Pages

Panduan berdemo haram 901

Anda berminat untuk menyertai demonstrasi haram di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012 ini? Panduan-panduan di bawah mungkin berguna buat anda:

1. Sila datang awal untuk dapatkan parkir jika berkereta. Untuk rakyat marhaen, sila pakai ala-ala lawyer (hitam putih beserta kot) dan biasakan menyebut "ada mention, trial, ambik hearing date atau mitigation" kalau-kalau polis bertanya apa awak buat kat sini. Lagi cantik bawak fail coklat bodoh dan isilah apa-apa kertas dalam tu, fotostat geran kereta ke, sijil nikah ke, apa-apalah asalkan nampak macam lawyer.

2. Bagi yang mengambil pengangkutan awam, boleh tunggu coach yang disediakan di hadapan Kompleks Kraftangan/Masjid Jamek yang biasa menunggu para peguam dan pelatih dalam kamar untuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Bayaran sekali pergi RM2 (kalau tak silaplah). Kalau orang tanya, jawab je "saya chambering" dan "saya ada legal aid kat court" (frasa ini boleh juga digunapakai bila-bila masa tatkala berada di perkarangan mahkamah).

3. Tak perlu tergesa-gesa berdemo sebab penghakiman yang akan dibacakan koman-koman akan mengambil masa dua ke tiga jam. Makan je kat kafetaria atau solat sunat duha dulu kat tingkat 6.

4. Bagi yang suka bersenam boleh parkir kereta di Masjid Wilayah (kebarangkalian tinggi pintu pagar masjid ini akan dikunci). Kalau nak keluar lebih banyak peluh boleh parkir di Mahkamah Syariah Jalan Duta atau Kompeks Kementerian Dalam Negeri yang terletak bersebelahan masjid (arah ke Hartamas). Sebarang insiden pitam atau pengsan akibat cuaca panas terik dek kerana jauh berjalan adalah menjadi tanggungjawab peserta demo itu sendiri.

5. Anda juga boleh menjadi warganegara biasa yang hadir ke mahkamah berpakaian preman, cuma kebarangkalian anda akan dicekup/disekat itu agak tinggi.

Ini adalah panduan ringkas buat anda yang ingin cuba-cuba berdemo haram. Keberkesanan panduan ini tidak dijamin oleh SIRIM apatah lagi JAKIM. Sekian dimaklumkan.

6 comments:

  1. satu blog sudah boleh dilaporkan..

    ReplyDelete
  2. blog ini sudah dilaporkan ke SKMM.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas publisiti tersebut!!!

    Pak Guard Mahkamah Jln Duta

    ReplyDelete
  4. pengendali operator makanan di kafetaria mahkamah dilaporkan sedang solat hajat berdoa agar melimpah ruah orang yg datang makan di kafe mereka pada 901

    ReplyDelete
  5. kena ada committee catering macam nih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets