Pages

Mari Mengenal Pemandu WRC : Sebastien Loeb

INI SUATU LAGI SUMBANGAN BELALANG FANSURI, SIRI KEDUA SIRI WRC. SIRI PERTAMA DI SINI


Kalendar WRC 2012 telah bermula. Sebelum aku berceloteh tentang musim baru tahun ini, tak lengkap rasanya jika aku tak kenalkan kepada korang pemandu-pemandu berani mati dalam WRC. Ibarat tengok BPL tak kenal Menyu, ibarat tengok Menyu tak kenal Shrek. Haa..kan tak kena tu?

Untuk tulisan kali ini aku nak kenalkan pemandu paling hebat dalam sejarah WRC, Sebastien Loeb. This man is not just fast, he’s super fast! Buktinya? Beliau merupakan Juara WRC 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 bersama dengan pasukan Citroen. Yes, you read it right, 8 consecutive World Rally Championship crown! (Tetibe cakap omputeh, macam drama Melayu). Dengan pencapaian hebat tahap gaban seperti ini, beliau bukan sahaja pemandu paling berjaya (dan paling gila) dalam sejarah WRC, tetapi juga pemandu paling berjaya dalam sukan permotoran. Tahun lalu, dengan merangkul mahkota kejuaraan kali ke-8, beliau telah melampaui angka 7 yang dimiliki oleh Michael Shcumacher (Juara 7 kali F1) dan Valentino Rossi (Juara 5 kali MotoGP dan 2 kali dalam kelas 250cc). 

Sebastien Loeb – Juara Lapan Kali (berturut-turut) WRC
Jika nak simpulkan Sebastien Loeb dalam satu perkataan, paling tepat aku boleh sifatkan beliau ialah perfectionist (macam sikap daimpressive time jawab exam). Mamat ni jarang buat silap. Jarang buat silap dalam WRC maknanya jarang eksiden. Pernah apabila ditanya tentang ancaman giant hinkelsteins (batu konkrit yang dibina dan ditanam di sepanjang jalan di sesetengah tempat di German, gunanya untuk menghalang kereta kebal daripada menceroboh jalan, peninggalan WWII) beliau dengan selamba jawab, “Hinkelsteins are not on the road, as long as you stay on the road, it will not bother you”. Bunyi macam senang, sedangkan hinkelstein-lah yang banyak menyebabkan pemandu eksiden. Ditambah pula dengan keupayaan beliau membaca dan mengambil ‘line’ yang paling tepat untuk setiap jalan dan selekoh yang dilalui, membuatkan beliau  amat sukar dicabar.

Hinkelstein di sepanjang stage, hanya di Deutschland WRC
Paling menarik bagi aku ialah WRC 2006, apabila ada empat pusingan lagi dalam kalendar, beliau patah tangan. Bukan time berlumba, tapi time bercuti (jatuh beskal atau tergolek masa luncur salji, mana satu aku dah tak ingat) Dengan baki 4 pusingan, pencabar Loeb ketika itu, Marcos Gronholm mempunyai peluang yang sangat cerah untuk merampas kejuaraan daripada Loeb. Tapi Gronholm gagal memanfaatkan peluang tersebut kerana gagal menamatkan perlumbaan terakhir iaitu WRC Great Britain apabila terbabas dan tergolek dot time amik selekoh, seterusnya menyerahkan mahkota kejuaraan kepada Loeb. Punyalah imba, duduk kat umah je tapi still champion. Gilo!

Disebabkan dominasi Loeb dalam WRC, FIA telah menggubal satu peraturan baru (kononnya untuk lebih adil) di mana pemandu paling laju dalam stage sebelumnya akan bermula paling awal untuk stage seterusnya. Contohnya, Loeb mencatat masa paling pantas untuk stage 1, jadi untuk stage 2 beliau akan bermula paling awal. Masalah yang timbul adalah, pemandu yang bermula paling awal secara automatik akan jadi ‘road cleaner’. Terutamanya di atas jalan gravel dan jalan salji, pemandu pertama dalam satu-satu stage paling malang sebab terpaksa melalui jalan yang penuh debu dan batu atau salji. Dengan kondisi jalan sedemikian rupa, mustahil untuk mencatat masa terpantas. Namun Loeb tetap Loeb, walaupun dah 2,3 tahun peraturan ini dikuatkuasakan, Loeb still champion, walaupun kebanyakan stage Loeb bermula di depan dan menjadi road cleaner untuk pelumba-pelumba lain. 

Kehebatan beliau di arena WRC tidak dapat disangkal, ditambah dengan sikapnya yang profesional dan tenang, aku agak sangsi pemandu lain seperti Mikko Hirvonen, Sebastien Ogier, Jari Matti Latvala dan Petter Solberg dapat menghalang beliau merangkul kejuaraan sekali lagi, untuk tahun ke-9 berturut-turut. Samada beliau berjaya melakukannya, sama-sama kita tunggu dan lihat. 


Oleh,
BELALANG FANSURI

4 comments:

  1. alamak, maza memang tak mengikuti sukan permotoran langsung...

    yg pernah maza tahu ialah Eddie Lawson, 1980-an... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. daimpressive hanya pernah follow perkembangan alonso sahaja selepas SPM dulu. Belalang Fansuri byk masa tgk rally sbb team bola dia sokong asyik kalah je ;p

      Delete
    2. belalang fansuri19 January 2012 at 21:31

      di alam bunian kami memang suke tengok sukan kecuali golf dan kriket, sebab padang golf banyak rosakkan tmpt tggl kami, dan kami x suke serangga

      Delete
    3. Saya tengok bola je..saya tgk arsenal je..saya penah main di arsenal

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets