang panjang mengenai perkara ini. 

Ini bukan gambar peludah dalam video tersebut

Ironi Yuran Guaman

Masa aku praktikal dulu aku buat di sebuah firma kecil, hampir 100% conveyancing (yang berkaitan jual beli tanah) dan banking. Banking pun setakat penyempurnaan suratcara pinjaman, bukan sampai juta-juta pun. Tujuan pinjaman rata-ratanya nak beli tanah atau baiki bot. Dah jadi adat, lepas semua urusan guaman selesai, bila keluarkan bil, client atau peminjam ni sangat susah nak bayar, siap mintak diskaun. Tp rata2 masa tu aku tgk semua orang kampung, dari zahirnya, mmg tak berkemampuan.

Pernah aku lihat, pinjaman setakat RM15k. Yg dtg sign pakcik dlm lingkungan 50an. Campur semua legal fees utk S&P, loan dan disbursement termasuk la stamp duty utk S&P dan loan agreements dll, mencecah RM1,000++ jugak, seingat aku la (nak kira skrg ni malas, haha..). Mengeluh pakcik tu tgk bill. Kenapa mahal sangat, dia tanya. Aku dgn gagapnya (yela masa tu 3rd year), cuba la explain fee utk S&P dan loan ni mmg tak bole ubah sbb dikawal oleh Solicitors' Remuneration Order 2006. Yg stamping pulak bukannya yuran guaman, tp bayar kat kerajaan (firm tu tolong bayar awal2 stamping sbb pakcik tu ckp mmg takde duit). Pakcik tu kerut2 dahi, mintak tak boleh diskaun ke. Aku pun terangkan lagi, yuran guaman ni mmg tak boleh diskaun. Yg aku kasihan, yuran guaman akan dipotong dari jumlah pinjaman. Jadinya, aku dgn keizinan bos masa tu, potong2 la disbursement setakat yg boleh, seminima yg boleh, tak banyak pun. Tp pakcik tu rasa sgt2 bersyukur, tak habis2 ucap terima kasih. "Terima kasih tuan". Pdhal aku ni grad pun tak lg.

Fast forward beberapa tahun lepas tu, aku grad dan sempat kerja kat tier 3 law firm, buat korporat. Jual beli tanah ni dah tak sentuh, "bottom of the pyramid" bekas big boss aku cakap. Korporat korporat korporat. Client semua big corporation, kontrak juta2, legal fees puluhan ribu ke ratusan ribu. Tp aku jumpa 1 persamaan masa aku praktikal dulu. Bila keluarkan bil, client semua lari, bila dihubungi "I'll speak to you later, in a meeting right now". Tak pun, "you kontek la boss I, dia yg in charge bab payment". Lepas tu mmg kalau kita tak follow up, mmg wassalam la. Tu aku kategorikan sebagai alasan 1 sen. Ada client yg sampai ratusan ribu ringgit yuran guaman, dan tertunggak 3 tahun. Sampai tahap minta buat bayaran ansuran, itu pun masih tak bayar2 jugak.

Aku tertanya-tanya, apa bezanya pakcik yg buat pinjaman RM15k dan yuran dia lbh kurang RM1k (termasuk disbursement) dgn corporate client yg kontrak juta2, legal fees mmg sgt2 reasonable dgn nature legal service yg diberikan, tp kedekut bila bab pembayaran? Sekurang-kurangnya pakcik tu ada keberanian beritahu dia tidak mampu.

"Kaya itu bukan kerana banyak harta, tetapi kaya itu adalah kaya jiwa"

Acum

Untuk memeriahkan lagi medan Pendapat Penting, aku dengan kuku besinya menambah satu lagi  ruangan, khusus untuk literasi, membolehkan blogger-blogger suaraserak berkongsi hasil karya, bahasa atau untuk ulasan buku-buku atau yang seangkatan dengannya. Sebagai permulaan, aku hendak berkongsi satu perkataan iaitu : ACUM.

Aku masih ingat peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia, kertas bahasa Melayu pada tahun 2002, salah satu soalan ialah buat ayat dengan perkataan acum. Aku rasa hampir keseluruhan tidak dapat menjawab dengan tepat, kerana tidak tahu maksum acum. Tidak silap aku, acum penggunaanya lebih kerap di bahagian utara semenanjung. Oleh kerana aku pernah belajar di Kedah, aku menjawab dengan jayanya.

Maksud acum: menghasut, menentang
Contoh ayat: Siti Payung mencari akal untuk acum penyokong Arsenal tidak sokong Arsenal.

Oleh kerana Siti Payung dan Richard merupakan Englishmen, aku sediakan maksud acum dalam bahasa ibunda Prince William : instigate, provoke, incite

Sekian

bolasepak dan penonton

Kesimpulan:

Pertama, orang malaysia 85% akan tonton liga perdana inggeris, termasuk f.a cup yang melibatkan kelab yang ntah ape2, takpe, yang penting english.

Kedua, dalam epl pula, 85% akan sokong Manchester United, dan merasakan rooney itu pemain paling hebat.

Ketiga, dalam kejohanan bola sepak antarabangsa, orang malaysia akan sokong antara dua pasukan ini, england atau brazil, atau sokong je dua2 sekali.

mungkin bersambung....

French Revolution

Kedatangan Arsene Wenger ke Liga Perdana England (epl) sungguh memberi kesan kepada corak dan pola epl itu sendiri. Namun, dalam banyak perkara yang dilakukannya, terdapat dua aspek yang beliau begitu menonjol, yang juga disedari oleh peminat dan juga yang tidak minat.

Pertama, dengan memperkenalkan corak beautiful football. Epl sebelum kehadiran beliau, bola menghabiskan terlalu banyak masa di udara. Ini terjadi apabila pemain-pemain menggunakan jalan pintas untuk terus ke gol lawan, di mana penjaga gol atau pun pertahananakan menghantar bola tinggi langsung ke dalam kotak penalti lawan untuk disudahkan oleh penyerang (kalau penyerang tu slow tak dapat bola, dia akan tepuk-tepuk tangan sambil tengok orang yang hantar bola).

Sebaliknya, falsafah beautiful football yang diamalkan oleh Arsene Wenger, yang mementingkan hantaran pendek dan lorongan bola cantik telah mencetuskan gusar di pihak lawan. Mereka sebelum ini sudah biasa dengan hantaran bola di udara, tetapi Arsenal bermain sebaliknya, bola lebih banyak berada di atas padang.

Taktik ini begitu menjadi bagi Asenal sehinggakan mereka dengan mudahnya berjaya memecah monopoli Manchester United di dalam kejuaraan epl. Ini dibuktikan dengan kejayaan mereka dalam mengharungi satu musim tanpa kalah.

Setelah sekian lama, epl nampaknya sudah berjaya membaca permainan Arsenal. Mereka seolah-olah sudah mendapat jawapan bagaimana untuk mengekang beautiful football yang dibawa Arsenal. Akibatnya, Arsenal dan kecederaan tidak dapat dipisahkan. Pemain-pemain Arsenal menjadi mangsa terjahan keras pemain lawan, yang begitu geram melihat pemain-pemain Arsenal menghantar bola dengan mudah kepada rakan sepasukan.

Arsenal membayar harga yang mahal terhadap beautiful football mereka. Sehingga artikel ini ditulis, mereka gagal untuk memenangi sebarang piala yang dipertandingkan sejak kali terakhir mereka memenangi f.a cup pada 2005.

Revolusi kedua pula adalah berkenaan penggunaan pemain-pemain muda bawah 33 tahun yang menjadi tulang belakang kepada kekuatan Arsenal. Saya lebih suka untuk menamakan fenomena ini sebagai forever young.

Tindakan Arsene Wenger dalam membeli pemain-pemain muda menampakkan hasil yang memberansangkan pada awalnya, sehinggakan saya sendiri merasakan pada tahun 2005 bahawa dengan pemain-pemain muda yang dibeli ketika itu, inilah pasukan yang paling hebat untuk 50 tahun lagi. Sebut saja pemain-muda mereka, Pennant, Aliadere, Flamini, Song, van Persie, Hoyte, Djorou, Quincy Owusu Abeyie, Fabregas, Eboue, pasti kita terfikir bahawa mereka-mereka inilah yang akan meneruskan legasi Arsenal untuk masa hadapan.

Sehingga ke hari ini, Arsenal masih lagi menggunakan pemain-pemain muda bawah 33 tahun dalam pasukan mereka, untuk tahun ini sahaja, kita lihat pelaburan Arsenal kepada Oxlade Chamberlain, Aneke, Afobe, dan juga Arteta, Benayoun, Squillacci dan banyak lagi.

Arsenal sememangnya dari dulu lagi dikenali sebagai young guns. Ia bagaikan sesuatu yang selalu disanadkan kepada Arsenal. Setiap tahun mereka akan dipanggil young gun, walaupun mereka menggunakan pemain-pemain yang sama setiap masa. Lihat saja Arshavin, Rosicky, Sagna, Persie, Vermaelen, Konsielny dan lain-lain lagi.

Walaupun kebanyakan umur pemain yang saya sebutkan di atas sudahpun lewat 20an, namun di hati saya mereka tetap young gun. Sebab itulah saya suka menamakan fenomena ini sebagai forever young.

Dalam pemerhatian yang lain pula, Arsenal, walaupun hanya meletakkan 2 orang pemain bawah 21 dalam kesebelasan utama, media-media masih lagi menggelar mereka sebagai young team.

Kita di Malaysia hanya menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh media-media sukan britain, dan tidak hairanlah dari aspek bolasepak, penyokong-penyokong bolasepak inggeris di malaysia nampaknya lebih inggeris dari orang inggeris.


Kenapa saya sokong Arsenal?


Hai, nama saya Sagna.

Kah... kah... kah...

Sempena Man Siti nak lawan Arsenal malam ni, aku buat beberapa tribute berkaitan Arsenal. Sebab malam ni aku nak sokong Arsenal.

1. Arsenal menurunkan pemain yang rata-ratanya dikategorikan sebagai young player. Untuk anda yang tidak tahu, Arteta, merupakan yang paling young, sebab dia baru join Arsenal dari Everton. Man Utd asyik-asyik bagi Chris Smalling dgn Phil Jones main, tak pun De Gea, bosan gilerrrr...

2. Arsenal main bagus, kata orang putih, beautiful football. Tapi yang score asyik Van Persie je. Kalaulah Arsenal ada ramai lagi penjaring gol, kan lebih bagus. Tgk Man Utd, Carrick pun score, Phil Jones tu kalau Rooney injured boleh jadi penyerang.

3. Ada young and hot prospect wonderkid seperti Afobe dan Aneke. Man Utd cuma ada Pogba sahaja. Fryers, Macheda, Fabio, Rafael... Eh, banyak la pulak.

4. Fans Arsenal semuanya sporting. Fan Man Utd sokong sebab menang je, bila kalah kutuk-kutuk. Fan Arsenal tenang je walaupun Arsenal dah lama tak menang piala.

5. Yang lain-lain aku serahkan pada Siti Payung dan Richard sambung.


Go Gunners.

A.K.U: Aku, kau, universal

Pernahkah anda mendengar ungkapan2 berikut?

“Aku pilih soalan yang lagi susah, dapat markah paling tinggi”

“Aku tension la kerja banyak, buat sorang2 pulak, kau tak pela, ada orang lain tolong”

Atau, kata2 seperti :

“Relaks la, kau ambil sastera je, aku ambil sains. Lagi susah”

“La, kau tak faham ke? Benda tu senang je kot, aku pejam mata dah boleh buat”

“Ye la, betul la, aku pun mcm tu jugak, tapi lagi dahsyat tau”

Tak pun bila anda berkata: “Boss aku garang, sikit2 nak maki” Kemudian ada orang balas Kau tak rasa lagi azab kerja kat ofis aku, bukan setakat maki, herdik, mencarut semua ada

(Untuk kesan yang terbaik, sila baca dengan nada dan tona suara yang bersesuaian)

Kalau kita rumuskan, ungkapan2 di atas akan berbalik pada “aku”, “aku” dan “aku”. “Aku lah yg ter…”, “akulah yg paling…”, “akulah itu”, “akulah ini”, dll. Huh, aku tak mengerti... (nada Once nyanyi sambil geleng2 kepala). 

Even benda yang kecik2 pon nak jugak gelaran “aku” tu dan ada sahaja usaha untuk meng”up”kan diri sendiri dan menge”down”kan orang lain.  

Aku pernah terbaca dlm Rider’s Digest (entah edisi ke berapa), kalau orang2 yg seringkali atau ada kecenderungan utk mengatakan ungkapan2 atau kata2 seperti di atas, mereka itu digelar “suffermore”. Bagi aku, terma yg dicipta ni, memang tepat temanya. Jami’ wa mani’. Descriptive, yet restrictive.

Apa yg kita ptt buat dengan golongan2 ashabul suffermore ni? Rejam? Layankan je? Atau dipulaukan? Itu terserah pada budi bicara masing2. 

Sama tapi tak serupa

Ada pendapat mengatakan bahawa dalam dunia ni ada 7 orang yang muka mereka sama. Setelah menjalankan kajian ilmu hayat, dan menjadikan professional dalam sukan bola sepak sebagai bahan uji kaji, kami mendapati mereka-mereka ini mempunyai wajah yang sama tapi tak serupa. Aku pasti anda kenal siapa mereka dan untuk pasukan mana mereka beraksi/berkhidmat: -


Juan Mata 
Villas Boas (disebut Villash Boash)










Hubungan mereka sekadar pemain dan pengurus. Dan mereka tiada niat untuk menukar gaya rambut masing-masing. 


Mario Barwuah Balotelli


Micah Lincoln Richards
Mereka merupakan rakan sepasukan kepada pasukan yang baru nak ramai peminat, iaitu Manchester Siti.



Yang ni sah-sah la sama, pasangan kembar Aidil dan Zaquan. 1 lagi persamaan mereka ialah masing-masing mengahwini artis.


user posted image
Stuart Pearce
user posted image
Dewey (Malcolm In the Middle)

Okay, yg pasangan ni sekadar utk cukupkan korum je. Comel kan? Siapa yang paling comel?

Tapi, yang pasti mereka berdua ini mukanya memang langsung tidak serupa, anda buat2 kenal la ye...



Sebenarnya ramai lagi yang muka serupa, tapi yang tersenarai ni, pilihan aku je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets