Serak Itu Suatu Abstrak. Nampak Nyata. Boleh Dirasa. Kedengaran Ada. Tapi Fizikalnya Tiada.
Ustaz Azhar Idrus dan saya: Satu pemerhatian retrospektif
Baik, kali pertama saya dengar nama UAI ialah pada penghujung 2008 sewaktu saya sedang ambik degree Syariah 5th year. Masa tu seorang classmate menyebut nama dia dan kata kuliah UAI ni best. Recommendation dia mati di situ sahaja sebab best ni bagi saya subjektif. Dan saya ada standard tersendiri untuk menilai kualiti seseorang penceramah agama itu. Saya belum berkesempatan mendengar kuliah UAI dek kerana hambatan tugasan dan kalau nak cari pun, cari di mana?
Tak lama selepas itu rakan sebilik saya ada memasang kuliah UAI di dalam bilik. Saya pun ada dengar, tapi berbalam-balamlah sebab dia pasang di compartment dia dan bunyi yang sampai di compartment saya sipi-sipi jelah. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan saya tertarik mengenai kuliahnya, dari sudut originality suaranya. Dialek Terengganunya memang selamba. Saya mintak MP3 kuliah UAI daripada roommate saya (dia ada berpuluh stok) dan apabila berkesempatan, saya akan bukak satu persatu kuliahnya.
Tapi itulah masalahnya, nak dengar satu persatu secara konsisten tu cukup payah sebab kuliah UAI kesemuanya melebihi durasi sejam. Dan selalulah pula saya hanya sempat dengar 15 minit atau 20 minit sebelum berkejar-kejar ke kelas atau menyiapkan assignment atau tugasan lain, bila nak sambung dengar dah tak ingat berhenti kat mana lalu menyebabkan kuliah UAI yang saya dengar terputus-putus dan tidak ada continuity. Saya terus 'melupakan' UAI sewaktu chambering circa April 2009 - Januari 2010, begitu juga sewaktu bekerja di Putrajaya (Februari 2010 - Julai 2010) kerana terlalu sibuk membina karier (uwek!).
Hanya sesudah saya mula bertugas di UIAM di penghujung 2010, barulah saya mempunyai masa yang agak fleksibel dan sejujurnya pada waktu itulah, saya mula mendekatkan diri semula dengan kuliah-kuliah agama (mode: lagu Iwan Syahman). Secara kebetulan pula, Masjid al-Ridhuan, Hulu Kelang dengan julung-julung kalinya menjemput UAI berceramah dua bulan sekali di situ dengan menggunakan kitab Anak Kunci Syurga. Saya tak ingat sama ada akhir 2010 atau awal 2011, tapi di situlah segalanya benar-benar bermula.
UAI menjadi sebab penggerak kepada saya untuk hadir kuliah agama sampaikan emak saya terpinga-pinga mendengar jawapan saya apabila ditanya saya mahu keluar ke mana menjelang Maghrib. "Nak dengar kuliah Maghrib". "Aik, siapa bagi ceramah?". Masa tu nak bagitau nama UAI pun emak saya tak kenal, last-last saya cuma kata "Adalah, ustaz dari Terengganu tu". Kemudian emak saya pun perasan kehadiran UAI dek kerana banner kuliahnya yang bersepah-sepah digantung di sekitar Hulu Kelang. Beliau sebagai emak memanglah pelik sebab tak pernah-pernahnya lah anak bujangnya (waktu tu lah) pergi masjid dengar kuliah Maghrib melainkan sekali-sekala dengar ceramah politik yang tak perlulah disebut dianjurkan oleh parti mana.
Kehadiran UAI kali pertama ke Hulu Kelang memang menakjubkan, jemaah melimpah sampai ke perkarangan masjid. Sesudah itu barulah dipacakkan khemah tambahan dan dipancarkan skrin di luar masjid kerana jumlah jemaah yang hadir sudah jadi laksana penonton konsert Jom Heboh. Sekali, dua kali saya hadir ke kuliah Anak Kunci Syurga di Masjid al-Ridhuan, saya sekadar 'pemerhati bebas', walaupun kitab Anak Kunci Syurga tu saya beli. Tapi setelah 4, 5 siri kuliah barulah UAI masuk betul-betul pada isi kitab dan siri-siri awal tu beliau menceritakan hal-hal mukaddimah mengenai bismillah dan lain-lain lagi.
Banyak sebab boleh diberi, kenapa orang minat dengar kuliah UAI. Dari segi kesudiannya menjawab soalan, dari segi humornya, dari segi itu, dari segi ini, tetapi saya ada dua sebab yang menyebabkan saya tertarik dengan kuliah UAI. Pertama dari segi mantiq dan hujah logik yang diberikan, cukup simple dan saya kira setaraf dengan Tok Guru Nik Aziz (sehingga kini saya kira TGNA ialah raja 'mantiq'). UAI akan memberi contoh-contoh yang cukup mudah, tapi kita langsung tak pernah terfikir sebelum ni. Contoh bagaimana kita hanya bersyukur kalau dapat makan tapi bila kita kencing atau buang air besar, kita terlalu jarang bersyukur.
Keduanya, penyampaian UAI yang direct dan tidak bertapis-tapis (unsur humornya termasuk di sini jugak). Penyampaian UAI persis Dato' Ismail Kamus (DIK), cumanya zaman kemuncak DIK kita tidak ada Youtube dan Facebook. Di sinilah advantage UAI yang pandai memanfaatkan teknologi, berbeza dengan DIK yang lebih konvensional. Kalau DIK masyhur dengan quote "Ini BANGANG namanya", UAI juga sohor dengan quote "BODO ke cerdik?".
Saya tak kisah kalau orang tua-tua atau orang yang lebih 'berhalus' kurang berkenan dengan gaya penyampaian UAI sebab kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Kalau lebih nak pertikai isu "BODO tak BODO" tu lebih daripada ilmu, maka dapatlah "BODO tak BODO" tu je. Macam UAI sebutlah, kalau setakat datang kuliah nak gelak je, maka dapat jelah gelak tu, ilmu tak dapat, maka jadi rugi.
Dek kerana mengikuti kuliah UAI, saya kembali dekat dengan asas agama iaitu ilmu akidah. Walaupun saya berkelulusan Syariah, namun saya tak ambik pot langsung dengan ilmu akidah sebab bagi saya "Kalau dah Islam tu kira OK dahla". Sebab itulah sebelum mengaji dengan UAI, kalau diminta saya huraikan tauhid salaf tu apa, tauhid khalaf tu apa, kenapa kena pecah tiga tauhid tu, yang Sifat 20 tu apa pulak, saya memang surrender sebab saya pun tak tau. Maka walaupun saya ada berpuluh tok guru dalam bidang Syariah dan Usul Fiqh, tapi dalam bidang akidah dan Fiqh (sedikit sebanyak), UAI banyak memberi pencerahan, apatah lagi pengajiannya menggunakan kitab karangan ulama'-ulama' yang tersohor.
Saya sendiri secara peribadi lebih menumpukan kepada kuliah pengajian kitab UAI. Ceramah umum macam di UIAM tu pun datang jugaklah kalau ada masa, tapi kuliah kitab Anak Kunci Syurga dan Perisai Bagi Sekalian Mukallaf tu seboleh-boleh saya akan follow, kalau tak secara live pun saya akan beli CDnya kemudian dan dengar di dalam kereta. Koman-koman takdelah asyik mengaruk je dalam kereta tu dengar lagu yang entah apa-apa. Barulah wasatiyyah namanya, haha.
UAI juga ikon bagi mereka yang merasakan sudah terlewat untuk kembali ke pangkal jalan. UAI sendiri juga lambat kembali ke pangkal jalan, tapi kalau UAI boleh kenapa kita tak boleh? UAI membawa approach yang inklusif, hatta bersembang 5 minit dengan beliau pun saya sudah rasa seperti dah kenal lama sebab beliau sangat ramah, mesra dan tidak kontrol.
Setelah UAI semakin kerap turun ke Lembah Klang, barulah ada orang yang terasa panas punggung. Sebelum ini ceramah UAI di Terengganu juga ada sekatan sedikit sebanyak, tetapi jumlah kehadiran pula tidaklah seramai di Lembah Klang. Di Lembah Klang, angka belasan ribu hadirin itu perkara biasa dan kemuncaknya ialah Sambutan Tahun Baru 2012 di Dataran Shah Alam itulah. Alangkah celakanya ada segelintir manusia yang mengaku dirinya ulama' menempelak sambutan alternatif tersebut dengan alasan "takde dalam sunnah" tapi sambutan yang confirm kena laknat macam di Dataran Merdeka, KLCC dan sekitarnya langsung tak dijentik. UAI juga terheret di dalam beberapa kontroversi picisan yang sengaja dicipta oleh pihak yang tak senang hati dengan pencapaiannya tapi setakat ni alhamdulillah rasanya belum tergugat lagi.
Di kesempatan ini suka saya untuk melihat UAI kekal dengan platform yang ada. Tak payahlah nak berpolitik walaupun umum mengetahui Pas Terengganu ketandusan pemimpin muda baru yang ingin diketengahkan pada PRU-13 nanti. Dah jadi YB nanti akhirnya kuliah ke mana, kerja ke mana. Tak payah dan saya mohon Pas Terengganu janganlah usik UAI. Biarkan beliau sebegitu sebab misi dakwah beliau masih begitu jauh. Sama-samalah kita doakan beliau terus istiqamah menyampaikan ilmu. Saya sendiri yang menumpang tempias, berasa beliau perlu terus kekal di atas platform ini.
National Feedlot Centre (NFC): Persoalan dan Isu Berbangkit (Bahagian I)
Gambar ihsan Google. |
Rentetan LKAN terbebut, timbul pendedahan dari PKR - diketuai oleh Pengarah Strategik PKR, saudara Mohd Rafizi Ramli - bahawa projek NFC telah diberikan kepada syarikat yang berkaitan dengan keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil. Seterusnya keluarga Shahrizat dikatakan telah menyalahguna jutaan ringgit dana kerajaan persekutuan yang diperuntukkan kepada NFC untuk tujuan perbelanjaan peribadi. Antara lainnya, pembelian unit-unit kondominium mewah di Bangsar dan Singapura, pembelian kereta mewah serta untuk melangsaikan pembayaran penggunaan kad kredit.
Siasatan telah dijalankan oleh PDRM berhubungkait skandal NFC, barangkali atas Seksyen 409 Kanun Keseksaan (criminal breach of trust). Kita juga mendengar bahawa Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk memulangkan kertas siasatan kepada PDRM supaya pihak PDRM meneruskan siasatan dan membuat perincian lanjut. Ada yang bertanya, kenapa bukan SPRM yang menjalankan siasatan. Maka jawapan SPRM ialah setelah mendapat aduan dari NGO, siasatan awal menunjukkan aduan tersebut tidak ada unsur rasuah tapi lebih kepada jenayah di bawah Kanun Keseksaaan, maka jatuh kepada bidangkuasa PDRM. Zaman sekarang, bila sebut sahaja skandal, maka cepat rakyat melompat menjerit "rasuah", "salahguna kuasa" dan yang seangkatan. Penulis tidak salahkan mereka yang tersenarai dalam kategori laymen ini, kerana itu jadi tanggungjawab mereka yang ada latarbelakang undang-undang untuk menjelaskan. Samalah macam kes Khir Toyo, dari segi teknikal, tidak ada unsur rasuah pun, Tamar Jeles sudah terangkan di SINI.
Pihak kerajaan juga telah mengambil inisiatif melantik firma perunding untuk menjalankan proses audit terhadap NFC. Kata Timbalan Perdana Menteri, untuk melindungi kepentingan kerajaan.
Sehingga ke hari ini ada dua kes mahkamah berkaitan isu NFC. Pertama, Shahrizat sendiri memulakan tindakan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM100 ribu ke atas Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Antara sebab tuntutan ialah (i) atas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas diri beliau yang mengaitkan beliau dengan NFC, walhal Sharizat tidak ada pegangan langsung dalam mana-mana syarikat berkaitan NFC dan (ii) kenyataan-kenyataan dari Rafizi dan Zuraida menunjukkan bahawa Sharizat telah salahguna kuasa dan mempengaruhi kerajaan untuk menganugerahkan projek NFC kepada syarikat milik keluarga beliau.
Strategi saman fitnah dalam permainan politik memang popular, dan ada kalanya berkesan. Penulis yakin, kalau tuntutan di buat dengan sempurna dan betul atas fakta, maka orang yang menuntut memang boleh menang. Ambil situasi ini: Shahrizat memang tidak ada pegangan secara langsung dalam NFC atau apa-apa syarikat berkaitan NFC, tetapi sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan bahawa Shahrizat terlibat secara langsung, maka itu pada dasarnya suatu fitnah. Tapi persoalan sekarang, apakah bukti-bukti yang akan dikemukakan oleh Shahrizat untuk menunjukkan defendan telah buat kenyataan berbentuk fitnah dan seterusnya mencemar reputasi beliau atau memberi impak negatif terhadap peribadi beliau? Ini sudah menjadi permainan dan strategi perundangan. Soal pembuktian dan beban pembuktian.
Kedua, seorang individu (Datuk Shamsubahrain Ismail) telah dituduh dengan 2 pertuduhan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (cheating and dishonestly inducing delivery of property). Tuduhan tersebut bukanlah berkaitan bahawa Shamsubahrain telah seleweng dana NFC. Bukan juga tuduhan bahawa Shamsubahrain mengamalkan rasuah. Secara mudahnya, pertuduhan tersebut dibuat kerana Shamsubahrain dengan curangnya telah mendorong Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail untuk memberikan beliau wang berjumlah RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan dan perkhimatan penasihat, walhal duit tersebut digunakan untuk cubaan merasuah pegawai penyiasat PDRM berkaitan skandal NFC. Mohamad Salleh merupakan suami Sharizat, merangkap [Pengerusi NFC] (dalam square bracket kerana penjelasan akan dibuat mengenai beza NFC dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd).
Jadi jangan meloncat kegembiraan bila dengar seseorang telah dihadapkan ke mahkamah. Jangan kata bahawa Sharizat dan keluarganya bebas dari skandal NFC. Kes ini sedikit pun tidak memberi penjelasan kepada skandal NFC. Malahan, ada suara-suara mengatakan, betul ke Mohamad Salleh ini tertipu, atau sebenarnya memang Mohamad Salleh sendiri yang memberi wang kepada Shamsubahrain untuk rasuah pegawai penyiasat untuk tutup siasatan ke atas NFC. Itu kita tunggu dan lihat.
Kemudian, baru-baru ini kita terbaca bahawa Mohamad Salleh mengatakan bahawa LKAN telah terkeliru dan tersilap beza entiti antara NFC dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp). Bahawa yang dimaksudkan dalam LKAN adalah NFC bukannya NFCorp, kesilapan sebab juruaudit keliru antara keduanya.
Terpanggil dek seruan tersebut, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pun membuat kenyataan akhbar memberi penjelasan. Antara lainnya, dijelaskan bahawa NFC dan NFCorp adalah entiti berbeza. NFCorp ialah badan koporat, kerjasama antara Kementerian Kewangan Diperbadankan dan Agroscience Industries Sdn Bhd. Tidak dijelaskan apa itu NFC, jadi selamat kalau penulis katakan NFC hanyalah nama projek bukannya apa-apa entiti. Kenyataan akhbar juga menjelaskan bahawa "analisis audit mendapati objektif projek PFN (NFC) masih belum dicapai sepenuhnya" dan "tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan".
Jika dilihat pada bahagian LKAN berhubung dengan NFC, memang betullah tidak ada sebutir pun perkataan kucar-kacir, penyelewengan atau yang seangkatan merujuk kepada NFC. Dan memang tajuk audit tersebut merujuk kepada NFC, bukan NFCorp. Tapi disebutkan bahawa NFCorp merupakan integrator "yang akan menaungi usahawan fidlot secara kontrak di kawasan ladang yang sama atau sekitarnya dengan membekalkan input utama seperti makanan ternakan dan anak lembu". Disebutkan juaga bahawa "sehingga 31 Disember 2010, NFCorp masih belum melaksanakan EDP (Entrepreneur Development Programme). Selain itu, draf SOP (Standard Operating Procedure) yang disediakan oleh NFCorp masih belum dimuktamadkan...". Laporan berkaitan infrastruktur menyatakan "pembinaan infrastruktur pengairan yang kemudiannya tidak digunakan oleh NFCorp merupakan pembaziran kepada Kerajaan". LKAN juga "mendapati beberapa infrastruktur tidak disenggarakan dengan memuaskan oleh NFCorp".
Ya, memang penulis cherry picking dan sengaja memetik bahagian yang menyentuh NFCorp. Ini untuk membuktikan bahawa, dengan mengaudit NFC, secara tidak langsung NFCorp juga teraudit. Lantaran itu, entiti bernama NFCorp akan terus di bawah mikroskop mata-mata rakyat prihatin kerana NFCorp merupakan pelaksana utama projek NFC. Malahan, di akhir audit, LKAN menyesyorkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya "Meningkatkan pemantauan supaya NFCorp menyempurnakan obligasinya seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pelaksanaan. Antara lainnya, NFCorp perlu melaksanakan program bagi melahirkan 130 pengusaha ladang satelit dan menjalankan penyelenggaraan terhadap infrastuktur yang dibina Kerajaan".
Adakah dengan penjelasan dari ketua Audit Negara maka isu NFC selesai dan mereka yang dikaitkan boleh cuci tangan? TIDAK. Tidak perlulah NFCorp berterima kasih pada Tan Sri Ambrin untuk kenyataan akhbar tersebut. Hakikatnya, LKAN telah menjadi titik permulaan untuk beberapa isu berbangkit: kenapa mesti syarikat milik keluarga Sharizat? apa entiti yang bertanggungjawab sepenuhnya atas pelaksanaan NFC? kenapa objektif NFC tidak tercapai?... Yang merupakan entiti korporat adalah NFCorp. Yang diberi pinjaman mudah (soft loan) adalah NFCorp. Bukan NFC.
Ini bukan soal Rafizi fitnah, bukan soal NFC yang gagal, bukan soal NFCorp berjaya, bukan soal siapa silap audit siapa dedah skandal dan bukan soal lembu masuk kondo. Ada isu lebih besar. Ini sudah jadi soal integriti dalam urustadbir dana kerajaan, soal tatacara melaksanakan kontrak, soal ketelusan.
Banyak lagi persoalan dan kemusykilan yang timbul. Pencerahan mengenai pihak-pihak yang terbabit dan struktur NFC akan dibuat dalam Bahagian II, kalau diizinkan.
Sekian buat masa ini.
Ini Kisah Roti dan Penjaga Gol dari Turki
Gambar-gambar menunjukkan penjaga gol merangkap kapten kelab Trabzonspor, Tolga Zengin sedang mengutip sepotong roti yang dilemparkan oleh penyokong kelab lawan dan meletakkan roti tersebut pada dahi beliau, tanda menghormati roti yang dilemparkan. Bila ditanya sebab musabab tindakan tersebut, beliau menjelaskan bahawa beliau terkejut kenapa orang baling roti, sedangkan ramai warga Somalia sedang kebuluran.
Betul kata-kata Tolga Zengin, sebab ramai penduduk dunia yang kelaparan, kebuluran. Tapi di sebalik hakikat yang menyedihkan tersebut, masyarakat Malaysia ramai yang bersenang-lenang dengan makanan ke tahap pembaziran.
Dari riwayat Muslim, diriwayatkan bahawa Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata: Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mencela makanan. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam.
nota kaki: ini entri bernada terkesan dengan entri-entri dari wan Chawan
Bertunang
Baru-baru ini kawan saya bertunang. Bila tengok kawan bertunang, teringat masa diri sendiri bertunang tak berapa lama dulu, ahaks.
Sebenarnya tunang ini adalah satu adat yang diiktiraf oleh syarak. Kiranya nak 'parking' tempat dulu la. Dek kerana tunang inilah terbit satu hadis masyhur yang mafhumnya jangan potong trip seorang lelaki lain kalau dah tau lelaki tu dah bertunang dengan perempuan yang kita nak pinang.
Bertunang tak semestinya bermajlis bagai. Sekadar lafaz "Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya" & si perempuan jawab "Ya, saya setuju" pun dah kira bertunang.
Masa bertunang hari tu, saya pun tak tau apa yang berlaku sebab saya duduk di luar. Saya tak tau ada berbalas pantun ke apa, sebab bila saya tanya isteri saya, dia pun tak tau apa yang berlaku sebab dia ada dalam bilik. Kawan-kawan saya pun tak tau sebab diorang lepak kat luar rumah jugak.
Last-last takde siapa pun tau apa yang telah berlaku, tau-tau je photographer saya Encik Syazwan keluar dah mengucapkan tahniah "Kau dah jadi tunang orang sekarang".
Apakah perasaan jadi tunangan orang?
Sejujurnya, saya pun tak tau apakah perasaannya sebab sedaya-upaya saya cuba limitkan perhubungan saya dengan tunang, melainkan betul-betul perlu je. Yelah towards hari pernikahan tu makin lama makin lagho tapi sikit-sikit jela, ekeke. Saya menahan diri daripada terlalu beriya-iya sebab orang tua-tua kata, waktu bertunang inilah waktu paling mencabar sebab apa saja boleh berlaku. Dan walaupun tempoh pertunangan saya hanya sekadar 2 bulan sahaja (1 bulan 26 hari to be exact), tapi tempoh itu dirasakan cukup lama sebab takut-takut benda yang tak diingini berlaku. Benda yang tak diingini tu, macam-macamlah, antaranya takut tunang saya berubah hati, takut tunang saya berubah hati & takut tunang saya berubah hati. Tapi mujurlah ketakutan-ketakutan itu tidak berlaku. Maka saya & tunang pun selamat menjadi suami isteri - kami di bulan ke-9 pernikahan dan akan menyambut cahaya mata anytime next month.
Jadi untuk Siti Payung, best of luck sepanjang menunggu tempoh untuk bernikah ni. Jangan buat benda pelik-pelik dan banyakkan berdoa supaya semuanya berjalan lancar. Allahumma amin.
Dengan Izin: Pandangan Untuk Encik Rizal Hashim
Anda pernah menonton Dengan Izin? Rancangan ini dihoskan oleh Encik Rizal Hashim. Untuk makluman, Encik Rizal Hashim merupakan pengamal media bidang sukan. Kira memang otai la dalam bidang sukan, penulisan-penulisan beliau memang tajam dan menusuk minda dan sanubari pada mereka yang berkenaan. Banyak lagi berita dan al kisah beliau, anda boleh buat carian internet. Link blog beliau di SINI.
Entri ini khas aku nak komen mengenai rancangan Dengan Izin (aku tidaklah menonton rancangan ini setiap minggu, kalau tengok pun yang ulangan). Ini link Dengan Izin dari Astro. Ramai yang maklum akan ketajaman dan kritisnya pena dan kalam Rizal Hashim. Makanya, Dengan Izin pun tak lepas dan tak lari dengan tempias tersebut. Biasanya, Dengan Izin akan menjempur personnel dari badan-badan sukan untuk mengupas dan membuat pencerahan mengenai isu, perkembangan dan kemelut badan tersebut.
Rancangan akan dimulakan dengan pendahuluan dari Rizal Hashim, kemudian memperkenalkan tetamu jemputan.
Sepanjang pengamatan aku, Dengan Izin kendalian Rizal Hashim lebih menjurus kepada mengajukan soalan berbentuk provokasi. Memang panas pungg**ng para tetamu jemputan. Ada yang menjurus kepada kapasiti peribadi. Kalau tujuan asal Dengan Izin adalah rancangan berbentuk provokasi, maka tujuan tersebut telah dicapai. Begitu juga kalau tujuan asal Dengan Izin membuatkan penonton rasa jengkel dengan provokasi berlebihan, maka tujuan tersebut juga tercapai.
Seringkali juga Rizal Hashim akan bertanya suatu soalan, kemudian sedang para tetamu menjawab, dipotong lalu diajukan soalan lain berdasarkan jawapan separuh tetamu tersebut. Mana etika bual bicara, mana gaya bertanya? Akhirnya, bual bicara tersebut tidak bawa ke mana, persoalan bertubi-tubi, jawapan hanya secebis.
Kemudian, ketika tetamu sedang rancak menjawab, hos akan mencelah untuk mengumumkan rehat sebentar untuk iklan.
Dan yang lebih menjengkelkan, konklusi rancangan akan dibuat oleh Rizal Hashim sendiri. Maka, apa tujuan asal memanggil para tetamu? Apa hasil perbincangan di studio? Adakah itu skrip dan rencana penerbit Dengan Izin? Banyak persoalan berlegar di sini.
Dengan Izin, aku undur diri. Encik Rizal, over to you.
nota kaki: ini entri blogger hingusan yang tak pandai main sukan
Komentar Bolasepak Astro
Nama-nama seperti Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar, Azlan Johar mungkin terlintas di fikiran anda. Lewat ini, kerap juga beberapa bekas pemain kebangsaan di jemput, seperti Yusri Che Lah dan Nazab Hidzan. Dari satu segi memang bagus, sebab mereka ini ada pengetahuan taktikal dan teknikal dalam sukan bolasepak.
Tapi dari aspek pengulasan, ada beberapa pemerhatian yang aku ingin kongsikan. Aku tidak mahu merujuk kepada mana-mana individu, cukuplah sekadar suatu pandangan umum.
Yela, maksud aku, kalau tugas mereka mengulas perlawanan, patutnya mereka ulas. Sebut siapa yang sedang pass bola, siapa yang hantar bola dan siapa yang terjah siapa dan seterusnya. Tapi, ada beberapa kekurangan yang menyebabkan ramai menjadi tertekan dek ulasan-ulasan lari tajuk oleh para pengulas.
Pertamanya, pengulas lebih gemar bersembang sesama sendiri berbanding mengulas perlawanan. Maksud aku, di tengah-tengah aksi perlawanan, pengulas akan sibuk memperkatakan mengenai perlawanan lepas, rekod-rekod pasukan dan lain-lain. Jarang disentuh siapa yang sedang kawal permainan etc, tiba-tiba anda mendengar mereka menjerit "Percubaaaannnn", "oh tidak", atau "gooolllll".
Keduanya, pengulas yang kedua selalunya akan mengiyakan sahaja apa kata pengulas utama. Maka anda akan selalu dengar perkataan-perkataan ini "Ya benar", "betul", "Mungkin juga" dan yang seangkatan. Pernah dalam satu perlawanan, perkataan "Ya Benar" diulang-ulang lebih 15 kali dalam separuh masa pertama.
Apa pun, bagi aku , mereka sudah bagi yang terbaik untuk menjalankan tugas ketika siaran langsung. Bukan senang nak cakap masa siaran langsung. Cumanya, bebrapa aspek ulasan perlu diperbaiki.
Setakat ini, Datuk Haji Hasbullah Awang yang terbaik, sebab dia kenal pemain-pemain, betul-betul buat ulasan perlawanan dari segi taktikal dan teknikal (walaupun kadang-kadang gemar cerita latarbelakang pemain).
nota kaki: daimpressive bercita-cita menjadi pundit sebaris dengan Shebby Singh dan Paul PArker setelah beliau bersara dari arena perundangan
Entri bernada kecewa untuk ASTRO
Antara kekecewaan tersebut berpunca dari sebab-sebab yang berikut: -
1. Ulang tayang yang melampau-lampau
Tapi yang aku terkilan dan kecewanya, Astro tak habis-habis menyiarkan rancangan-rancangan lama, yang sudah lapuk dan berkepuk. Tak salah kalau nak ulang siar, tapi kalau sampai tahap pelanggan dan penonton rasa tertipu dan tertekan sebab bila buka TV pada tahun 2012, Astro tayangkan pasal Mawi jalan-jalan keluar negara dengan Ekin. Apa hal?
2. Kurang menyokong arena sukan tempatan
Astro Supersport je yang lebih, alih-alih, tunjuk sports event luar negara. Nak buat apa? Luncur ais, dart, hoki ais. Berapa kerat orang kat Malaysia ni main benda-benda tu semua sebagai sukan harian dan secara professional? Tak pun tunjuk match BPL je.
Cubalah tunjuk siaran langsung Liga Super tu lebih banyak. Ni tak. Astro Arena je yang tunjuk. Kalau tunjuk pun, pilih match Negeri Sembilan, kelantan, Terengganu dan/atau Selangor je. Habis tu, penyokong Kedah, Perak dan/atau Sabah tak tengok bola ke?
3. Rancangan yang kurang bermanfaat atau kurang kualiti
Kalau merujuk kepada rancangan bual bicara perihal-perihal artis-artis ni memang banyak, dan bagi aku itu semua tak ada manfaat pun. Tapi nak buat macam mana, memang kurang kualiti. Sebagai contoh, rancangan Masa Tambahan tu. Tak ada faedah, recycle je. Bezanya ada hos yang sengih-sengih, kemudian cakap "dapatkah", "mungkinkah" dan yang seangkatan, kemudian review match guna klip yang disediakan media asing. Senang je.
Patutnya, Astro letak syarat pada pengeluar/penerbit rancangan supaya sediakan content yang bermutu, bukan sekadar berbentuk tempelan dan tiruan.
4. Hilang siaran bila hari hujan
Yang ini memang isu lapuk, aku tak tahu apa perkembangan teknologi yang diusahakan oleh Astro. Mungkin pengguna individu boleh letak payung atas piring [satelit] masing-masing bila hujan.
5. Customer service yang kurang efisyen
Ni pengalaman peribadi, nak langgan Astro pun kena follow up. Rasa macam tengah dalam proses permohonan loan dari bank. Kena follow up, pada hal kita ni pelanggan, yang bagi duit pada Astro.
Mungkin ada lagi kelemahan-kelemahan Astro yang aku tak tulis. Silalah kongsi. Mungkin sebab Astro ni satu-satunya penyedia TV kabel di Malaysia, maka hal remeh temeh, aduan kecil-kecil dari pelanggan kurang di ambil kira. Untung dah juta-juta, tapi kalau servis dan mutu servis yang disediakan berskala kurang memuaskan, tak guna juga. Aku harap ada staff Astro baca entri ni, dan ambil tindakan yang sepatutnya.
Israel’s Serbanistas
satu lagi article by wan Chawan. Artikel terdahulu di SINI dan SINI.
Israel’s Serbanistas
The Future Legend of Arsenal: Shaqueel van Persie
Macam pernah dengar bukan? Ya, tak lain tak bukan, empunya nama ini, merupakan anak kepada lagenda masa sekarang Arsenal, iaitu, Robin van Persie. Untuk rekod, van Persie merupakan penyerang terbilang kelab Arsenal. Arsenal kini menduduki tangga ke-5 carta Barclay's Premier League. van Persie telah menyumbangkan 18 gol liga setakat ini.
Shaqueel baru berusia 5 tahun. Dikhabarkan Shaqueel telah mendapat tawaran untuk bermain dengan kelab Arsenal. Ini selari dengan polisi Arsenal untuk mendidik dan membentuk pemain muda. Walaubagaimana pun, van Persie telah membuat penjelasan, bahawa tawaran tersebut hanyalah tawaran untuk berlatih setiap hujung minggu bersama pasukan bawah 6 tahun Arsenal.
Posisi utama Shaqueel masih belum diketahui, memandangkan usianya yang masih hijau, mungkin dia akan dilatih untuk bermain dibeberapa posisi yang berbeza. Mungkin suatu hari nanti Shaqueel boleh menjadi penyelesaian kepada kemelut krisis fullback Arsenal.
OK, kita lihat beberapa gambar Shaqueel:
Ala tomei tomei |
Like father like son |
Shaqueel van Persie bersama Damian van der Vaart |
Ini pula video jaringan menarik Shaqueel, menewaskan bapanya sendiri yang menjaga gawang:
Semestinya ini berita gembira buat penyokong the Gunners.
Mari Mengenal Pemandu WRC : Sebastien Loeb
Kalendar WRC 2012 telah bermula. Sebelum aku berceloteh tentang musim baru tahun ini, tak lengkap rasanya jika aku tak kenalkan kepada korang pemandu-pemandu berani mati dalam WRC. Ibarat tengok BPL tak kenal Menyu, ibarat tengok Menyu tak kenal Shrek. Haa..kan tak kena tu?
Sebastien Loeb – Juara Lapan Kali (berturut-turut) WRC |
Hinkelstein di sepanjang stage, hanya di Deutschland WRC |
Oleh,
BELALANG FANSURI
The Associate, Suatu Pengalaman Peribadi
Aku bertemu dengan seorang kenalan, penuntut tahun akhir AIKOL. Selesai sesi beramah mesra dan bertanya khabar, dia bertanya kepada aku, "kerja mana sekarang?". Aku pun jawab la, kerja sendiri, wondering around dan sebagainya. Maklumlah, penganggur seperti aku ini memang tak kerja (walaupun hakikatnya aku ada kerja lain, yang tidak sepenuh masa).
Kenalan tersebut dengan nada terkejut, bertanya - kenapa berhenti? Dimaklumkan, firm lama aku tu, macam bajet bes, kategori BIG firm, Tier 3, tersenarai dlm Legal 500 bla bla bla... specialize dalam CORPORATE... watever lah... gaji pun sedap, atas dari market rate, bonus pun sangat2 boleh tahan (tapi still tak berbaloi dgn effort dan tenaga dan workload yg ada). Dan aku buat pejabat tu macam aku sendiri, sbb boleh masuk bila2 aku suka, bole cuti bila2 masa aku nak.
Tapi, kesemua itu tidak seindah bahasa. Bidang guaman bukanlah sesuatu yg seperti digambarkan dalam kaca TV, cerita2 The Practice, Ally McBeal dsb, di mana peguam akan digambarkan berpakaian kemas, hensem, bergaya dgn kata-kata dan hujah. Itu hanya secebis kebenaran kehidupan peguam. Atas sebab2 yg separuh lagi yg tidak digambarkan oleh TV, aku mengambil keputusan utk berhenti. Hati aku ni dah membara nak quit, at any cost.
Dua tiga bulan sebelum aku tender, secara kebetulan atau suratan aku sedang membaca novel The Associate, karya Encik John Grisham (aku sebenarnya berhajat nak review novel ni, tapi masih tak berkesempatan kerana ketandusan idea dan terpaksa revisit balik novel ni. Aduiii... ~ ~). Jadi, hidup aku mmg macam yg digambarkan dlm novel tu. Rutin, pergi keja, meeting, contract drafting, opinion writing, due dilligence on and on, day in, day out (tapi aku sesekali tidak pernah terlibat dlm skandal dunia korporat, Islamik la katakan [mata ke atas tangan di dada]). Aku pun dah muak dgn legal dokumen. Pukul 6 kebanyakan ofis mate dah balik, tp aku dan rakan2 department still bertapa di ofis, sampai la pkl 12, 1 atau 4 pagi. Rekod aku dalam pejabat, masuk pkl 9, balik pukul 7 pagi keesokannya.
Lagi satu, client kebanyakannya corporate client, so mmg aku punya kerja ni utk mengkayakan mereka yg sedia ada kaya. Dlm hati aku, ini bukan yg aku nak, aku nak membantu masyarakat, menyumbang kepada mereka yg memerlukan - bukannya sebagai peguam korporat (biasalah, idealisma budak2 law - utk mempertahankan keadilan, bantu mereka yg tertindas, menjadikan dunia lebih baik dan sempurna...)
Mmg la tak ada kerja yg senang, kena rajin, komited, tapi aku dah tertanggung dgn rutin harian aku tu. Aku rasa, kalau geng2 auditor pun hidupnya lebih kurang (atau lebih teruk lagi) dengan apa yg aku alami ketika itu. Jadi aku pun quit, dan sekarang aku buat apa yang aku suka, tidur bila aku suka, lepak bila aku suka, dan aku survive [terima kasih pada dia yang selalu di sisi, bagi sokongan peribadi :)].
Jadi, bila orang tanya aku nyesal ke join firm lama tu, aku jawab: buat apa nak menyesal, aku dapat banyak exposure, aku mmg buat legal works, a real corporate thing. Tempat tu mmg a really good place for learning, tp utk dijadikan suatu kerjaya, dgn rendah diri, aku akui, I'm not up to the standard.
Point aku:
- Kalau hati dah tak hepi nak keja, better quit, cari kerja lain
- Tak guna nak bangga-bangga dgn status kerja sendiri, ramai lagi yg kerja lagi bes
- Buat apa nak compare gaji dgn orang lain, kita hidup dgn apa yang kita ada, apa yg kita mampu (of course kena usaha)
- Kalau gaji dah besar jgn sibuk dengan gelombang duniawi, ramai lagi budak-budak pergi sekolah pakai kasut koyak, malahan ada yg tak berpeluang dapat pendidikan formal.
- Employment is two-way traffic, boss kena appreciate pekerja, baru la pekerja berkobar-kobar utk kerja, dan bekerja perlulah komited utk kerja dgn ikhlas
- Tak guna pakai tie atau kot, bajet hensem kalau hati busuk
- Sharing is caring, jgn lokek utk share apa2 pengalaman utk bagi panduan pd orang lain
Cakap memang senang kan. Mari sama-sama kita berdoa moga hati tabah utk menghadapi hari-hari yg mendatang.
Drama Melayu Moden
Memang semua moden
Rumah kereta besar
Mewah jadi panduan
Drama Melayu Moden
Memang semua moden
Perempuan rambut berkilat
Si lelaki tegak dan pacak
Drama Melayu Moden
Memang semua moden
Pakai jaket pakai kot
Kisah saham dan syarikat
Drama Melayu Moden
Memang semua moden
Semua nak yang hebat
Sembang makin lebat
Drama Melayu Moden
Memang semua moden
Penuh air mata
Tema kisah cinta
Drama Melayu Moden
Memang semua moden
Hilang batas adab
Sembah gaya barat
Drama Melayu Moden
Memang semua moden
Hidup gaya urban
Tapi penuh alasan
NKRA Pendidikan - Satu Tinjauan Ringkas
Siri Bercakap dengan Pak Somad
Berbalik kepada Pak Somad. Beliau memang selalu ada di bawah blok kami, sebab dia ada buka kedai gunting rambut. Nama kedai gunting rambut Pak Somad ialah Gunting Rambut Manja. Aku tengok, memang tak putus-putus orang datang untuk gunting rambut dengan Pak Somad. Dari golongan kanak-kanak, remaja, pemuda dan warga emas, juga berbilang kaum dan bangsa.
Secara jujurnya, aku tak pernah pun cakap dengan Pak Somad, setakat tegur "pakcik" jela, kalau aku lalu depan dia. Tapi, berdasarkan pengamatan aku, Pak Somad ni tak lokek nak berkongsi pendapat penting beliau kepada mereka yang lepak di kedai gunting rambut beliau.
Malam semalam, kami sempat berborak panjang dengan Pak Somad. Al maklumlah, kalau mereka yang golongan warga emas ni, kalau bercakap memang berdasarkan pengalaman. Antara pesanan Pak Somad ialah (bukan dalam aturan penting [not in priority order]): -
1. Jgn joli selalu. Sekali setahun takpe, habiskan sampai seribu kalau nak joli;
2. Kerja kerajaan bagus, sebab ada pencen. kalau kerja swasta, sendiri kena beringat;
3. Beli rumah, untuk tinggal;
4. Beli motor, jgn beli kereta;
5. Hisap rokok boleh, tapi jangan sedut dalam-dalam. Bahaya pada kesihatan. Yang lagi menarik, Pak Somad cakap, kalaulah hisap rokok ni membazir, orang tak hisap rokok pun sengkek jugak;
6. Orang-orang KL ni ramai penipu besar utk survival, termasuk la yang pakai tie;
7. Budak-budak muda sekarang ni rosak akhlaq, asyik nak menj*b*r je (ini perkataan dari Pak Somad sendiri);
8. Orang KL ni suka membazir, sikit-sikit nak tukar perabot.
Itulah sedikit sebanyak yang aku ingat berdasarkan perbualan kami malam semalam.
Bagi aku, memang bagus dan berguna la juga pendapat Pak Somad, even aku tak setuju dengan beberapa pendapat lain. Tapi, orang bagi nasihat, kita dengar je, nak pakai atau tidak, itu terpulang pada diri sendiri.
Sama dan serupa
Dari dulu membaca komen-komen manager setelah dilantik kebanyakannya sama.
"Nobody can doubt the history of this great Football Club and the passion of its fantastically loyal supporters” – Mark Hughes setelah dilantik manager QPR. QPR tukar manager pun nak bising ke?
"I am honoured and privileged to have been given this opportunity at Newcastle United, one of the truly great clubs in English football. I understand what this club means to its supporters. Throughout the football world people recognise that this is a unique club in many ways, with supporters who are second to none in their loyalty, passion and devotion for the team” – Alan Pardew semasa mengambil alih Newcastle United.
"It is an honour to be the new manager of West Ham United, it is a fantastic club with a great tradition and loyal supporters who deserve to be in the Premier League,” Allardyce selepas dilantik manager West Ham.
"I am proud and honored to be the manager of West Ham. It will be an exciting challenge and I am ready to do my best. This is a fantastic club with great fans and a history that is respected around the world. I am already looking forward to getting to work with my players in July and preparing for the new season" – Avram Grant apabila dilantik Manager West Ham.
"I am honoured to have this opportunity to manage a club with such a fantastic history as Aston Villa's. The heritage, the history of success and the tradition of Aston Villa are compelling and irresistible. The challenge for me is to try to add my own chapter" – Mc Leish bercakap kepada media selepas dilantik sebagai manager Aston Villa.
"I am very happy and proud to join this great and historic club. Aston Villa is one of England's biggest clubs and has an amazing set of fans” – Houllier
"I'm very proud to become manager of Swansea City - a progressive club that plays the game the right way, I've seen the passion of the Swansea fans for myself when I was here last season and I can assure them I've come here to be a winner. I'm really looking forward to the challenge'' – Brendan Rodgers selepas dilantik manager Swansea.
"I am very happy to join Fulham. It is a club with good, solid foundations and a great fan base” –Martin Jol, Fulham
“I see a club with massive ambition, an infrastructure that is exciting, a beautiful stadium, great training facilities and a club that wants to go places” – Mc Kay, Cardiff
"I greatly appreciate the opportunity to work as head coach at Tottenham Hotspur, a club with agreat tradition and history. I was hugely impressed with the Spurs fans both home and away when Sevilla played Spurs last season and it will be a privilege to be the coach of this club with the huge support it enjoys both at White Hart Lane and throughout the world" – Juande Ramos, Spurs
"Tottenham is a big club and I feel very privileged to be its coach," - Martin Jol selepas dilantik manager Tottenham Hotspurs.
Artikel pertama saya
Akhirnya, setelah sekian lama terbit juga artikel hasil tulisan saya dan pensyarah saya, Prof. Dr. Norhashimah Yasin di Shariah Law Reports (ShLR) yang diterbitkan oleh LexisNexis.
Artikel itu berjudul Public Interests as the Paramount Consideration in Sentencing for Money Laundering Offences: A Comparative Analysis [2011] 3 ShLR xxxiv dan draf artikel itu sebenarnya sudah siap sejak 2010 lagi.
Saya wajar memberikan kredit kepada Prof. Shima (nama manja beliau) yang membenarkan namanya 'digunakan' memandangkan kalau saya seorang sahaja yang menulis artikel sebegini, rasanya takde siapa nak terbitkan. Rangka artikel, isi kandungannya adalah hasil nukilan saya tetapi Prof. Shima banyak menambah isi-isi penting, membetulkan apa yang salah dan mencantikkan lagi persembahan naskhah ini. Bagi orang lain tentu artikel sebegini sangat common tetapi bagi saya ianya sangat sentimental sebab inilah artikel pertama saya yang diterbitkan oleh penerbitan yang boleh saya kata masyhur jugaklah di kalangan pengamal undang-undang.
Saya tak berminat nak cerita isi kandungan artikel itu sebab ianya agak complicated dan saya tak berhajat pulak nak buat syarahan di sini. Saya cuma nak berkongsi kegembiraan saya kerana hasil penulisan saya akhirnya berjaya diterbitkan.
Jom belajar speaking English!!!
Sebagai permulaan, cuba anda sebut nama-nama di bawah: -
Torres
Ramires
Meireles
Villas-Boas
Jika anda dengar para englishmen menyebut nama-nama di atas, Torres dan Ramires hujungnya disebut molek dengan sebutan S. Tapi, untuk nama Meireles dan Villas-Boas, tiba-tiba berbunyi Meirelesh dan Vilash-Boash. Ada bunyi H di hujung sebutan. Hairan? Saya pohon pencerahan bagi mereka yg lebih arif.
Adakah ini kes yg sama terpakai sepertimana orang-orang belanda menyebut huruf J sebagai Y. Contoh: -
Nistelrooij > Nistelrooy
De Jong > De Yong
Ataupun bagaimana orang sepanyol menyebut huruf J sebagai H. Contoh: -
Jose > Hose
Juan > Huan
Kemudian, aku perhatikan ada segelintir manusia Melayu yg mungkin secara sengaja membaikpulih sebutan S mereka kepada bunyi "ASHHH". Makanya, "saya" disebut sebagai "shaya". Contoh lain: -
astro > ashtro
sama-sama > shama-shama
aiskrim > aishkrim
arsenal > arshenal
ish.. ish.. ish.. berputar lidah aku. Kalau mereka yg semulajadi tu, dimaafkan, nak buat mcm mana. Tapi bagaimana pula dgn mereka yg sengaja mereka-reka sebutan sedemikian? Adakah kedengaran cool?? TIDAK. Tapi tak apa, masing-masing ada gaya mutu keunggulan tersendiri.
Kemudian aku teringat situasi ketika aku di matrikulasi, ada program, yang pengerusi majlis ketika itu menghadapi kesukaran menyebut huruf R. Macam Lisa Surihani tu (sebagai contoh jelas, tiada niat nak kutuk). Makanya ramai pelajar lain mengajuk-ngajuk sebutan R pengerusi majlis ketika itu. Dengan nada selamba dan ikhlas, pengerusi berkata "Saya minta maaf kerana saya tidak dapat sebut R dengan betul". Point aku, bagi mereka yang betul-betul boleh sebut sesuatu bunyi, maka sebutlah dengan betul, tak perlu merosakkan bunyi sesuatu bahasa itu. Bayangkan diri anda di tempat pengerusi tersebut, di ejek hingga dia meminta maaf atas 'kekurangan' diri sendiri. Pada hal, sedikit pun dia tak salah.
Aku rasa tajuk entri ni dah lari dengan pengisiannya. Minta maaflah ye. Sebelum aku lebih merepek, sekian pembelajaran hari ini.
Terima kashih.
Tips Interview Kerja (Entri Tak Nak Kalah)
TIPS untuk INTERVIEW kerja (pengalaman peribadi)
1. Dengan sebuah firma guaman yang mempunyai lebih dari seratus peguam
Yang ini, aku pergi pun bukan ikhlas. Katanya untuk interview untuk mendapat tempat sebagai pupil/chambering student. Kebetulan AIKOL hantar nama, jadi aku dan rakan-rakan lain yang tersenarai pun pergilah. Masa tu awal-awal sem final year LLB, aku niat memang nak sambung LLB_S. So, aku pergi sekadar suka-suka.
Sesi dimulakan dengan pendedahan dan pengenalan kepada firma tersebut, oleh para partner yang credentials mereka mereka tidak boleh dinafikan. Kemudian datang sesi interview. Kebetulan aku kena dengan Managing Partner firma tersebut. Aku masih ingat, antara soalan pertama beliau ialah mengenai result exam. "So, you was on Dean's List several times, good". Aku cakap jela, yes sir. Masa tu tahap bahasa inggeris komunikasi aku mungkin memang amatur (walaupun belajar bahasa inggeris dari darjah satu). Dengan kokak dan sengkeknya aku struggle nak jawab atau bagi explanation sepanjang interview tersebut. Dan aku dapat baca (agaknya lah) fikiran Managing Partner tersebut - mereka hanya akan memilih pelajar yang ada latarbelakang akademik yang bagus dan berkemahiran tinggi dalam bahasa inggeris.
Fine with me, dan memanglah aku tak berjaya dalam temuduga tersebut.
2. Dengan sebuah jabatan kerajaan yang bidangkuasanya bahagian servis undang-undang.
Yang ini, sejurus sebaik aku tamat LLB, seperti mana di atas, kebetulan AIKOL hantar nama untuk interview. Jadi aku dan rakan-rakan yang tersenarai pun pergi jua. Saja, nak rasa macam mana interview dalam badan kerajaan pulak. Kami bernasib baik sebab ketua Sumber Manusia jabatan tersebut, dan tidak lokek berkongsi tips untuk temuduga, apa yang patut dibuat, dan apa yang tidak patut.
Format interview ialah kesemua ketua division jabatan tersebut (7 keseluruhannya) dan ketua jabatan akan interview 5 calon serentak. Soalan-soalannya, bergantung kepada para ketua division. Selang-seli, ada yang kena soalan serius, ada yang ringan-ringan. Bila tiba giliran aku, kena soalan serius. Apa pendapat awak mengenai isu ini? (Ketika itu isu MB Perak). Aku pun suarakanlah pendapat aku. Tapi aku tak berapa pasti dengan autoriti yang aku nyatakan, maka aku ditegur - kenapa tak pasti, nanti bila bertugas aku kena betul-betul pasti mengenai kenyataan yang aku keluarkan. So, one point is noted - pastikan setiap statement (terutamanya yang berbentuk fakta atau autoriti perundangan) mestilah tepat, berstatus terkini, dan lengkap. Kemudian, satu lagi perkara aku ditegur, kenapa bahasa inggeris aku ni cikai sangat. Jadi, another lesson - perkemaskan bahasa inggeris anda.
Lagi satu, bila ditanya, division mana yang aku nak. Maka dengan ikhlasnya aku jawab division B. Tapi ketua jabatan tak puas hati, kenapa B, tidak A. B untuk wanita, tak mencabar (yang ini, aku memang tak bersetuju dengan pendapat beliau). Tapi, lesson no. 3 untuk interview ini - walaupun soalan memerlukan jawapan berbentuk pendapat peribadi, ianya masih "kurang tepat" bagi penemuduga. Mereka mahu jawapan yang mereka dengar, bukan jawapan ikhlas dari sanubari kita.
Aku berjaya dalam interview ini, tapi ditugaskan pada division D. Aku tolak sebab aku nak sambung LLB_S.
3. Dengan sebuah firma guaman bumiputera yang terletak di segitiga emas.
Yang ini, memang merupakan satu titik penting hidup aku. Kebetulan firma ini menyumbang satu anugerah cabuk (peringkat kulliyyah) masa konvokasi, dan aku dapat la anugerah cabuk tu. Anugerah disampaikan oleh seorang peguam kanan firma. Beberapa minggu lepas tu, aku hadir ke "upacara" panggilan panjang (penerimaan masuk sebagai peguambela dan peguamcara) sahabat aku, yang memang dah bekerja dengan firma ini. Aku terserempak dengan peguam kanan tersebut. Sejurus selepas selesai upacara, dalam perjalanan pulang ke UIA, peguam kanan tersebut menelefon aku, "you must join us". Dan beliau juga memberi ingatan kepada Senior Partner untuk mengambil budak-budak UIA yang baru grad. Makanya, Tamar Jeles pun di panggil oleh Senior Partner, suruh ajak kawan-kawan UIA datang jumpa dia. Aku dijemput oleh Tamar Jeles.
Takut juga nak jumpa Senior Partner, dah la masa jumpa lepas solat maghrib. Tapi interview tu berlangsung secara santai, sambil makan-makan. "This Monday you start kerja". Aku agak terkejut, sungguh santai pertemuan ini, langsung tak tanya pasal law. Aku expect dia akan tanya sikit-sikit pasal pengetahuan undang-undang. Jadi, jangan terlalu risau pasal soalan yang akan ditanya, kadang-kadang kerisauan itu akan menjadi penghalang kepada fokus kita.
Maka, dua hari selepas habis final exam LLB_S, bermulalah pengabdian aku dengan firma ini, selama lebih dua tahun.
4. Interview untuk diterima sebagai ahli profession perundangan syariah di sebuah wilayah di Malaysia
Yang ini, memang aku dah minta lama, setelah beberapa lama menunggu, aku pun dapat surat untuk hadir sesi temuduga (selepas lulus ujian bertulis - hakikatnya siapa yang datang ujian bertulis memang akan lulus, jadi rugilah kepada mereka yang tak datang tu). Panel temuduga bukan terdiri dari ahli profession tersebut, dan persoalan yang ditujukan memang mencabar minda, minta pendapat peribadi mengenai isu perundangan. Format temuduga, 2 orang panel lawan 3 orang calon. Aku pun jawab sejujurnya berdasarkan pendapat aku, tapi terus ditolak mentah-mentah dan secara sebulat suara oleh panel penemuduga. Katanya, ini pendapat yang salah, aku terdoktrin oleh seorang tok guru aku masa di universiti, kami golongan "budak-budak" adalah anti establishment. Yang mana satu anti, yang mana satu establishment dimaksudkan oleh penemuduga tersebut, aku kurang pasti. Yang aku pasti, dia suarakan pendapat peribadi beliau, dan jelas merupakan opposite apa yang aku suarakan. Adakah itu salah? Tidak bagi aku, tapi aku dapat beberapa pengajaran - periksa latarbelakang penemuduga kalau berkesempatan, dan kalau tanya pendapat kita, samada jadi jujur, atau ikutlah dakyah dan pemikiran panel penemuduga. Itu anda tentukan, for me, honesty is the best policy. Dan aku tak mahu terus berhujah ketika sesi temuduga.
Aku masih menanti jawapan samada aku berjaya atau tidak.
Hujung bulan ini aku ada lagi satu interview untuk diterima sebagai ahli dalam bidang perundangan syariah di satu lagi negeri, aku harap aku berjaya, dan moga ianya berjalan dengan lancar. Semoga dipermudah.