Pages

The Future Legend of Arsenal: Shaqueel van Persie

Memperkenalkan kepada seluruh dunia, lagenda masa akan datang Arsenal :
SHAQUEEL VAN PERSIE

Macam pernah dengar bukan? Ya, tak lain tak bukan, empunya nama ini, merupakan anak kepada lagenda masa sekarang Arsenal, iaitu, Robin van Persie. Untuk rekod, van Persie merupakan penyerang terbilang kelab Arsenal. Arsenal kini menduduki tangga ke-5 carta Barclay's Premier League. van Persie telah menyumbangkan 18 gol liga setakat ini.

Shaqueel baru berusia 5 tahun. Dikhabarkan Shaqueel telah mendapat tawaran untuk bermain dengan kelab Arsenal. Ini selari dengan polisi Arsenal untuk mendidik dan membentuk pemain muda. Walaubagaimana pun, van Persie telah membuat penjelasan, bahawa tawaran tersebut hanyalah tawaran untuk berlatih setiap hujung minggu bersama pasukan bawah 6 tahun Arsenal.

Posisi utama Shaqueel masih belum diketahui, memandangkan usianya yang masih hijau, mungkin dia akan dilatih untuk bermain dibeberapa posisi yang berbeza. Mungkin suatu hari nanti Shaqueel boleh menjadi penyelesaian kepada kemelut krisis fullback Arsenal.

OK, kita lihat beberapa gambar Shaqueel:

Ala tomei tomei

Like father like son

Shaqueel van Persie bersama Damian van der Vaart


Ini pula video jaringan menarik Shaqueel, menewaskan bapanya sendiri yang menjaga gawang:


Semestinya ini berita gembira buat penyokong the Gunners.

5 comments:

  1. kecik kecik dah hensem.. culik kang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita orang geng2 suaraserak lagi hensem (terutamanya Richard). kah kah kah...

      Delete
  2. macam ni baru betul..post yang teramat menarik..hahaha

    ReplyDelete
  3. Masa saya men utk arsenal dulu..xde sapa pon kata saya hemsem

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets