Pages

Kembalinya Paul Scholes sebagai pemain Man Utd

WOW!!!.

Itu reaksi aku bila membaca berita dari laman sesawang mengenai berita kembalinya seorang legend iaitu Encik Paul Scholes sebagai pemain Man Utd. Untuk pengetahuan umum, PM Malaysia merupakan penyokong Man Utd, begitu juga dengan kebanyakan rakyat Malaysia. Pemimpin dan rakyat berpisah tiada.

OK, kembali kepada cerita Paul Scholes. Beliau dikatakan kembali kepada bermain untuk Man Utd setelah dipujuk oleh atuk Sir Alex "Fergie" Ferguson untuk menampung bebanan masalah kecederaan yang dihadapi oleh skuad Man Utd, terutamanya bahagian tengah. Ini mungkin mendapat inspirasi dari kelab Arsenal yang meminjam King Thierry "Legend" Henry (disebut Tiyori Onri dalam dialek orang-orang London) dari kelab Lembu Jantan Merah, USA. Jadi, bermulalah kembali karier Paul Scholes, dengan membuat penampilan sebagai pemain gantian ketika Man Utd menewaskan Man City 3 - 2 dalam pertandingan piala tertua di dunia (betul ke??), Piala FA Inggeris (aku rasa nak makan pancake bila sebut perkataan ni). Owen Hargreaves juga kembali, tetapi sebagai pemain Man City. Dengan kemasukan Paul Scholes, pastinya Ryan Giggs gembira kerana rakan lama beliau ada di sisi. Mereka pasti akan memporak-perandakan pemain lawan dengan gaya bolasepak masing-masing sepertimana yang mereka buat sejak 20 tahun yang lalu. Dengar khabarnya, David Beckham dan Roy Keane juga ingin kembali ke skuad Man Utd. Elok lah tu, sebab bahagian tengah Man Utd memang, dalam Bahasa Inggerisnya, in a pity state, what a shame. Lepas ni boleh jual Darren Gibson, Paul Pogba atau Michael Carrick ke mana-mana kelab Arab atau China.

Berbalik semula kepada Paul Scholes. beliau dikatakan antara pemain terhebat sezaman, seangkatan dan sebaris dengan pemain lagenda lain seperti Zinadine Zidane, Luis Figo, dan Ahmad Shahrul Azhar. Tapi mereka tidak pernah berbaris bersama di kantin sekolah. Antara kehebatan Paul Scholes ialah kelebihan beliau untuk membuat hantaran-hantaran tepat dan menarik serta kebolehan menjaringkan gol. Itu mungkin betul. Paul Scholes dengan hormatnya juga pencen dari arena bolasepak antarabangsa pada umur 29 tahun, dan mengumpul 66 caps. Ini kerana Capten Marvel Liverpool, iaitu the Great He Is Back Steven Gerrard dan Frank Lampard mendominasi bahagian tengah England ketika itu.

Sebagai fun fact, suka untuk aku kongsi bahawa Paul Scholes merupakan orang ketiga terbanyak (terikat dengan Robbie Savage) mengumpul kad kuning dalam sejarah Liga Inggeris. Namun, dalam sejarah Piala Juara-Juara Eropah, beliau merupakan pemegang rekod kad kuning terbanyak, mendahului nama-nala lain seperti Charles Puyol dan Gennaro Gattusso (bekas pemain Arsenal, Patrick Vieira menduduki tempat kelima).Tahniah. Antara faktor menyumbang banyaknya koleksi kad kuning beliau ialah, masalah penglihatan beliau yang merosot menyebabkan beliau akan membetes pemain lawan selepas 5 minit pemain tersebut menghantar bola kepada rakan sepasukan yang lain.      

Apa pun, selamat maju jaya kepada Paul Scholes dalam siri kedua beliau bersama Man Utd. kalau sudah pencen betul-betul silalah datang ke Asia untuk jadi pundit ESPN. Kami sudah bosan dengan Steve McMohan dan Paul Parker. Dan iklan anda bersama ESPN pastinya lebih hebat.

"I played over 400 top flight match"
"I was not the captain when Man Utd won the famous trophy(ies)"
"And have 66 international caps for England"
"Played in the World Cup Finals as first choice midfielder"
"Now I do what I am best with, football"

File:P Scholes.jpg

Sekian.

nota kaki: terima kasih Richard kerana menyediakan beef burger pukul 2 pagi semalam. Sedap, anda patut menyertai MasterChef Malaysia musim ke2.

2 comments:

  1. Beef Burger with African Onion mix together Ezani Oil Face

    ReplyDelete
  2. @Adik Belalang

    ...garnished with cinnamon powder and mango cream, together with soft idli north indian style to be eaten hot and spicy...with a dash of Aji-Shio.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets