Pages

masih ada yang sayang

Saya sanggup bangun pukul 4.30 pagi bagi menonton perlawanan pasukan kesayangan saya, liverpool (5 times in europe) menentang pasukan man city. Saya memang tak suka man city.

Seperti biasa pasukan kesayangan saya membariskan pemain yang berkualiti dengan adanya henderson, adam, dan juga pemain termahal pulau great britain, andy carroll. Tidak lupa juga kepada gerrard sebab sebelum ni masa lawan pasukan kota bharu beliau dengan "single handedly won the game for liverpool (5 times in europe)". Baru lepas baik dari kecederaan, masuk je terus skor, sangat terer. Kalau setakat nak bandingkan dengan paemain-pemain man city macam silva who? ke, aguero who? ke, dzeko who? ke, jangan harap la.

Kelab kesayangan saya bermula garang, man city nampak tak boleh nak ikut dengan "pass and move philosophy" kiteorang yang diterapkan oleh king, memang lauk la man city. Ada sekali tu carroll bawa dari tengah, dan depan penjaga gol tapi carroll sepak tak masuk, kena pada penyokong man city dekat belakang tu, padan muka.

Henderson pulak seingat aku separuh masa pertama sahaja ada dekat 5 peluang nak gol, tapi kesian, mungkin bukan rezeki dia malam semalam. Adam pulak jangan cakap la, "he was busy terrorizing man city defence", memang huru hara man city dibuatnya, macam tak reti main bola.

Separuh masa pertama, man city 2 - 0 liverpool (5 times in europe).....takpe, boleh lagi.

Minit ke 57, gerrard masuk, dalam hati aku habis la man city ni kena lauk, gerrard kot. Aku tak dapat nak fikir ada pemain lain yang lagi terer dari gerrard ni. Dia masuk je baru lepas salam tangan adam, terus dapat "shoot on goal" dari tgh tu, bayangkan la, masuk-masuk je terus "shoot", aku tengok gelabah gile joe hart masa tu, ye la, gerrard "shoot power" kot, nasib je.

Minit ke 73, barry who? kene kad merah, padan muka, memang lauk la man city lepas ni. Kiteorang ada gerrard lagi, carrol pun ada, habis la dieorang. Aku tunggu je bila gerrard nak tunjukkan kehebatan dia.

Minit ke 75, "milner who? makes it 3 - 0".

Aku puas hati tengok pasukan kesayangan aku main, memang cantik, dan aku percaya kalau mereka berterusan main macam ni, memang tiada kelab lain yang akan dapat lawan liverpool (5 times in europe). Aku berbangga pasukan kesayangan aku dah ada 18 kejuaraan liga inggeris, satu pencapaian yang tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana kelab, 18 kejuaraan, 18, man utd pun 19. man city? man city who?

Tamat permainan, man city 3 - 0 liverpool (5 times in europe).


"we are still singing when we were 3 goals down"

Still singing?

1 comment:

  1. Hahahahaha..Kah kah kah..We Love Gerrard

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets